"Kau kenapa Iris tadi.. Macam kena sampoh je aku tengok" kata Putri yang duduk belakang sambil melihat muka Iris di pantulan cermin belakang.
Iris hanya mendiamkan diri saja, Aisyah memandang Putri yang masih menunggu jawab Iris "Kau ok tak Iris.. Kau macam bad mood je?" kata Aisyah untuk kedua.
1 saat...
2 saat...
3 saat...
"Aku nampak Syahmi dengan Aniq tadi kat laluan yang pilih susu tin pekat.. Tu aku kurang sedap hati ni.." kata Iris kepada mereka berdua. Kena palau kesian pulak kan, balas je lah "Tak sedap hati? Pasal apa?" kata Putri.
Iris yang baru buka mulut terus di lalu oleh Aisyah "Kau takut nak gaduh kat Pasaraya tu?" kata Aisyah.
"Bukan.. Selain daripada Syahmi, Aniq dan Luqman.. Aku nampak.. Cikgu bawang tu ada kat kaunter.. Kaunter pembayaran kita selang 1 baris dengan dia.. Dia tengok kita lepas tu dia pandang tempat Syahmi dengan Aniq tadi tu.. Aku takut nanti kat sekolah jadi bahan Fitnah "kata Iris yang risau.
" Iris.. Benda tu kau tahu kan tak betul kenapa kau nak takut.. Balas balik lah.. Kalau kita tak balas..mulut dia tu makin lama.. Jadi lagau.. Baik kita cegah dulu "kata Putri yang memberi cadangan. Iris dengan Aisyah hanya mendiamkan diri saja untuk berfikir apa yang di perkatakan oleh Putri sebentar tadi.
"Hmm.. Tengok lah dulu macam mana" kata Iris yang menamatkan perbualan mereka bertiga.
Selama 10 minit mereka membisu, "Jangan lupa singgah kedai runcit kat kampung tu.. Karang tak pasal-pasal kena denda.. Huuu aku tak sanggup nak bersih kan rumah setingkat tu..dah lah besar"kata Aisyah yang tak nak terlibat sama.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
" Hah semua cukup ye barang-barang dapur ni.." kata ibunya yang melihat barang-barang yang diletakkan di dapur. "Cukup ibu.. Kalau tak cukup.. Ibu panggil anak jantan ibu tu.. Tidur je tahu.. Lepas solat Subuh bongkang" kata Iris yang meletakkan barang-barang dapur. Bongkang tu bahasa orang jawa maksud nya macam Baring.
"Hmm ye lah.. Ni nak pergi mana lagi ni..." kata ibunya kepada anak nya. "Hmm tengok lah dulu ibu.. Iris tanya Aisyah dengan Putri nanti.. Kenapa ibu tanya?" kata Iris.
"Kalau nak keluar.. Keluar je.. Ibu tak marah tapi asal kan sebelum maghrib dah ada kat depan sejadah Ye" kata Ibunya yang memberi amaran. Iris hanya mengangguk sambil menyusun barang di rak. "Dah solat Zohor ke belum ni?" kata Ibunya sambil tersenyum. "Iris nak mandi dulu.. Lepas tu baru solat.. Melekit lah badan tadi keluar" kata Iris.
"Hmm ye lah.. Kalau mandi jangan lama-lama sangat.. Bilik air tu bukan awak sorang pakai.. Yee.." ibunya berkata.
"Ye Iris tahu.. Tapi Bu.. Standard lh perempuan mandi lama kan.. Hihihihi" kata Iris yang terus keluar dari ruang dapur.
Selepas Iris membersihkan diri dan menunaikan solat Fardhu, Iris terus mencari mereka berdua di luar.
Iris melihat Putri gelisah dan si Aisyah pulak seperti menahan kemarahan. Iris pun datang kearah mereka yang duduk di atas buaian. "Asal ni.. Ada masalah?" kata Iris yang melihat mereka berdua.
Putri mula rasa gelisah bila Iris di depannya, Aisyah yang melihat pun meluat "Haihh.. Mak cik dia nak duit RM 500 Ringgat.." kata Aisyah yang melihat Putri. "Dia selalu minta kat kau ke?" Kata Iris, Putri hanya balas dengan anggukkan saja. "Dia kan bekerja kenapa dia nak minta duit kat kau lagi.. Mak cik kau tu kan kerja kerajaan.. Gaji bulanan dia tu dah seribu lebih.. Dia nak buat apa duit tu lagi?.. Kau tunggu sini sekejap.. Aisyah kau pergi masuk dalam kereta dengan Putri.. Kita selesaikan hari juga.. Aku masuk bilik kejap "kata Iris yang membalingkan kunci kepada Aisyah.
Aisyah hanya mengikuti apa yang disuruh oleh Iris.
Iris terus berlari ke dalam biliknya dan menekan sesuatu butang di belakang meja Solek. Dan keluar peti di bawah katil. Iris terus membuka dan mengambil duitnya sendiri RM 1000.
"Maaf kan aku Putri.. Aku akan tolong kau selama aku boleh" kata sendiri Iris.
Iris pergi ketempat kereta nya terletak yang telah di dihidupkan oleh Aisyah. "Asal kau lama sangat?" kata Aisyah kepada Iris.
"Hehehe.. Cari telefon aku yang hilang tadi.. Maaf lambat" kata Iris yang membuat satu penipuan.
Aisyah hanya mengeling saja, Putri masih risau dengan keadaannya sendiri, kalau dia tak bagi apa yang diminta oleh mak cik dia akan di pukul teruk.
Setibanya mereka di depan rumah Mak cik Putri. Mereka bertiga keluar dari perut kereta dan mengetuk pintu rumah Mak cik nya. Mak Ciknya pun membuka pintu dan keluar, sambil melihat mereka bertiga.
"Wahh.. Putri kau bawah tetamu yang tidak diundang Ye..mana duit aku?" kata Mak Ciknya yang melihat Putri mendiamkan diri saja.
"Put.. Putri ta.. Tak ada duu.. Duit" kata Putri yang bergetar-getar disebelah Iris. "Kau ni memang TAK KIRA UNTUNG!" marah Mak Ciknya dan menghayun kan telapak tangan nya kearah Putri.
BERSAMBUNG :)
Setiap malam ditemani bintang,
Tanpa sedar cinta mendatang.
Kalau mata mula bertentang,
Jangan mimpi nak pegang-pegang.
Share this novel