BAB 2

Romance Series 10220

"Aisyah bangun dah subuh ni.. Kemas barang kata nak gerak awal.." kata Iris sambil mengoncangkan bahu Aisyah. "Hah.. Ye lah aku nak bangun lah ni.. Wuahhhh" kata Aisyah sambil menguap. "Pergi mandi.. Kita solat berjemaah sekali" kata Iris yang terus pergi untuk membaca Al-Quran.

Ketika Aisyah membuat check out Iris membuka Telegram untuk melihat Syahmi last seen bila, Aisyah yang sudah berada di hadapannya langsung tidak dipandang oleh Iris sebaliknya Aisyah mencuri tengok telefon Iris "HAH!.. Syahmi lagi.. Kata dah move on kan.. Kenapa tengok gambar dia" kata Aisyah yang mengejut kan Iris.

"Bila kau sampai sini tak bagitahu pun" kata Iris yang mengubah topik "Ohh aku dari tadi kat depan kau.. Langsung tak pandang aku.. Ni kalau orang nak curi beg kau pun.. Kau masih senyum-senyum kan.. Handsome sangat ke dia sekarang ni.. Bakal suami orang tu.. Kau jangan main-main Iris" kata Aisyah yang cuba mengingatkan rakan nya.

"Alaa.. Kau ni aku tengok je pun.. Bukan aku tengok tiba-tiba dia jatuh hati kat aku.. Yee aku tahu dia dah nak nikah dan nak kahwin pun dengan pujaan hati adinda dia tu.. Aku tak gila lagi lah nak rampas bakal suami Classmate aku lah" kata Iris kepada Aisyah. "Dah-dah nak tunggu kau bercakap serupa macam nenek ni baik kita gerak sekarang nanti lambat nak sampai Melaka" kata Iris yang terus menarik lengan sahabat nya.

"Haihh.. Dapat peluang duduk belakang takkan tak nak tengok gambar dia kan" kata Aisyah kepada Iris. "Mabuk lah.. Aku naik kereta mana boleh tengok telefon nanti pening nak muntah.. Benda ni aku tak payah cakap pun kau dah tahu kan" kata Iris kepada Aisyah. "Alaa.. Kau ni aku gurau je pun lah jangan lah serius sangat.. Nanti hari Khamis kau pergi kan majlis Putri tu" kata Aisyah kepada Iris.

"Pergi lah.. Putri suruh aku jadi jurusolek dia kot" kata Iris kepada Aisyah. "Manalah tahu kau tak nak pergi kan.. Lagi pun Syahmi tu buat majlis kat taman perumahan dia jadi.. Tak payah lah kita nak susah fikir jauh sangat.. Ni kita stay dulu kat JB lepas majlis tu kita balik kampung semula" kata Aisyah.

"Ehh.. Nanti kau nak balik kampung macam ni je ke?" kata Aisyah kepada Iris "Kenapa aku pakai macam ni... Tak boleh ke tutup aurat kot" kata Iris yang keliru. "Mana lah tahu kau cuba nak buat kejutan kat mak kau yang kau dah putih gebu tu.. Dalam gambar mati-mati kita orang fikir kau pakai edit beauty tu.. Rupa-rupanya sebiji dalam gambar" kata Aisyah yang ketawa.

"Laaa.. Punya aku tunggu korang puji cakap aku ni dah putih kat UK sana.. Korang boleh fikir aku ni edit kurang ajar.. Pak Samad.. Saya dengan Aisyah mana lagi putih?" kata Iris yang bertanya kepada Pak Samad.

Aisyah malas nak layan sebab dia tahu Iris lagi putih dari pada dia." Pak Samad rasa Iris lagi putih dari Aisyah "kata Pak Samad kepada mereka berdua.

" Hmm ye lah Pak Samad.. Pak Samad cuma nak jaga hati Iris saja kan sebab dia baru balik.. Kalau nak ikutkan...saya lagi putih dari dia kan? "kata Aisyah yang tidak puas hati.

" Kau jangan nak ubah fakta kepada auta yee.. Aku lagi putih.. Hahahah" ketawa Iris. Aisyah terus geling kepala dia langsung tak hairan mengenai itu sebab itu memang kenyataan.

"Kita dah sampai mana ni Pak Samad dah pukul 1:15 dah ni.. Nanti berhenti kejap kat R&R ye Pak Samad" kata Iris yang sudah keletihan. "Kita dah nak sampai Melaka dah ni.. Baiklah Iris" kata Pak Samad kepada Iris. Aisyah jangan cakap dia dah tertidur di kerusi hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience