Part 6.

Romance Completed 31621

" Hey Risa! Kau jangan pandai-pandai nak fitnah Emelda pulak ea. Kau nak tutup salah kau, kau burukkan orang lain! " .

" Abang tak kenal Emelda tu macam mana. Daripada dulu lagi dia memang cintakan abang. Emelda tu sanggup buat apa saja abang, asalkan dia dapat apa yang dia nak. Tolonglah percayakan Risa " Arisa cuba mempertahankan dirinya.

Rafiq menggelengkan kepalanya.

" Aku tak percaya kau sanggup buat aku macam ni. Aku sanggup cari kerja part time semata-mata nak cari duit kahwin dengan kau. Aku sanggup berkorban masa aku untuk kau. Tapi kau tak pernah hargai. Kalau aku tahu jadi macam ni, aku tak akan kahwin dengan kau. Sumpah aku menyesal Arisa! " .

Wajah Arisa bertukar merah. Air mata sudah membasahi pipinya. Wajah Rafiq dipandang sayu. Sungguh dia tidak sangka Rafiq tergamak berkata begitu.

" Habis tu awak nak apa sekarang ni Rafiq? Apa lagi yang awak nak saya buat untuk percayakan awak? Apa lagi? Beritahu saya " .

" Aku nak lepaskan kau. Aku dah tak sanggup nak jadi suami yang dayus, aku dah tak sanggup nak tanggung dosa kau Arisa! Kau dengar sini baik-baik, Arisa Binti Arsyad aku ceraikan kau dengan talak satu " .

Arisa terkedu mendengar lafaz cerai yang baru saja dilafazkan oleh Rafiq. Mudahnya Rafiq melepaskan dia. Perkahwinan yang belum sampai setahun itu musnah dalam sekelip mata sahaja.

" Mulai hari ni aku nak kau keluar daripada rumah ni. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Anggap saja kita tak pernah kenal " .

Jari-jemari Arisa pantas mengesat air matanya. Dia tidak boleh lemah. Dia harus kuat.

" Baik. Saya akan pergi. Tapi awak kena ingat satu benda Rafiq, doa orang teraniaya itu makbul. Suatu hari nanti pasti awak akan menyesal".

" Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi. Yang aku nak sekarang ni, kau keluar daripada rumah ni " Rafiq terus berlalu meninggalkan Arisa.

Arisa memegang dadanya. Terasa sesak. Dalam sekelip mata sahaja semua ini berlalu. Bagaimana dia mahu menghadapi hari-hari yang seterusnya nanti?

Arisa dan Rafiq masih lagi belajar di kota london itu. Ada setahun lagi sebelum mereka tamat pengajian. Kerana fitnah, dalam sekelip mata masjid yang dibina runtuh.

Arisa memerhati sekeliling rumah itu. Segala memori indah dia dan Rafiq terkumpul di situ dan hari ini dia di halau keluar sendiri oleh Rafiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience