BAB 23

Romance Series 10220

"Hushh.. Tak sangka Cikgu Daniel Syahmi tu anak GB.. Untung siapa pilihan hati dia tu.. Lagi pun adik dia tu cantik.. Cuba kau rapat dengan adik perempuan dia tu nanti kalau adik dia berkenan kat kau mesti dia suruh abangnya jadi kan kau kakak ipar.. Ok tak idea aku ni? " bicara Cikgu sebelah. Iris, Aisyah dan Putri yang berada di depan kerusi mereka mencebik, tak habis-habis busy body.

Gelaran Cikgu bawang sebenarnya diberikan oleh Cikgu lama yang bersekolah di situ sebab dia suka mengumpat orang lain.

" Assalamualaikum hai kak Iris.. Kak Iris.. Nak Intan tolong apa-apa tak?" kata Intan yang melihat mereka bertiga sedang duduk di meja pengacara pertandingan.

"Waalaikumusalam.. Hai intan.. Tak kot sebab kita orang saja ja nak duduk sini.. Nak duduk sana nanti budak-budak tu tak ada tempat nak duduk.. Sini intan duduk sini.. Mana ibu Intan tak datang sini ke?" kata Iris yang melihat tiada mengikuti intan.

" Kak Iris.. Intan nak tanya boleh tak? "kata Intan kepada Iris." Tanya lah.. Akak belum pernah makan manusia kat hutan lagi Intan " kata Iris.

" Apa pandangan kak Iris kat abang? "kata Intan tu membuat kan Putri dan Iasyah berpandangan." Hmm.. Bagi akak dia baik.. Hensem pulak tu kan.. Hmm dan dia ramai peminat kat sekolah.. Kalau boleh akak nak kahwin dengan dia "kata Iris tu membuat kan Putri dan Aisyah tersentak.

" Kalau macam tu apa kata kalau kak Iris je jadi kakak Ipar Intan.. Nanti Intan pujuk abang suruh kahwin dengan Kak Iris.. Lagi pun Abang memang sukakan kak Iris.. "kata Intan.

" Ohh.. Betul ke ni?.. Indah nya dunia ni "kata Iris yang senyum indah." Kalau macam tu.. Intan jumpa abang Intan sekarang juga.. Intan pergi dulu ye bye "kata Intan yang terus pergi ketempat khemah rumah sukan.

" Kau biar betul suka Syahmi tu? "bisik Putri yang berada di sebelah Iris.

"Siapa kata aku suka si Syahmi tu.. Aku saja-saja je nak sakit kan hati ni itu je" kata Iris yang jeling kebelakang. Aisyah dan Putri pun hanya mengangguk saja.

"HOI Iris kau ni memang suka jadi perampas hak orang ke Hah? Cikgu Syahmi tu hak aku tau bukan hak kau.. Kau jangan mimpi nak kan dia tu faham" kata Cikgu bawang hanya bangun bercakap dengan Iris.

"Ohhh.. Really?..ada kertas?" kata Iris yang yang bangun dan hadap kebelakang. "Kertas apa?" kata Cikgu itu kepada Iris. "Kertas nikah.. Ada tak? Kalau tak ada dia bukan milik kau lah" kata Iris yang senyum.

"Apa masalah kau ni sebenarnya Hah.. Aku tak kacau kau tau.. Yang kau sibuk nak Cikgu Syahmi dah kenapa?" kata Cikgu itu membuat Iris ketawa perlahan.

"Kau memang tak kacau aku tapi.. Kau dah buatkan hati aku panas. Sebab kau kutuk kawan-kawan aku.. Jadi tanggung lah dan telan lah apa yang aku cakap ni" kata Iris yang memberikan pandangan sinis.

Cikgu bawang sudah mula bengang "Why?. . Are you angry?..hahaha.. I like you teacher" kata Iris tu membuatkan Cikgu itu hendak lempang muka Iris.

Cikgu bawang terus lempang kearah muka Iris tapi Iris mengundurkan badan nya kebelakang sedikit, dia hanya mempunyai ruang yang sangat sikit.

"Tak sampai ke Cikguku sayang.. Hahahah.. Sedih sangat siapa suruh kau pendek sangat kan.. Kecewa, sedih, marah dan geram.. Aku memang nak korang rasa hati tu rasa panas.. Macam kat neraka jahanam.. Ya Allah" kata Iris yang ketawa hanya di dengar mereka berlima saja.

"Kau ni memang melampau tau.. Sini kau" kata Cikgu bawang yang sudah geram. "Mari lah sini Cikgu kejar saya kalau dapat lah... Kalau tak dapat sedar diri tu sikit dah lah tua.. Tua ke beza 2 tahun je kot.. Meh.. Meh lah.. Asal takut?" kata Iris yang menunggu Cikgu itu maju.

Iris yang perasan ada bayang-bayang lelaki di belakang nya. "Ehh.. Cikgu Syahmi.. Buat apa kat sini?" kata Iris yang perasan riak muka Syahmi berubah.

"Kau ni Cikgu ke beruk Hah?.. Percakapan kau ni tak boleh nak jaga ke?.. Kalau macam ni baik kau tak payah nak jadi Cikgu lah baik berhenti je senang cerita" kata Syahmi tu membuat tiada perubahan muka Iris.

"Serius lah.. Kau nak aku berhenti.. Aku ok je.. Ni problem Syahmi.. Lagi pun aku memang tak suka sekolah ni.. Buruk sangat.. Aku orang bandar.. Tak main lah sekolah buruk ni semua.. Haihh.. Sedih aku tengok.. Aku mintak diri dulu lah yee.. Aslm" kata Iris yang terus pergi sambil di ikuti oleh sahabat nya.

Semasa mereka berjalan "Kau memang cari gila ke Iris.. Kalau kau dibuang sekolah macam mana?" kata Aisyah. "Takkan korang tak perasan lagi apa yang aku buat tadi?" kata Iris yang berhenti berjalan. "Kau cuba nak berhenti sekolah.. Macam tu ke?" kata Putri.

"Nanti aku cerita aku nak pergi ke tapak khemah jap apa yang tak ada lagi Aslm" kata Iris yang terus tinggal mereka berdua di tengah-tengah padang.

"Hmphh.. Rancangan berjalan dengan lancar sekali.. Tak mustahil.. Kalau Syahmi tu bagitahu GB pasal tu.. Kalau dia tak bagitahu.. Aku kerja kat sekolah ni macam biasa...Settle masalah" kata Iris yang senyuman nya tak lekang.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

KHAULAH DESIGN

"Jadi ni lah sebab kau berperangai macam tu ye" kata Aisyah yang berada di depan butik.

"Yep!.. Banyak lagi benda yang nak buat kat butik ni.. Sebab tu aku tak kesah kalau aku berhenti kerja sekali pun "kata Iris yang mengangkat tangan.

" Pagi kita sekolah balik sekolah datang butik.. Macam busy jee"kata Putri.

"Memang pun.. Nak duduk kat rumah bosan.. Kat sekolah ada masalah.. Jadi butik ni lah yang membuatkan aku tenteram sikit" kata Iris kepada mereka berdua.

"Betul juga tu kan.. Lagi pun aku boleh lah buat pakaian yang aku impikan.. Nasib baik kat Universiti dulu aku ada sertai design ni semua tau.. Tapi mana kau dapat modul?" kata Aisyah.

"Pasal duit kau jangan risau.. Ni semua pakai modul aku.. Aku dah ambik pekerja sekali.. Kita cuma tinggal buat appointments itu je.. Selama ni aku balik kerja terus keluar ni sebab nya" kata Iris yang sengih.

"Dah lah jom.. Aku nak cerita semua pasal appointments kat korang nanti senang kalau ada meeting salah satu kita yang pergi.. Senang masalah kan... Lagi pun aku memang suka kerja butik ni.. Dah lah jom masuk" kata Iris kepada mereka.

Iris memperkenalkan setiap yang berada di butik itu dengan mereka berdua.

"Wah maju juga yee.. Kau punya butik ni..macam mana boleh maju wei" kata Putri yang melihat design baju muslimah dan baju lengan panjang senang cita baju yang tidak mendedahkan aurat.

"Sebenarnya salah satu pekerja kat sini.. Anak Dato.. Dia bagi cadangan kat mak dia suruh datang sini tengok-tengok design kat ni jadi.. Mak dia pulak suka pilih baju muslimah ni..jadi di sebarkan kat para-para datin syarikat lain.. Jadi Famous lah butik ni.. Macam tu lah cerita nya.. Ada soalan? "kata Iris kepada mereka berdua.

" Kenapa dia tak kerja dengan ayah dia.. Ye lah pewaris kan "kata Aisyah.

" Kau nak tahu kenapa?.. Sekejap yee.. Bella sini kejap "panggil Iris kepada pekerja nya.

" Yee.. Encik Iris ada yang boleh saya bantu? "kata Bella yang berdiri didepan mereka.

" Kenapa awak nak kerja kat butik ni kenapa tak kerja kat tempat ayah awak? "kata Iris.

" Sebab bagi saya kerja kat pejabat tu agak susah.. Walaupun cuma duduk kat kerusi jee.. Saya suka buat benda yang saya suka dan boleh buatkan saya lupa pasal masalah.. Senang cerita saya nak berdikari lah "kata Bella kepada mereka.

" Ada soalan lagi para tetamu sekalian? "kata Iris kepada rakannya.

Mereka berdua menggeleng kan kepala sebagai tiada soalan dilanjutkan.

" Terima kasih Bella.. Awak boleh sambung kerja yee "kata Iris yang memberikan Bella pergi dari situ.

2 orang pekerja datang dan membawa 5 dokumen penuh dan letak ke atas meja.

" Ni untuk korang baca dan faham kan lepas tu kita siap kan jadual.. Untuk kalau ada meeting nanti kita tukar-tukar orang "kata Iris kepada mereka.

" Kau gila ke apa Iris.. Penat tu wei "kata Putri.

" Kalau aku gila aku tak buka.. Butik ni guys.. "kata Iris .

"Korang pilih.. Nak aku terangkan satu-satu atau korang nak baca je" kata Iris yang mengangkat kening nya.

"Baca je lah.. Nak dengar kau becoh.. Satu ayat kau bagi maksud 19 ayat.. Lebih baik aku baca.. Faham kan sendiri lagi bagus" kata Aisyah yang mengambil fail di atas meja dan diikuti oleh Putri. 'Tahu tak apa' desis hati Iris.

"Aku nak beli makanan untuk diorang sekali ni.. Aku pergi dulu yee.. Kalau korang tak tahu korang tarik je.. Mana-mana pekerja kat sini untuk terangkan Bye Aslm" kata Iris yang terus bangun dan keluar dari butik tu.

Sepanjang Iris berjalan sendirian, dia merasakan ada seseorang yang mengikutinya nya jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan kearah ramai orang, apabila perjalanannya tempatnya sudah kembali sunyi.

"Dah kenapa kau ikut aku?" kata Iris yang berhenti berjalan tanpa toleh kebelakang. "Tugas aku cuma awasi kau.. Sepanjang hari itu je.. Boss aku suruh" kata Seorang lelaki.

"Siapa boss kau sebenarnya.. Dari balik sekolah tadi kau ikut aku.. Aku ada buat salah ke kat boss kau tu Hah?" kata Iris yang tak puas hati sambil memandang lelaki di depannya.

"Mana aku tahu aku.. Aku cuma buat apa yang disuruh.. Jangan risau.. Boss aku tak suruh aku bunuh kau pun.. Mesti kau fikir aku diupah oleh orang untuk bunuh secara senyap kan.. Macam dalam drama dan novel yang lain" keterangan lelaki itu. Iris hanya senyum sinis "Biar aku teka.. Boss kau lelaki.. Dan nama dia Muhammad Daniel Syahmi bin Mohd Najib.. Betul kan!" kata Iris.

"Rahsia!" kata Lelaki tu yang bantah sepenuhnya. "Hmm apa-apa je lah.. Cakap kat dia.. Aku dah line hitam kan nama dia dalam pikiran aku jadi.. Tak payah nak try aku" kata Iris yang terus pergi.

Cerita yang dibuat,
Tak semestinya di cari.
     Kalau hati selalu terkait,
Insyallah akan diberkati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience