Sudah seminggu lebih mereka tidak bersua disebabkan Fina menumpang tidur di rumah sewa Ica dan Syida. Ini kerana gadis itu sekarang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester. Memahami bahawa gadis itu memerlukan masa untuk fokus dalam pembelajarannya serta memudahkan dia mengadakan study group dengan rakan-rakannya, Fareez mengizinkan. Kebetulannya, dia sendiri ada seminar di Johor selama beberapa hari, jadi sekurang-kurangnya dia tidaklah keseorangan di rumah.
Kedengaran ketukan di pintu menyebabkan Fareez mengalihkan pandangan ke arah sahabatnya yang sedang berjalan masuk dengan selambanya.
"Kenapa?" Fareez bertanya meskipun dia sudah dapat mengagak jawapan yang akan diterima.
"Saje. Menghilangkan penat." Ringkas jawapan Amirul sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Fareez.
"Muka aku ni soothing sangat ke?" Sengaja dia mengusik Amirul yang sudah menjuihkan bibir.
"Terserah la Fareez oi. Well, sibuk semacam je kau hari ni. Dari tadi aku tengok tak berhenti patients keluar masuk." Amirul bersandar selesa di kerusi tersebut.
"Dr Joe ambik cuti hari ni, itu yang aku gantikan dia. Lagipun aku nak ambik cuti kan nanti-nanti so aku ganti je la siap-siap." Jelasnya.
"Laaa. Patutla...Hurm, sensorang je la aku masa kau cuti nanti."
"Ceh. Bini kau ada kat level lain je pun. Pegi je guna lif kalau dah malas nak panjat tangga." Fareez menggelengkan kepalanya.
"Hurmmm." Amirul sekadar menghela nafas. "Kau ingat Mira tu suka ke aku gi jumpa dia saje saje? Time dia working dia dah pesan jangan gi cari dia kat bilik, tau? So, bilik kau ni je la hala tuju aku." Rakannya sudah tertawa.
'Amira memang jenis skema sikit, biasalah kan, dah namanya doktor perempuan.' +
"So kau dah kasi tau Fina ke pasal next week?"
"Belum." Fareez mengurut-urut bahunya yang sudah lenguh, seharian berhadapan pesakit. "Mana la sempat nak bincang, dah petang ni baru dia balik. Nanti aku kasi tahu lain la."
"Kau rasa dia nak join ke?"
"Sure la. Minah tu hantu kpop kot." Fareez menghela nafas panjang.
"Serius la???" Terkebil-kebil Amirul bertanya.
"Iyeee. Cuma sejak kawin ni dia dah kurang. Cuma layan k-drama je la, tak pun kpop show yang ada faedah sikit. Kalau sebelum ni, semua jenis kpop show dia layan, dengan reality tv la, dengan music show la. Well, dah insaf mungkin sejak-sejak jadi bini orang ni." Fareez tersengih.
"Kalau dia join pegi sekali okay gak la." Amirul mengangguk-angguk, menyebabkan Fareez memandangnya hairan.
"Hai Mirul, lain macam je kau ni?" Duga Fareez.
"Lain macam ape?" Amirul pula bertanya hairan.
"Tetiba macam berminat je tanya pasal bini aku dah kenape?" Meletus tawa Amirul apabila dia menangkap maksud soalan Fareez.
"Kau ni pehal Fareez? Serius la kau ni?" Tergeleng-geleng Amirul sambil tertawa. "Mira yang tanya aku sebenarnya, bini kau ikut ke tak? Dia nak berkawan la ngan bini kau tu. Bila lagi nak boleh jumpa kan? Kalau dah Fina tu join, boleh la dia nak geng." Jelasnya sebaik sahaja tawanya reda.
"Oh, aku ingatkan ape." Terangguk-angguk Fareez mengerti. +
"Ingatkan ape nye? Memang la bini kau tu cantik. Tapi aku sayang Mira tu sorang je. Tak payah la nak insecure sangat Fareez oi."
"Erm... diamlah kau. Bukan main seronok je kan kau ketawakan aku." Fareez merengus geram melihat Amirul yang masih tertawa.
"Sapa suruh kau buat lawak?"
'Fareez...Fareez...Boleh tahan kuat cemburu rupanya kawan aku ni.'
Fina sedang sibuk menyediakan nasi ayam ketika kedengaran bunyi pintu rumah dibuka. Salam dijawab sebaik sahaja kedengaran suara Fareez. +
"Awak beli tak?" Soalnya apabila terlihat kelibat suaminya.
"Ha'a. Ni ade barang-barang yang awak oder tu." Fareez meletakkan beg plastik mengandungi sayur-sayuran di atas meja.
Fina terus pulang ke apartment sebaik sahaja selesai mengemas rumah sewa Ica dan Syida tadi. Ica yang tinggal di Pahang, dan Syida yang tinggal di Johor turut pulang ke kampung halaman masing-masing kerana cuti semester selama tiga minggu. Fina pada mulanya sekadar nak masak lauk, namun kerana terjumpa post berkenaan nasi ayam di Fac tadi, terus dia memasak nasi ayam. Disebabkan malas untuk keluar sekali lagi semata-mata nak membeli salad, timun dan tomato, maka Fareez la yang menjadi mangsa.
"Thanks." Sayuran dikeluarkan daripada bungkusan.
"Dah siap masak ke?" Fareez mengintai ke arah dapur. Kelihatan api dapur sudah ditutup.
"Nasi, ayam, sup, sos, kicap semua dah siap masak. Tinggal nak hidang je ni. Awak gi la mandi solat dulu, japgi kita makan." Jawab Fina sambil tangannya lincah membersihkan sayur-sayuran, langsung tidak menyedari Fareez yang sedang mendekatinya. Hampir terlepas salad di tangannya ketika suaminya memeluknya dari belakang.
"F...Fareez?" Tergagap Fina, terkejut dengan tindakan spontan lelaki tersebut.
"Saja je. Rasa macam lama tak jumpa awak." Kedengaran suara lembut Fareez menuturkan.
"Awak... Saya lapar ni. Baik awak gi mandi solat cepat." Sengaja Fina beriak biasa, walhal jantungnya sudah berdegup kencang. Kedengaran pula Fareez tertawa kecil sebelum pelukannya dirungkaikan.
"Iye lah. Jap ye." Fareez kemudiannya menapak ke bilik tidurnya dengan senyuman nipis di bibirnya. +
Fina menghela nafas lega sebaik kedengaran bunyi pintu bilik ditutup.
'Dia dah kenape?'
Fina sedar sejak kebelakangan ini mudah sahaja Fareez bersikap romantis sebegitu. Meskipun biasanya Fina sekadar membiarkan kerana dia sedar tiada salahnya suaminya bersikap begitu, namun hatinya tak kuat.
'Kalau dah mamat hensem tu buat perangai macam tu, sape je tak cair?'
Walaupun dia sendiri suka dengan layanan sebegitu, namun kerana tidak mahu terbuai, dia cuba mengawal perasaannya.
'Maaf Fareez, few months left until I graduate.' Harapnya Fareez mampu menunggu dengan sabarnya.
Tangannya kembali lincah menyediakan makanan, cuba mengusir pelbagai perasaan indah yang sudah menganggunya.
"Awak masak semua ni? Ke tadi ade beli kuih-kuih tu?" Fareez bertanya sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Fina. +
"Kelmarin kitorang buat kat rumah sewa. Diorang la nak sangat cucur badak la, karipap la, cek mek molek la...Itu yang buat lebih untuk bawak balik. Buat frozen pastu tadi goreng je la." Jawab Fina.
Sebaik doa makan dibaca Fareez, terus kuih cek mek molek diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut.
"Sedap...Tak tau pula awak pandai buat kuih jugak." Fareez berkata, sambil sedap dia mengunyah, menyebabkan Fina yang baru mengambil cucur badak tersenyum.
"Ha'a betul la. Saya tak pernah buat kuih lagi kan masa kat sini? Bukan ape, sebab kita dua orang je, itu yang tak teringat nak buat kuih. Biasa masak lauk atau goreng-goreng makanan lain je la." Fina menjawab sambil mula mengunyah.
"Erm..." Fareez yang mengambil pula karipap sudah tersenyum nakal. "Nak tambah ahli ke camne?" Hampir tercekik Fina sebaik mendengar ayat Fareez.
"Awak nak tambah bini ke? Tak cukup sorang?" Sengaja dia menjawab begitu, walhal dia faham maksud tersirat lelaki tersebut. +
"Sorang bini pun tak larat jaga, ade pula nak tambah." Fareez menjawab sebelum menyambung. "Tambah ahli baru sendirian berhad la."
"Awak ni kan..." Fina sekadar menyenduk nasi ke dalam pinggan suaminya sebelum dihulurkan. Dia malas nak melayan Fareez tu, makin melayan, makin menjadi.
"Ala... Gurau je la awak ni." Ayam dan bahan-bahan nasi ayam diambilnya lalu diletakkan di dalam pinggan. "So, amacam papers? Okay tak?" Topik diubah sebaik dirasakan puas mengusik isterinya.
"Hurm, InsyaAllah. Saya rasa macam boleh dean list lagi kot sem ni." Jawabnya sambil tersenyum. Nasi disuapkan masuk ke dalam mulutnya.
"Confident level tinggi." Komen suaminya.
"Eh mesti la. Saya bukannya medics so rasanya boleh je score kali ni. Plus carry mark pun cantik je."
"Berbaloi la sponsorship awak dapat tu."
"Yup."
"Hurm, lupa nak cakap tadi." Fareez yang sedang mengelap tangannya menggunakan tisu memulakan bicara. Dia baru selesai mencuci pinggan mangkuk yang merupakan tugasannya kerana Fina mengambil tugasan memasak dan mengemas. Gadis tersebut yang baru sahaja selesai mengelap meja memandangnya. +
"Ape?"
"Awak cuti tiga minggu kan?"
"Yup."
"Ade ape ape plan tak?" Fina menggelengkan kepalanya.
"Takde, kawan-kawan saya semua balik kampung."
"Hurm, nak gi honeymoon tak?" Selamba Fareez bertanya.
"Hah?" Terbuntang mata Fina mendengar soalannya. "Seriously honeymoon? Saya tak habis study lagi la awak." Serba-salah Fina menjawab.
'Kalau dah namanya honeymoon, takkan nak makan angin je kan? Kitorang dah la tido pun asing-asing je.'
"Hurm... Pre-honeymoon?" Fareez mengubah istilah.
"Ape yang bezanya?" Fina melabuhkan punggung di kerusi meja makan. +
"Well, kita just share bilik and katil je tapi takde la buat apa-apa pun. Sebab takkan la sampai nak tempah bilik asing kan?"
"Kalau honeymoon pula maksudnya ape?" Sengaja Fina menduga.
"Well, that will be much more than just sharing room and bed, dear. Serius ke awak nak tanya honeymoon tu camne?" Laju Fina menggelengkan kepalanya.
'Mau nye Fareez gi citer full, baru padan muka aku.'
"So, will you or will you not?" Soalan ditanya kepada Fina.
"Kat mana?"
"Oversea." Ringkas Fareez menjawab, namun Fina sudah tersenyum teruja.
"Where?"
"Korea." Ternganga mulut Fina, jelas keterujaan terpancar.
"Seriously?"
"Yup."
"I'm in." Pantas persetujuan diberi.
"Tapi..."
"What?"
"Sebenarnya saya ada seminar kat sana with a few doctors including Amirul and her wife, Amira."
"Alaaa. Pastu takkan saya sensorang?"
"Well, 4 days will be full day seminars but 3 days sightseeing."
"With all the doctors?" Melihat anggukan Fareez, Fina menyambung. "Takpe ke?"
"Boleh je. Doktor lain bawak jugak bini diorang. Besides, kita stay la lebih seminggu kat sana." Jawab Fareez.
"Awak tak pe ke?"
"Tak pe je. Nanti saya request la a week leave. Besides saya jenis jarang gila request on leave, so, boleh je. Itu yang nak confirm, awak nak ke tak? Kalau nak, saya nak apply on leave terus." Fareez menerangkan.
"Nakkk." Fina tersengih. +
"Okay then."
"OMG!" Tiba-tiba Fina kelihatan terkejut sebelum bergerak ke biliknya. Fareez sudah terkebil-kebil kehairanan. Beberapa saat kemudian kelihatan Fina bergerak keluar bersama passport di tangannya.
"Fareez, dah sebulan expired."
"What?"
"Iyelah. Saya takde berangan nak gi mana-mana tempat kat luar negara pun, itu yang tak pernah cek pulak. Camne ni? Saya nak gi jugakkkk."
Fareez mengalihkan pandangan ke jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 5 petang.
"Takpe la macam tu. Saya gi je la sensorang. Nanti saya belikan souveniers banyak-banyak kat awak." Fareez menjawab selamba.
Fina memandangnya dengan riak tak percaya.
"You get my hope high and now you're telling me this. Seriously Fareez?"
Fareez sudah tersenyum nakal melihat riak wajah Fina yang jelas-jelas tidak bersetuju.
'Comel je bini aku ni buat muka seposen tu kan. Nak gi sangat la tu.'
"Pegi la mandi bersiap ape semua. Kita keluar gi UTC lepas solat asar sebab hari ni baru hari Khamis. UTC bukak je sampai pukul 10 malam."
Fina yang kembali tersenyum mengangguk. "Okay!"
Itu mungkin pertama kali Fareez menemani Fina keluar. Walaupun biasanya Fina menolak kalau dia tawarkan untuk menemaninya, tapi kali ini mudah pula isterinya bersetuju. Mungkin tak berani nak keluar sorang sebab Ica dan Syida dah pulang ke kampung halaman. +
Sejujurnya Fareez memang tidak selesa dengan pandangan nakal lelaki-lelaki yang sering kali akan menoleh beberapa kali ke arah Fina yang berjalan seiringan dengannya. Meskipun Fina sekadar berseluar jeans cutting fit yang agak longgar serta berblaus lengan panjang labuh menutupi punggung yang dikategorikan sebagai pakaian sopan, namun Fareez akui isterinya itu memang cantik. Mudah sangat menarik perhatian lelaki lain meskipun Fina sendiri kelihatan tidak selesa apabila dia sedar ada mata-mata nakal mengiringinya.
Mujurlah tidak ramai yang ke bahagian imigresen tadi, menyebabkan mudah untuk urusan passport gadis itu disiapkan. Jam di tangannya dipandang sekilas. Sudah masuk pukul 7.30 malam. Gadis di sebelahnya dipandang. +
"Dah maghrib. Nak balik terus ke awak ada nak gi mana-mana lagi?"
"Urm, jom makan sushi king nak tak?" Kelihatan mukanya penuh berharap.
"Hurm...saya tak reti sangat sebenarnya nak makan sushi bagai ni."
"Awak order bento je, saya makan sushi. Ala, bento tu dia nasi ngan lauk je. Pleaseeee...Lama dah saya teringin nak gi makan, tapi asyik tak sempat je." Lengannya sudah diraih gadis itu, menyebabkan Fareez ketawa kecil.
"Awak ni, jangan lah seduce saya maghrib maghrib ni." Sengaja dia berbisik nakal pada gadis itu yang laju sahaja menampar lengannya perlahan.
"Ish. Awak ni..."
"Kita gi solat, then japgi kita gi makan. Jom la gi surau dulu."
"Okay...Awak belanja tau?"
"Iye la awak."
Selesai menunaikan solat, Fina sudah menunggu suaminya agak jauh dari surau kerana kelihatan ramai yang sedang bersesak-sesak tadi. Jam di tangannya dikerling. +
'Dah masuk pukul 8.'
Terdengar siulan di sebelahnya menyebabkan dia menoleh. Sangkanya Fareez nak mengusik, namun pantas riak wajahnya berubah apabila kelihatan beberapa orang remaja lelaki yang kelihatan seperti agak muda, yang mungkin baru lepasan SPM sedang mengusiknya.
"Hai cik adik. Sorang je?" Remaja berbaju tshirt merah menegurnya.
"Nak kitorang teman ke?" Remaja yang berkemeja kotak pula menyambung.
"Bahaya sorang sorang cik adik." Seorang remaja lagi menegur.
'Bebudak ni memang cari pasal ke ape? Memang la ramai yang kata muka aku nampak muda sikit tapi takde la sampai kata muka macam budak sekolah.'
"Senyap je?" Berani pula salah seorang dari remaja-remaja itu menghampirinya menyebabkan terus menyirap darahnya. Melihatkan Fareez yang sedang berjalan ke arahnya dengan riak wajah yang lain macam menyebabkan Fina pantas membuka mulut. +
"Ni adik. Akak ni dah ade suami tahu? Nak kacau anak dara orang pun, cari la yang muda sikit. Akak ni tak berminat dengan anak-anak ikan ek? Tu suami akak dah datang. Assalamualaikum." Pantas Fina bergerak ke arah Fareez sebelum lengan suaminya dirangkul.
"Kenape tu?"
"Biasa la. Budak-budak baru nak up. Nak ngorat pun, bini orang. Pinjam jap lengan awak." Ujar Fina. Fareez mengalihkan pandangan ke arah sekumpulan remaja tersebut.
'Eh eh. Bebudak ni...'
"Tak payah la dok usha diorang camtu. Saya dah cakap dah saya ni bini orang. Sekarang ni jom makan. Perut saya dok seru seru je sushi dari tadi." Fina menegur, tidak mahu Fareez memanjangkan hal. Bimbang pula andai suaminya serang budak-budak tu.
"Hai... sampai solat pun ingat sushi ke?" Fareez mengusik.
"Takde la. Lepas dah baca doa, baru teringat balik sushi."
"Iye la awak tu." Fareez tertawa kecil.
Terkebil-kebil mata Fareez memandang Fina yang sedang sedap menikmati sushi. Entah pinggan yang keberapa dah diambilnya. Sangkanya gadis itu akan makan sedikit kerana di rumah, jarang sangat dia makan bertambah.
"Haih. Sedap sangat ke? Betul-betul mengidam ni." Tegur Fareez.
"Saya ni memang hantu sikit kalau bab sushi ni. Tambah-tambah kalau yang tempura, memang A++++ laaa." Gadis itu menunjukkan ibu jari tanda thumbs up. Fareez yang sememangnya perut Melayu memang tak dapat nak telan makanan yang sedap dinikmati Fina itu. Mujurlah ada bento tu, boleh lah dia telan.
"Never thought you could eat that much."
"Rasa la sikit. Ni, ambik yang tempura." Fina menghulurkan namun laju Fareez menggeleng.
"Rasa laaaa." Fina mengepit sushi tersebut menggunakan chopsticknya sebelum disuakan ke mulut Fareez. Dengan penuh terpaksanya, dia membuka mulut. Fina sudah tersengih.
"Amacam?" Fina menunggu reaksi suaminya yang tidak beriak.
"Hurmmm." Fareez menyedut air sebaik sahaja dia selesai mengunyah dengan payahnya. "Not bad la. Maybe sebab udang dia crunchy kot." Komennya.
"See?" Fina tersenyum penuh kemenangan.
"Lagi pun maybe sebab wife yang suap, itu yang berganda-ganda sedap tu." Sempat Fareez mengusik.
"Ngada nye awak ni kan." Fina membalas, dia dah terbiasa sangat diusik Fareez. Kalau awal-awal perkahwinan dulu, memang asyik memerah la mukanya. Sekarang dah terbiasa, dia malas nak layan.
"Saya pernah termakan yang salmon dulu, sebab makan dengan Lin. Memang taubat dah tak nak makan. Teruk tahan je sebab rasa nak muntah."
"Oh? Lin suka salmon?"
"Tak jugak. Saje dia nak kenakan saya. Seronok je dia ngan Hafiz ketawakan saya. Itu yang lepas tu saya tak jejak kaki dah ke tempat ni." Fareez menggelengkan kepala. Dia memang cukup tak boleh nak makan benda-benda tak masak macam tu. Memang loya je tekak.
"Saya pun tak suka salmon. Hairan jugak la tengok orang lain makan macam sedap je. Saya lagi prefer yang jenis goreng-goreng macam ni. Tak pun yang egg mayo pun okay." Fina menghabiskan baki sushi di dalam pinggannya. "Alhamdulillah kenyang." Dia mengelap mulutnya sesudah selesai.
"Kenyang dah? Ke nak bungkus bawak balik?"
"Haih. Perli ke?" Fareez tertawa.
"Takde la. Serius la saya tanya ni. Tengok berselera semacam je awak makan."
"Tak nak la. Dah sampai rumah nanti tak crunchy dah. Dia seronok makan time teringin je. Kalau dah makan sampai kenyang giler ni, lambat lagi la nak teringin." Fina menjawab.
"Okay then. Jom." Fareez berdiri sebelum diikuti Fina di sebelah.
"Assalamualaikum Mummy." Fina memberi salam kepada Mummynya yang kelihatan sibuk di dapur. +
"Eh Fina! Kenapa tak cakap nak balik?" Terkoncoh-koncoh Mummynya berjalan ke arahnya. Fina menyalami mummynya sebelum dipeluk wanita kesayangannya itu.
"Alaaaa. Fina kena buat appointment dulu ke baru boleh balik?" Dia mengusik.
"Ish. Takde la. Mujur Mummy ada kat rumah, kalau keluar macam mana?" Ujarnya sebelum tangan anak gadisnya ditarik ke ruang tamu.
"Ala... intuition Fina kuat la." Selamba dia menjawab.
"Iya la tu. Ni Fareez keje ke?" Mummynya bertanya perihal menantunya.
"Ha'a. Abang keje. Dia kirim salam je la."
"Waalaikumussalam. Fina ni tak masak ke? Dah pukul 11 lebih ni." Ujar Mummy sebaik jam dinding dipandang.
"Alaaa. Abang balik petang karang. Pagi tadi Fina buat nasi goreng. Kira abang makan berat dah. Fina bekalkan sandwich tuna buat alas perut. Japgi lepas solat jumaat dia sambung keje sikit. Lepas tu baru balik makan." Ujarnya panjang.
"Hurm...Fina dah berisi ke?" Terkebil-kebil matanya sebaik mendengar soalan mummynya, langsung tak berlapik.
"Ish. Ke situ pulak mummy ni. Fina belajar pun tak habis lagi. Sabar ek? Mummy main dulu ngan cucu-cucu lain." Jawab Fina menyebabkan Mummynya tertawa.
'Pandai je dia nak mengelak kan.'
"Mana la nak tau. Dah tetiba Fina balik sensorang ni. Ingat ade nak cakap apa."
"Ahhhh. Fina ada sebab sebenarnya balik ni." Jawabnya.
"Ape?"
"Abang ada seminar kat Korea next week. Kebetulannya Fina ni dah cuti semester tiga minggu. So abang ajak la gi Korea sekali, pre-honeymoon."
"Berapa lama nak pegi? Bila nak pegi?" +
"Ahad pagi ni bertolak. Diorangnya seminar hari Isnin sampai Khamis full day. So, Fina duduk diam-diam je la kat hotel. Lepas tu ada la diorang sambung trip makan angin pulak. Then, abang ajak stay lama sikit la, kira dia apply on leave."
"Oh... Hurm... Bagusla macam tu. Untung la suami sayang." Mummy berkata dengan senyuman lebar.
"Yes Mummy. Itu yang Fina balik ni. Rasa macam sayang lak nak beli lain barang-barang nak travel kan? Sebab tengah winter sekarang ni. Nak cari boots, coats apa semua la dulu. Sebab memang seingat Fina, ade je lagi sebab last year ada beli masa gi Jepun kan?"
"Hurm. Rasa macam ada je. Fina cari je dalam almari tu, ada je tergantung."
"Itu la. Fina gi carik dulu ek Mummy?" Ujar Fina sebelum dia bergerak naik ke biliknya.
Share this novel
ala.. tengah syok layan crita dia tiba2 abis lak.. best awk jalan critanya congrats. sambung lagi yerr