Part 15.

Romance Completed 31621

" Terima kasih Risa untuk hari ni. Saya hargai sangat apa yang awak buat " ucap Rafiq.

Sungguh dia terlalu gembira hari ini apabila keluar seharian bersama Arisya.

" Tak ada apalah. Lagipun saya suka bila tengok Risya pun happy dapat jumpa awak " Arisa tersenyum nipis.

" Dah lama awak tinggal kat sini? " soal Rafiq. Matanya memerhati perkarangan rumah Arisa daripada luar.

Tidak manis pula jika dia turut masuk ke dalam rumah Arisa. Sengaja dia mengikut Arisa daripada belakang supaya selepas ini mudah untuk dia datang ke rumah Arisa. Alasannya untuk berjumpa dengan Arisya padahal dalam pada masa yang sama dia memang benar-benar ingin tahu di mana bekas isterinya itu tinggal.

" Baru jer. Tak ada lah lama mana. Saya pun baru beli rumah ni. Sebelum ni saya tinggal dengan family saya " jelas Arisa.

" Maafkan saya Risa. Kalau lah saya tak ikutkan perasaan saya, mesti kita dah hidup bahagia. Saya dapat sediakan kesenangan untuk awak dan Arisya " luah Rafiq kecewa.

" Benda dah lepas. Kita dah tak boleh nak buat apa-apa lagi " .

" Boleh saya tanya awak satu soalan?".

" Apa dia? " .

" Siapa yang ada dalam hati awak sekarang ni? Hakimi? " soal Rafiq.

Arisa diam. Dia tidak menjawab soalan Rafiq.

" Dah lewat ni. Saya masuk dulu lah ya. Apa pulak kata jiran-jiran saya kalau nampak saya dengan awak kat luar ni. Assalamualaikum " Arisa terus melangkah masuk ke dalam rumah.

" Risa tunggu! " .

Langkah Arisa terhenti.

" Saya nak awak ingat, yang saya masih cintakan awak. Dalam hati saya masih ada awak " .

Air mata Arisa mengalir perlahan. Dia tidak menoleh. Langkah kaki terus diatur masuk ke dalam rumah.

Arisa melangkah masuk ke dalam bilik tetamu. Dia terus membuka almari. Sebuah kotak berwarna ungu lembut dikeluarkan daripada almari.
Dia membawa kotak itu ke atas katil. Punggungnya dilabuhkan di situ.

Perlahan-lahan kotak itu dibuka. Rasanya sudah lama dia tidak membuka kotak itu. Kali terakhir dia melihat kotak itu ketika dia baru berpindah ke rumah ini.

Sekeping gambar dikeluarkan daripada kotak. Tanpa disedari air matanya perlahan-lahan mengalir. Gambar itu adalah gambar dia dan Rafiq ketika hari pernikahan mereka. Hanya dihadiri rakan-rakan mereka. Tiada majlis besar yang diadakan. Hanya majlis pernikahan yang dihadiri saksi dan beberapa orang kawan rapat mereka.

" Maafkan saya Rafiq. Luka di hati saya masih belum sembuh. Andai suatu hari nanti Allah bukakan semula hati saya untuk menerima awak, saya akan kembali pada awak ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience