"Byee.. Muhammad Daniel Syahmi bin Muhd Najib.. Lepas je korang kahwin.. Aku takkan jumpa korang lagi" kata hati Iris. "Kak Sarah.. Kak Sarah ok tak ni jangan lah ambik hati apa yang abang cakap ye?" kata Intan kepada Iris.
"Tak Intan bukan pasal tu.. Ahh Stella tolong ambilkan kek batik kat bawah boleh tak?" kata Iris kepada kawan baik Intan. Stella hanya mengikuti saja yang disuruh. "Intan lepas saja Putri dan Syahmi kahwin malam tu adalah malam terakhir akak... Besok siang nya akak dah pergi dan Intan takkan jumpa akak lagi ok" kata Iris kepada Intan.
"Tapi kenapa kak.. Intan baru je jumpa akak.. Kalau boleh bagi lah Intan untuk jumpa akak 3 kali seminggu kak.. Tolong lah kak.. Jangan jauhkan diri akak dengan Intan.. Please lah kak" kata Intan yang memohon pertimbangkan permintaan nya.
"Shuuu.. Intan.. Intan dengar sini yee.. Akak tak nak Putri rasa bersalah pasal ni Intan.. Akak tahu Putri rasa bersalah.. Intan tapi tolong lah.. Faham perasaan abang Intan kalau dia dapat tahu yang Sarah ni ialah Tengku Iris yang selama ni yang dia benci.. Akak takut.. Syahmi akan hilang Putri.. Sebab Putri nak akak ganti tempat dia.. Lepas tu Intan nak ke tengok abang Intan jadi orang tak waras sebab Putri hilang.. Intan nak ke? "Kata Iris yang mengelap air mata Intan.
Intan masih menangis sepuas-puasnya," Kenapa aku dulu benci sangat kat kak Iris "kata hati Intan itu membuatkan dia teringat kisah silam yang hampir meragut nyawa dia di depan sekolah.
Kisah silam. " HEI! BUDAK BAIK KAU IKUT AKU SEBELUM AKU BUNUH KAU KAT SINI! " Jerit seorang penagih dadah. Iris yang berada didepan pagar melihat Intan dengan seorang lelaki yang menacuhkan pisau didepan Intan, apabila Iris melihat kejadian itu dia memanggil security dan menunjukkan kearah Intan. Selepas Iris menunjuk di mana kejadian itu berlaku, Iris terus lari kearah Intan lelaki itu menaikkan tangannya yang memegang pisau itu dan menghayun ke bawah. Iris yang rasa dirinya tak sempat nak hentikan orang itu dia hanya menghala kan tangan nya supaya pisau tu tidak mengena Intan sebaliknya pergelangan tangan kiri Iris mengeluarkan darah yang banyak. "KAK!" Jerit yang melihat tangan Iris dipenuhi Darah dan jatuh pengsan. Lelaki itu telah di tahan oleh security.
Di dunia nyata, "Intan dengar ni sini.. adik.. Ok macam ni hmm Ok nanti kak bagi alamat rumah tapi alamat rumah tu bukan rumah akak tapi tu rumah orang lain jadi Intan tak payah nak datang sana ok.. Nanti seminggu 3 kali akan hantar surat.. Boleh macam tu?" kata Iris kepada Intan. Intan yang mendengar terus tersenyum manis kearah Iris. " Hah macam ni lah.. Good girl "kata Iris itu didengari oleh Mak Syahmi yang berada di sebalik pintu itu.
Selesai saja menghias bilik, " Siap pun hias bilik si Syahmi ni.. Boleh tahan juga yee... Ni kalau sorang-sorang buat mau tak pengsan.. hah"kata Iris yang baring atas katil Syahmi.
" Kan.. tapi nasib baik ada kau kalau tak mesti kita orang macam buat bunga tu jadi layu "kata Aisyah yang mengikuti baring di katil Syahmi. " Kita ni kalau nak pegang bunga.. Biar kat batang nya saja.. Kalau kita pegang bunganya nanti bunga nya cepat layu.. Sebab tu lah masa keluarga Intan nak beli bunganya dia tutup pakai plastik cuma yang atas je dia tak tutup" kata Iris kepada mereka.
"Ohhh.. Habis tu kenapa bunganya boleh layu bila kita langsung tak sentuh.. Sebab udara macam tu" kata Aisyah yang ingin tahu. "Dah tahu tanya lagi..Aisyah Aisyah" kata Iris sambil mengeling.
Selama 30 minit mereka berbual dan tiba lah masa untuk Iris dan Aisyah pulang ke rumah mereka. "Ok mak cik.. Intan kita korang nak balik dulu tapi sebelum tu kita orang pergi rumah Putri depan ni jap nak jumpa dia.. Assalamualaikum" kata Iris yang terus menyalam mereka berdua.
Mereka berdua pun pergi kerumah Putri. "Putri ni kita orang dah nak balik.. Kau ada apa-apa ke nak cakap ke nak bagi makanan ke?" kata Iris sambil menahan ketawa,Aisyah hanya mengeling saja melihat Iris tak habis-habis makan. Mereka berdua menunggu Putri menyahut tetapi tiada Iris dan Aisyah berasa pelik dan memulas kan tombol pintu bilik itu "Laaa.. Tidur rupanya patut lah tak jawab.. Aisyah kau pergi tengok Putri atas meja tu.. Aku nak betul bunga yang jatuh tu" kata Iris yang terus menanggalkan beg talinya dan meletak di bawah lantai.
Aisyah yang melihat Putri menampal nota di 1 kertas putih yang sudah di lipatkan "Bagi kat Iris.. Aisyah.. Pada malam selepas kita orang kahwin" kata hati Aisyah yang terkejut dan terus menghalakan jari telunjuk nya kearah hidung Putri "Hidup rupanya.. Nasib baik.. Buat aku saspen je.. Tapi surat ni?" kata sendiri Aisyah. Iris yang melihat yang berdiri kaku.
"Aisyah.. Kau dah kenapa.. Ok tak tu?" kata Iris yang melihat pelik kepada Aisyah. "Ohh aku ok.. Dah siap kita balik sekarang lah nak kemas beg lagi" kata Aisyah yang terus menyimpan surat ke dalam beg tali nya. Iris hanya mengangguk saja dan mengambil beg nya dan terus keluar.
Share this novel