BAB 4

Romance Series 10220

Kereta yang di pandu oleh Pak Samad berhenti di tepi jalan didepan khemah putih, tiba-tiba hati Iris berdenyut kencang "Aku kena buang perasaan ni.. Ni majlis Classmate aku bukan aku.. Mungkin jodoh aku lebih baik dari dia" kata hati Iris.

Apabila mereka sudah turun dari kereta Iris melihat seorang lelaki berjalan kearah mereka berdua dan menyapa "Assalamualaikum.. Aisyah sorang je ke? Mana Iris?" kata Luqman yang melihat kelibat Iris. "Ohh.. Iris dia tak datang sebab dia kat UK sekarang sambung degree katanya" kata Aisyah sambil mencuri pandang Iris di sebelahnya. "Ohh.. AHHH.. Ni siapa pulak?" kata Luqman sambil melihat atas bawah.

"Ohh ni sedara aku dengan Iris.. Dia pun pandai makeup juga sama macam Iris... Ohh yee lupa nak interview nama dia Sarah" kata Aisyah sambil memegang bahu Iris. "Ohh salam berkenalan Sarah.. Jom saya tunjukkan bilik Putri" kata Luqman yang ubah percakapan..

Semasa Luqman, Iris dan Aisyah hendak ke bilik Putri, Syahmi menyapa didepan mereka "Ehh.. Aisyah mana Iris dia tak datang ke?" kata Syahmi kepada Aisyah dan melihat Seorang perempuan disebelah Aisyah.

"Ohh dia tak datang.. Dia kat UK sambung degree katanya" kata Aisyah sambil senyum. Sarah yang dari tadi diam mula buka mulut "Ohh jadi ni lah Syahmi yang si Iris tu suka tu.. Patut dia suka Handsome juga" kata Sarah yang membohong kan dirinya sendiri.

"Ni siapa Luqman?" kata Syahmi yang masih tidak tahu siapa gerangan ni. "Ohh ni Sarah sedaranya Aisyah dengan Iris.. Dia ni yang akan gantikan Iris makeup nanti" kata Luqman kepada Daniel.

"Bagus juga si Sarah ni ganti Si Iris tu.. Sekurang-kurang nya tak ada lah muka si Putri buruk bila di makeupkan dengan Iris tu" kata Syahmi yang mula gelak. "Kau ni tak baiklah.. Dah tu Kenapa Putri nak sangat suruh si Iris tu makeup kan dia Hah" kata Luqman kepada Syahmi.

"Mana lah aku tahu" kata Syahmi. "Kenapa korang macam benci dan tak suka dengan si Iris tu.. Apa salah dia kat korang?" Kata Iris sambil menggenggam tangan nya disebelah kiri supaya tidak dilihat oleh mereka, Aisyah perasan Tindakkan Iris dia sangat risau.

"Awak nak tahu tak apa salah dia.. Dia salah orang yang di cinta" Kata Luqman kepada Iris. "Tapi saya cakap terus terang walaupun dia tak cantik dia adalah kawan saya yang setia.. Untuk perempuan.. Walaupun kami jarang berbual tapi dia sporting" kata Luqman kepada Iris. Belum sempat Iris nak bertanya di sampuk oleh Syahmi.

"Yang kau nak backup dia sangat kenapa.. Dia tu dah lah hitam legeng.. Lepas tu dia buat.. Kau ingat tak masa kita nak UPSR dulu cikgu ada buat video suruh buat aksi sendiri.. Kau tahu apa yang dia buat.. Dia buat ala-ala muka comel tapi tak pun tapi hitam.. Hahahah"kata Syahmi tu membuat Iris bertambah benci kepada dia.

"Kau ni tak baiklah... Dah lah aku nak tunjuk bilik Putri kat atas.. Kau tak nak ikut?" kata Luqman kepada Syahmi. "Mak aku tak bagi lah" kata Syahmi yang terus pergi dari situ.

"Jadi ni lah perangai kau yee Syahmi.. Kau nak sangat aku benci kau dan sekarang aku benci kau sangat-sangat" kata hati Iris sambil melihat Syahmi keluar pintu.

Selepas Iris dan Aisyah memasuki bilik Putri terus mengunci bilik dan menutupi tingkap, "Iris kan?" kata Putri itu yang ingin mencari kebenaran. "Ye ni aku Iris.. Kau apa khabar sihat.. Tapi ni rahsia kita bertiga sahaja tak ada sesiapa yang tahu pasal ni ok" kata Iris kepada Putri.

"Aku sihat Alhamdulillah.. Dan aku minta maaf sebab aku rampas dia dari kau Iris.. Aku tahu kau cinta kan dia dari zaman persekolahan lagi kan.. Aku minta maaf sangat-sangat" kata Putri yang mula bersalah.

"Kau tak salah Putri dah memang tertulis ni jodoh kau dengan Syahmi.. Aku bukan sesiapa pun dalam hidup dia.. Sebab kan aku cinta kan Syahmi.. Aku lepas kan dia walaupun hati aku sakit.. Tapi benda ni yang buat kan dia bahagia aku relakan... Dahlah dah tinggal 2 hari lagi takkan kau nak nangis tak comel lah.. Dah lah mana kau nak aku hias.. Tapi ingat panggilan Sarah "kata Iris kepada Putri.

Sepanjang mereka hias sambil ditemani gelak ketawa adan tidak lupa juga Putri memanggil Iris sebagai Sarah walaupun di dalam bilik takut orang luar curi-curi dengar nanti.

" Okk dah siap ni nanti malam kau tidur sini ke? "kata Sarah yang duduk di atas lantai kepenatan." Tak aku tidur dekat bilik mak cik aku nanti.. Dah kemas cantik-cantik nak tidur mau kena terajang dengan kau nanti "kata Putri kepada Iris.

" Sarah, Aisyah besok malam korang tidur lah kat sini ada lagi 1 bilik yang kosong.. Senang sikit nak berbincang lagi pun kau kan pandai buat design ni kan "kata Putri kepada Mereka berdua.

" Boleh juga tapi nanti kau tak boleh keluar kan.. Jadi nanti kita makan dalam bilik.. Macam kita pulak yang kahwin.. Hahahah"kata Aisyah kepada Putri. "Aku tak kesah asalkan dapat tidur dan makan percuti.. On Saja lah.. Hihihi" kata Iris yang senang hati baring di Lantai.

"Kau ni makan saja tahu.. Tapi tak gemuk-gemuk aku tengok kurus saja lamping .. Gitu hahaha" kata Putri kepada Iris. "Aah lah Putri.. Masa kita buat ujian segak timbang berat tu.. 50 KG Wei dia ni.. Sampai cikgu pandang dia sambil senyum.. Cikgu siap cakap lagi 'Suka makan tidur makan tidur..' Sebab tu punggung kau berat.. Hahahaha" kata Aisyah yang dituju kepada Putri.

"Haihh.. Aku ni walaupun berat 69 KG SEKALIPUN tetap langsing tau.. Kau tu cakap orang... Mulut korang ni kalau bab mengumpat aku dulu memang tak serik tau.. Dah lah Putri aku tak nak lah tidur sini" kata Iris yang merajuk.

"Alaaa dia merajuk lah.. Nak aku tolong panggil kan sesiapa ni.. Syahmi ke?" kata Putri itu membuat Iris tersentak terbehenti niat nak buka pintu. "Nak aku boleh panggil kan?" kata Aisyah sambil keningnya terangkat. "Ok lah kita panggil dia ye.." kata Aisyah yang senyum jahat. "SYAHMI.. OH SYAHMI SINI JAP" Jerit Aisyah yang membuat Iris lari kearah nya dan menutup mulut Aisyah serta merta.

"Ok ok aku tak merajuk tapi please lah nanti kalau dia datang sini aku nak cakap apa?" kata Iris kepada mereka berdua. "Alaaa.. Kau ni bagi alasan yang logik sikit lah.. Cakap lah kau nak hias bilik dia kan senang settle satu masalah.. Lagi pun aku memang nak.." kata Putri terberhenti di situ. "Nak apa Putri?" kata Iris yang pelik melihat Putri diam seribu bahasa.

"Tak apa-apa lah?" kata Putri sebelum seseorang mengetuk pintu bilik. "Alamak dia datang.. Aku sembunyi dulu bye" kata Iris yang bersembunyi disebelah katil yang dihias tadi.

Putri yang melihat terus pergi ketempat sembunyi Iris. Pintu terus diketuk dari luar. "Hoii.. Yang kau sembunyi dah apahal.. Patutnya aku sembunyi sebab aku mana boleh jumpa dia.. Bangun sekarang" kata Putri kepada Iris sambil menyepah tangan Iris.

"Aku malu lah.. Aku malu... Aku tak nak.. Tak nak.. Kau suruh lah si Aisyah tu bagitahu.. Aku takut kalau aku depan Syahmi nanti aku bisu terus.. Lepas tu muka naik merah.. Macam cerita novel tu.. Malu beb" kata Iris yang ketakutan.

Aisyah dan Putri hanya mengeling saja kepala melihat Iris. "Aisyah buka pintu.. Aku nak sembunyi kejap" kata Putri yang terus tunduk disebelah Iris. Aisyah hanya menuruti saja.

"Ekkk.. Luqman ada apa datang sini?" kata Aisyah yang tiada akal berfikir. Iris dan Putri tepuk dahi soalan tak ada otak kau nak tanya dia balik kenapa bengap. "Tak tadi syahmi dengar korang Jerit jadi Syahmi suruh aku tengok korang kenapa?... Ammm mana Sarah?" kata Luqman sambil mencuri-curi tengok dalam bilik.

"Ohh Syahmi yang suruh kau datang sini.. Bukan ke kau datang sini dengan sukarelawan kan.. Nak tengok Sarah kan..?" kata Aisyah sambil mengangkat kening tanda mengenakan Luqman. "Mana ada aku nak tengok dia" kata Luqman yang mengurut belakang kepala nya.

"Hmm dia ada je tu tengah rehat.. Kenapa nak confuse ke?" kata Aisyah sambil terlerat senyum.

"MA.. Mana ada aku pergi dulu lah kalau tak ada apa-apa" kata Luqman kepada Aisyah sebelum pergi.

Sebelum Luqman melangkah ke tangan bawah Aisyah bersuara. "Ingatkan datang sini Syahmi nak tolong Putri.. Tapi ada udang di sebalik mee rupanya yee.. Siapa cepat dia dapat Ye Luqman" kata Aisyah itu membuat Luqman kemerahan dan terus turun laju tanpa melihat keatas .

Selepas saja Aisyah menutup pintu dan mengunci dia meletus kan ketawa
sekuat-kuatnya. Putri yang dari menutup mulut supaya ketawanya tidak meletus terus ketawa kan Iris. Iris hanya saja membuat muka cebik 'Puaka punya kawan'.

"Mati-mati aku ingat kan Syahmi rupanya Luqman nak tengok Sarah.. Hahahah" kata Putri yang ketawa sama dengan Aisyah. "Wei Sarah kalau kau tak dapat kucing dapat tikus pun jadi lah.. Hahahaha" ketawa Aisyah.

"Dah lah malas aku nak layan korang.. Baik aku hias bilik Syahmi pulak" kata Iris yang terus bangun dari tempat duduk. "Bukan ke.. Tadi kau kata benci kat dia tapi ni sayang pulak nampak sangat kau tak boleh move on kan?"kata Aisyah itu digantung dahulu Iris terus berjalan keluar dengan pantas dan Aisyah hanya mengikuti Langkah Iris keluar, sebelum mereka keluar Iris dan Aisyah melambai kearah Putri tanda sebagai pergi dan akan kembali semula.

Ketika Iris dan Aisyah keluar, Putri kembali murung "Betul ke apa yang aku buat ni Ya Allah.. Iris sangat mencintai Syahmi sepenuh hatinya walaupun dia tahu Syahmi tidak akan sesekali menyukai nya.. Syahmi kau memang betul-betul buta.. Kau tak pandai beza kan mana Cinta hati dan mana cinta plastik..Kau hanya memandang seseorang yang selalu mendapat pujian dari orang lain sedang kan orang yang kau selalu kutuk tu ialah cinta separuh mati kat kau Syahmi "kata sendiri. Apabila selepas berkata seperti itu, Putri terus mengambil kertas dan pen untuk menulis sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience