BAB 9

Romance Series 10220

"Kau nak aku makeup macam mana besok?" kata Iris kepada Putri. "Ahh.. Macam..ni" kata Putri sambil menunjuk kearah Aisyah. "Punya banyak contoh dalam majalah tu.. Muka aku ni juga kau nak Putri" kata Aisyah sambil menunjukkan muka nya sendiri. "Ahh.. Makeup muka kau tu cantik.. Siapa ajar?" kata Putri itu membuat Aisyah pandang Iris. "Wei Putri makeup memang boleh buat kan kita cantik tau tapi yang membuat cantik adalah muka kita sendiri.. Ciahh Ciahhh" kata Aisyah yang buat lawak.

Putri dan Iris memandang sesama sendiri dan memandang Aisyah. "Ok aku tahu tak lawak.. Merajuk lah macam ni" kata Aisyah yang terus pergi dan duduk di bucu sambil menghadap dinding. Iris dan Putri memandang sesama sendiri dan mengangkat bahu sebagai tanda tak tahu nak pujuk macam mana.

Iris yang sedang memikir dia terdengar suara yang jarang sekali dia dengar dan dia mendapat 1 idea, Iris pun mengajak Putri untuk membuka tingkap untuk melihat gerangan punya suara Iris dan Putri tersenyum jahat "Wei Aisyah.. Crush kau datang sini lah wei.. Handsome nya.. Ni kalau iman aku tak kuat ni.. Habis aku dipermainkan perasan, jiwa dan raga... Ohh Aniq sudikah awak menjadi teman hidup dan mati saya?" kata Iris yang acah-acah lemah gemalai.

Aisyah yang dengar nama 'Aniq' terus dia menarik Iris dari tingkap tu. " Aduh.. Tak guna punya kawan... Sampai hati kau tolak aku DEMI ANIQ KAU SANGGUP LUKAI SAHABAT MU INI.. "kata Iris yang pura-pura sakit.

Lakonan Iris langsung tidak dipedulikan oleh Aisyah. Putri hanya senyum melihat mereka berdua. 'Ohhh.. Kau tak hirau kan aku yee Aisyah.. Kau tunggu jap yee' hati Iris berkata.

" Dah-dah lah tu Sarah.. Daripada kau kenakan si Aisyah tu baik kau jawab soalan aku ni.. Lagi bagus" kata Putri yang menarik tangan Iris untuk berjalan keluar. "Soalan apa kau nak tanya ni?.." kata Iris, "Makeup kau ni kan.. Langsung tak ada bau busuk yee.. Kau letak apa?..bedak baby jounsen ke?" kata Putri kepada Iris.

"Tu lah kau tak tahu.. Bedak baby jounsen tu ada sesetengah jurusolek pakai dan ada yang tak pakai.. Yang tak pakai tu makeup nya confirm berbau tapi makeup aku ni tak bau kan.." kata Iris sambil senyum kepada Putri.

"Kalau kau tak percaya suruh si Aisyah tu bau makeup kau ni?" kata Iris sambil memandang Aisyah yang masih mengendap kat luar.

"Aisyah.. Sini lah tolong aku.. Kau jangan sampai aku panggil ANIQ..nanti~"kata Iris yang menekan ayatnya dan berbisik seperti syaitan.

Aisyah langsung tak pandang apa entah lagi nak bergerak. " ANIQ ...! "Jerit secara tiba-tiba oleh Iris.

Aniq yang dengar nama nya disebut terus memandang kearah tingkap atas 'Aisyah'. Apabila Aniq melihat Aisyah sedang memerhatikan nya dia hanya tersenyum manis kepada Aisyah.

Aisyah yang melihat terus menutup tingkap "Hesh kau ni Iris.. Kau tahu tak si Aniq tu pandang aku tadi... Ya Allah malunya.. Ni semua pasal kau" kata Aisyah yang sudah mula kemerahan.

"Memang tak tahu... Ni tengoh si Putri.. Apa yang dia suruh buat.. Salah siapa sekarang.. Siapa suruh kau gendap anak teruna orang.. Kalau dah suka merisik je terus.. Tak salah kalau perempuan mulakan.. Lelaki zaman sekarang nak duduk belakang ibu diorang je tahu... Nanti bila kaum hawa tolak baru nak tanya kenapa... Bila dah jawab tak gentleman.. Balas dendam... Tu lah perangai lelaki sekarang "kata Iris yang betul-betul marah.

Aisyah hanya mengikuti apa yang Putri suruh" Tak bau pun.. Bau macam masam-masam manis tapi macam madu.. Tapi aku rasa bukan madu ni kalau madu bedak yang Sarah letak ni mesti dan confirm muka kau macam badik putih sangat.. Tapi ni tak? "kata Aisyah yang mengikut pandangannya.

" Kan.. Aku cuma letak buah limau kasturi jelah... "kata Iris yang mengejutkan Aisyah dan Putri.

" Buah limau.. Apa dia punya fungsi? "kata Putri yang ingin tahu ." Buah limau tu aku perah lepas tu aku masukkan dalam botol kecik ni.. Dan letakkan kat muka lepas tu rata kan... And then baru lah letak bedak dan mulakan makeup.. Nanti baru lah makeup tu tak bau "kata Iris yang memberikan pertua. JANGAN CUBA YEE INI UNTUK SUKA-SUKA SAJA 'JANGAN MARAH HAH'.

" Dasyat petua kau ni yee Sarah.. Kau tahu Aisyah? "kata Putri kepada Aisyah." Tak tahu pun.. Mana kau ambik petua ni? "kata Aisyah kepada Iris.

" Aku buat sendiri masa kat UK dulu.. Eksperimen "kata Iris kepada Mereka.

Putri memanggil Iris dengan isyarat tangan sebagai tanda kenakan Aisyah. Iris menunjukkan ibu jarinya sebagai tanda setuju.

" Apakah cinta bagimu
Hanyalah satu permainan?~
Air mata mengalir lesu
Hanya dendam yang tertanam ~"nyanyian merdu oleh Iris kepada Aisyah yang masih mengendap Aniq di bawah.

" Usah coba ungkapkan cinta~
Walaupun kini telah kau sedar~~"Putri menyambung nyanyian Iris tadi.
" Masihkah ada kesempatan untuk kita berdua~
Kembali bersama menuju bahagia?~"Nyanyi Iris.

"Masihkah perlu ada ruang di hati buat dirimu~
Yang dulu pernah menyakiti cinta ini?~" Sambungan Putri.

Aisyah yang dengar dari mula mencebik "Ingat aku ni macam korang ke?" kata Hati Aisyah.

"Tersimpan di lubuk hati
Semua kata yang kau dustakan~
Kecewa dirundung sepi
Tidak tertanggung bebanan~.. Sambung Aisyah" kata Iris kepada Aisyah.

"Usah coba ungkapkan cinta~
Walaupun kini telah kau sedar~~" nyanyian Aisyah.

"Masihkah ada kesempatan untuk kita berdua~
Kembali bersama menuju bahagia?~" Nyanyi Putri.

"Masihkah perlu ada ruang di hati buat dirimu~
Yang dulu pernah menyakiti cinta ini?~" Nyanyian Iris

"Jika cinta ini telah direstui~
Kuharap ia cinta sejati, oh~
Hanya pada Tuhan, kuserahkan jiwa~" nyanyi Aisyah.

"Dialah penentu arahnya cinta kita, ha-oh~~" nyanyi merdu Iris 'Vocal memang cun wei'.

"Uhhh.. Sampai ahh kau" kata Putri kepada Iris.

"Masihkah ada kesempatan untuk kita berdua~
Kembali bersama menuju bahagia?~~" gabungan suara Iris, Aisyah dan Putri.
"Oh.. Oh...Uh... Ohhh... ~~~" vocal panjang Iris.

"Apakah cinta bagimu
Hanyalah satu permainan?
Air mata mengalir lesu
Hanya dendam yang tertanam" nyanyian mereka bertiga mendapat tepukan gemuruh dari bawah tempat parking kereta.

"NAK NYANYI KAT BAWAH LAH.. BARU BOLEH TENGOK!" Jerit seorang kawan Syahmi dari bawah.

Iris dan yang lain ketawa mereka langsung tak ingat yang mereka kat rumah orang.

"Kawan aku cakap.. Kalau orang tu pandang main kompang.. Suaranya mesti lunak bila dia menyanyi" kata Aisyah.

Iris yang sudah tahu mana si Aisyah tu curi ayat terus mengetuk kepala Aisyah macam ketuk pintu.

"Kau sebenar nya curi ayat tu dari cerita the amazing awang khenit kan.. Watak ayat tu ialah PHB(Pahlawan Harimau Berantai) kan.. Kau jangan ingat aku ni sampai sekolah rendah je tau.. Setakat kartun budak kecik.. Aku tahu lah semua nya" kata Iris kepada Aisyah.

Aisyah hanya senyum seperti kerang busuk dalam plastik, Putri yang dari tadi ketawa langsung tak berhenti.

"Berhenti ketawa Putri.. Tak kelakar wei" kata Aisyah yang menyampah melihat Putri ketawa.

Selamat membaca semua.. Jangan lupa komen dan support yee :) #STAYSAFEGUYS#

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience