Tepat pukul 6:55 Iris, Putri dan Aisyah menunggu didepan pondok security. "Hezzz... Minggu ni bukan kita yang bertugas kenapa pulak kita kena tunggu kat pondok pulak ni... Oiii... Bila lah orang yang GB cakap tu nak datang ni?" kata Aisyah yang mengeluh. Iris dan Putri hanya mengeling saja, Tiba-tiba ada 3 buah Kereta masuk ke sekolah dengan tak perkenal kan lagi diri apa." Pak Cik kenapa Pak Cik tak tahan kereta tu tanya dari mana.. Mana lah tahu perompak ke Mafia ke.. Diorang ni bukan boleh percaya sangat?" kata Iris yang geram dengan pemandu kereta itu.
"Ohh.. Ni semua ada kaitan dengan GB.. Dia dah bagi tahu ada orang datang naik kereta tadi tulah.. Tu yang saya biar kan.." kata Pak Cik tu hanya angguk kan saja diberi kan kepada Mereka.
Iris dan yang lain pun berjalan ke tapak penghimpunan dengan perasaan marah yang mengunung." Dah lah tak perkenalkan diri.. Buat orang lain tertunggu.. Lepas tu tintet tingkap gelap gelita.. Tak ke bongok nama nya tu.. Hah!.. Kalau aku tahu siapa yang dalam kereta tu aku sembur terus" kata Putri yang mengepalkan buku lima nya. 3 orang lelaki tadi pun keluar dari kereta sambil memakai cermin mata hitam.
Cikgu perempuan yang tengah berkumpul di depan bilik PSV asik ketawa,senyum dan lambai. 3 orang lelaki itu memandang perempuan yang melambai kearah mereka dan menghadiahkan senyuman dan melambai kembali.
Iris, Aisyah dan Putri seperti sedang melihat filem Bollywood, mereka menggigit bibir bawah supaya ketawa di gantikan dengan sakit sampai berair mata nak tahan supaya tak meletus gelak.
"Dah jom jumpa mak kau.. Jangan layan sangat perempuan tu karang tak pasal-pasal dia bagi harapan kat kau" kata Aniq yang terus berjalan meninggalkan Syahmi di belakang. "Alaa.. Kita ni kena lah jadi peramah sikit kalau tak diorang kata kita ni FROZEN!.." kata Syahmi yang menekan kan katanya yang terakhir.
Iris, Aisyah dan Putri hanya berdiri di kaki lima dan melihat mereka bertiga pergi. "Haihh.. Pelik aku dengan Cikgu sekolah ni.. Menggatal je kerja nya kan" kata Iris kepada kawan nya. Aisyah dan Putri hanya memberi respon mengangkat bahu.
Semasa Perhimpunan KOKO, semua Guru berada di situ termasuk 3 orang Guru yang baru sampai biasalah pakai sepek mata hitam diorang tu. Cikgu Fauzi memulakan pembicaraan nya "Assalamualaikum.. Hari ni perhimpunan koko akan berlangsung jadi pihak sekolah telah membuat hari sukan di sekolah ini.. Jadi saya nak kamu semua berkumpul mengikut barisan rumah sukan masing-masing.. Kuning, Merah, Biru dan Hijau.. Saya kira sampai 10.. Siapa yang tak masuk barisan bamping 10.. Ok mula sekarang.. 1.....2.....3......4....5....6....7...8...9....10..ok Baiklah.. Kita sekarang ada 6 Guru baru.. 3 perempuan dan 3 orang lelaki.. Dan saya nak pesan kepada Guru-Guru yang lain supaya buat pilihan dengan betul sebab kita ada pertandingan rumah sukan golongan Guru jadi.. Pilih baik-baik nanti jangan menyesal pulak kalau kalah ye.. Boleh pilih sekarang "kata Cikgu Fauzi yang terus balik ke tempat duduk nya.
GB mula mengambil tempat untuk berbicara" Ok saya nak ubah sikit pasal Cikgu-Cikgu baru ni.. Saya akan pilih setiap 3 rumah sukan yang akan dapat Cikgu baru.. 1 rumah sukan 2 orang cikgu baru jadi saya dah buat pilihan.. Saya nak Cikgu Iris dengan Cikgu Daniel pergi kerumah Merah iaitu Wira.. Seterusnya Cikgu Putri dengan Cikgu Hakim pergi kerumah Hijau iaitu Perdana.. Dan akhir sekali Cikgu Aisyah dengan Cikgu Aniq pergi kerumah Biru iaitu kesatria.. Ok rumah Kuning iaitu Iswara tak ada ye.. Sebab kamu semua dah 4 tahun berturut-turut menang jadi bagi saya rumah kuning dah handal kan.. Ok pergi ke tempat Kuning tempat kamu di dewan lah ye sebab juara lah kan.. Merah tempat kamu bilik jawi dengan surau Ye.. Hijau kamu di bilik Sains ye bukan makmal Sains Ye.. Dan akhir Biru kamu di bilik PSV bawah.. Semua tempat saya pilih kat bawah jadi saya tak nak jumpa anak-anak yang murid dekat aras 2 dan keatas.. Kalau saya jumpa... Saya bagi amaran 1.. Lepas tu harini saya bagi Free time for Teacher and Student.. Jadi nya tiada waktu pelajaran hari.. Dan akhir sekali sebelum saya terlupa.. Saya nak jumpa Cikgu baru yang 6 orang tu kat padang sekarang ye.. Selamat berjaya semua Assalamualaikum "kata GB yang terus menuju kebelakang sekolah iaitu di padang.
6 Guru yang baru tu pun pergi kebelakang di tempat GB katakan tadi." Ok jadi saya nak Cikgu yang semalam ingat tugas kamu harini ye.. Sebab kamu bertiga kena ikut ke mana saja Cikgu jejaka kita ni kemana sahaja kecuali pergi ke tandas lah Ye" kata GB sambil senyum. Iris, Aisyah dan Putri hanya senyum sepuas-puas nya maklum lah pakai niqab jadi kalau nak kutuk pun tiada masalah kan.
"Dah buka cermin mata kamu bertiga sekarang" kata GB yang kembali serius. Mereka bertiga pun muka cermin mata hitam. Iris, Aisyah dan Putri mula membahang "Apa korang buat kat sini.." kata Iris yang menggenggam tangan nya. Syahmi dan yang lain sudah menelan air liur "Kita orang dapat offer jadi Cikgu kat sini lagi pun sekolah ni ada kekurangan subjek jadi GB pilih kita orang lah" alasan Syahmi yang cuba tenang walaupun hanya nampak mata Iris saja tapi tu dah kira mengerun kan.
"Kamu semua berbual lah dulu.. Saya pergi ke depan dulu ye.." kata GB yang terus meminta diri untuk ke depan. Tinggal lah 6 Cikgu baru, Iris yang tak ada apa-apa nak cakap terus pergi dari situ malas nak bertengkar "Tunggu dulu Iris.. Saya nak cakap sesuatu dengan awak" kata Syahmi yang merayu. Iris hanya berdiri tegak tanpa memandang kebelakang "Saya suka kan awak.. Saya cintakan awak.. Saya cinta kan awak sepenuh hati saya Iris.. Saya baru perasan perasaan selama ni kat awak ialah cinta.." kata Syahmi yang meluahkan perasaan kepada Iris.
"Cinta.. Cinta.. Cinta.. Hesh serabut lah.. Penting sangat ke Cinta tu kat kau Hah.. Kalau kau rasa Cinta tu penting.. Kau cari orang lain bukan aku.. Pekak!" kata Iris yang begang.
Aisyah dan Putri terkejut apa yang di katakan oleh Iris sebentar tadi 'Maknanya betul lah Iris betul-betul benci kan Syahmi' getus hati Putri.
Luqman dan Aniq betul-betul terkejut buat kali kedua nya pertama di rumah Putri itu lagi dasyat. Zaman persekolahan dulu Iris seorang sabar, jaga percakapan dan aktif. Tapi sekarang.
"Kenapa!.. terkejut sebab aku dah lain Hah.. Mana Syahmi yang aku kenal dulu.. Seorang yang panas baran, langsung tak kesah kan orang, seorang yang memilih, seorang yang Egoistic.. Mana semua tu dah hilang ke?... Atau pun kau talam 2 muka.. Muka pertama simpati.. Muka yang kedua apa.. Nak balas dendam kat aku sebab aku lempang muka kau pakai selipar masa tu kan "kata Iris yang terus menuduh Syahmi.
"Tak.. Bukan pasal tu.. Itu pun ada sikit juga tapi bukan nak balas dendam.. Lepas kau lempang muka aku tu baru aku sedar itu bukan diri aku.. Tapi ni diri aku sekarang ni" kata Syahmi yang menggenggam tangan nya.
"WAHH.. tahniah wei.. Kau dah berubah.. Tapi ada aku kesah, bagi aku kau tetap Syahmi yang dulu sebab muka kau sama, otak kau pun sama dengan dia..sebab tu lah aku tak kesah pun... Ada apa-apa lagi nak cakap.. Dan lagi aku aku tak suka kau.. Aku benci kau.. Aku benci tengok muka kau.. Dan aku benci nama kau Tapi aku tak ada hak atas sekolah ni jadi aku takkan lempang muka kau tapi kalau luar sekolah kau muncul.. Bukan setakat lempang pakai tangan je tau kasut tumit yang aku pakai ni.. Aku letak kat muka kau.. Dah.. Putri.. Aisyah blahh jom.. Buat masa je kat sini "kata Iris yang menyuruh kawan-kawan nya pergi dari situ.
Iris meninggalkan Syahmi dengan perasaan hampa" Kau sabar Ye Syahmi ini langkah pertama kita semua.. Langkah pertama pun dah sempurna.. Langkah kedua serah kat aku pulak "kata Aniq yang menepuk bahu Syahmi supaya bertenang.
Ayo mari kita makan,
Makannya dengan wafer.
Ingin sekali kukatakan,
I love you forever.
Share this novel