Part 5.

Romance Completed 31621

" Tak sangka kita akan jumpa lagi Risa. Lepas 5 tahun kita tak jumpa " .

Arisa tersenyum sinis.

" Saya tak pernah terfikir untuk jumpa awak Rafiq. Lepas apa yang awak dah buat pada saya dulu. Saya tak akan lupa " .

Terdengar keluhan berat Rafiq.

" Saya minta maaf Risa. Saya ceraikan awak disebabkan salah faham. Dah lama saya cari awak. Tapi baru hari ni Allah pertemukan saya dengan awak. Saya tak tahu yang awak dah lama balik Malaysia " .

" Lepas awak ceraikan saya dulu, awak rasa saya masih nak stay dekat london tu ke? " soal Arisa.

" Risa maafkan saya. Saya akui saya salah " .

" Be profesional Rafiq. Sekarang ni kita kat office. Tolong jangan cakap soal hal peribadi " .

" Tapi Risa.. " .

" Saya nak buat kerja. Kalau awak nak cakap hal lepas, saya rasa lebih baik awak tak payah kerja " tajam kata-kata Arisa.

Rafiq terus terdiam. Dia mati kata.

5 tahun lepas...

" Risa apa semua ni?! " Rafiq membaling beberapa keping gambar ke wajah Arisa.

Arisa terkejut dengan tindakan suaminya itu. Tiba-tiba sahaja Rafiq mengamuk. Tiada angin, tiada ribut.

" Abang cakap apa ni? Kenapa tiba-tiba jer nak marah Risa macam ni? " soalnya.

Arisa mengutip satu persatu gambar yang bertaburan. Terbuntang matanya saat melihat satu persatu gambar itu.

" Ma..mana abang dapat gambar ni? " soal Arisa.

Rafiq tersenyum sinis.

" Kau tak perlu tahu mana aku dapat gambar ni. Kau ni isteri jenis apa ha? Kau sedar tak yang kau tu isteri aku. Kau boleh keluar dengan jantan ni. Siap peluk-peluk lagi. Mana maruah kau?! " tengkingnya kuat.

Terhinjut bahu Arisa kerana terkejut. Air matanya mengalir laju. Entah daripada mana Rafiq dapat gambar-gambarnya bersama dengan seorang lelaki dalam keadaan sedang berpelukan. Arisa sendiri tidak kenal dengan lelaki di dalam gambar itu.

" Demi Allah abang, Risa tak pernah kenal lelaki dalam gambar ni. Gambar ni gambar edit. Ada yang cuba nak rosakkan rumah tangga kita abang. Tolong lah percayakan Risa bang " rayunya.

" Kau ingat aku bodoh? Dah lah. Kau tak payah nak tipu aku. Selama ni Emelda banyak beritahu aku tentang perangai sebenar kau. Cuma aku tak percaya. Sekarang ni dah terbukti kau memang bukan perempuan yang baik. Aku menyesal kahwin dengan kau! " .

" Abang! Sampai hati abang tak percayakan Risa. Risa tak buat semua tu. Emelda sengaja reka cerita. Entah-entah dia jugak yang edit gambar ni ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience