Part 22.

Romance Completed 31621

" Kau ingat aku nak bagi? Jangan harap! Baik kau berambus sekarang sebelum aku call polis " ugut Rafiq.

" Oh kau ada hati nak call polis? Okay takpa. Aku mintak cara baik kau tak bagi kan? " seorang lelaki datang mendekati Rafiq.

Rafiq cepat-cepat berundur. Dia risaukan keselamatan Arisya yang berada di dalam dukungannya itu. Arisa pula cepat-cepat menyorok di belakang Rafiq. Sungguh dia takut ketika ini.

" Awak, kita bagi jer lah dia orang duit. Saya risau lah " .

" Mana boleh. Takkan nak bagi duit senang-senang jer kat dia orang " bidas Rafiq.

" Pegang Risya " Rafiq menghulurkan Arisya kepada Arisa.

Kini Arisya berada di dalam dukungan Arisa.

Bukk! Satu tumbukan hinggap di perut Rafiq.

" Rafiq! " jerit Arisa. Dia memeluk erat anaknya. Tangisan Arisya semakin kuat.

Rafiq membalas semula. Dia menendang lelaki itu. Lelaki itu tersungkur jatuh.

" Kurang ajar! Kau belasah mamat ni cukup-cukup! " arah lelaki itu.

Dua orang lagi lelaki datang menghampiri Rafiq. Mereka cuba untuk membelasah Rafiq tetapi Rafiq pantas mengelak.

" Masuk dalam kereta Risa! " jerit Rafiq.

Dia takut sekiranya lelaki-lelaki tak guna itu cuba mencederakan Arisa dan Arisya. Arisa cepat-cepat masuk ke dalam kereta.

Seorang lelaki mengeluarkan pisau lipat daripada poketnya. Dia terus menikam perut Rafiq.

Rafiq terduduk lemah. Dia memegang perutnya. Darah merah pekat mengalir keluar. T-shirt berwarna putih yang tersarung di tubuhnya sudah bertukar warna merah.

" Rafiq! " Arisa berlari keluar daripada kereta dan terus mendapatkan Rafiq.

Arisya ditinggalkan di dalam kereta.

" Tolong! Tolong! " jerit Arisa.

Dia cuba untuk meminta bantuan. Walaupun kawasan itu sunyi sepi. Mustahil ada orang yang akan datang membantu.

Lelaki-lelaki itu terus berlalu meninggalkan tempat itu.

" Rafiq, bertahan Rafiq. Saya call ambulans " jarinya pantas mendail nombor kecemasan.

Sebaik menelefon ambulans, Arisa memangku Rafiq di pehanya. Dahi Rafiq berkerut menahan kesakitan.

" Jaga Risya. Janji dengan saya? Saya sayangkan awak dan Risya... " .

Air mata Arisa bercucuran mengalir.

" Rafiq tolong bertahan. Jangan tinggalkan saya dan Risya. Saya dan Risya sayangkan awak. Tolong jangan tinggalkan kami. Kami perlukan awak".

Perlahan-lahan Rafiq melelapkan matanya.

" Rafiq! " raung Arisa.

Arisa memandang Rafiq yang masih lagi tidak sedarkan diri. Mujur nyawanya masih panjang.

" Rafiq, saya minta maaf sebab terlalu ego untuk maafkan awak. Saya cuba menidakkan perasaan saya pada awak. Saya pun masih sayangkan awak Rafiq. Dalam hati saya masih ada awak " luah Arisa.

Walaupun dia tahu Rafiq tidak akan mendengar luahannya itu.

Part 23 (Ending)

Perlahan-lahan Rafiq membuka matanya. Sebenarnya sudah lama dia sedar cuma dia sengaja pura-pura tidur.

" Awak dah sedar Rafiq? Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Saya panggilkan doktor ya? " .

" Tak apa Risa. Saya okay. Saya tersedar lepas dengar ada orang tu luahkan perasaan dia pada saya " usik Rafiq.

Arisa termalu sendiri. Dia menundukkan wajahnya.

" Awak jahat. Maknanya awak dengar lah apa yang saya cakap tadi? " .

Rafiq mengangguk perlahan.

" Ya saya dengar. Semuanya " .

Arisa diam. Macam mana lah dia boleh tak perasan Rafiq dah lama sedar.

" Jadi betul lah awak masih sayangkan saya ni? " soal Rafiq.

Perlahan-lahan Arisa menganggukkan kepalanya.

" Terima kasih sebab masih sayangkan saya. Awak dah maaafkan saya? " .

" Saya dah lama maafkan awak Rafiq
Cuma saya masih belum boleh lupakan apa yang dah jadi dulu ".

" Saya minta maaf Risa. Boleh awak beri saya peluang lagi? Saya janji saya tak akan mempermainkan peluang yang awak dah beri pada saya. Sudi tak awak jadi isteri saya semula? " .

Arisa memandang wajah Rafiq. Wajah itu penuh dengan pengharapan.

" Saya sudi " jawab Arisa.

Terukir senyuman lebar di bibir Rafiq. Hilang semua sakit yang dia sedang rasakan kini.

Dengan sekali lafaz, Arisa kini sah bergelar isteri Rafiq. Hakimi pula sudah boleh menerima kenyataan Arisa bukanlah jodohnya.

" Terima kasih sayang sebab beri abang satu peluang lagi. Abang janji akan jadi suami yang terbaik untuk Risa dan papa yang baik untuk Risya " pinggang Arisa dirangkul erat.

" Terima kasih jugak sebab masih cintakan Risa daripada dulu sampai sekarang. Risa tahu abang mampu jadi suami dan papa yang baik untuk Risa dan Risya. Risa sayangkan abang sangat-sangat. Risa harap kita dapat tempuhi segala onak duri dalam kehidupan kita " .

Rafiq tersenyum nipis.

" Abang pun cintakan Risa sangat-sangat. Insya Allah kita mampu. Abang akan selalu berdoa semoga Allah akan merahmati perkahwinan kita dan semoga jodoh kita hingga ke syurga " .

Arisa menyandarkan kepalanya di dada bidang Rafiq.

" Insya Allah abang. Aamin " .

Malam itu bersaksikan bintang di langit, mereka bersatu semula setelah 5 tahun terpisah. Rancangan Allah itu yang paling terbaik. Mereka terpisah buat sementara waktu dan Allah menyatukan mereka semula.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience