Part 14

Romance Completed 31621

Arisa menyikat rambut panjang anaknya itu. Hari ini dia ingin membawa Arisya berjumpa dengan Rafiq buat pertama kali. Dia akan menunaikan janjinya pada Rafiq untuk membawa Rafiq bertemu dengan Arisya.

" Mama, kita nak pergi mana? " soal Arisya.

" Hari ni mama nak bawak Risya jumpa dengan papa. Risya dah lama nak jumpa papa kan? " .

" Betul ke ni mama? Mama tak tipu? Risya ada papa jugak ke? " soalnya bertubi-tubi.

" Iya sayang. Mama tak tipu. Papa tak sabar nak jumpa Risya tau " .

" Yeay nanti Risya boleh beritahu kawan-kawan Risya yang Risya pun ada papa jugak " katanya riang.

Arisa tersenyum kecil. Senang hatinya melihat apabila anaknya itu gembira.

" Okay dah siap kan. Jom kita pergi " ajak Arisa.

Arisa melambaikan tangannya pada Rafiq saat melihat lelaki itu masuk ke dalam cafe. Rafiq terus meluru ke meja Arisa. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anaknya.

" Haa papa dah sampai dah pun " .

Arisya tersenyum lebar melihat Rafiq. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Rafiq. Rafiq segera menyambut huluran tangan Arisya. Dia terus menarik anak kecil itu ke dalam pelukannya.

Arisa terharu melihat adegan itu. Seandainya mereka masih bersama, pasti keluarga mereka akan menjadi sebuah keluarga yang lengkap.

" Cantiknya anak papa ni. Sama macam mama " puji Rafiq.

Dia mengelus perlahan rambut Arisya. Rafiq akui wajah Arisya memang mirip dengan Arisa.

" Papa pun hensem sangat. Papa pergi mana selama ni? Kenapa tak ada dengan Risya? Kenapa papa tak tinggal dengan mama sekali? " soal Arisya.

Rafiq terdiam. Dia memandang wajah polos anaknya itu.

" Papa kerja sayang. Sekarang ni baru papa balik. Lepas ni kita dah boleh keluar sama-sama. Nanti papa bawak Risya dengan mama jalan-jalan okay?".

Laju Arisya mengangguk.

" Yeay! Risya tak sabar sangat-sangat".

Arisa hanya mampu menahan air matanya yang sudah bertakung. Tidak mungkin dia mahu menangis di hadapan Rafiq dan Arisya.

" Papa sayang Risya tak? " soal Arisya.

" Mestilah papa sayang Risya. Risya kan anak papa. Papa sayang sangat-sangat. Papa sayang Risya macam papa sayang mama " Rafiq menjeling sekilas ke arah Arisa.

Arisa terus menundukkan wajahnya.

" Mama sayang papa tak? " soal Arisya pada Arisa pula.

Arisa tersentak. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia masih sayangkan Rafiq ataupun tidak.

" Er..er Risya cepat makan. Risya nak pergi jalan-jalan kan lepas ni? " Arisa cepat-cepat menukar topik.

Wajah Rafiq jelas menunjukkan riak kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience