Part 17.

Romance Completed 31621

Arisya di tahan di hospital kerana suhu badannya terlalu tinggi.

" Risa, sabar ya? Insya Allah Risya akan sembuh " pujuk Hakimi.

Sejak daripada tadi air mata Arisa tidak kering. Dia terlalu takut jika kehilangan Arisya. Ibu mana yang tidak risaukan anaknya.

" Terima kasih Kimi sebab dah hantarkan Risya dan saya ke hospital. Maaf susahkan awak malam-malam ni " ucap Arisa.

" Tak ada apa lah Risa. Saya dah anggap Risya tu macam anak saya sendiri " .

Arisa mengangguk perlahan.

" Kalau awak nak balik, awak baliklah dulu Kimi. Esok nak kena kerja lagi ".

" Awak okay ke kalau seorang-seorang ni? Kalau nak, saya boleh temankan awak jaga Risya malam ni " .

" Saya okay jer. Esok ibu saya datang. Nanti awak tolong beritahu Datuk ya saya mc esok ya " .

" Okay. Awak jaga diri tau. Kalau ada apa-apa, terus call saya. Saya balik dulu. Esok lepas waktu office saya datang lawat Risya lagi " .

" Okay. Terima kasih tau Kimi " .

Hakimi tersenyum nipis. Dia mengusap lembut kepala Arisya yang lena tidur.

" Jaga diri Risa. Assalamualaikum " .

" Waalaikumusalam " jawab Arisa.

Hakimi terus berlalu keluar daripada wad Arisya ditempatkan. Sebenarnya dia berat hati untuk meninggalkan Arisa di hospital. Tapi atas permintaan Arisa sendiri, dia terpaksa pulang.

Rafiq melangkah masuk ke dalam pejabat. Dia pelik Arisa tiada. Selalunya Arisa akan sampai ke pejabat terlebih dahulu sebelumnya. Dia keluar semula daripada biliknya.

" Kimi " panggil Rafiq sebaik melihat lelaki itu.

" Ya? " .

" Risa mana ea? Dia tak datang office lagi ke? " soal Rafiq.

" Oh Risa mc hari ni. Risya masuk hospital semalam. Demam panas " jawab Hakimi.

Rafiq tersentak. Patutlah dia tidak sedap hati. Tapi mengapa Arisa langsung tidak memberitahunya?

" Tapi mana kau tahu ea? " .

" Aku yang hantarkan Risya dengan Risa ke hospital semalam. Kereta Risa buat hal pulak. Tu yang dia mintak tolong aku " .

" Kau hantarkan dia? " soal Rafiq lagi.

Laju Hakimi mengangguk.

" Ha'ah. Dah lah aku nak sambung buat kerja. Kalau kau nak jenguk anak Risa, jom lah ikut aku lepas waktu kerja nanti " .

Jenguk anak Risa? Kalau lah kau tahu Arisya tu pun anak aku, Kimi.

Rafiq benar-benar terasa saat ini. Sampai hati Arisa tidak menghubunginya langsung. Arisya itu anaknya. Dia berhak tahu. Sepatutnya Arisa menghubunginya, bukan Hakimi. Hakimi hanya orang luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience