"Aisyah, Iris dan Putri.. Guru besar panggil.. Pergi bilik dia sekarang" kata seorang cikgu perempuan. Mereka bertiga pun memandang antara satu sama lain dan bangun.
"Asal Guru besar nak jumpa kita Hah.. Kita ada buat salah ke?" kata Iris yang cuba memikir kesalahan dirinya di sekolah, baru hari pertama takkan cikgu dah nampak kot.
"Mana aku tahu.. Ni kali pertama aku jumpa Guru Besar tau.. Aku masuk sekolah ni pun baru beberapa minggu kot.. Setiap perhimpunan dia..memang tak ada..Cikgu lain cakap dia cuti sebab anak dia kahwin.. Tapi.. " kata Aisyah yang terus berhenti jalan.
"Kau asal berhenti pulak kita dah nak sampai dah pun jom.." kata Putri yang terus menarik tangan Aisyah, Iris hanya mengikuti jejak langkah mereka berdua.
"Masuk!" kata guru besar yang berada di dalam selepas Putri mengetul pintu. Mereka pun masuk sambil pandang tak lepas pandang lantai.
GB yang memandang mereka dengan senyuman."Assalamualaikum.. Saya harap kamu semua boleh berkerjasama dengan Cikgu yang lain..kalau tak tahu apa-apa perkara boleh bertanya kepada Cikgu yang lain.. Kita orang semua dah macam keluarga sendiri dalam sekolah ni jadi.. Selamat berkerja.. Lagi satu saya nak tanya yang mana satu Cikgu Tengku Iris Ye.. Maklum lah kamu bertiga pakai niqab"kata Guru besar kepada mereka.
Iris mengangkat tangannya dan mengangkat mukanya 'Mustahil'. Itu lah perkataan yang muncul dari hati Iris apabila melihat gerangan orang nya. "Mak Syahmi?!" kata Iris tapi boleh didengari orang mereka semua.
'Ni kalau dia libatkan hal kerja dengan peribadi.. Habis lah "getus hati Putri.
"Jangan risau saya takkan libatkan hal luar kepada hal sekolah ini ye..
Tapi saya nak minta tolong kat kamu bertiga... Besok ada tiga orang Cikgu baru datang ke sekolah kita.. jadi...saya nak kamu bertiga jadi pandu lalu kepada mereka bertiga.. Dan jangan risau tentang jadual..kelas kamu semua saya ganti kepada Cikgu yang lain... Macam mana nak tolong saya tak? "kata Guru besar yang berharap kepada mereka bertiga.
" Boleh Cikgu tapi...boleh kami tahu bila dia datang dan lelaki ke Perempuan? "kata Aisyah yang berpihak kepada Putri Dan Iris.
" Dia datang macam waktu sekolah dan diorang lelaki semuanya.. Ada apa-apa soalan nak diutarakan.? "kata Guru besar kepada mereka.
" Tak Cikgu "kata Iris yang nak keluar dari situ secepat mungkin.
"Kalau macam tu.. Kamu semua boleh sambung kerja ye" kata Guru besar yang terus menyambung kerja nya.
Mereka bertiga pun keluar dari bilik Guru Besar secepat mungkin.
Mereka mencari tempat yang sesuai untuk berbincang perkara tadi.
"Macam mana Guru besar kita adalah Mak nya Syahmi... Ya Allah rasa nak berhenti kerja ni sekarang juga.. Tapi sabar je lah" kata Iris yang buntu.
"Aku sendiri pun tak tahu yang GB kita Mak nya Syahmi.." kata Aisyah yang betul-betul gelisah.
"Takkan kau tak perasan nama GB kita sama dengan nama mak Syahmi tu?" kata Putri yang masih tak puas hati.
"Memanglah aku tahu Nama GB kita tapi.. Nama mak Syahmi yang masa datang rumah tu aku tak tahu.. Yang kau nak salah kan aku dah kenapa.. Kau tu bekas menantu dia.. Takkan tu pun kau tahu nama panjang mak dia kot?" kata Aisyah kepada Putri.
"Mana aku tahu.. Aku dulu kahwin dengan anaknya bukan maknya.. Apa lah kau ni" kata Putri yang gelak sedikit.
"Dah-dah.. Benda dah jadi kita tak boleh nak buat apa.. Aku nak masuk kelas dah ni bye Assalamualaikum" kata Iris yang meminta izin untuk pergi.
---------------------------------
"Hah penatnya.. Aisyah buka penghawa tu tinggi sikit.. Panas lah" kata Iris yang membuka tudung.
Aisyah pun menekan remote penghawa dingin dengan menurunkan jumlah nombor, makin rendah makin sejuk.
"Besok.. Besok.. Besok... Hah penat lah kalau macam ni.." kata Aisyah yang baring di atas katil.
"Besok ada lah hari yang paling memenatkan.. Nak je besok aku tak nak datang tapi disebabkan aku Cikgu baru.. Kena tunjuk teladan yang baik.. Karang tak pasal-pasal jadi buah mulut Cikgu kat sekolah tu... Cikgu sekolah tu sekarang banyak perempuan yang single, gatal dan kuat membawang dan mengada dan suka buat masalah dan.. "kata Putri yang berhenti apabila kena marah.
" BERAPA BANYAK DAN LAH...! "kata serentak Iris dan Aisyah yang sekarang tengah berlawanan dengan perasaan sabar dan marah.
'Kenapa hati aku ni.. Rasa macam dah sesuatu yang buatkan aku benci sangat Hah.. Daripada aku fikirkan hal yang besok.. Baik aku pergi mandi.. Sejukkan sikit kepala aku ni' getus hati Iris.
Kenapa sawah banyak kerbau,
Kerbau membajak buat tenaga.
Kenapa hati selalu risau,
Kerana jodoh belum berjumpa.
(Ambik kat Google je ni :)
Share this novel