BAB 3

Romance Series 10220

"Hoii.. Bangunlah.. Kita dah sampai ni" kata Aisyah yang mengejutkan Iris di tempat duduk belakang. "Hmmm... Dah sampai ke?" kata Iris sambil memandang keadaan hotel itu. "Ye dah sampai.. Tu lah aku dah cakap jangan tidur lepas isyak.. Tapi kau cakap apa.. 'Alaaa sekejap je pun lah' tu yang kau cakap kan.. Sekarang bangun masuk dalam bilik dulu lepas tu baru tidur.

Sepanjang perjalanan memasuki hotel ke bilik mereka Iris yang mamai tersalah jalan tapi di betul kan oleh Aisyah, apabila sampai di lorong bilik mereka Iris berhenti di pintu bilik orang lain, Iris ingin membuka tapi di halang Aisyah. Aisyah sudah tak tahan lagi perangai mamai Iris terus menarik tangan Iris supaya mengikuti jejak langkah nya sehingga sampai masuk ke bilik.

"Katil.. Akhir nya bertemu juga dengan kau" kata Iris yang terus tidur diatas.

Aisyah yang melihat hanya mengeling saja 'Menyusahkan'.

Pukul 3 Pagi, Iris tersedar dari tidur nya tiba-tiba muncul nama orang yang membuatkan kan dia diam seribu kata "Kenapa mesti nama kau muncul dalam kepala aku ni Hah.. Tak tak ni mesti cinta monyet saja ni bukan cinta yang sebenar CINTA MONYET OK!.. Dia bukan jodoh kau Iris dia dah nak nikah kahwin dah lagi 2 hari je sahaja tinggal.." kata Iris yang perlahan kan suara sambil menekan ayat itu.

+Kau boleh move on lah Iris.
-Nak move on sekarang.. Dah tak payah.. Kau takkan boleh move on punya lah.
+Kau kena move on juga dia dah nak kahwin dah lusa.. Dengan Putri kau cuma boleh tengok diorang bergambar sama-sama
-Kau takkan boleh lupa kan dia Iris walau kau dah kahwin sekali pun kau memang takkan boleh lupakan dia.

"Haihh.. Perasaan aku.. Buat aku serabut je lah.." kata Iris yang terus bangun dari katil dan terus pergi ke bilik air untuk berwudhu dan melakukan solat Tahajud.

"Ya Allah.. Tetapkan lah pendirian ku ni.. Kalau dia betul jodohku kau dekat kan lah dirinya kepada aku dalam kehidupan dan hati Ya Allah.. Seandainya dia bukan jodoh ku kau jauhkan lah dari hati ku dan kehidupan ku darinya.. Dan hadirkan lah seseorang yang mampu memenuhi hati ku ni dengan agama mu Ya Allah.. Ku ingin jauh dari dirinya Ya Allah tapi kenapa aku sentiasa setiap hari aku ingat dia sedang kan dia langsung tak pandang aku Ya Allah.. Kau buatkan lah hati aku benci kepada dirinya Amin.. Semoga dimakbulkan "kata Iris sambil mengalirkan air mata.

Pada pukul 6 pagi, " Wuah.. Huuu selesa nya tidur kat katil ni "kata Aisyah yang membuat regangan badan." Awal kau bangun yee.. Tidur awal biasa lh tu "kata Aisyah kepada Iris. " Ah..ah.. Tadi aku bangun pukul 5 mandi dah hampir pukul 6 tu yang aku solat subuh terus.. Baru nak kejut kau tapi kau dah bangun kan.. Pergi mandi nanti kita gerak.. Dah sampai mana ni? "kata Iris sambil melipat telekung.

" Dah masuk Melaka dah hari ni petang dah sampai JB lah.. Aku mandi dulu yee "kata Aisyah yang selesai kemas tempat tidur dan terus menuju ke bilik Air.

" Hah.. Sambung tidur lah Aisyah oii lama lagi kan sampai "kata Iris yang sudah mengantuk didalam kereta. " Hmm tidur lah nanti malam jangan tak boleh tidur pulak yee "kata Aisyah yang cuba menakutkan Iris. " Tak boleh tidur kau dodoi kan lah aku yee.. Hahahahah "kata Iris yang cuba kena kan Aisyah." Boleh tapi kau makan ni dulu lah boleh? "kata Aisyah yang menunjukkan tapak tangan.

" Dah pukul 2:30 kan? "kata Iris kepada Aisyah." Yee dah nak sampai dah ni sikit je lagi.. Sikit je lagi wei.. Ok dah masuk Johor "kata Aisyah sambil senyum. " Yee aku tahu aku nampak dinding besar atas tu tulis selamat ke datang Johor.. Datang dah selamat.. Balik belum tentu boleh selamat kan "kata Iris yang kepada Aisyah. "Jangan nak buat lawak wei.." kata Aisyah.

Apabila sampai di department, "Pehh.. Tinggi nye aduhhh malas betul lah nak naik atas" kata Iris yang melihat bangunan tinggi. "Bila masa pulak kita kena naik kat bawah je pun tu.. Hah" kata Aisyah yang memuncungkan mulutnya. "Ohh.. Dekat bawah ke.. Ni bangunan baru ke.. Mesti mahal kan" kata Iris yang melihat department yang mewah. "Eghhh.. Mesti.. Keluarga kau kan kaya" kata Aisyah.

"Ehh Lehh..kau tu pun keluarga aku juga lah Aisyah jangan nak buat tak tahu yee" kata Iris kepada Aisyah.

Aisyah sebenarnya berasal dari rumah kebajikan kanak-kanak sejak berumur 6 tahun Aisyah dibesarkan oleh keluarga Iris, Iris langsung tidak cemburu apabila keluarganya mempunyai anak perempuan,Bagi Iris keluarga nya melayani mereka berdua sama adil tanpa kurangan.

"Besok kita pergi ke rumah Daniel petang.. Nak tolong Putri kemas bilik dia dengan Daniel lagi" kata Aisyah yang berjalan kearah Iris didepan Televisyen. "Ohhh ok.. Tapi boleh tak jangan bagitahu diorang yang ni ada Iris.. Kau kena panggil aku Sarah.. Nanti si Putri tu pandai lah aku nak cakap dengan dia nanti.. Boleh tak?" kata Iris yang panjang lebar.

"Hmm ye lah tapi kenapa?" kata Aisyah kepada Iris. "Sebab aku nak tengok siapa yang masih ingat aku" kata Iris langsung tidak di fahami oleh Aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience