BAB 15

Romance Series 10220

"Macam mana ni Syahmi.. Diorang mesti tak nak jumpa kita punya lah.. Asal jumpa kita mesti si Iris tu tampar kau dan tak mustahil kalau Aisyah dengan Putri ikut serta" kata Luqman yang kebingungan.

"Habis tu nak buat macam mana lagi Luqman.. Takkan kau dan Aniq tak nak balik rumah korang?" kata Syahmi. "Ok macam ni aku ada cadangan.. Tapi cadangan ni agak mengarut lah juga ia melibatkan jiwa kita berenam.. Macam mana cun tak?" kata Aniq yang mendapat idea.

"Maksud kau apa.. Aku dah mula blur ni wei" kata Syahmi kepada Aniq. "Macam ni.. Kita tarik sorang-sorang macam mana?" kata Aniq.

"Tarik sorang-sorang?..Maksud kau.. Kita kena ambik sorang satu macam tu ke?" kata Syahmi yang mula berfungsi. Luqman hanya mendiamkan diri saja hanya setakat dia faham sudah.

"Ok aku setuju.. Tapi aku pilih hmm" kata Syahmi yang mula.berfikir untuk mengambil siapa. "IRIS!" kata serentak Luqman dan Syahmi. Luqman dan Syahmi berpandangan tajam "Ok air batu burung.. 3 kali sahaja siapa menang dia dapat Iris.. Macam mana?" kata Aniq yang melihat mata mereka saling bergilir. Mereka berdua memandang Aniq serentak dan memulakan pertandingan "AIR BATU BURUNG!" semangat Luqman dan Syahmi. "Hah aku menang.. Ok Luqman kita pandang kee... Bawah" kata Syahmi kepada Luqman. "AHHH.. Ok-ok tak apa baru sekali Syahmi jangan suka sangat ye" kata Luqman yang mengikuti jari telunjuk Syahmi ke bawah.

"Ok easy men.. Jom kita sambung lagi" kata Syahmi yang menerima tentangan Luqman.

Perlawanan kedua di menangi oleh Luqman. Perlawanan Akhir, "AIR BATU BURUNG!" Jerit mereka berdua di dalam bilik Syahmi. "HAH AKU MENANG.. Ok pandang ke... KANAN!" Jerit Syahmi tu membuat kan Luqman terkejut lalu memandang ke kanan. 'Alamak kalah ke aku ni' gwtus hati Luqman. "Wuhuu.. Aku menang.. Iris aku tackle yee Luqman kau tackle Putri.. Aku dah tak nak dengan dia lagi dah.. Jadi bila kita boleh mulakan misi ni?" kata Syahmi yang bersemangat kental.

Luqman hanya mendiam kan diri saja. Putri pun Putri lah asalkan bukan pondan kan. 'Melepas lah aku ni' kata hati Luqman." Sabar lah.. Kau ingat senang ke nak pindah ke sekolah tempat diorang kerja tu.. Bukan senang kena tanya dulu atau pun mohon mana tahu dapat kerja kekal terus kat sana kan lagi bagus" kata Aniq yang menghilangkan semangat Syahmi.

"Haduhh.. Anak-anak oii.. Tulis hampa semua bukan main cantik lagi nahh.. Kalah orang yang tinggal pulau bersendirian" kata sendiri Iris yang pening untuk membaca tulisan anak murid nya itu.

Aisyah yang melintas di depan meja Iris melihat Iris memegang kepala nya sebelah tangan, sebelah tangan nya pulak terus menanda buku tulis.

"Asal ni.. Tak faham pasal tulisan ke tu?.. Hahaha biasa lah tu budak-budak tahap 1.. Ayat aku untuk terus cuba faham tulisan budak-budak tu adalah tulisan kita dulu lagi buruk macam mana cikgu kita boleh faham tulisan kita sedangkan kita langsung tak faham tulisan kita.. Pelik kan?.. Hahaha.. Faham kan sikit-sikit nanti.. Dapat-dapat "kata akhir Aisyah yang terus pergi menyambung kerjanya.

" Aku Aisyah "kata Aniq kepada mereka." Aku ambil Iris~"kata Syahmi yang saja membuatkan Luqman jealous." Aku ambik Putri.. Deal "kata Luqman yang malas nak layan Syahmi itu. Apa yang diorang ni rancangkan Ye diorang lupa ke amaran Iris bagi masa tu, memang cari gila guys.

"Tak sabar besok tunggu keputusan dari Mak aku sendiri.. Mesti dia bagi punya lah" kata Syahmi yang sepenuhnya yakin.

"Hmm yakin lag sangat ye.. Nanti jangan sampai bila jumpa dia.. Dia bagi alamat kat kau sudah lah ye.. Kita orang hanya mampu menonton saja" kata Luqman yang cuba takut-takutkan Syahmi.

"Aku tahu nanti kalau dia nampak aku mesti dia akan marah tapi aku ada penyamaran yang mungkin dia tak kenal aku.. Jeng.. Jeng" kata Syahmi yang memakai cermin mata hitam dengan topi.

Luqman dan Aniq mengaru kepala yang tidak menjangka 'gila' itu lah perkataan yang muncul dalam hati Luqman dan Aniq.

"Kau ingat Iris tu bodoh macam kau.. Dia tu mata macam CCTV hoo.. Sebab tu lah Cikgu Fauzi lantik dia jadi GA dalam permainan boleh jaring dulu... Tahun 6 dia masuk kelab bola Jaring.. Tahun tu juga dapat tempat nombor 2.. Kau jangan main-main Syahmi... Ramai Cikgu sekolah lain puji GA nya cing gini tau.. "kata Aniq yang menunjuk ibu jari.

" Aku tahu.. Aku akui dia memang hebat tapi aku buta kan hati aku dengan mata orang lain.. Memang betul cinta tu buta.. Iris bukan sembarangan perempuan dia kasar tapi dia baik.. Dia muka hitam tapi hati dia putih.. Aku memang bodoh lepas tu buta pulak tu... Banyak lagi wei yang aku baru nampak sekarang.. Iris yang aku benci selama ni dia yang ubah aku menjadi diri aku sekarang.. Senyuman dia yang manis tu aku padam dan aku gantikan dengan Putri.. Yang selama ni dia tak suka aku.. Aku tak salah kan takdir aku terlampau terima takdir sepenuh hati.. tapi Kenapa aku ni bodoh sangat wei... Aku cintakan dia.. Aku takut dia jauh dari aku... Aku akui dia sempurna di mata aku sekarang bukan dari dulu dia sempurna tapi aku buang perasaan tu jauh-jauh... Aku sayang dia Aniq.. Luqman"kata Syahmi yang mula mengalirkan air mata jantan nya. Orang cakap lelaki kalau nangis tu tandanya dia sayang,betul ke?.

Cinta tak semestinya indah,
Merana tak semestinya benci.
Bahagia tak semestinya indah,
Kecewa tak semestinya benci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience