"Aku benci kau! Aku benci kau lah.. Kau faham bahasa ke tak.. Aku tak suka kau muncul dalam hidup aku... Kenapa kau tak faham bahasa lagi ni hah Syahmi.. Aku dah penat nak layan kau punya perangai ni lah.. Aku dah tak nak bercakap dengan kau lagi faham! " kata Iris itu terbayang-bayang di fikiran Syahmi.
" Ok baiklah..harini adalah..hari aku last bercakap dengan kau.. Lepas ni aku dah tak bercakap dengan kau lagi.. Dan lepas ni aku dah tak nak ada kaitan dengan kau lagi " kata Syahmi tu terngiang-ngiang di kepala Iris.
"Besar sangat ke kesalahan aku sampai dia cakap macam tu sekali.. Aku cakap kasar sikit je takkan tu pun dia nak marah.. Pasal orang ada ikut dia tu.. Bukan dia ada buat apa-apa pun" kata Syahmi.
"Rasa macam melampau pulak aku cakap dengan dia tadi tu.. Tapi biasa lah tu kan.. Dia ingat senang ke nak lupakan peristiwa Darjah 6 tu.. Ya Allah macam mana aku boleh jatuh cinta kat dia bertahun-tahun tu dulu.. Apa yang istimewa sangat kat dia tu hah.. Hensem, pandai belajar dan olahraga.. Itu je.. Takkan lah tu pon boleh jatuh cinta kot.. Tak mungkin.. Tak mungkin. "kata Iris yang terus mengeling kan kepala nya.
" Dia cakap aku ni mawas.. Hesh!... Benci nya lah aku tengok muka dia tu.. Macam nak tumbuk je muka dia tu "Iris yang geram mengepal penumbuk dan menumbuk katil nya sendiri.
Iris yang dulu bukan macam Iris yang sekarang ni tau. Dulu dia cuma seorang pengawas, muka dia gelap dan dia seorang atlit lah juga. Dengan kata lain dia orang kedua yang kurang pandai dalam kalangan perempuan di kelas dia. Tapi orang cakap buruk tak semestinya amalannya buruk dan cantik tak semestinya cantik amalannya. Selepas dia masuk tingkatan dia cuba untuk menjaga penampilannya walaupun macam-macam orang ejek dia tapi dia tak pernah lempang muka orang tu sebab dia sedar diri dia siapa.
"Hoii! Iris kau ni dah kenapa hah.. Pukul-pukul tilam tu kesian dia tau.. Dia pun sakit juga" kata Aisyah sambil tangan nya menyentuh tilam macam tilam tu hidup.
"Hoii! Ni tilam tau kau jangan nak perbodohkan aku ye" kata Iris tu membuat kan Putri yang sedang kira terus ketawa.
"kau ni asal hah.. Mencarut je dari tadi" kata Putri.
"Tadi kat sekolah aku gaduh dengan dia.. Dia cakap hari ni dia Last bercakap dengan aku tu yang aku rasa macam seronok tapi dalam seronok tu ada simpati pulak" kata Iris yang bangun duduk.
"Ohh.. Ni perasaan Ego dengan hati hang yang sebenar lah ni" Amboi Aisyah cakap bahasa Iris yang dah ajar pulak tu ye.
"Mungkin aku pon tak tahu.. Dah lah aku nak mandi" kata Iris yang terus bangun.
Ketika Iris berjalan keluar Aisyah ada cakap sesuatu "Gembira ada lah perasaan Ego kau.. Dan Simpati adalah perasaan kau sebenarnya Iris" kata Aisyah yang hanya berbicara tanpa memandang Iris.
Iris yang dengar hanya mula berfikir yang dia sendiri lakukan sebelum ni tak ada perasaan simpati kat si Syahmi tu tapi kenapa hati dia sekarang rasa seperti dihiris macam parang.
"Ibu nanti pindah kan Syahmi kat rumah kuning dan pindah kan meja Syahmi kat depan Cikgu Mawar... Boleh tak?" kata Syahmi tu membuatkan ibunya memandang dia dengan seribu persoalan.
"Kenapa nak pindah pulak ni... Sekejap Syahmi!.. Syahmi tahu tak dekat rumah kuning tu ada Cg Mawar yang bawang tu... Dan pindah ke depan meja Cg Mawar... Syahmi dah kenapa.. Demam ke apa?.. Atau dah give up dengan Iris" kata Ibunya memang betul pun gaduh dengan Iris lagi dan lagi.
Syahmi hanya kaku saja "Sebab.." Syahmi mula berbicara tapi di potong oleh ibunya "Sebab Iris dah sampai had nya kan.. Yang Syahmi ni pun satu pergi order Bodyguard untuk ikut dia dah kenapa memang lah dia marah.. Syahmi tahu tak.. Kalau Syahmi buat macam tu lagi kalau dibuat nya si Iris tu repot kat Polis ni dah masuk kes lain tau.. Fikir kat situ Syahmi.. Tak salah kalau kita nak jaga keselamatan dia tapi bukan macam ni Syahmi.. Syahmi buat dah betul order Bodyguard tapi.. Tu macam kelihatan menunjol tahu tak.. Kalau nak jaga orang yang kita sayang biar dalam diam walaupun luaran kita langsung tak kesah kan dia tapi kita sentiasa jaga nya "kata ibunya.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
KEESOKANNYA PAGI.
"Dah kenapa ni encik ada masalah ke?" Iris berkata kepada seorang lelaki yang berada di tepi meja nya.
"Ohh tak sekarang tengah tunggu Cikgu Syahmi.. Dia kata nak pindah meja dekat sana tu.. Tu yang tunggu dia nak angkat barang-barang ni" kata lelaki tersebut.
"Ohhh.. Mmm kalau macam tu saya tolong yee.. Lagi pon rasanya Cikgu Syahmi datang pukul 8 nanti sebab kelas dia lepas rehat.. Kelas saya pulak lagi 2 jam je.. Sempat nak pindahkan ni" kata Iris yang ingin menolong.
"Aik.. Tak pe ke? Ni kerja saya bukan Kerja Cikgu..?" lelaki tu cuba bertanya. "Iris.. Panggil je Iris senang" kata Iris yang ramah.
"Hmm kalau Iris dah cakap macam tu baiklah saya terima" kata Lelaki tu memberi Iris izin untuk menolongnya.
Setelah 1 jam mengemas dan memindahkan meja dan barang, Syahmi yang baru masuk ke bilik guru melihat Iris sedang meletakkan dokumen nya di atas meja nya.
"Kenapa angkat barang aku tanpa kebenaran" kata Syahmi membuatkan dokumen yang Iris letak terjatuh dan tangan nya ingin menyambut kembali tapi di tepi meja tu ada gunting, tangannya terkena gunting dan mengakibatkan celah jari kukunya mengeluarkan cecair berwarna merah pekat.
"Maaf aku cuma nak tolong dia je sebab dia sorang je" kata Iris yang tenang sekali.
"Aku ada upah kau ke untuk tolong dia ni.. Tak ada kan" kata Syahmi tadi membuatkan Cikgu di dalam bilik Guru memandang mereka berdua.
"Memang lah tak ada.. Aku tolong dia buat kerja dia.. Aku tak tolong kau yee.. Faham kan situasi sekarang macam mana yee" kata Iris yang pergi dari situ.
Share this novel