"Wei.. Iris tolong aku boleh tak?.. Tolong just tanda kan betul je setiap buku ni nanti aku tanda tangan je terus" Kata Aisyah kepada Iris. Iris melihat Aisyah yang membawa buku lebih 40 buah buku tulis di tangannya.
"Hmm ye lah.. Kesian juga aku tengok kau tanda tangan buku ni semua.. Kat luar lah yee kat dalam bosan.. Kat luar boleh tengok keindahan waktu malam.. Jom.. Sini buku tu sikit" kata Iris yang menyuruh Aisyah meletakkan separuh buku di tangannya.
Apabila Iris dan Aisyah berada di meja ruang depan rumahnya bunyi banyak motor kedengaran, "Komboy.. Dah datang dah.. Bengit telinga aku ni wei" kata Iris kepada Aisyah. "Pakai lah headfon kau tu buka lagu kuat-kuat" balas Aisyah kepada Iris.
Iris mengikuti apa yang dibicarakan oleh Aisyah sebentar tadi, Iris yang sedang menanda sambil mendengar lagu terus berhenti apabila adiknya menyapa. "Apasal.. Ada masalah?" kata Iris kepada adiknya. "Tu kawan Irfan nak tanya tu jawab nanti.. Pening kepala Irfan ni nak jawab soalan tapi jawapan tetap sama.. Penat-penat.." kata Irfan yang terus memasuki ke dalam rumah. Apabila adiknya berkata seperti itu Iris memandang kawan-kawan dia yang berada di luar rumah.
" Hai.. Nak tanya betul ke ni Iris Ye?"kata malu Hafiz kepada Iris."Ye saya Iris.. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" kata Iris sambil senyum manis masam. "Ohh.. Aahh.. Nak minta nombor boleh.. Ye lah dah lama tak jumpa kau kan.. Tak salah kan" kata Hafiz yang agak malu. Iris memandang Aisyah di sebelahnya sambil senyum dengan penuh muslihat. "Nombor aku.. Selama ni masa sekolah rendah dengan sekolah menegah tak ada pon kau minta nombor.. Mimpi apa nak mintak nombor aku ni.. Asal terkejut sebab aku sekarang dah putih dan cantik macam tu.. I never asked for your number.. Jadi Jangan mimpi aku nak bagi korang nombor aku.. Aku bukan nak berlagak tapi aku tak boleh lupa apa yang korang cakap.. Memang tak boleh aku rasa.. Sampai aku mati pon aku tak boleh nak lupakan lah "kata Iris sambil senyum sinis.
Kata-kata Iris tu betul-betul menepati masa, selepas sahaja berkata seperti itu adiknya terus keluar dari pintu luar" Dah tanya kan.. So jom.. Kita pergi rumah cikgu Fauzi main kompang "kata Irfan kepada kawan mereka yang membuat muka seperti muka baru berjumpa dengan hantu pun ada.
Ketika mereka semua sedang berlatih kompang Irfan melihat Hafiz yang diam seribu bahasa" Kau asal macam tak bersemangat je.. Asal.. Kau nak cerita apa-apa kat aku ke? "kata Irfan sambil kening angkat sebelah. Hafiz sedar dari mengelamun." Kakak kau sekarang dah lain lah.. Dia macam berlagak.. Poyo je lebih "kata Hafiz tu membuat Irfan tersenyum." Salah siapa yang sebenarnya dulu.. Kau kan.. Dulu bukan main lagi kau ejek kakak aku India, Africa lagi apa kereta ayah aku pakai tinted gelap pon kau kata apa kat dia tak nampak muka kan.. Sekarang kau telan lah apa yang dia cakap tadi.. Selama kita sekolah 1 hari pon kau tak lepas cakap dia macam-macam.. Tapi dia cakap apa je.. Kakak aku diam je kan kalau dia cakap pun suruh diam je kan.. Ada dia tumbuk kau.. Balas dendam kat kau.. Jatuh kan kau dalam parit ada dia buat.. Tak ada pon.. Jadi sekarang jangan nak salah kan kakak aku.. Kalau kau nak balas dendam kat kakak aku.. Nasib kau memang tak baik.. Kalau kakak aku ada mengadu apa-apa kat aku.. Kau tahukan apa nasib kau "Panjang lebar Irfan bagi peluru kat kawan disebelah dirinya.
" Alaa tu kan benda yang dah lepas zaman budak-budak Lagi kot.. tu pun nak ambik hati ke? "kata Hafiz yang tidak puas hati. Irfan yang dengar terus senyum" Budak-budak ye kau cakap.. Aku nak tanya ni budak-budak masa kita tu.. Ada otak tak, ada akal tak.. Ada kan.. Jadi tu bukan salah otak kau tapi salah cara kau gunakan.. Jadi kau jangan nak bagi alasan yang nak salah kan masa kanak-kanak kita dulu "kata Irfan yang makan dalam. Hafiz yang masih nak cari kata-kata di dalam otak nya terus terbehenti apabila Irfan menyambung percakapannya" Cikgu Fauzi dah bagi amaran tau pasal ni.. Bukan cikgu Fauzi je Cikgu Razak.. Cikgu Rashidi.. Diorang semua dah bgi amaran tapi korang bawah ayat tu ke mana.. Aku sendiri pun tak tahu ke mana ayat tu kau simpan.. Cikgu semua dah bagitahu 'Jangan ejek Iris tu nanti bila dah besar dah cantik dia memang takkan pandang korang ni semua..' jadi betul tak apa yang Cikgu Fauzi tu cakap? "kata Irfan kepada kawannya.
Hafiz mengangguk sedikit tanda faham, salah dia juga siapa suruh tanamkan nama orang yang bukan nama sebenarnya kat mulut dia kan. Cikgu Fauzi yang melihat Irfan dan Hafiz berada di tempat yang jauh dia pun datang kearah mereka berdua "Kenapa ni Hafiz.. Muka macam kena telan yang Irfan tadi kata.. Kamu kata apa Irfan sampai Hafiz jadi macam ni?" kata Cikgu Fauzi sambil memandang Hafiz dan kemudian memandang Irfan semula.
"Baru lepas kena makan kata-kata dengan saya dan seorang perempuan ni.. Cikgu.." kata Irfan kepada Cikgu Fauzi. "Gaduh dengan makwe ke ni Hafiz?" kata Cikgu Fauzi yang terus mengecilkan mata dan tersenyum. "Mana ada Cikgu dengan Mak we.. Baru lepas telan kata-kata Iris tadi kat rumah Irfan" kata Hafiz yang terpaksa buka mulut. "Kenapa dengan Iris pulak ni.. Dia marah kamu ke?" kata Cikgu Fauzi itu tidak di balas oleh Hafiz tapi di jawab oleh Irfan.
"Tadi kat rumah saya.. Dia ni nak minta nombor kakak saya Cikgu tapi kena peluru dengan kakak saya Cikgu.. tu jadi anak patung tak bernyawa sekarang" kata Irfan yang menonjolkan jarinya ke lengan Hafiz.
Cikgu Fauzi cuba memahami yang dikatakan oleh Irfan sebentar tadi. "Hmm ni mesti Iris ungkit kisah silam masa sekolah rendah dengan sekolah menegah kan.. Padan muka awak.. Awak ingat Iris tu apa.. Anak patung?.. Tak guna bersedih salah diri juga.. Dah pergi makan tu.. Cikgu Ani dah siap kan tu tinggal makan je" kata Cikgu Fauzi yang menepuk lengan Hafiz.
Hafiz dan Irfan pun bangun dari tempat batu yang mereka duduki sebentar tadi, "Irfan.. Pujuk lah kakak kau bagi nombor dia.. Atau pun kau bagi nombor dia kat aku secara senyap.. Aku tahu kau ada nombor dia kan?" kata Hafiz kepada Irfan.
"Kau gila ke apa Hafiz.. Kau tahu kan kakak aku tu jenis macam mana.. Kalau aku bagi nombor dia kat kau pon bila kau wasap dia.. Kau sebut nama kau dia terus block and then Trash.. Kakak aku dia mana ada nombor lelaki yang dia tak kenal dalam telefon tu.. Kalau ada pun sedara aku lelaki sorang.. Lepas tu Arip.. Dengan Luqman dan Aku.. Itu je.. Kakak aku tu dia cuma tengok orang yang sporting kat dia.. Jenis yang pendiam, penyabar dan yang paling penting dia tak lupakan solat.. Kau ada?.. Pendiam? jangan cakap lah kalah nenek moyang kau.. Penyabar? jangan mimpi lah orang baru buat salah kat kau sikit kau dah tumbuk orang tu...tapi kalau.. Solat yee? Hmm... Itu mungkin boleh dipertimbangkan... Perempuan zaman sekarang diorang tak tengok rupa wei.. Diorang cuma tengok lelaki yang sporting, pendiam, penyabar dan tak lupa kan agama Islam... Kau tahu tak?.. Agama Islam bukan setakat kat ic je.. Islam tu merangkumi seluruh kehidupan kita.. Kau nak pikat kakak aku kan... Soalan yang selalu kakak aku utara kan 'Cara nak didik isteri yang curang' kau tahu apa?.. Kau sendiri pun lupa apa kat darjah khas belajar kan.. Dh lah lepas makan ni balik nak tidur ngantok sangat "kata Irfan yang berjalan sebelah Hafiz
Share this novel