"Hoi.. Iris siapa yang datang tengah malam buta ni?.. Bunyi kereta kat luar tu kot" kata Aisyah kepada Iris yang sedang mendengar lagu. "Mana ada orang datang rumah ni malam-malam buta ni Aisyah Oii.. Kalau ada pun perommm?" kata Iris yang terkejut apabila mematikan lagu nya. Aisyah memuncungkan mulut kearah bunyi itu 'Dahlah tengah malam-malam buta ni.. Irfan dah tidur lepas balik kompang tadi.. Ibu dengan ayah terang-terang lah dah tidur.. Aduhhh siapa lah ni Ya Allah.. Kuat kan lah iman ku ini.. Kau peliharalah maruah hambamu ni dengan ahli keluarga ni Ya Allah amin...'hati Iris berkata.
Mereka berdua pun keluar dari bilik mereka dan menuju ke pintu keluar, Aisyah hanya mengikuti saja jejak langkah Iris maklum lah gelap gelita kan. Iris membuka pintu sedikit dia mendengar bunyi orang perempuan yang tersedu baru lepas nangis, Iris membaca Doa yang terlintas didalam fikiran dia.
Iris dan Aisyah berjalan disebab Aisyah terpijak selipar dia dari belakang mereka pun berhenti dihadapan kolam ikan didepan rumah "Shh.. Kau ni dah kenapa relax lah.. Doa banyak-banyak" bisik Iris kepada Aisyah yang berada di belakang. Orang itu terdengar bunyi suara lalu dia pun mendekati suara itu dan hendak membuka lampu ditelefon.
"MAKK! HANTU!" Jerit Iris yang terus 'PANG' lempar orang tu dan menutup mata. Aisyah jangan cakap dengar Iris menjerit dia terus tercangkung istighfar. "Sakit lah bongok! yang kau lempang aku dah kenapa dah lah aku ni kena halau dari rumah tadi.. Lepas tu dah kena lempar kat pipi kanan.. Ni kau pulak lempar muka aku belah kiri.." kata Putri yang memegang pipinya yang kena lempang dengan Iris. Iris yang dengar suara Putri." Laaa.. Kau rupanya ingatkan siapa tadi.. Sorry lah siapa suruh kau hadap lampu tu kat atas.. Lepas tu nampak muka kau yang baru lepas nangis tu pulak.. Lain kali wasap dulu kalau nak datang ni main redah je datang rumah orang malam-malam buta macam ni..nasib baik aku lempang kalau aku hanyut kaki aku kat muka kau.. Tak hancur muka kau tu aku sepak?.. "kata Iris yang kembali tenang.
" Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah "doa Aisyah yang sedang cangkung, menutup mata dan tadah tangan berdoa. Iris dan Putri hanya melihat saja sehingga " Heii! Aisyah kamu ni dah kenapa istighfar sambil cangkung? "kata Puan Ramlah ibu Iris.
Aisyah yang dengar suara ibu angkatnya terus dia membuka mata dan terus berdiri" MA.. Mana ada Aisyah istighfar cangkung tadi.. Aisyah kira rumput tadi Bu.. Hehehe"kata Aisyah sambil tersenyum kerang busuk. Puan Ramlah hanya mengeling melihat kelakuan anak angkatnya. "Bu.. Putri tidur sini boleh tak?" kata Iris kepada ibunya. "Boleh sangat duduk sini je terus senang ramai sikit dalam rumah ni.. Dah masuk tengah malam-malam buta ni takkan nak tidur kat luar pulak kan.. Masuk sekarang" kata ibunya yang menyuruh mereka semua masuk ke dalam rumah.
Iris dan Aisyah menolong Putri mengangkat beg bagasinya dan memasuki bilik mereka berdua dan menutupi pintu bilik maklumlah nak gosip hangat malam buta, tak ingat besok kena kerja.
"Kau ni dah kenapa?..apa makcik kau buat sampai jadi macam ni... Ni kalau aku kan dah lama aku serang Makcik nyanyok tu tau.. Tapi aku masih hormat dia tapi.. Dia ni memang dah melampau.. Kau.. Kenapa kau tak balas balik apa yang dia buat kat kau?... Besok aku nak pergi jumpa dia.. Pasal kau tinggal kan Syahmi dia dah bengkak kan tangan kau.. Habis tu kalau kau dah kahwin dengan Syahmi nanti.. Kau marah dia sikit lepas tu Syahmi mengadu kat mak cik kau.. Lepas tu makcik kau yang pukul kau sebab kau melawan cakap Syahmi tu.. Memang dasar perempuan gila lah dia ni.. "Geram Iris memandang lebam di pergelangan Putri.
" Dah lah wei.. Aku malas lah nak bergaduh ni.. Daripada kau marah aku benda dah jadikan.. Kan lagi baik kalau kau balut tangan aku ni.. Sakit wei masa pegang stereng tadi "kata Putri yang malas nak dengar nenek Joyah bercakap.
Iris memberitahu Aisyah untuk mengambil peti kecemasan melalui bahasa Isyarat. Selang 5 minit kemudian Aisyah balik semula dan membawa peti tersebut dan merawat pergelangan Putri.
" Apasal kau pergi letak Air batu.. Sejuk gila.." kata Putri yang tahan tangannya kesejukan. Iris yang mencebik terus menjawab "Tangan hang ni bengkak.. Kau faham tak?.. Tangan bengkak ubat dia cuma air batu je lah toyol.. Kalau tak bagi air batu ni.. Besok pagi kau bangun..tangan kau jadi panda.. Besar hitam.. Kau nak?.. Dah besok kau tak payah pergi sekolah rehat duduk kat rumah faham tak? "Tegas Iris kepada Putri.
" Wei aah lah.. besok sekolah wei... Habis lah lambat tidur besok mesti mata panda punya lah.. Ok lah aku tidur bye Assalamualaikum.. Bismillah"kata Aisyah yang terus tidur di katil nya. Iris dan Putri hanya senyum dan mengeling melihat karenah Aisyah, takut sangat muka tak cantik lah untuk pergi sekolah besok.
"Dah kau pergi tidur sana.. Aku tidur kat tengah karang tak pasal-pasal kita semua mandi air beku atas katil ni karang" kata Iris yang terus bangun sambil diikuti oleh Putri.
-----------------------------------
Keesokan waktu imsak,Putri bangun dari tidurnya kerana terdengar bunyi orang baca Al-Quran dimasjid. Senang rumah dekat dengan masjid tak payah nak set kan loceng bagai. Putri melihat tangan nya yang bengkak beg ice yang lekat kat tangannya telah pun cair. Putri mengenggem tangannya dan merenggangkan ia kembali 'Dah baik ke cepat nya?' bisik hati Putri yang sedang berfikir.
Putri mengejut Iris dan Aisyah di sebelahnya mereka berdua pun duduk dari tempat tidur mereka dan menepuk pipi mereka masing-masing. Jangan layan sangat mainan tidur ni makin dilayan makin teruk, Lagi-lagi waktu nak Subuh.
"Iris terima kasih ye sebab kau tangan aku dah pulih sikit.. Thankyou so much you are my best friend.. You are very kind" Kata Putri yang terus peluk Iris yang sedang mamai.
Iris yang terkejut akibat pelukan Putri terus dia blur 'Apa yang dia cakap tadi Hah?' kata hati Iris. Putri mengeratkan lagi pelukannya kepada Iris. "Hoi..jangan lah peluk kuat sangat boleh patah tulang belakang aku ni.. Baka" kata Iris yang menggunakan bahasa lain.
Siapa tahu maksud 'Baka' diam-diam je ye sebab tak baik.
"Sorry.. Tapi terima kasih ye" kata Putri yang meleraikan pelukan itu. "Bukan kat aku kat Allah dia yang bagi untuk sembuh.. Kalau tak sampai bila-bila tangan kau tak sembuh" kata Iris yang terus turun dari katil untuk pergi bersihkan diri dan solat subuh dahulu.
Ketika sarapan Ayah Iris iaitu Pak Cik Rahim bertanya kepada Putri mengenai tangan dan mengenai perkahwinannya kiranya semua peristiwa dia cerita. Pak Cik Rahim hanya mendengar dan mengangguk yang diperkatakan oleh Putri.
"Iris kau dah kenapa pakai niqab ni?.. Kalau ye pun tak nak orang kenal agak-agak lah muka kau dah berubah 100% kot" kata Putri yang melihat aku sedang menyarungkan niqab.
"Sebenarnya bukan pasal tu pun.. Aku memang dah pasang nak pakai niqab.. Sebab niqab ni dapat lindung seluruh di bawah mata kita.. Sebab setiap inci kat muka ni melambangkan keperibadian diri kita sebagai seorang perempuan" Ceramah Iris kepada mereka berdua.
Belum sampai sekolah dah bagi ceramah percuma tapi bagus juga dapat ilmu pagi-pagi macam ni dapat masuk kat kepala.
"Huii.. Kalau macam tu aku nak pakai juga lah... Aku tak nak kalau lelaki pandang aku lain macam.. Kau ada yang warna merah tak.. Aku nak pinjam sebelum aku beli yang lain" kata Putri kepada Iris. "Aku nak juga.. Sebab aku nak tengok lelaki kat luar sana.. Sama ada nak pilih kecantikan luaran atau dalaman ataupun dua-dua sekali.. Aku nak tengok.. Wei aku nak pinjam juga warna sian ada tak?" kata Aisyah kepada Iris juga.
Iris hanya mendiamkan diri saja sambil melirik kan senyuman dan pergi mengambil kunci di kotak harta karun nya dan membuka 1 tempat di. Bawah pakaian semua kotak. Mata Aisyah dan Putri terkaku tiba-tiba macam rahang terjatuh dah Iris tengok. Aisyah yang ternganga mulut terus ditutup oleh Iris di sebelah nya.
"Gila cun.. Banyaknya.. Kau buat collection ke wei?.. Semua ikut warna dan tersusun.. Aku suka lah semua warna ni.. Aku nak yang ni" kata Putri yang terus ambil yang melihat warna yang sama dengan pakaian nya. Aisyah pun turut mengambil dan memakai 'Cantik' getus hati Aisyah.
Jangan lupa komen dan support.. Selamat membaca semua :)
Share this novel