Part 11.

Romance Completed 31621

Selepas pelayan mengambil pesanan makanan, masing-masing senyap sahaja.

" So kau orang berdua dah kahwin? " soal Rafiq menghilangkan suasana sunyi antara mereka.

" Belum " jawab Hakimi.

" Arisa pulak? " soal Rafiq.

Dia memandang tepat wajah Arisa.

" Arisa pernah berkahwin. Tapi tu lah jodoh tak panjang kan " Hakimi menjawab bagi pihak Arisa.

Dia tahu Arisa tidak akan menjawab soalan Rafiq. Soalan itu mungkin agak sensitif padanya.

Rafiq mengangguk perlahan. Ini bermakna Hakimi tahu Arisa pernah berkahwin sebelum ini.

" Kau orang berdua ada apa-apa hubungan ke? " soal Rafiq lagi.

Arisa mengetap bibirnya. Geram apabila mendengar soalan Rafiq. Seolah-olah sengaja ingin membuatnya sakit hati.

" Eh tak ada lah. Hubungan kami tak lebih daripada seorang kawan pun " jelas Hakimi.

Walaupun pada hakikatnya dia mahukan hubungannya dengan Arisa lebih daripada seorang kawan.

" Ingatkan kau orang ada hubungan. Tengok macam rapat jer " .

" Rapat tak semestinya bercinta " Arisa yang sejak daripada tadi diam, bersuara.

" Lah ingatkan kita berdua jer tadi Kimi. Risa ada kat sini rupanya " perli Rafiq.

Arisa menjeling geram ke arah Rafiq. Ringan sahaja penumbuknya melihat wajah selamba Rafiq.

Hakimi hanya tersenyum tawar. Dia tahu Arisa tidak selesa dengan soalan-soalan yang ditanya oleh Rafiq. Tapi dia tidak boleh menyalahkan Rafiq kerana lelaki itu mungkin tidak tahu sejarah silam Arisa.

" Risya sihat? " soal Hakimi.

Dia sengaja menukar topik. Tidak mahu Rafiq berterusan menanyakan soalan peribadi dia dan Arisa.

" Alhamdulillah dia sihat " jawab Arisa.

Hatinya mulai tidak tenang apabila Hakimi mulai menyoal tentang Arisya. Rafiq ada di sini. Dia takut bekas suaminya itu tahu tentang Arisya.

Dahi Rafiq berkerut. Arisya? Siapa Arisya?

" Arisya tu siapa? " soalnya.

" Oh Risya tu anak Risa " jelas Hakimi.

Arisa sudah tidak tentu arah. Dia mahu menghilangkan diri ketika ini.

" Anak? Risa ada anak? " soal Rafiq.

Adakah Arisa berkahwin lain dan mempunyai anak? Atau anak itu anaknya juga?

" Ha'ah Risa dah ada anak. Dah 5 tahun pun umur Arisya tu. Besar dah kan " sekali lagi membuka cerita.

5 tahun? Ini bermakna Arisya adalah anak dia juga. Tapi dia tidak pernah terfikir langsung Arisa sedang mengandung ketika dia menceraikan Arisa dahulu.

Rafiq terus memandang wajah Arisa seolah meminta penjelasan. Tetapi Arisa cepat-cepat melarikan pandangan matanya.

Baru sahaja Rafiq ingin bertanya lanjut, pelayan restoran datang menghantar makanan yang dipesan di meja mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience