Part 16.

Romance Completed 31621

" Rafiq dah tahu tentang Risya? " soal Puan Rahayu.

Arisa mengangguk perlahan.

" Alhamdulillah. Bagus lah kalau macam tu. Apa reaksi Risya? " .

" Dia suka sangat ibu. Risa boleh nampak betapa gembiranya dia bila dapat jumpa papa dia " jawab Arisa.

Puan Rahayu tersenyum kecil.

" Ibu harap Risa boleh lupakan apa yang terjadi dulu. Anggap saja jodoh Risa dan Rafiq tak panjang. Tapi itu tak beerti hubungan kau orang terputus macam tu jer. Kau orang masih lagi boleh berbaik. Risya kecil lagi. Dia tak akan faham semua tu. Jadi kau orang pandai-pandailah jelaskan semuanya nanti " .

" Insya Allah ibu. Risa cuba " .

" Boleh ibu tahu apa hubungan Risa dengan Hakimi tu? Ibu tengok dia tu rapat sangat dengan Risya. Dah macam ayah Risya " .

" Risa kawan jer ibu dengan Kimi tu. Tak ada apa-apa hubungan pun. Risa tak bersedia lagi untuk ada apa-apa hubungan " .

" Ibu faham. Ibu cuma tanya. Sebab Risya tu selalu bercerita dengan ibu pasal Kimi. Tu yang ibu ingatkan kau orang berdua ada apa-apa hubungan. Ibu doakan yang terbaik untuk Risa " .

" Terima kasih ibu " Arisa melentokkan kepalanya di bahu Puan Rahayu.

Selain Arisya, Puan Rahayu lah tempat dia bermanja.

" Risya oh Risya jom makan " panggil Arisa daripada dapur.

Tiada sahutan. Selalunya anaknya itu akan terus datang ke dapur apabila dipanggil. Arisa terus melangkah ke bilik Arisya.

" Risya " pintu bilik dikuak perlahan.

Arisya sedang tidur. Badannya menggigil kesejukan. Arisa terus berlari mendapatkan Arisya. Tubuh anaknya itu dipeluk. Panas.

" Ya Allah Risya panasnya badan Risya. Risya demam ni. Jom kita pergi klinik " tubuh Arisya dicempung.

Arisya jika demam pasti teruk. Oleh kerana itu Arisa risau jika anaknya itu demam.

Dia terus membuka pintu kereta. Tubuh Arisya yang lesu dibaringkan di seat belakang. Cepat-cepat Arisa menghidupkan enjin kereta tetapi enjin kereta masih tidak dapat dihidupkan.

Berulang kali Arisa cuba menghidupkan enjin kereta tetapi masih tiada berjaya.

" Ya Allah waktu-waktu macam ni pulak kereta ni tak boleh nak hidup. Macam mana ni? " Arisa sudah mulai gusar.

Jarinya pantas mendail nombor Hakimi. Hanya lelaki itu yang terlintas di fikirannya ketika ini.

" Hello Kimi. Tolong saya, Risya demam panas. Kereta saya pulak tak boleh nak hidup. Boleh bawakkan kami pergi klinik?....Okay terima kasih. Saya tunggu awak " .

Panggilan terus ditamatkan. Arisa mengusap lembut rambut Arisya.

" Bertahan ya sayang " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience