Part 12.

Romance Completed 31621

Arisa mengusap perlahan rambut Arisya. Anaknya itu baru sahaja tidur. Fikirkannya menerawang jauh memikirkan soal Rafiq. Dia tahu Rafiq akan memaksanya memberikan jawapan tentang Arisya.

Berkali-kali Rafiq menelefonnya dan menghantar pesanan ringkas. Tapi satu panggilan pun tidak di jawab dan satu mesej pun tidak di balas. Dia belum bersedia untuk memberitahu hal yang sebenar. Sungguh dia takut kehilangan Arisya.

" Ya Allah kau permudahkanlah segala urusanku. Kau kuatkanlah aku untuk melalui segala ujian Mu. Andainya ini masa yang terbaik untuk Arisya tahu siapa ayah kandungnya, kau permudahkanlah segalanya " .

" Risa, please explain siapa Arisya " .

Luruh jantung Arisa. Tiba-tiba sahaja Rafiq muncul di hadapan pintu pejabat.

" Kalau ya pun, jangan lah main terjah jer. At least bagi salam. Jangan buat orang terkejut boleh tak? " marah Arisa.

Bukannya Rafiq tidak tahu Arisa mudah terkejut dan dia paling tidak suka apabila ada yang sengaja mengejutkannya. Mungkin Rafiq sudah lupa agaknya. Lagipun Rafiq bukan lagi suaminya.

" Sorry. Saya tak bermaksud nak buat awak terkejut. Saya cuma nak kan penjelasan awak Risa. Itu saja " .

" Sekarang ni kita dekat office Rafiq. Tolong jangan campur adukkan hal peribadi dengan kerja. Lepas habis kerja, saya akan jelaskan semuanya " Arisa terus berlalu meninggalkan Rafiq.

Hari ini dia sudah bertekad untuk memberitahu Rafiq soal Arisya. Lagipun Rafiq berhak tahu siapa Arisya.

" Ya. Arisya memang anak kita " .

Rafiq terkejut mendengar kenyataan itu.

" Tapi kenapa awak tak pernah beritahu saya? Dah 5 tahun Risa, 5 tahun. Saya tak dapat nak tengok anak saya membesar depan mata saya sendiri " .

" Saya tahu saya mengandung pun lepas saya balik Malaysia. Lagipun tak mungkin awak akan percayakan saya kalau saya cakap yang saya tengah mengandungkan anak awak. Apa yang saya cakap pun awak tak percaya. Sampai awak sanggup ceraikan saya tanpa awal soal siasat pun dulu fitnah tu " pedas kata-kata Arisa.

" Saya minta maaf Risa. Saya tahu salah saya. Saya cuma nak kita mulakan hidup baru. Boleh? Boleh awak beri saya satu lagi peluang untuk saya tebus kesalahan saya? " .

" Dah terlambat Rafiq. Semuanya dah berakhir. Hati saya dah mati untuk awak. Saya dah pun mulakan hidup baru. Tolong jangan ganggu saya lagi. Anggap jer kita memang tak ditakdirkan untuk bersama " .

" Risa tolong...maafkan saya. Tolong beri saya satu peluang lagi. Saya merayu pada awak " rayu Rafiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience