Part 10.

Romance Completed 31621

Hakimi melangkah ke bilik Arisa. Hari ini dia bercadang untuk mengajak Arisa makan tengahari bersama. Rasanya sudah lama dia tidak keluar makan bersama dengan Arisa.

Tok..tok..tok..

Serentak dengan itu Rafiq dan Arisa terus menoleh ke arah pintu.

" Masuk " laung Arisa.

Rafiq hanya diam. Dia menyambung kerjanya semula.

Pintu bilik dibuka. Hakimi tersenyum kecil memandang Arisa.

" Hai Risa " sapanya.

Arisa sedikit terkejut dengan kedatangan Hakimi.

" Err..er hai " balasnya.

Rafiq menjeling sekilas ke arah mereka berdua. Dia perasan lelaki yang bernama Hakimi itu agak rapat dengan Arisa. Hatinya memberontak ingin mengetahui apa sebenarnya hubungan mereka berdua.

" Risa, jom lunch dengan saya hari ni. Saya belanja awak " ajak Hakimi.

" Takpalah Kimi. Maybe next time " tolak Arisa.

" Alah jom lah Risa. Ada restoran baru bukak tau depan office kita ni. Boleh kita try rasa makan kat situ. Jom lah Risa " ajak Hakimi lagi.

Dia masih tidak mengalah untuk memujuk Arisa. Arisa diam. Dia berfikir seketika.

" Boleh ea Risa? " soal Hakimi.

" Okay lah. Boleh " akhirnya Arisa setuju.

" Thank you Risa. Saya balik bilik saya dulu " .

Arisa hanya mengangguk perlahan. Berat hatinya untuk keluar berdua dengan Hakimi.

" Hakimi " panggil Rafiq yang sejak daripada tadi diam sahaja.

Langkah Hakimi terhenti. Dia menoleh ke belakang semula.

" Ya? " .

" Boleh aku ikut sekali? Aku pun nak rasa jugak makanan kat restoran baru tu. Mana lah tahu kena dengan selera aku, boleh aku makan selalu kat situ. Boleh tak aku ikut? " soal Rafiq.

Arisa terkedu. Rafiq nak ikut sekali?

" Er..err kau tak kisah ke makan dengan kita orang? " soal Hakimi. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Baru sahaja dia bercadang untuk keluar berdua sahaja dengan Arisa. Tiba-tiba pula Rafiq ingin sertai mereka sekali.

" Eh apa pulak kau cakap macam tu. Kita kan officemate. Apa salahnya kan. Sambil tu boleh borak-borak sekali kan. Aku pun nak juga kenal kau orang dengan lebih rapat " mata Rafiq menjeling sekilas ke arah Arisa.

Sengaja dia ingin melihat reaksi wajah Arisa. Arisa mengetap bibirnya. Geram pula dia dengan Rafiq.

" Awak tak kisah kan Risa kalau saya join sekali? " soal Rafiq.

Lambat-lambat Arisa mengangguk.

" Boleh. Ajak satu office ni pun tak apa. Lagi ramai, lagi bagus kan " perli Arisa.

Hakimi hanya tersenyum hambar. Rafiq pula ketawa kecil. Dia tahu Arisa sedang memerlinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience