"Assalamualaikum.. Malaysia.. Saya rindu kan awak" kata Iris yang baru sahaja sampai di KLIA. Iris melihat Aisyah yang sudah lambai ke arahnya sambil berlari anak-anak.
"Assalamualaikum.. Wahai sahabat pena ku" kata Aisyah kepada Iris. "Waalaikumusalam sahabat ku yang tembab belaka" kata Iris yang terus memicit pipi sahabatnya.
"Macam mana kat UK ok tak.. Ke sama je" Kate Aisyah sambil membawa beg Iris. "Hmm boleh lah.. Aku tak banyak keluar sangat sebab bosan dan takut sesat" kata Iris kepada sahabat nya "Kalau ye pun nak temberang aku agak-agak lah wei.. Kau duduk sana dah 2 tahun kot sambung belajar.. Takkan boleh sesat lagi" kata Aisyah yang kurang percaya. "Hahaha.. Kau jangan buat lawak boleh tak.. Kau tahukan aku ni macamana malas nak berjalan sangat sebab aku ni kalau nampak barang jarang aku jumpa memang aku beli.. Lain lah kalau kau nak Tapau kan" kata Iris yang mengangkat kening sebelah.
"Hoii.. Agak-agak lah gaji aku jadi cikgu belum tentu cukup nak belanja kau kat sana wei.. Dah lah jom naik kereta ni keluarga kau dah pesan kat aku.. Kalau nak balik sana.. Malam tak boleh bawah kereta diorang risau sebab kita ni perempuan" kata Aisyah kepada Iris.
"Hmm.. Aku rasa sampai kau kahwin keluarga cakap benda yang sama" kata irid yang mengeluh. "Betul.. Ehh.. Jap tak betul tak betul bukan saja aku kahwin.. Kau pun kahwin juga yee" kata Aisyah.
Apabila didalam kereta, "Aku kahwin.. Hmm lagi 10 atau 20 tahun lagi kot" kata Iris kepada Aisyah. "Asal kau cakap macam ni.. Kau ada hati lagi ke kat Syahmi tu" kata Aisyah itu membuat Iris tersentak. "Maa.. Mana ada aku suka dia dah... Kau bayang kan yee.. Syahmi tu sanggup tinggalkan nenek dia yang dah besarkan dia selama ni pergi ikut keluarga duduk JB semata-mata nak telefon baru.. Memang tak kenang budi betul lah" kata Iris kepada Aisyah.
"Kau tak payah nak tipu aku lah.. Aku dah kenal kau hampir 10 tahun lebih tau.. Perkataan tak suka tu.. Sebenar nya kau cuba untuk benci kan dia tapi kau tak boleh nak nafikan nya Iris.. Kau tak boleh benci kan dia.. Betul tak "kata Aisyah. " Kalau aku suka kan dia sekali pun.. Apa dia pandang aku.. Dia tu cuma ikut pandangan orang.. Kalau orang lain cakap perempuan tu cantik dia pun cakap cantik.. Tapi bila dia suka perempuan yang bagi orang buruk dia rahsia kan.. Dia takut kalau orang tahu dia kena ejek.. "kata Iris yang cuba meyakinkan sahabatnya.
" Ye lah kalau kau kata macam tu nak buat apa lagi kan.. Tapi aku masih tak puas hati lagi.. Nanti sampai hotel kita sambung perbicaraan kita ni "kata Aisyah yang masih tidak puas hati lagi tentang kenyataan Iris.
Sesudah sampai hotel yang diduduki oleh Aisyah. " Wahh pandai kau yee pilih hotel.. Cantik macam hotel 5 star wei "kata Iris yang melihat keadaan sekeliling." Tak semestinya hotel cantik, bersih 5 star je tau "kata Aisyah yang terus memasuki lift .
" Heii.. Bersepak nya bilik hang ni Aisyah macam orang baru rompak kau punya bilik je ni "kata Iris yang memandang ke tilam yang penuh dengan baju." Hehehe.. Tadi aku nak cari baju masa nak jemput sahabat pena aku tu.. Tu yang aku keluarkan semua sekali.. Alaa relax lah malam ni last tidur ni besok dah boleh keluar tak payah nak pening "kata Aisyah yang mengemas sedikit di atas katil.
" Ehh.. Iris.. Muka kau duduk lama-lama kat sana jadi putih yee.. Putih kau ni gebu.. Kau pakai bedak ke? "kata Aisyah kepada Iris. " Mana ada aku pakai bedak.. Aku cuma pencuci muka.. Krim muka dengan pelembab bibir je.. Kau tahu kan aku ni alahan dengan bedak.. Nanti tak habis-habis bersin "kata Iris.
" Ohh.. Cantik jealous aku tau muka gebu macam ni.. Ni nanti balik mesti 1 Kampung terkejut plberuk sampai pingsan tengok muka kau macam orang cina.. Betul lah apa orang cakap kecik-kecik ikut muka bapa.. Bila dah besar ikut muka ibu.. Ye lah muka ibu kau kan putih.. Tapi yang aku pelik tu muka mak kau putih macam cina tapi mak kau bukan keturunan Cina kan.. Nenek kau pun putih juga "kata Aisyah kepada Iris.
" Mana lah aku tahu.. Mak aku cakap dulu masa naik bas mak aku duduk sebelah nyonya ni.. Sebab tu lah putih.. Tapi aku tak percaya lah"kata Iris kepada Aisyah. "Ye lah aku pun tak percaya dah lah tidur nanti besok bangun pagi gerak.. Tunggu kau kat Airport tu pukul 7 petang baru sampai" kata Aisyah yang sudah terbaring. "merungut tak ikhlas betul lah" kata Iris yang merajuk tapi tidak dilayan oleh Aisyah kearah dia sudah terlena dibuai mimpi.
Share this novel