Part 21.

Romance Completed 31621

" Terima kasih Rafiq sebab bawak Risya jalan-jalan. Dia happy sangat " ucap Arisa.

Ketika itu mereka sedang berjalan menuju ke tempat letak kereta. Arisya sudah tertidur dalam dukungan Rafiq kerana terlalu letih. Daripada petang mereka keluar sehinggalah langit sudah bertukar gelap.

" Tak ada apa lah. Saya kan ayah dia. Saya akan buat apa saja untuk dia " .

" Awak masih marahkan saya sebab tak beritahu awak waktu Risya masuk hospital hari tu? Saya minta maaf. Saya cemas waktu tu. Saya dah tak tahu nak buat apa. Jadi saya telefon Kimi " jelas Arisa.

Dia tidak mahu Rafiq berterusan marahkannya.

" Marah tu memang lah marah. Saya ayah Risya. Sepatutnya awak hubungi saya dulu bukannya Kimi " .

" Saya minta maaf. Saya janji lepas ni apa-apa yang jadi dengan Risya, saya akan beritahu awak dulu ".

" Risa, walaupun awak akan kahwin dengan lelaki lain nanti saya minta sangat pada awak, tolong jangan abaikan Risya. Dan jangan pernah halang saya jumpa dia. Saya tak kisah kalau awak nak kahwin dengan mana-mana lelaki yang awak nak. Awak berhak untuk bahagia. Tapi tolong janji dengan saya yang awak takkan pernah abaikan Risya " Rafiq memandang wajah redup Arisa.

Dia redha jika Arisa ingin berkahwin dengan Hakimi. Walaupun hakikatnya dia terluka. Demi kebahagiaan Arisa, dia rela. Mungkin sudah tertulis jodoh dia dan Arisa tidak panjang.

" Rafiq, awak cakap apa ni? Bila masa pulak saya cakap saya nak kahwin? " soal Arisa.

" Saya akan selalu doakan kebahagian awak Risa. Maafkan saya sebab dah buat awak terluka selama ni. Andai saya boleh putar semula masa, saya akan baiki kesilapan saya. Tapi itu tak mungkin akan berlaku. Walaupun jodoh kita tak panjang, kita masih boleh jadi kawan kan? " .

Arisa semakin hairan. Tiba-tiba sahaja Rafiq berkata begitu. Langkah mereka berdua terus terhenti saat melihat ada beberapa orang lelaki sedang berdiri berhampiran dengan kereta Rafiq.

" Kau orang siapa? " soal Rafiq.

" Bagi duit kau " arah lelaki itu.

" Apa masalah kau nak mintak duit kat aku pulak? Kau blah sekarang " marah Rafiq.

" Ek eleh kau nak tunjuk hebat ke bro? Bagi jer lah ! " jerkah seorang lagi lelaki.

Arisa tersentak. Dia takut. Arisya yang sedang lena tidur terus tersedar. Dia menangis teresak-esak.

" Shhhh jangan nangis sayang " pujuk Rafiq.

" Bagi duit kau! Jangan sampai aku berkasar! " minta lelaki itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience