BAB 10

Romance Series 10220

"Ok.. Dah siap.. Cantik kau pakai macam ni.. Terima kasih tau sebab kau belikan baju ni sama dengan Aisyah.. Pandai kau pilih" kata Iris kepada Putri.

    "Alaa.. Hal kecik je lah.. Lagi pun korang dah banyak tolong aku.. Untuk buat majlis ni.. Tanpa korang memang aku malas nak buat cantik-cantik hantaran tu semua" kata Putri kepada mereka berdua.

    "Tak ada apa lah Putri.. Putri aku pergi tandas lah dulu yee.. Jangan turun dulu tau tunggu aku" kata Iris yang meminta izin untuk ke tandas. Aisyah memandang Putri dengan serius "Terangkan aku apa benda ni dalam surat ni semua Putri" kata Aisyah yang mengeluarkan surat yang dia ambil.

   "Kau dah buka ke surat ni?" kata Putri "Belum buka tapi aku nak dengar dari mulut kau sendiri" Aisyah berkata. "Ok aku bagi tahu.. Sebenar nya malam ni aku akan pergi dari sini.. Aku lari dari rumah ni.. Dan besok pulak aku dengan Daniel pergi ke pejabat agama untuk minta cerai didepan Daniel dan keluarga nya" kata Putri itu membuat kan Aisyah terkejut.

  "Kau gila ke Putri.. Ni kalau keluarga Syahmi tu tahu yang kau nak tinggalkan dia malam pertama korang.. Kau kena maki.. Kena belasah tau.. Asal kau nak tinggal kan Syahmi tu.. Sebab Iris.. Macam tu?" kata Aisyah yang masih tidak puas hati.

   "Aku tak boleh buat Syahmi bahagia Aisyah.. Aku bukan orang nya.. Tapi Iris.. Yee aku tahu apa kau nak cakap.. Kau nak cakap aku yang akan buat Syahmi bahagia sebab dia cinta kan aku, dia gembira dapat jadi kan orang dia sayang sebagai Isteri dia.. Tapi kau tak tahu hati aku tak ada kat dia langsung sekarang ni.. Kau cakap dengan aku sekarang ni macam mana aku nak sayang pada dia dalam masa 20 minit lagi ni untuk cinta kan dia.. Kau cakap sekarang Aisyah macam mana aku nak cinta Syahmi sedang kan hati aku kat orang lain wei "kata Putri yang menggenggam bahu Aisyah dengan kuat.

  " Kenapa kau terima dia masa dia lamar kau jadi isteri dia? "kata Aisyah.
" Sebab aku.. "kata Putri itu langsung tidak boleh ditunggu lagi oleh Aisyah.

  " Sebab apa Putri!.. Kau cakap sekarang sebab apa.. Sebab dia bawah keluarga dia sekali masa nak lamar kau tu kan.. "kata Aisyah yang cover suara supaya Iris tidak dengar.

  " Kau dah tahu kan.. Kenapa masih nak tanya lagi? "kata Putri yang kembali duduk di kerusi meja solek nya.
 
   " Tolong aku Aisyah.. Satukan Iris dengan Syahmi lepas aku dengan dia bercerai wei.. "kata Putri yang memohon bantuan.

  " Kau tak terfikir ke lepas kau lari terang lagi bersuluh Syahmi akan salah kan Iris dan aku sebab kita orang yang paling rapat dengan kau Putri "kata Aisyah kepada Putri.

  " Aku minta maaf Aisyah sebab aku.. Korang kena maki.. Macam mana aku nak kahwin dengan Syahmi sedangkan aku langsung tak cintakan dia.. Kau bayang kan kalau kita orang dah ada anak lepas tu aku bagi tahu yang aku langsung tak cinta kan dia.. Aku rasa hati dia lagi sakit dari yang sekarang ni Aisyah.. Tolong lah aku.. Aku minta maaf bagi korang rasa tertekan bila nanti Syahmi salah kan korang pasal ni? "kata Putri yang  sudah tak tahu hendak buat apa.

  "Korang bual pasal apa tu? Macam serius je" kata Iris yang sudah keluar dari bilik air.

    Aisyah dan Putri memandang Iris "Tak ada apa lah kita orang cuma lawan mata siapa yang tutup dia kena jentik kat dahi.. Itu je...dah jom turun" kata Putri kepada Iris dan memandang Aisyah.

   "Ok jom turun.. Nanti orang tunggu pulak" kata Iris kepada Putri dan Aisyah.

  Ketika mereka hendak keluar dari bilik itu Aisyah bersuara "Baiklah aku tolong kau Putri" kata Aisyah itu membuatkan Iris berhenti dan memandang Aisyah di belakang.

   "Tolong apa Aisyah?" kata Iris yang pelik. "Tak Sarah.. Ni aku suruh Aisyah tolong ajar kan aku cara mata tadi tu" kata Putri yang senyum kepada Iris. Setelah itu Iris memandang Aisyah di belakang, Aisyah membuat senyuman palsu.
--------
   Setelah mereka sudah sah menjadi suami dan isteri, sekarang tiba lah masa masuk sesi perkahwinan.

    Putri, Aisyah dan Iris memasuki bilik Putri semula untuk membantu Putri bersiap.

    Majlis itu berjalan lancar sekali seperti yang dirancang. Pada waktu makan malam, Putri dah buat keputusan untuk pergi dari situ. "Assalamualaikum.. Kau dah ambik barang aku.. Aku keluar sekarang" kata Putri yang terus menamatkan panggilan telefon.

    "Awak nak pergi mana tu malam-malam.. Sini lah makan dulu" kata Syahmi yang melihat Putri baru turun tangga untuk ke pintu keluar. "Saya nak pergi ke depan jap nak ambik barang penting je dulu.. Nanti pakaian saya.. Nanti saya minta tolong Sarah dengan Aisyah bawak ke sini lah.. Awak makan lah dulu..nanti saya join.. Saya pergi dulu ye" kata Putri yang terus pergi.

   "Hah.. Besok dah boleh balik kampung.. Tak sabar nya" kata Iris kepada Aisyah. "Aah lah.. Rindu gila aku kat kampung tu.. Tapi kan boleh tak.." kata Aisyah itu berhenti apa bila telefonnya berbunyi. 'Putri' melihat nama itu Aisyah terus kembali serius. "Wei aku nak jawab call ni dulu ye kat luar" kata Aisyah kepada Iris. Iris hanya menunjukkan ibu jari sebagai tanda setuju. Sebelum itu Aisyah meletakkan surat diaats meja supaya Iris membaca nya.

    "Dah lebih 5 minit dah Aisyah ni jawab call.. Bosan lah pulak tengok YouTube ke jap lah" kata Iris yang terus bangun untuk mengambil telefon nya di atas meja.

   Ketika Iris hendak mengambil telefon dia terpandang suruh yang ada nama nya dan mengambil. "Surat apa ni?" kata Iris sendiri. Ketika Iris menbuka surat itu dan membaca dia langsung tak sangka yang Putri sanggup buat macam tu. Selepas Iris menutup surat itu dia membuka sampul surat itu dan ada duit RM 500.

    "Putri kau jangan buat kerja gila Putri!.. Apa yang kau fikir ni Putri.. Kau ingat aku gembira ke apa yang kau buat ni" kata Iris seolah-olah Putri ada didepan nya. Iris yang baru niat hendak pergi kerumah depan terus terbantut selepas terdengar bunyi pintu ketuk dari luar rumah.

   Iris membuka pintu belum hendak bertanya pipinya ditampar oleh Syahmi langsung tak fikir hormat dia sebagai perempuan yang belum sah baginya. "Mana kau bawak Putri.. HAH!" kata Syahmi yang hilang sabar.

   "Kalau aku tahu DAH LAMA AKU BAGITAHU KAU LAH!" kata Iris yang tak nak kalah dari Syahmi. Nasib baik ibu bapa Syahmi tak ada kat sini.

    Aisyah yang dengar terus pergi ke depan. "Kenapa cari Putri... Maaf Syahmi kita orang langsung tak tahu ke mana Putri pergi.. Yang kita orang dapat dari dia hanya lah surat ni je.. Aku rasa kau pun dapat kan.. Jadi kenapa kau nak marah kat Iris pulak lepas tu kau tampar dia.. Kau tahu tak yang kau tu bukan sesiapa kat dia kau tak tahu ke beza halal dengan haram.. Yang hilangkan diri tu Putri bukan si Iris.. Kau fikir kau hebat sangat ke Syahmi.. Kau fikir pahala kau dah cukup sampai nak buat kerja haram ni "kata Aisyah yang tegas.

   " SEBAB AKU TAMPAR DIA LAH.. AKU TAHU SIAPA DIA SEBENARNYA.. KAU IRIS KAN! "Jerit Syahmi. Iris dan Aisyah terkejut macam mana Syahmi." Kalau aku Tengku Iris sekali pun apa kena dengan kau dalam hidup aku ni Syahmi... Jadi dalam kepala otak kau ni fikir Putri lari sebab aku ke?... Yes betul Putri lari sebab aku tapikan MEMANG PATUT PUN PUTRI LARI! Syahmi sebab perangai dingin kau ni lah yang tak pernah hilang dari sekolah rendah lagi.. Kenapa kau perlu datang hidup aku ni Syahmi.. Apa~salah aku kat kau sampai kau~ sanggup lempar aku yang tak tahu apa-apa ni... "kata Iris sambil menahan nangis nya keluar semua.

    Syahmi hanya mendiamkan diri sambil memandang tajam kepada Iris." Maruah aku~.. Kat tapak tangan kau ke Syahmi~"kata Iris yang cuba tidak menangis. Iris yang sudah tidak tahan dia mengambil selipar yang dipakai lalu menghayun kan ke muka Syahmi. PANGG!" Ini masih tak cukup untuk kau Syahmi.. Lepas ni aku tak nak kau muncul dalam kampung tu lagi.. Kau nak tahu sangat kan kenapa Putri nak lari dari kau.. Sebab dia memang tak ada perasaan kat kau lah wei.. Kesian aku tengok Syahmi.. Luqman dan Aniq aku rasa korang salah pilih kawan lah.. Macam ni ke kawan korang nanti kat padang mahsyar yee.. Sedih aku tengok kau Syahmi "kata Aisyah.

Keluarga Syahmi yang hendak datang sini melihat Iris." Kau dengar ni Muhammad Daniel Syahmi bin mohd Najib.. Lepas ni kalau aku jumpa kau... Aku tak teragak-agak datang kearah kau.. Dan aku akan lempar muka.. Alaaa.. Bukan sakit pun kan " Kata Iris yang sudah tidak menangis lagi.

"Syahmi.. Syahmi kesian aku nak tanya kau ni.. Masa darjah 4.. Kau suka Iris kan.. Tapi kau pendam sebab apa ye.. Ohh yee sebab Iris ni di mata kawan-kawan kau dan seluruh sekolah masa tu diorang nampak Iris ni hitam kan.. Wei Luqman kau tak payah lah nak masuk line nak mengurat Iris ni.. Sebab sekali orang buat salah kat dia.. Dia akan senaraikan line hitam dah terhapus dari radar.. Sekarang aku nak korang semua balik.. Dan.. Jangan lupa besok Putri suruh kau pergi pejabat agama sebab dia nak kau ceraikan dia.. Bye "kata Aisyah yang terus menutup pintu.

Share this novel

maiyura
2021-07-16 10:59:18 

Kenapa nak kenal saya pulak

AYKA
2021-07-16 10:55:35 

Wasap sy +. Kalau x keberatan, bolehkan sy ingin mengenali awk? If you want it ^^


NovelPlus Premium

The best ads free experience