Part 19.

Romance Completed 31621

" Risa! " Hakimi mengejar langkah Arisa.

Entah kenapa sejak kejadian di hospital hari tu, Arisa seolah sengaja menjauhkan diri daripadanya.

" Risa tunggu " beg tangan Arisa ditarik.

" Awak nak apa Kimi? Saya dah lambat nak balik rumah ni " .

" Risa kenapa awak jauhkan diri awak daripada saya? Saya ada buat apa-apa salah dengan awak ke? " soal Hakimi.

" Mana ada saya jauhkan diri daripada awak. Saya cuma nak cepat. Risya ada dekat rumah mak saya, jadi saya perlu ambil dia cepat " jelas Arisa.

Padahal memang dia sengaja menjauhkan diri daripada Hakimi. Dia tidak mahu lelaki itu terus berharap padanya.

" Risa, saya ada benda penting nak beritahu awak " .

" Nanti jer lah Kimi. Saya dah lambat ni " .

" Please Risa. Sekejap jer " .

" Kimi, saya dah... ".

" Risa please. 5 minutes jer " rayu Hakimi.

" Okay apa dia? " .

" Saya nak kahwin dengan awak. Sudi tak awak jadi isteri saya? ".

Arisa terkedu.

" Kimi, awak cakap apa ni? " .

" Risa saya tak perlukan jawapan awak sekarang. Bila awak dah ada jawapan nanti, beritahu saya. Ambil lah sebanyak mana masa pun. Saya tetap akan tunggu dan saya harap jawapan awak akan menggembirakan saya " .

" Kimi saya.. " .

" Awak dah lambatkan Risa, awak balik lah dulu. Take care " Hakimi pantas memotong kata-kata Arisa.

Dia terus berlalu meninggalkan Arisa di car park. Tanpa disedari Arisa, sejak daripada tadi Rafiq memerhati mereka. Segala perbualan Arisa dan Hakimi, didengari oleh Rafiq.

" Risa, betul ke Risa memang tak ada perasaan dekat Kimi tu? " soal Puan Rahayu.

Dia juga terkejut apabila tiba-tiba Arisa memberitahunya Hakimi mengajak anakknya itu berkahwin.

" Tak ibu. Risa memang tak ada apa-apa perasaan langsung pada dia. Risa cuma anggap dia sebagai seorang kawan. Tak pernah lebih daripada tu pun " jelas Arisa.

" Risa masih sayang pada Rafiq? " soal Puan Rahayu tiba-tiba.

Arisa diam. Dia tidak menjawab.

" Ibu tahu Risa masih sayangkan Rafiq. Risa tak terfikir nak nikah semula dengan Rafiq? " .

" Entahlah ibu. Risa sendiri tak tahu. Risa takut pisang berbuah dua kali. Risa tak nak sakit hati lagi. Hati Risa dah cukup hancur " luahnya.

" Risa, jangan jadikan masa lalu sebagai alasan penghalang untuk Risa bahagia semula. Kenapa Risa tak beri Rafiq peluang lagi? Tak salah kan. Semua orang pernah buat salah Risa. Risa fikirkanlah mana yang terbaik ".

Arisa hanya mengangguk perlahan. Ada benar kata-kata ibunya itu. Semua orang berhak mendapat peluang kedua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience