"Serius lah beb.. Wahh untung-untung dapat pesaing lah ye aku sekarang.. Dapat jadi Ustazah di sekolah sendiri.. Wuuu.. Dah lama tak datang sekolah tu" kata Iris sambil baring di kerusi kereta belakang.
"Kan tak sia-sia ada Pak long kat sekolah tu jadi kerani.. Sekurang-kurang nya Pak Long boleh tolong mohon dan tanya" kata Aisyah yang setuju dengan kata Iris.
"Tengok lah bakal Ustazah.. Di Sekolah Kebangsaan Parit Selangor" Bangga diri jadi Ustazah Iris. Sekolah Kebangsaan Parit Selangor tu terletak kat Johor, kawasan Pontian bukan kat Negeri Selangor Ye.
Sepanjang perjalanan mereka ke Pontian, Aisyah hanya tidur di kerusi hadapan manakala Iris pulak mendengar lagu menggunakan Headfon.
"CINTAKU CUMA ADA 1~ SUDAH UNTUK MENCINTAIMU~ TOLONG JANGAN SAKITI LAGI~ NANTI AKU BISA MATI~" Nyanyi Iris sambil Jerit dengar 1 kereta.
"HOI! nak nyanyi slow lah sikit.. Bising lah aku nak tidur pon tak senang.. Arghh" Geram Aisyah yang dengar Iris nyanyi.
Suara memang sedap tapi kalau ye pun nyanyi dengar suara sendiri dah lah ni nak semua orang dalam kereta dengar, sampai pemandu pun terkejut.
"Hihihi sorry.. Lagu ni sedap sangat Lagu Cinta 7 Susun indonesia..hihihi maaf ye Aisyah" kata Iris sambil tersenyum kerang busuk. Aisyah hanya buat tak peduli saja. "Alaaa.. Kau ni kira untung tau aku kejut kau kita dah masuk dalam kawasan Kampung.. Kau pilih nak aku kejut kau dengan cara kasar atau cara macam tadi.. Mesti lah kau pilih cara tadi kan.. Jadi bersyukur lah sikit.. Boleh kan" kata Iris kepada Aisyah.
"Ye lah.. Terima kasih Tengku Iris" kata Aisyah kepada Iris. "Sama-sama Tengku Aisyah" balas Iris.
Kereta yang dipandu oleh pema di mereka akhirnya tiba di perkarangan rumah "Pehh.. Ramai nya kat rumah tu semua nya budak lelaki naik motor.. Ni mesti kawan Irfan kan.. Aku langsung tak kenal diorang semua wei.. Macam kali pertama berjumpa" kata Iris yang betul-betul memerhati setiap kawan adik kandung nya.
"Serius lah kau tak kenal.. Aku rasa ni orang yang sama datang rumah kita ni dulu sekolah menegah semua nya" kata Aisyah. "Serius wei.. Muka diorang langsung tak serupa macam dulu" kata Iris yang betul-betul terkejut.
"Aku ada 1 idea nak kena kan diorang apa macam setuju tak.. Aku tahu kau tahu apa yang aku fikir kan... Kannn" kata Aisyah sambil senyum jahat. Iris memandang Aisyah untuk cuba memahami riak muka Aisyah. Apabila Iris mengerat maksud muka Aisyah dia pun membulatkan mulutnya sebagai 'O'.
"Aku tahu apa yang kau fikir Aisyah.. Bijak kau.. Kau memang bijak" kata Iris yang tepuk tangan sedikit.
Ketika Aisyah dan Iris membawa beg sedikit semua kawan-kawan Irfan memerhati seorang perempuan di sebelah Aisyah. Irfan yang baru keluar terus menyapa "Hah.. Baru balik ingatkan balik pagi tadi akak pergi mana sampai magrib baru sampai rumah.. Tu orang rumah risau tahu tak" Marah Irfan. "Alaa Irfan ni.. Tadi kita orang ada masalah sikit kat JB tadi.. Ni nak pergi mana?.. Tolong angkat barang dalam kereta tu" kata Aisyah yang mewakili Iris.
"Dah nampak orang pakai baju Melayu ni nak pergi mana lagi.. Solat magrib kat masjid lah.. Angkat lah sendiri akak yang beli barang yang banyak kan angkat sendiri.. Pandai beli.. Pandai bawak ye kakak-kakak ku.. Bye Assalamualaikum" kata Irfan yang terus blah macam tu je.
"Waalaikumusalam.. Kurang ajar punya adik.. Ajar orang pulak.. Pergi lah" kata Aisyah yang terus sepak beg nya memasuki rumah. Iris hanya mengeling saja dari tadi dia diam sebab tak berapa selesa tengok kawan adik nya yang memandang dirinya seperti nak makan orang.
Di depan rumah, "Irfan.. Budak perempuan sebelah Aisyah tu siapa.. Kawan dia ke.. Cun wei" kata Hafiz. Irfan memandang kearah mata Hafiz memandang sebelah Aisyah. Irfan yang melihat terus menonjol kepala kawan nya. "Apa goblok sangat kau ni.. Takkan kau tak kenal tu kan Kakak aku Tengku Iris.. Apa masalah kau? Nyanyok atau angau?" kata Irfan yang tak puas hati.
"KAKAK KAU!.. Kau biar betul..ni Takkan secantik tu kakak kau kot.. Tak percaya aku" kata Hafiz yang mengejutkan semua kawan-kawan Irfan.
Kawan-kawan Irfan terus bertanya soalan yang sama sehingga "Hoi.. Kalau korang tak percaya.. Tanya kakak aku tu sendiri.. Benget telinga aku ni tau.. Nak pergi soalan pun tak senang.. Dah jom" kata Irfan yang terus menghidupkan motor nya.
Iris yang dengar perbualan adiknya, membuatkan dia tersenyum jahat "Dulu korang ejek aku Africa kan.. Kita tengok.. Siapa yang Africa sebenarnya.. Ergh" kata Iris sambil senyum sinis dan terus memasuki bilik nya untuk menjalan kan ibadah seorang Islam.
Ketika selepas solat Isyak di luar Masjid. "Wei Irfan.. Betul ke tu Iris.. Tak percaya aku" kata Akim. Irfan yang rimas dengan pertanyaan tu terus "Kau tanya sendiri lah budak perempuan tu kat rumah aku nanti.. Nanti pergi rumah aku jumpa dia terus tanya senang atau pun ni pergi rumah tanya sendiri.. Malas aku nak jawab" kata Irfan yang penat sangat nak jawab soalan tu.
"Aku tanya betul-betul ni.. Kau ni pon tu nak marah ke?" kata Hafiz yang berada di motor. "Bila aku kata tu kakak aku.. Korang tak percaya.. Kau nak aku kata siapa lagi.. Mak aku ke.. Terang-terang lah tak kan.. Ha duhh.. Korang ni aku nak balik nak mandi panas tahu tak.. Panas dengan soalan korang yang tak pernah habis.. Tu tak tahu lah solat tadi tu sah ke tidak fikir kakak aku jelah korang ni.. Bye Assalamualaikum "kata Irfan yang terus memecut motor kerumah nya.
Share this novel