Chapter 6

Romance Completed 32926

"Oi... Dr. Fareez. Kau ni tak reti-reti nak balik berehat ke? Lusa dah nak kahwin, kau boleh sibuk je lagi, kan?" Amirul menegur sahabatnya. +

"Ala, esok kan aku dah mula bercuti? Hari ni bagi selesai la dulu," Fareez menaip laju.

"Tak de la. Kau kena bersedia physically and mentally, mesti kau letih nanti. Dah la dua hari majlis kahwin. Tak campur lagi dengan benda lain," Amirul berkata nakal.

Fareez terhenti menaip, sebelum wajahnya dipalingkan ke arah Amirul.

"Ehem, doc. Benda lain ape tu?" Fareez terkesan bunyi nakal Amirul.

"You need an explanation ke? Kau ni maybe la expertise bab sakit puan, aku ni bab mata je, tapi bab marriage dan sewaktu dengannya, I'm more expertise. Amacam? Ade pape nak tanya tak? Tips ke...ape ape keeee..." Amirul membalas. Fareez sudah tertawa kuat.

"Pehal? Kau nak citer ape kat aku? Straight to the point, dude. Sejak bila doctor pandai bersastera ni?" tanya Fareez dalam tawa yang masih berbaki.

"Hahaha...kau ni, agak-agak la. Aku pun tau malu nak sembang bab-bab censored ni." Amirul turut tertawa.

"Hey sir. You're the one who started it first, okay?" ujar Fareez.

"Ala, kau ni. Aku niat nak tolong je kalau kau ada pape kemusykilan," Amirul membela diri.

"It's okay. For now, I've nothing to ask. Wait... Satu je, macam mane nak hilangkan nervous time akad, hah?" Fareez bertanya serius. Sejujurnya, dia dah mula berdebar sebenarnya.

"Erm...yang tu...aku pun tak tahu. Iye la, aku pun baru sekali akad nikah," Amirul bersenda. Fareez kembali tertawa, ke situ pula sahabatnya ini.

"Cuma, petua aku. Bila kau nak masuk je rumah bakal isteri kau tu, beri salam, mulakan langkah kaki kanan. Selawat banyak-banyak, InsyaALLAH kurang rasa gementar tu. Selain daripada berkhatan, masa akad nikah la paling lelaki berdebar, kau tahu? So, normal la kalau kau nervous. Baik kau hafal siap-siap nama penuh bakal isteri kau. Karang silap sebut, salah pengantin la." Amirul tersengih.

"Kau jangan la cakap macam tu, makin nervous pulak aku," Fareez turut tersengih. +

"It's nothing la. InsyaALLAH, Allah permudahkan. Nak bina masjid kan? InsyaALLAH." Amirul memberi semangat. Fareez tersenyum.

"Korang pun berinai la juga, nape aku sorang je?" Fina mengajak Ica dan Syida. +

'Tak nak la berinai sengsorang.'

"Dah kau yang nak kawin, kau je la berinai," Ica berkata.

Kak Aini, isteri Alongnya sedang tekun memakaikan inai ke jari Fina, kemudian mengukir corak pada tangannya.

"Korang ni, pakaila jugak. Kalau aku sorang je pakai, nanti obvious sangat wei. Ala, bukan tahan lama sangat pun inai tiub ni. Korang tengok ni, lawa kan Kak Long lukis? Tak nak cuba ke? Thanks akak," Fina menunjukkan corak di tangannya kepada Ica dan Syida. Sudah selesai berinai, sekarang tunggu kering je la.

"Akak, tolong inaikan Syida sekali. Macam cantik je tengok tangan Fina tu. Kalau tak kawin pun, dapat seri pengantin pun jadi lah," Syida mengusik, lalu menghulurkan tangannya kepada Kak Aini.

"Diam lah kau Syida. Ica, kau tak nak ke? Tak jeles ke tengok? Nanti tangan kitorang je cantik," Fina tersengih.

"Akak, lepas Syida, akak tolong inaikan saya pulak eh? Cantik la pula tengok tangan Fina." Matanya merenung lukisan inai pada jari sahabatnya itu.

"Hahaha, baru kau tahu? Tadi kau berlagak sangat. Cheh," Fina menjuihkan bibirnya. +

"Aku bukan ape. Kalau aku pakai inai, takut nanti tok Kadi tu tersilap pengantin perempuan, tapi kalau dah Syida pun berinai, aku pun nak. Maklumlah, nak dapat seri pengantin kan." Ica turut menyakat Fina.

Fina menarik muka apabila diusik begitu. Kak Aini sudah tertawa melihat gelagat 3 sahabat karib tersebut.

Hampir pukul 9 pagi, Fina sudah selesai berbaju pengantin. Sengaja mereka tidur awal semalam. Sebaik sahaja menunaikan solat Subuh dan bersarapan, Fina mula bersiap. Maklumlah, kalau sudah bermekap tebal ni, baik dipercepatkan urusan akad nikah dan walimatul urus. Bimbang pula jika bertembung dengan waktu Zohor nanti. Niat nak mendirikan masjid, tengok-tengok, tertinggal pula satu kewajipan. +

"Wah, cantik kau Fina. Pergh, macam Barbie doll tu," Ica memuji. Fina yang sedang melabuhkan punggung di atas katil direnung.

"Kau ni kan Ica, Barbie doll tak pakai baju kebaya, tak payah nak nganjing sangat la," pinggang Ica dicubit, "Jangan nak menyakat aku la. Aku dah seram sejuk dah ni, aduh."

"Aku puji ikhlas ni. Cun gila kau wei." Ica memerhatikan Fina dari atas ke bawah.

"Betullah Fina. Beruntungnya sape dapat kau. Serius, cantik," Syida mengangkat ibu jarinya.

Solekan yang diberikan sentuhan oleh Ica disertakan dengan pakaian pengantin baju kebaya modennya menampilkan imej kemelayuan. Rambutnya disanggulkan tinggi dan dipakaikan pengepit rambut emas ala-ala zaman Melayu lama. Diletakkan selendang di kepalanya sebelum disangkutkan selebihnya di bahunya.

Fina memang tidak pernah bersolek sebegitu. Biasanya dia sekadar memakai bedak dan pelembab bibir. Kadang-kadang sahaja memakai eyeliner. Dia pada asalnya tidak mahu bersolek, tetapi setelah dipujuk Ica yang beria-ia hendak menyoleknya, dia mengalah. Iyalah, dia yang berjanji dulu, tiba-tiba tak nak pula, memang teruk la kena dengan Ica dan Syida.

"Wah, cantiknya adik Angah ni," Angah yang baru bergerak masuk ke bilik Fina bersama Along terpegun melihat Fina.

"Wow, betullah. Bertuahnya sape dapat Fina," Along turut memuji. +

"Korang dua ni kan, jangan menyakat Fina boleh tak?" merona merah wajahnya mendengar pujian dari kedua-dua abangnya itu.

"Ish, ikhlas ni, Fina. You look stunned!" Angah berkata.

"Sudah-sudahlah. Korang pergi lah keluar. Banyak lagi kerja kat luar tu kan?" Fina menarik tangan kedua-dua abangnya keluar, lalu terserempak dengan Lili, anak sulung Along yang sedang melintas di hadapan biliknya.

"Wah, Acu...cantiknya..." Lili memuji.

"Tengok, Lili yang 5 tahun ni pun pandai puji, inikan pula kitorang yang dah 30 lebih ni, ape la Fina ni," Angah berkata. Along tertawa melihat Fina yang sudah merona merah.

"Wah, Ica terpakaikan blusher kat Fina tebal sangat la," Along pula menyakatnya.

"Sudahlah korang ni, benci lah," Fina mencubit pinggang mereka.

'Sudah cukup malu dia dipuji, boleh pula mereka menyakatnya.'

"Okay...okay... sabarlah tunggu pengantin lelaki ye," Angah mengenyit mata lalu berjalan pergi bersama Along.

"Fina, bakal suami kau dah sampai," Ica memberitahu Fina yang sedang berdebar menunggu di dalam bilik. Kedengaran bunyi kompang bertalu di luar biliknya. +

"Jom la, Fina," Syida mengiringi Fina ke ruang tamu diikuti Ica.

"Wei, tu pengantin perempuan kau," Amirul berbisik ke telinga Fareez yang segak berbaju Melayu.

Fareez mengangkat kepalanya. Kebetulannya, Fina juga baru mengangkat kepalanya untuk melihat bakal suaminya. Tanpa disangka, anak mata mereka bertemu, pantas Fina melarikan pandangannya. Fareez turut mengalihkan pandangan ke arah Kadi yang sedang menunggu.

"Pergh, Fina. Fareez tu muka mat saleh giler," Ica berkata.

"Ha'a la. Hensem giler bakal suami kau," Syida memuji.

Fina agak terkesima apabila terpandangkan Fareez sebentar tadi. Wajahnya persis Inggeris. Tubuh badannya yang tinggi dan sasa, berhidung mancung, serta berambut coklat keemasan mungkin diwarisi dari ibunya, yang merupakan kacukan Belanda-Melayu. Kulitnya sedikit gelap berbanding Fina yang putih kemerahan mungkin diwarisi dari bapanya. Sudahlah berbaju Melayu, bertengkolok, bersampin dan berkeris. Bergetar juga jiwanya apabila memandang bakal suaminya.

"Aku terima nikahnya Syarifah Farah Syarfina binti Syed Razak..." Fareez melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz. Fina telah menjadi isterinya yang sah.

'Sebak pula rasanya bila mendengar lafaz tersebut. Hak dirinya telah beralih dari daddynya kepada suaminya kini. Allahu...' +

"Fina, sarungkan cincin," Ica berbisik, lalu memegang kejap lengan sahabatnya, memberi semangat.

Fareez berjalan ke arahnya diiringi sahabat baiknya sebelum duduk di hadapan gadis yang baru sahaja bergelar isterinya. Tangan gadis itu yang sejuk mungkin kerana debaran disentuh lelaki yang sudah mahramnya dipegangnya. Selesai menyarungkan cincin di jari manis, Fina mencium tangan Fareez yang telah menjadi suaminya, sebelum Fareez mencium dahinya.

"Alhamdulillah," Mummy tidak henti-henti mengucapkan syukur.

Fina telah menjadi hak mutlak Fareez. Akhirnya anak kesayangannya sudah bergelar isteri kepada Tengku Fareez Syazril. Air mata sudah memenuhi kelopak matanya. Perasaan sedih, bahagia, gembira, sayu, segalanya bercampur aduk di dalam hati seorang ibu.

Mereka mula bergerak ke dewan untuk majlis walimatul urus. Linda duduk bersebelahan Hafiz yang sedang memandu di hadapan, manakala Fina dan Fareez duduk di bahagian penumpang. Namun, sepatah kata tidak terlahir dari keduanya. +

"Hai kak ipar, saya adik Abang Riz, Hafiz. Panggil Fiz je," Hafiz tiba-tiba mengeluarkan suaranya, pelik pula nak berdiam diri sepanjang perjalanan.

Sudahlah 10 minit baru nak sampai dewan. Tak campur lagi dengan jalan sesaknya, entah berapa lama lah baru nak sampai. Berbanding Fareez yang kelihatan persis Inggeris namun berkulit sawo matang, Hafiz berwajah Melayu tetapi berkulit cerah.

"Ah, ye...adik ipar."

Fina tersenyum kepada Hafiz melalui cermin pandang belakang. Linda mengalihkan pandangan ke arah Fina sambil tersenyum. Fareez sekadar mengerling.

"Hurm, awak ni umur berapa sebenarnya? 22 kan?" Hafiz bertanya.

"Yup, baru 22 years old." Fina mengiyakan.

"Lin ni 20 tahun tapi saya dah 24 tahun. So, kalau saya panggil awak Fina je, boleh tak?" Hafiz bertanya lagi.

Bukanlah dia tidak hormatkan Fina, tapi aduh, muda lagi la Fina tu. Fina mengangguk faham, namun belum sempat dia bersuara, Fareez berkata. "La, dia kan akak ipar kau? Apa salahnya kau panggil je akak?" Bimbang pula jika Fina terasa nanti kalau tidak diberikan panggilan hormat.

"Eh, tak pe la. Okay je. Saya boleh rasa muda sikit kalau tak panggil akak. Lin sorang panggil akak cukup la. Lagipun memang saya lagi muda dari Fiz pun kan?" Fina tersenyum kepada Fareez. +

Fareez kemudiannya mengangguk, "Kalau awak tak kisah, okay je."

"Awak ambil course ape sekarang Fina?" Hafiz bertanya penuh minat.

Niatnya nak menolong abangnya. Fareez bukannya pandai sangat bab-bab nak berkenalan ni. Fareez sekadar memasang telinga sahaja, dia sedar niat adiknya tersebut.

"Business management."

"Oh? Really? Sama la kita, saya pun ambil bisnes gak. Iyalah, Kak Fiza tu lecturer, Abang Riz doctor, si Lin ni interior designer. Sape lagi la nak warisi syarikat Papa nanti? Tengok-tengok, saya je la yang tinggal."

"Oh, iyeke? Hurm, dalam family saya pun sama. Along ngan Angah engineer, saya la yang kena warisi syarikat Daddy nanti. Masa sekolah menengah dulu, saya budak pure science, then dah dapat pun tawaran further medics, kena buat A-level, siap dapat scholarship. Tapi, Mummy ngan Daddy macam tak bagi je. Saya buat solat istakharah nak mintak tetapkan hati nak choose yang mana. Last-last, masuk matrix...result flying colours. Alhamdulillah. Now, final year business management dah."

