Part 4.

Romance Completed 31621

" Assalamualaikum Datuk. Datuk panggil saya ya? " .

" Waalaikumusalam. Ya saya. Jemput masuk Arisa " pelawa Datuk Zulkifli.

Arisa terus melangkah masuk ke dalam bilik Datuk Zulkifli.

" Silakan duduk " .

Arisa terus mengambil tempat duduk di hadapan Datuk Zulkifli.

" Ada apa ya Datuk nak jumpa saya? " soal Arisa.

" Macam ni Risa, sebenarnya saya ada pekerja baru. Dia akan bekerja sebagai pembantu awak. Saya kasihan tengok awak buat kerja terlampau banyak. Jadi saya carikan awak pembantu. Dia akan bantu awak lepas ni. So awak tak perlu risau lagi lepas ni " jelas Datuk Zulkifli.

" Yeke Datuk? Terima kasih lah banyak-banyak ea. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi saya happy sangat " ujar Arisa teruja.

Semenjak Mega Holdings bekerjasama dengan salah sebuah syarikat daripada Jepun, kerja Arisa semakin bertambah. Kini dia tidak perlu risau lagi kerana dia sudah ada pembantu. Ringan sedikit kerjanya selepas ini.

" Sama-sama. Saya sebagai boss awak, akan pastikan semua pekerja-pekerja saya berada dalam keadaan yang baik. Lagipun anak awak perlukan masa awak Risa. Lagi-lagi sekarang ni dia tengah membesar " .

Arisa mengangguk.

" Terima kasih sekali lagi Datuk " .

" Sama-sama. Sekejap lagi dia akan masuk dan saya akan perkenalkan awak dengan dia " .

" Baik Datuk " .

Tok..tok..

Pintu bilik Datuk Zulkifli diketuk daripada luar.

" Masuk " .

Yuhanis, PA Datuk Zulkifli terus melangkah masuk ke dalam bilik.

" Datuk, pekerja baru tu dah sampai " beritahunya.

" Baiklah. Awak suruh dia masuk " jawab Datuk Zulkifli.

" Baik Datuk " Yuhanis berlalu keluar semula.

Beberapa minit selepas itu, seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik Datuk Zulkifli.

" Assalamualaikum Datuk " .

" Waalaikumsalam. Jemput duduk " pelawa Datuk Zulkifli.

Lelaki itu terus mengambil tempat duduk di sebelah Arisa.

" Risa ni Encik Rafiq. Dia akan bantu awak selepas ni " .

Arisa terus menoleh ke arah lelaki di sebelahnya. Dia terkejut. Begitu juga dengan lelaki itu.

" Rafiq, ni Arisa. Awak akan menjadi pembantu Arisa selepas ni. Saya harap awak berdua akan bekerjasama dengan baik " .

Rafiq tersenyum nipis memandang Arisa.

" Saya harap awak dapat beri tunjuk ajar pada saya " .

Arisa hanya mengangguk perlahan.

" Datuk, kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu ya " pinta Arisa.

" Baiklah. Rafiq, awak boleh ikut Arisa. Memandangkan dalam bilik Arisa ada satu lagi meja kosong, awak akan duduk di situ " .

Arisa terus bangun dan berlalu keluar daripada bilik Datuk Zulkifli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience