Part 9.

Romance Completed 31621

Hari minggu begini selalunya Arisa akan membawa Arisya berjalan-jalan di shopping mall. Tetapi hari ini dia mahu membawa Arisya berkelah di taman. Sudah lama rasanya dia tidak berkelah. Lagipun Arisya belum pernah lagi merasa.

" Mama, Risya tak sabar sangat-sangat nak pergi berkelah. Mesti seronok kan" katanya dalam nada begitu teruja.

" Mama pun tak sabar nak bawak Risya. Mama ada masakkan spagetti carbonara untuk Risya. Risya suka kan? " .

Laju Arisya mengangguk.

" Suka! Risya suka sangat-sangat. Terima kasih mama " .

" Sama-sama. Tapi Risya kena janji dengan mama Risya kena rajin pergi sekolah. Dah tak boleh malas-malas lagi. Janji okay? " .

" Risya janji Risya dah tak malas lagi nak pergi sekolah " .

" Okay good girl " kepala Arisya diusap perlahan.

Arisya tersenyum lebar.

" Risya pergi masuk dalam kereta dulu. Mama nak kunci pintu rumah " arah Arisa.

" Okay mama " Arisya terus berlalu masuk ke dalam kereta tanpa sebarang bantahan.

Tiba sahaja di taman, Arisa membentangkan tikar untuk dibuat lapik untuk mereka duduk. Arisya pula membantu membawa beberapa jenis makanan yang dimasak oleh Arisa.

Selepas subuh tadi, Arisa terus masuk ke dapur untuk menyiapkan makanan untuk dibawa berkelah. Walaupun mereka berkelah berdua sahaja, makanan yang dimasak agak banyak.

" Risya suka tak? " soal Arisa.

" Suka. Boleh tak nanti kita berkelah macam ni selalu? " .

" Mestilah boleh. Untuk Risya, semua boleh. Tak ada yang tak boleh " .

Terukir senyuman lebar di bibir Arisya apabila mendengar jawapan Arisa.

Sebuah keluarga yang sedang berkelah berhampiran mereka menarik perhatian Arisya. Dia tersenyum sendiri melihat keluarga itu.

" Risya tengok apa tu? " soal Arisa.

" Mama, mesti lagi seronok kan kalau Risya pun ada papa macam orang lain. Mana papa Risya? " .

Arisa tergamam mendengar soalan yang keluar daripada bibir anaknya itu.

" Risya, Risya tak seronok ke ada mama? " .

" Bukan tak seronok. Cuma lagi seronok kalau ada papa. Mana papa Risya? Risya nak sangat jumpa dia " .

Arisa jeda seketika.

" Risya, walaupun keluarga kita tak lengkap tak bermakna kita tak bahagia. Risya perlu bersyukur dengan apa yang Risya ada sekarang ni. Ada orang yang tak ada mak ayah tau. Lagi kesian. Jadi Risya patut bersyukur. Jangan persoalkan lagi okay? " .

" Baik mama. Risya minta maaf " .

Arisa tersenyum nipis.

" Dah jangan sedih-sedih. Jom kita makan " pujuk Arisa.

Dia tidak mahu merosakkan hari yang sepatunya menjadi hari gembira untuk mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience