"Kau ni dah kenapa Aisyah.. Dari dekat bilik Putri kau diam.. Aku tengok kau macam orang baru tengok mayat hidup balik... Apasal ni kau nak cerita kat aku sesuatu ke?.. Atau kau nampak benda tu kat rumah Syahmi?" kata Iris yang ingin tahu.
"Bukan tu lah.. Aku kalau nampak benda tu.. Terang-terang lah aku cakap dengan kau terus tapi.." kata Aisyah kepada Iris. "TAPI APA!" kata Iris tu mengejut Aisyah. "Aku nak kotex" kata Aisyah kepada Iris, gila tak terkejut main sergah macam tu je. "Laaa.. Kotex pun nak gelisah kee.. Jap aku ambik" kata Iris yang terus bangun dan menuju ke dalam bilik.
"Nasib baik Allah tolong.. Kalau tak mesti Iris tu dah tahu.. Naluri seorang perempuan dan bakal ustazah.. Gila memang menakutkan beb" kata perlahan Aisyah yang berasa lega sangat-sangat. Iris pun kembali dan membawa sebungkus plastik "Nak.. Lain kali jangan buat muka orang bersalah.. Boleh? Ada mulut tu cakap lah" kata Iris yang memberikan kepada Aisyah.
Aisyah yang mengambil hanya menghadiahkan senyum kerang busuk dia. "Heii.. Iris bila kau nak masuk sekolah?" kata Aisyah kepada Iris. "Lepas majlis Putri ni lah.. Guru besar tu masih tak tahu yang aku ni dah balik dia ingat aku ni kat UK lagi sebab tu lah.. Aku relax je.. Tak macam kau" kata Iris kepada Aisyah sambil mengunyah makanan ringan.
"Hello.. Aku ni pernah dilobatkan guru terbaik tahun 2020.. Kau ada.. Tak ada kan jadi kau kena dengar tips-tips dari yang pakar macam aku ni.." kata Aisyah dengan bangga nya sambil memandang atas. Aisyah masih menunggu perlian Iris tapi tiada "Nak pilih cerita apa Hah malam-malam ni.. Kalau dapat cerita hantu yang kelakar best juga.. Fuhhh ini memang cun wei.. Aisyah kau tengok ni Cerita Kampung Pisang.. Uhhh ni menang syok wei" kata Iris sebelum memandang Aisyah kebelakang.
Iris melihat muka Aisyah yang geram masyhur kearah nya. Iris mula rasa seram sejuk dengan riak muka Aisyah yang bengis tu, nak telan air liur pun susah beb. "Kau asal.. Aku ada cakap benda yang lain ke dari tadi.. Kalau kau tak nak tengok Cerita ni ta.. Tak apa.. Ak.. Aku bol... Boleh tukar kan?" kata Iris yang mula jauh dari Aisyah.
1 saat.. 2 saat.. 3 saat "BOMM!" Jerit Aisyah yang secara tiba-tiba. "OI KATAK DALAM TEMPURUNG!" Jerit Iris yang terkejut dengan jeritan Aisyah. "Hahahahah.. Tu lah.. Aku tengah cakap dengan kau panjang lebar.. Kau boleh pulak pilih siaran astro first nak tengok cerita apa.. Mana aku tak rasa terabai.. Ni kalau anak kau hilang pun kau masih nak tengok cerita apa kan?" kata Aisyah yang memberi nasihat.
" Mulut hang ni melebih weii... Kau jangan sampai aku ambik biskut oreo kau kat beg besar tu yee.. "kata Iris tu mengejutkan Aisyah. " Ma..macam mana kau boleh tahu aku simpan biskut oreo dalam beg tu? "kata Aisyah kepada Iris. Apabila Aisyah berkata seperti itu Iris mula bangun dan berdiri didepan Aisyah. " Kau tak perlu tahu macam mana aku tahu sekarang... Tapi bagi aku 1 oreo tu.. Aku nak yang milk punya.. Aku tahu kau ada beli 2.. 1 milk lagi 1 Coklat kan.. Sekarang kau pergi ambik sebelum aku ambik semua oreo kau dalam beg plastik yang kau simpan dalam laci geroboh baju tu.. SE.. KA.. RANG "kata Iris itu membuat Aisyah lari lintang-pukang. Apabila Aisyah lari, Iris menahan ketawa tahu takut baru gertak sikit dah lari macam kucing.
Dalam beberapa minit Iris menunggu didepan TV sambil ketawa, Aisyah datang dan memberikan biskut oreo," Nak.. Alaaa kau ni tu pun nak marah ml ke...aku simpan oreo ni sebab bila dalam kereta boleh makan nanti" kata Aisyah kepada Iris. "Ye tak ye je kau ni Aisyah... Ni kau bagi ikhlas tak.. Aku sebenar nya saja je nak kena kan kau tapi tak tahu pulak kau takut macam kucing.. Hihihi" kata Iris kepada Aisyah.
"Hmm dah bagi baru nak tanya..ikhlas ke tak.. ikhlas laaa.. Ni cerita apa yang kau ambik ni.. Kampung pisang?" kata Aisyah yang melihat info di kaca tv. "Ye lah best lah.. Mana ada seram sangat" kata Iris sambil memakan oreo.
Sepanjang mereka menonton, Aisyah merasakan ada benda lalu didepan mereka. Aisyah mula mendekatkan diri dengan Iris, Iris sebenarnya nampak apa yang lalu didepan mereka tadi tapi dia malas nak layan. "Iris aku rasa macam ada benda lah?" kata Aisyah yang memegang tangan Iris. "Tahu aku nampak juga dia lalu depan kita kan tadi.. Aku nampak tadi" kata Iris yang masih tenang.
"Iris dia kat mana wei aku tengok kat pintu luar dengan pintu dapur tak ada pun?" kata Aisyah yang masih gementar. "Memang lah kau tak nampak dia.. ni Hah belakang TV je pun.. Nampak tak" kata Iris yang memuncung kearah atas TV. Aisyah yang mula takut melihat muka nya terus ditutup oleh Iris. "Kalau tak boleh nak tengok jangan lah tengok.. Nanti malam kau mimpi pulak.. Dah duduk.. Biar aku halau" kata Iris yang terus bangun dan membaca ayat suci Al-Quran.
Selepas saja benda tu dah pergi Iris duduk semula sebelah Aisyah. "Dah tak payah nak tutup mata sangat dia dah tak ada... Kau ni pun lain kali jangan lah takut sangat.. Nampak benda tu terus terkunci mulut.. Bila depan kau ada lelaki yang kau suka tu.. Boleh pulak cakap?" kata Iris yang pelik dari dulu sampai sekarang.
"Tu orang lah... Ni lain.. Iris nanti aku tidur dengan kau yee" kata Aisyah kepada Iris. "Yee.. Lah nanti jangan sampai tindang aku pulak bila kau mimpi benda tu?... Pergi ambik Air botol besar mineral tu.." kata Iris yang menyuruh Aisyah mengambil mengambil botol mineral besar.
Selepas saja Aisyah memberikan air mineral botol besar itu, Iris membaca surah-surah Al-Quran dan menutup semula." Nak nanti sebelum tidur minum.. Jangan jadi hiasan pulak "kata Iris dan memberikan botol itu semula kepada Aisyah.
Share this novel