Part 20.

Romance Completed 31620

Langkah kaki Arisa terhenti saat melihat Rafiq sudah berdiri tegak di hadapan rumahnya. Siang tadi dia ada menelefon Rafiq. Arisya terlalu rindukan Rafiq. Sudah seminggu Rafiq tidak menjenguk Arisya. Sejak kejadian daripada hospital hari tu, dia terus mendiamkan diri. Di pejabat pun dia tidak bertegur dengan Arisa. Hanya bila ada benda penting sahaja dia bercakap.

Ketika dia menelefon Rafiq siang tadi, dia ada meminta lelaki itu datang berjumpa dengan Arisya. Anaknya itu terlalu rindukan Rafiq. Setiap masa dia bertanyakan soal Rafiq pada Arisa. Sampai Arisa sendiri tidak tahu ingin menjawab apa.

" Terima kasih sebab datang " ucap Arisa.

Dia menghadiahkan senyuman pada Rafiq.

" Saya datang sebab Risya. Tak perlu ucap terima kasih " jawab Rafiq.

Mati terus senyuman Arisa. Dia tahu Rafiq masih marah padanya.

" Sekejap saya panggilkan Risya " Arisa masuk ke dalam rumah semula.

" Papa! " Arisya terus berlari mendapatkan Rafiq.

Rafiq memeluk tubuh kecil Arisya. Sejujurnya dia juga rindukan anaknya itu.

" Hai sayang. Sorry papa sibuk sikit. Tu yang tak dapat nak jumpa Risya " rambut Arisya diusap perlahan.

Arisa hanya menjadi pemerhati.

" Papa, jom kita pergi jalan-jalan nak tak? " soal Arisya.

" Boleh sayang. Jom kita pergi. Risya cakap jer Risya nak pergi mana pun, papa bawakkan " .

" Yeay yeay! " Arisya bersorak gembira.

" Mama cepatlah siap. Papa nak bawak kita jalan-jalan ni " .

" Tak apa sayang. Risya pergi jer dengan papa. Mama tunggu Risya kat rumah ya? " .

Arisa serba salah hendak mengikut Rafiq. Lelaki itu pasti tidak suka jika dia mengikut mereka keluar sekali.

" Alah jom lah mama. Tak best lah kalau mama tak ada sekali " Arisya sudah tarik muka.

" Pergi lah siap Risa. Awak ikut sekali. Kesian Risya " arah Rafiq.

" Takpalah. Awak pergi jer dengan Risya. Saya tak nak menganggu " tolak Arisa.

" Pergi jer siap Risa. Awak tak kesian ke dengan Risya? Anggap jer awak buat semua ni untuk Risya. Bukan untuk saya " .

Arisa terkedu.

" Mama cepatlah siap " gesa Arisya pula.

" Ya sayang. Mama pergi siap. Sekejap ya Rafiq " Arisa terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Mahu atau tidak dia terpaksa mengikut Rafiq. Rafiq hanya mengangguk perlahan.

10 minit kemudian Arisa keluar daripada rumah. Selepas mengunci rumah, dia melangkah ke kereta Rafiq. Arisya sudah pun duduk di tempat duduk belakang.

" Duduk lah depan " arah Rafiq selamba.

Arisa mencebikkan bibirnya. Ewah suka hati jer arahkan orang.

" Ha buat muka, buat muka " tegur Rafiq.

Arisa cepat-cepat masuk ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience