Part 7.

Romance Completed 31621

" Risa " tegur Puan Rahayu.

Pelik dia melihat anak tunggalnya itu termenung jauh, seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Serentak dengan itu mati terus lamunan panjang Arisa.

" Eh ibu " Arisa menoleh memandang Puan Rahayu.

" Termenung jer ni. Kenapa? Ada masalah ke? " soalnya.

" Tak ada apa lah ibu. Risa okay jer. Risya dah tidur ke? " .

" Dah. Ibu baru jer lepas tidurkan dia tadi. Malam ni tidur rumah ibu jer lah. Lagipun esok hari minggu, bukannya Risa kerja pun " .

Arisa mengangguk setuju. Lagipun sudah lama dia tidak datang ke rumah ibunya itu.

" Risa betul ke okay ni? Jangan tipu ibu. Ibu bukannya baru kenal Risa. Dah 25 tahun ibu kenal Risa. Kalau ada masalah, cuba beritahu ibu. Mana lah tahu kalau ibu boleh tolong " soal Puan Rahayu lagi.

" Sebenarnya ibu...Rafiq dah balik " beritahu Arisa.

Jelas riak terkejut pada wajah Puan Rahayu. Seumur hidupnya dia belum pernah lagi berjumpa dengan Rafiq. Hanya melihat Rafiq di dalam gambar sahaja.

Pada awalnya dia memang tidak bersetuju apabila Arisa menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Rafiq di London. Tetapi Arisa tetap berkeras untuk berkahwin juga. Dalam keadaan terpaksa, Puan Rahayu bersetuju juga. Tidak sampai setahun perkahwinan yang dibina, tahu-tahu saja anaknya itu sudah bercerai.

Belum sempat dia berjumpa dengan menantu dan besannya lagi. Tiba-tiba sahaja Arisa pulang ke Malaysia dengan mengatakan dia sudah berhenti belajar dan sudah berpisah dengan Rafiq. Seminggu selepas itu, Arisa disahkan mengandung. Dalam keadaan susah payah, dia yang menjaga Arisa sehingga anaknya itu selamat melahirkan cucunya.

" Risa jumpa Rafiq? Kat mana? " .

" Rafiq kerja satu office dengan Risa. Mula-mula Risa terkejut sangat. Tak sangka Risa akan jumpa dengan dia semula " .

" Habis tu macam mana? " .

" Entahlah ibu. Tapi Risa kena lah bersikap profesional. Risa tak boleh campurkan hal kerja dengan peribadi. Yang Risa risau sekarang ni, Risa takut dia tahu soal Risya. Risa tak nak dia ambil Risya daripada Risa " ujar Arisa dalam nada kerisauan.

" Tak mungkin lah Rafiq nak buat macam tu. Lagipun Risya tu dah lima tahun Risa yang besarkan. Mana boleh suka-suka dia ambil Risya. Tapi Risa tak boleh sorokkan Risya daripada dia. Dia tetap ayah Risya. Dia berhak tahu yang dia ada anak " nasihat Puan Rahayu.

Arisa mengeluh perlahan. Dia takut kehilangan Arisya. Arisya lah satu-satunya harta yang paling berharga dia ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience