Part 2

Romance Completed 31621

Tiba sahaja di Mega Holdings, Arisa terus mematikan enjin kereta. Sebaik menekan punat kunci kereta dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan 12 tingkat itu.

Arisa mempercepat langkahnya menuju ke arah lift yang hampir tertutup. Mujur dia sempat masuk sebelum pintu lift tertutup.

" Morning Risa " tegur Hakimi.

Arisa terus menoleh. Dia tersenyum kecil.

" Morning " jawabnya.

Hakimi, lelaki berusia 26 tahun. Masih bujang. Bukannya Arisa tidak tahu lelaki itu sudah lama meminatinya. Gosip itu sudah tersebar luas di Mega Holdings. Daripada tingkat 1 sampailah tingkat 12, semuanya tahu tentang perasaan Hakimi terhadap Arisa.

" Risya sihat? Saya dah lama tak jumpa dia " soal Hakimi.

" Alhamdulillah dia sihat " .

Hakimi selalu juga membawa Arisya jalan-jalan. Sampaikan Arisya sudah menganggap lelaki itu seperti ayah kandungnya sendiri.

" Hujung minggu ni saya ingat nak ajak dia keluar. Awak okay? " .

" Ermm nanti saya beritahu awak semula ya. Saya tak janji tau " .

Hakimi mengangguk faham.

" Okay " jawabnya.

Ting..

Pintu lift terbuka saat tiba di tingkat 7. Arisa dan Hakimi terus keluar daripada lift. Mereka jalan beriringan masuk ke dalam pejabat.

Sejujurnya Arisa tidak selesa apabila berjalan dengan Hakimi. Dia tidak mahu staf-staf di situ mengatanya. Bukannya dia tidak tahu ramai gadis-gadis yang memandang serong terhadapnya. Ada yang kata dia janda tak sedar diri lah, janda gatal lah. Namun dia hanya memekakkan telinga.

Buang masa saja jika dia melayan. Jadi lebih baik dia mendiamkan diri sahaja. Terpulanglah apa yang orang nak cakap. Asalkan dia tidak menganggu hidup sesiapa. Lagipun mulut orang kita tidak boleh tutup.

" Risa, awak dah breakfast ? " soal Hakimi.

" Dah. Saya dah breakfast " jawab Arisa.

" Baru ingat nak belanja awak makan. Kalau macam tu, lunch nanti kita lunch sama-sama ya. Saya belanja awak " .

" Takpalah Kimi. Apa pulak orang kata nanti " tolak Arisa.

Cukup-cukup lah orang mengata nya kaki kikis duit lelaki. Dia tidak mahu lagi dicop sebagai pisau cukur.

" Pedulikan lah mulut orang Risa. Lagipun saya ikhlas nak belanja awak. Bukannya awak yang mintak saya belanja " .

Arisa mengeluh perlahan.

" Saya bukan apa Kimi, saya cuma tak suka bila orang mengata saya macam-macam. Saya ada maruah. Maaflah sebab tolak ajakan awak. Saya masuk bilik dulu " Arisa terus berlalu masuk ke biliknya.

Hakimi hanya memandang langkah Arisa dengan perasaan yang kecewa. Kenapalah susah sangat Arisa ingin membuka hatinya untuk menerimanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience