"Hah? Biar betul kau Fina? Kau dah nak kawin?" Syida bertanya dalam nada jelas tidak percaya. +
Wajah sahabatnya tersebut dipandang hairan, namun tidak terlihat sebarang tanda menunjukkan bahawa dia sekadar bergurau.
'Biar betul Fina ni?'
Fina sekadar memandang sahabatnya yang terbantut niat yang pada awalnya sedang sedap mengunyah burger KFC.
"Entah, kau ni Fina. Kitorang bukannye tak tau yang kau ni tak pernah fikir bab cintan-cintun ni, tetiba je, dah nak kahwin? Kau ni, biar betul?" Ica turut berasa hairan. Wajah Fina direnung lama.
Selesai sahaja kuliah sebentar tadi, Fina terus mengajak mereka berdua ke KFC, ada masalah yang hendak dibincangkan katanya. Sebaik sahaja mereka mula menjamu selera, Fina menyatakan perihal dirinya yang bakal berkahwin. Sangka mereka, Fina sekadar bergurau, namun melihatkan raut mukanya yang jelas gelisah, ternyata Fina tidak bergurau.
"Korang dengar ke tak ape yang aku kasi tau tadi? Itu wasiat la sayang. Aku bukannya kenal pun siapa si Fareez tu," Fina menyuapkan kentang gorang ke mulutnya.
Ayam KFC di dalam pinggannya masih tidak bersentuh. Wajahnya kelihatan mendung. Pandangannya dialihkan ke arah orang ramai yang sedang lalu-lalang di luar.
"Kau pernah tengok tak gambar Fareez tu?" tanya Syida. Fina menggelengkan kepalanya.
"Tak. Baru semalam Daddy aku kasi tau. What do you expect? I was totally shocked when Daddy talked about getting married, and of course, I was totally opposed him. Then, do you expect me to say, 'Oh Daddy, may I have a look on his photo first?' As if I care!" Fina melenting.
Entah kenapa, tiba-tiba dia berasa bengang. Syida dan Ica tersentak mendengar suara Fina yang agak tinggi.
"Wei, Fina. Cool, babe. Syida tanya je kan, relaks la. Kau mmg nak story ke satu KFC ni ke camne, hadoi la," Ica cuba menenangkan Fina.
Kelihatan beberapa orang pelanggan dari meja bersebelahan mencuri pandang ke arah mereka. Fina yang tersedar nada suaranya yang semakin meninggi, pantas memandang ke arah lain. Jari kirinya bermain-main dengan hujung rambut lurusnya.
"Okay, sorry. I'm not in the right state of mind," Fina memohon maaf kepada Syida. Terasa bersalah pula melampiaskan kemarahannya kepada sahabatnya itu.
"It's okay. So, kau jadi kawin ke tak, in the end?" Syida bertanya perlahan.
Risau pula melihat Fina yang kelihatan bengang. Bukan mudah hendak melihat sahabatnya itu melenting.
"Honestly, I don't even know!" Fina melepaskan keluhan berat. Matanya dialihkan ke arah kedua-dua sahabatnya.
"Fareez tu terima ke tak?" Ica yang berambut ikal separas bahu bertanya.
"Daddy aku kata dia terima, itu yang aku takde pilihan. Kalau ikutkan aku, memang awal-awal lagi aku tolak. Well, korang pun sama ngan aku kan? Korang boleh terima ke kawin awal ni?" Ica dan Syida saling bertukar renungan.
"Hurm, frankly, for me...I guess...well... I might just accept it," Syida menjawab teragak-agak.
Mata Fina membulat mendengar jawapan sahabatnya yang berselendang hijau tersebut.
"Pardon?" Fina merenung Syida tajam.
Syida pantas menyedut air Pepsinya, pandangannya dilarikan dari renungan sahabatnya tersebut.
"Aku pun setuju ngan Syida, Fina. Look, what's wrong in getting married early? You're not under 18, right? Although, well, in matter of fact, aku faham la istilah 'agak awal untuk kahwin'," Ica yang lebih tegas memberikan pandangannya.
"Kau nak kawin, Riz? Biar benar?" Amirul kelihatan terkejut. Tidak berkedip matanya merenung wajah tampan Fareez. +
Dia yang baru sahaja tamat waktu bekerja selesai menjalankan pemeriksaan ke atas para pesakitnya terkejut melihat Fareez yang tiba-tiba masuk ke biliknya tanpa kata. Belum sempat dia bertanya apa-apa, Fareez memaklumkan bahawa dia akan berkahwin. Terlopong Amirul mendengar kenyataan rakan karibnya itu.
"Aku takde mood nak bergurau okay? Aku dah pening nie," Fareez memejamkan matanya. Tubuhnya disandarkan ke kerusi berhadapan Amirul. Tangannya memicit-micit kepalanya yang mulai sakit.
"Kau nak aku check ke? Doktor bukan boleh check diri sendiri, sini aku tolong checkkan," Amirul bersenda.
Sengaja dia membetulkan kaca matanya dan membuat lagak seorang doktor ingin memeriksa pesakitnya. Fareez memandang Amirul tajam.
"Hei Doktor Amirul, aku cakap betul-betul la ni, aduh," Fareez merengus geram.
Niatnya untuk meminta pandangan Amirul yang sudah beranak dua itu, boleh pula dibuat main-main. Amirul tertawa melihat Fareez yang kelihatan bengang.
"Sekarang kau explain betul-betul boleh tak? Kau masuk bilik aku, tetiba je kata yang kau nak kahwin? Agak-agak la wei, at least make an explanation, not just a pure statement," Amirul menegur sahabatnya.
Entah apa-apa, angin tak ada, ribut tak ada, tetiba sebut nak kawin, mau tak terkejut.
"Okay, kau dengar baik-baik. I won't repeat, okay?" Fareez memulakan.
"Okay," Amirul berkata.
"Papa aku ngan Uncle Razak adik-beradik angkat, well, in matter of fact, diorang ni bestfriends. Then, kau pun tahu yang Papa aku anak yatim sejak kecik kan? Papa aku ni kiranya macam anak angkat ayah Uncle Razak la, Atuk Ki tu. Whatever it is, arwah Atuk Ki tinggalkan wasiat terakhir dia yang satu-satunya anak perempuan Uncle Razak perlu kahwin dengan anak lelaki sulung Papa aku, that's me because the oldest is my sister which is a woman, get that?" Fareez menerangkan.
Amirul terdiam seketika, cuba mencerna kata-kata sahabatnya. +
"Wasiat? Papa kau ngan Uncle Razak tau tak?" Amirul bertanya.
"Nope. The will had been kept secret until Fina's 22nd birthday date, last two days tak silap aku. Itu yang aku pun baru tau yesterday, kepala aku pun dah mula pening ni. Tetiba Papa aku suruh kahwin? I CAN'T BELIEVE THAT!"
Fareez tersandar lama ke kerusi. Matanya dipejam rapat, kelihatan dahinya berkerut. Amirul memandang sahabatnya lama. Zaman sekarang pun ada lagi kahwin atas wasiat rupanya.
"Fina? Your future wife?"
"Might be."
"Riz, aku tak rasa salah, kau kahwin je la. Kau nak membujang berapa lama lagi? Nurse-nurse yang bujang punya ramai minat kat kau, sorang pun kau tak layan. Baik kau kahwin je, takde la aku rimas dengan diorang tu. Mujurlah aku ni dah kahwin, ade anak 2 orang lagi, kalau tak? Mesti senasib dengan kau la," Amirul tersengih.
Fareez sememangnya digilai ramai sejak di universiti. Tubuh badannya yang sasa, tinggi serta berwajah persis Inggeris yang diwarisi dari sebelah ibunya yang merupakan kacukan Belanda-Melayu sememangnya menarik perhatian. Sekali imbas, ala-ala pelakon Hollywood gitu.
Fareez membuka matanya. Sebelah tangannya diletakkan di atas meja untuk menongkat dagunya.
"Aku tak kenal langsung sape Fina tu. Baru 22 tahun, budak lagi tu. 6 years younger than me, and you expect me to marry her?" Fareez mengeluh. Amirul mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Budak? Aku kawin dengan Mira dulu masa kitorang still 22 years old, okay? Dah cukup matang dah 22 tahun tu. Kau ni, belajar tinggi-tinggi pun kau boleh panggil dia budak? Perempuan lebih matang 2 tahun dari usia sebenar berbanding lelaki. It means that she's already 24, hence, only 4 years younger than you. Okay la tu. Kau ni...cuba la buka minda kau tu, Riz. Dan takde salahnya kalau kau bercinta selepas kahwin. Lagi pun, tu pilihan keluarga kau, berdoa je la minta supaya dia tu jodoh terbaik kau," Amirul menasihatkannya.
Fareez terdiam lama. Dia sedar ada benarnya kata-kata Amirul. Akhirnya, dia melepaskan keluhan berat. +
"Hurm, guess you're right. Jom la balik, shift kau dah habis kan?" Fareez berdiri.
"Kau balik dulu la, Mira tak habis lagi operation, jap gi la aku balik," Amirul menjawab.
"Okay, aku balik dulu. Thanks for lending your ears and your advices," Fareez menghulurkan tangannya.
"Anytime," Amirul menyambut huluran tersebut sambil tersenyum.
*****
"Fina, Daddy dah slow talk ngan Uncle Zam, kitorang decided yang korang akan bertunang by the end of this month, 31st August, and your wedding day is on 1st October," Dato' Sri Razak berkata.
Fina sendiri tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Setelah berbual dengan rakan-rakannya, dia membuat keputusan untuk menerima sahaja perkahwinan tersebut, namun akan bahagiakah dia? Mendirikan rumahtangga dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali, mampukah dia mengecap kebahagiaan? Adakah perkahwinan tersebut akan mengganggu kehidupannya sebagai seorang mahasiswa? Dan yang paling penting, bersediakah dia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri? Fina melepaskan keluhan berat.
"Daddy, Fina boleh terima, tapi Fina tak nak jumpa dia langsung sampai hari perkahwinan kitorang. Fina tak nak ambil tahu langsung pasal perkahwinan ni. Mummy ngan Daddy handle sendiri everything. Fina kahwin atas dasar wasiat semata-mata. Masa depan Fina, Mummy ngan Daddy yang tentukan, so, in case, if anything happens in future, that's not my fault, it's yours. Fina baru je masuk Sem 5, Fina tak nak serabut fikir pasal masalah kahwin ni sampai tak boleh nak cover subjects for my final years. If you can accept my condition, I'll marry him," Fina memutuskan.
Dato' Sri Razak dan Datin Nora ternyata terkejut mendengar permintaan Fina. Mummy kelihatan ingin membantah, namun Daddy lebih pantas bersuara.
"Okay, Daddy ngan Mummy akan bincang ngan family diorang nanti, tapi rasanya kitorang boleh je terima apa yang Fina cakap," Daddy menjawab.
Dia terkejut pada mulanya apabila mendengar apa yang Fina katakan, namun ada benarnya kata-kata Fina. Fina sememangnya pelajar yang bijak sejak kecil, sudah tentu dia tidak mahu ada sebarang halangan yang mengganggu pelajarannya. Tambahan lagi, tahun ini merupakan tahun terakhirnya sebagai mahasiswi.
"Then, I'll accept this marriage," Fina berkata lalu bergerak ke biliknya.
Usai mengambil wudhuk, Fina pantas menunaikan kewajipannya sebaik sahaja mendengar azan Asar. Fikirannya yang sudah kusut memikirkan hal perkahwinan tersebut perlu ditenangkan.
"Okay, itu syarat yang Fina kasi. Papa ngan Mama setuju dengan ape yang Fina cakap. Dia perempuan, muda pulak tu, memang dia perlukan masa untuk tenangkan fikiran dia. Dan she's still a student. Riz setuju ngan Papa kan?" Dato' Sri Azam berkata kepada anak lelakinya. Fareez memandang Papanya dengan pandangan hairan. +
"Look, Papa. She's clearly reluctant to accept this marriage. Kenapa perlu diteruskan?" Fareez menolak.
Jika gadis itu enggan berjumpanya sehingga hari perkahwinan, bukankah sudah jelas gadis itu terang-terang menolaknya?
"Korang kena kahwin atas wasiat semata-mata, bukan atas kerelaan korang. Ya, memang Papa nampak yang dia tak dapat nak terima perkahwinan ni, tapi dia teruskan atas dasar wasiat. Riz, takde salahnya kalau korang bercinta lepas kawin. Riz takde sesape lagi kan? Fina pun takde sesape, setahu Papa. Papa dan Mama bahagia ja bercinta lepas kahwin, kenapa korang tak?" Papanya bertegas. Wajah anak terunanya direnung tajam.
"Tapi Papa. Kenapa cepat sangat nak kahwinkan kitorang? Papa ngan Mama tak rasa macam express sangat ke? Wasiat tu baru je dapat tau a few days ago, terus nak kahwinkan kitorang? At least, give us time to prepare first," Fareez masih berdegil.
'Lagi dua bulan, dia akan bergelar suami? Tak masuk akal betul lah.'
"Apa masalahnya? Lagi cepat, lagi bagus. Since both of you are still single, it's more better. Karang tunggu lama-lama, benda lain pulak jadi. Lagipun, Riz dah pernah hadiri kursus kahwin kan? Fina tu pun, awal-awal lagi dah hadirkan diri sebab temankan sepupu dia yang kahwin tahun lepas. Everything settled, right? Nak prepare apanya? Umur Riz tu sepatutnya dah ada anak pun," Papanya semakin bersuara tegas.
Fareez sedar, walau apa pun jawapan yang diberikannya, perkahwinan tersebut tetap akan berlangsung.
"Fine pa. Then, Riz pun sama macam Fina. Mama ngan Papa uruskan sendiri perkahwinan kitorang. Riz tak nak ambil tau langsung," Fareez memutuskan lalu bergerak keluar.
Dato' Sri Azam dan Datin Balqis terdiam melihat anak bujang mereka yang pantas menghidupkan enjin keretanya, lalu dipandu laju menuju ke apartment bujangnya.
Suasana kuliah yang tadinya riuh-rendah mulai lengang apabila para pelajar mulai meninggalkan dewan kuliah. Maklumlah, hari ini sudah hari Khamis, hari Jumaat keesokannya sudah tiada kelas mahupun kuliah. Para pelajar kelihatan riang meninggalkan dewan kuliah setelah 3 jam memaksa diri untuk menumpukan perhatian terhadap kuliah Mr. Edward tersebut. +
Kelihatan gadis yang berambut panjang hitam kilat yang dibiarkan lepas siku sedang mengemas barangan kuliahnya. Sahabatnya yang berselendang Pashmina hijau lumut di sebelahnya masih meletakkan kepalanya di atas meja kuliah beralaskan lengannya.
"Kau ni, kemas lah cepat barang. Tak nak balik ke?" Fina menepuk Syida perlahan.
"Aduh, mengantuk giler la kelas Mr. Edward tadi. Camne la kau boleh tegak je sepanjang kuliah?" Syida bertanya hairan.
Dia sekadar menumpukan perhatian sepenuhnya ketika satu jam pertama, kemudian perlahan-lahan perhatiannya mulai berkurang.
"Eh, seronok la lecture tadi. Aku suke je, ala, kau tu sebab tak minat kan? Sepatutnye kau paksa je bagi minat. Kalau tak boleh nak pay attention dah, kau gi je ladies macam si Ica tu," Fina menunjuk ke arah Ica yang sedang berjalan masuk ke dewan kuliah sambil tersengih.
"Entah Syida, kau pergi je ladies, percik sikit air kat muka, pastu okay je," Ica menjawab.
"Ha'a, pastu lesap sampai habis kuliah kan..." Syida memerli.
"Ala, aku terjumpa ngan Zack tadi, itu yang kitorang sembang-sembang jap," Ica cuba membela diri.
"Sempat lagi kau date ngan boyfie kau, kan?" Fina menggelengkan kepalanya.
Ica sekadar tersengih, lalu mula menggalas beg kuliahnya yang sudah dikemaskan sebelum ke tandas.
"Okay lah. Jom gi makan. I'm totally starving now, lunch pukul 1, sekarang dah pukul 5, kebulur siot ni. Zack, Joe ngan Adam dah ade kat luar, tunggu kita," ujar Ica.
Zack merupakan teman lelakinya, manakala Joe teman lelaki Syida. Mereka berlima selain Joe bersahabat karib sejak di bangku sekolah menengah lagi dan sememangnya mereka sangat akrab.
Mereka bergerak keluar meninggalkan dewan kuliah yang sudah lengang. Kelihatan tiga orang jejaka tersebut sedang menunggu di bangku panjang di luar dewan kuliah. Melihatkan mereka bertiga berjalan keluar, jejaka-jejaka tersebut lantas berdiri. Adam, jejaka berwajah ala-ala Korea yang diwarisi dari ibunya yang berdarah Cina berjalan merapati Fina.
"Bagus betul la korang ni kan? Aku tengok tadi punya ramai students berebut nak keluar dewan, korang steady je kan?" ujar Adam.
"Aku malas nak berebut, steady sudah. Korang habis awal ke lecture?" Fina bertanya, mendapat balasan anggukan mengiyakan.
"Ha'a, pukul 4.30 lagi dah habis. Aku hantar whatsapp, bukannya kau reti-reti nak baca kan?" Adam memerlinya.
"Eh? Really? Sori la, aku ter'khusyuk' dengar lecture tadi," Fina memohon maaf setelah melihat mesej Adam yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya.
"Aku agak dah, kau memang la best student," sengaja Adam menekankan dua perkataan terakhir. Ibu jarinya diangkat tegak. Laju sahaja Fina menampar lengan Adam.
"Ai, makan dalam nampak. Mulut kau takde insuran wei? Aku dah cukup lapar ni, karang dengan kau pun aku telan." Adam sudah tertawa.
"Jom lah. Kau tengok 2 couples tu, jalan tak ingat kawan wei." Adam memerli mereka berempat yang sudah berjalan jauh di hadapan bersama pasangan masing-masing. Suaranya sengaja dikuatkan.
"Kalau nak tunggu korang dua orang habis gaduh, alamat kebulurlah makwe aku ni," Zack menjawab sambil mengalihkan pandangan ke arah mereka berdua.
"Sape nak belanja ni?" Fina bertanya.
"Sendiri makan, sendiri poket ek," Joe pula menjawab.
Fina mengalihkan pandangan ke arah Adam yang berjalan seiringan dengannya.
"Wei, Adam. Apa kata kau belanja aku, kau kan kawan aku yang paling baik."
Lengan Adam yang berkemeja kulit ditariknya sambil tersengih. Adam merenungnya lama.
"Apa kata kau kiss pipi aku, konfem sebulan aku belanja kau," Adam menjawab nakal, sengaja ingin mengusik.
Fina pantas menampar kuat lengan Adam, mukanya sudah merona merah.
"Benci lah kau ni. Kau suruh makwe kau, si Zati tu la. Malas aku nak layan kau," Fina berjalan laju. +
'Ada ke patut suruh aku kiss dia? Gila ke ape?'
Adam yang ditinggalkan di belakang sudah tertawa. Niatnya cuma ingin mengusik, tak sangka pula Fina nak bereaksi begitu. Pantas kakinya mengejar Fina, lalu lengan Fina yang berblaus panjang ditariknya.
"Wei, sori la. Aduh, kau ni. Aku gurau pun, nak marah ke? Aiyok, sori okay? Aku belanja kau la, okay?" Adam berkata.
Fina memandangnya, lalu merentap kembali lengannya minta dilepaskan. Adam mengangkat kedua-dua tangan mengaku salah.
"Kau ni, tak payah nak berdrama la kat sini. Tau takut? Kau belanja aku sampai kenyang ek?" Fina tersengih.
"Orait, kau punya pasal. Aku on je." Adam mengangkat ibu jarinya.
Suasana di perpustakaan kolej tersebut sangat lengang. Hari ini merupakan hari Sabtu yang merupakan hari cuti am seperti kebiasaannya. Namun, bagi Fina, dia lebih selesa untuk membuat tugasan di perpustakaan tanpa sebarang gangguan. Buku-buku rujukan yang boleh digunakan banyak, internet juga sangat laju, mudah untuk menyiapkan sebarang tugasan. +
Fina yang memandu sendiri dari rumah keluarganya yang pertama tiba. Ica dan Syida yang berkongsi rumah sewa belum tiba, termasuklah Zack, Joe dan Adam yang juga berkongsi rumah sewa. Tugasan yang diterima melalui e-mailnya mula dibaca. Tidak lama kemudian, Fina melepaskan keluhan berat. Susahnya assignment ni. Dah nama pun final year student kan?
"Fina, kau dah siapkan assignment Madam Kim?" kedengaran suara Adam yang baru melabuhkan punggung di sebelahnya. Jejaka persis Korea tersebut memandangnya.
"Belum lah. Dah pening dah kepala aku nie," Fina menjawab. Kepalanya diletakkan ke atas meja perpustakaan.
"Kesiannya kawan aku ni. Meh aku tolong kau," Adam mula menghidupkan laptopnya.
"Kau dah mula ke?"
"Hehe, tak lagi pun. Ala, ni aku nak mula la nie," Adam tersengih.
"Ish kau ni, Adam, entah pape la. Harapan palsu."
Fina mengangkat kepalanya dan bersandar di kerusi. Tugasan tersebut dibacanya sekali lagi untuk memahami kehendak sebenar tugasan tersebut.
Tidak lama kemudian, Syida dan Ica tiba bersama Joe dan Zack. Mereka melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Fina dan Adam.
"Banyak lagi korang nye assignment?" Syida bertanya sambil mula menghidupkan laptopnya.
"Banyak lagi? Tak mula lagi pun, Cik Syida. Aku baru je selesai baca tugasan ni. Baru dapat tadi, memang tak mula lagi la kan. Aku ni bukannya rajin sangat pun." Adam menjawab.
Beberapa minit kemudian, selesai sahaja menghidupkan laptop masing-masing, mereka mula sibuk membincangkan tugasan.
"Fina, jom makan sekali? Aku belanja," Adam mengajak Fina makan sesudah mereka selesai menyiapkan tugasan. Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. +
"Jom la. Aku dah lapar gila ni, letih siapkan assignment punya pasal," Fina bersetuju. Perutnya sudah berkeroncong. Rambut lurus hitam pekatnya dirapikan.
"Kau belanja ke, Adam? Seronoknya," Ica tersengih.
"Takdenya. Aku belanja Fina je, my bestfriend, korang suruh boyfie korang la belanja," Adam pantas menolak.
"Untunglah orang tu ade kawan baik," Ica menarik muka empat belasnya.
"Memang untung pun. Nape? Kau jeles ke?" Adam bersenda. Dia berdiri, lalu membetulkan jaket kulitnya.
"Tak hingin pun. By the way, makwe kau tak jeles ke?" Ica memerli. Nanti apa pula kata teman wanita Adam, si Zati tu.
"Nak jeles kebendenye? Fina ni bestfriend aku, Zati tu girlfriend aku. Takde apanya yang nak jeles," Adam mula menggalas beg kuliahnya.
"Entah kau ni Ica, kitorang kawan baik la. Lainlah kalau aku ni ade hati ngan si Adam ni," Fina menggeleng. Mulutnya sengaja dijuihkan kepada Adam.
"Ai Cik Fina, tak perlu la nak buat muka menghina aku macam tu. Aku ni lelaki Korea idaman gadis-gadis Malaysia tau? Kau ni kira beruntung la dapat kawan ala-ala Korea gi tu," Adam mendabik dada. Wajahnya sememangnya persis Korea kerana darah Cina ibunya yang mengalir dalam dirinya.
"Cheh, ha'a, ambik la kat kau mamat ala-ala Korea. Aku minat artis K-pop je, bukan ala-ala Korea ek? By the way, aku lapar gila dah ni. Jom gerak," Fina berkata lalu menggalas beg laptopnya. Adam mengikut dari belakang diikuti rakan-rakan yang lain.
Share this novel