Panjang pula Fina bercerita. Iyalah, dah mula sembang tu, memang la makin rancak dia bercerita. Fareez mendengar khusyuk. Linda dan Hafiz mengangguk faham. Mesti bijak betul Fina ni, kalau dah sampai boleh dapat tajaan untuk bidang perubatan tu.

"Oh, takpe je macam tu. Awak tak jadi doktor pun, dapat suami doktor, doktor sakit puan pula tu," Hafiz tersengih. +

"Ha'a la Akak. Mujurlah akak tak ambil medic, kalau tak mestilah akak tak terima lagi pinangan Abang Riz ni, medic kan lama jugak tempoh belajar." Laju saja Linda menyampuk.

"Doktor sakit puan? Really?" Fina memandang Fareez laju. Fareez mengangguk.

"Why?"

'Pelik sangat ke doktor sakit puan?' Fareez tertanya-tanya.

"Nothing...well... I'm truly lucky then. Everything's gonna be easy la kalau ada hubby doktor sakit puan." Fina tersengih nakal. Linda dan Hafiz sudah tertawa.

'Lain macam je bunyi.'

"Well, in which aspect?" Fareez bertanya. Segan pula dia.

'Boleh tahan nakal dia ni.'

"Hurm, later. Someone underage is here," Fina mengerling ke arah Linda.

Fareez pula yang tertawa perlahan. Laju sahaja isterinya itu mengelak dari menjawab soalan, boleh pula mengenakan adiknya.

"Excuse me, madam. Who's underage? Everyone is already over 20 in here." Linda tidak berpuas hati.

'Mesti nak kata kat dia la tu, mentang-mentang dia yang paling muda kan.'

"Ala, Lin...I'm kidding. Don't make that face, okay? Tak cun la pengapit akak nanti," Fina tersenyum memujuk Linda.

"Apology is accepted la, akak ipar cantik ngan cun punya pasal," Linda pula mengenakannya. +

'Hampeh betul, tak pasal-pasal Fina yang merona merah. Mujurlah dah tiba di dewan.'

"Jom turun," Fareez menghulurkan tangannya sebaik sahaja pintu di sebelahnya dibuka. Fina menyambut huluran tangan Fareez.

Sebaik sahaja Hafiz dan Linda mengambil tempat di sebelah Fareez dan Fina, mereka mula bergerak ke arah dewan. Kelihatan pintu gerbang khas untuk menyambut pengantin terhias cantik. Terdapat beberapa orang jurugambar sudah bersedia di tepi laluan. Ica dan Syida yang telah tiba lebih awal menyambut mereka di pintu gerbang tersebut.

"WELCOME," Ica dan Syida menyambut mereka dengan senyuman lebar.

'Sama cantik sama padan Fina dan Fareez.'

Fina dan Fareez mula berjalan melalui pintu gerbang. Linda dan Hafiz menurut dari belakang. Kemudian Mummy, Daddy, Papa dan Mama di belakang sekali. Fina yang berdebar dengan renungan tetamu yang hadir mengeratkan rangkulan lengan Fareez. Bagaikan mengerti debaran yang dirasakan Fina, Fareez berbisik ke telinganya. "Everything's gonna be okay. Just chill down."

Sebaik sahaja tiba di meja pengantin yang serba hijau dan dinaikkan lagi dengan bunga-bungaan, Fina dan Fareez mengambil tempat di tengah-tengah, diikuti Linda di sebelahnya dan Hafiz di sebelah Fareez, kemudian Mummy dan Daddy di sebelah Linda, manakala Mama dan Papa di sebelah Hafiz. Ica dan Syida sudah sibuk mengambil gambar mereka, kelihatan mereka tersengih-sengih nakal ke arah Fina. Geram pula rasanya. +

Mereka mula makan beradab. Sedikit sahaja makanan yang dijamah Fina, berdebar punya pasal. Nak makan pun dia tak selesa. Fareez di sebelahnya relaks je menambah nasi, sesekali dikerlingnya.

'Berselera sungguh dia makan, tak rasa pape ke orang usha semacam je?'

"Fina, ni lauk, makan banyak sikit ek?" Fareez menyendukkan daging masak lada hitam ke dalam pinggannya.

'Aduh, boleh buat romantik pula depan orang, buat malu lah, tadi diam je atas kereta.'

Fina memaksa juga dirinya untuk menelan daging tersebut, takkan lah nak bazirkan makanan. Dia cukup pantang orang membazir makanan. Kerana itulah dia cukup malas nak ke mana-mana majlis yang diajak Mummy dan Daddynya. Maklumlah, majlis orang kaya-kaya kan. Ambil macam-macam, tapi sejemput sahaja yang dijamah. Membazir betul. Cuba la fikirkan orang-orang miskin yang tak mampu nak membeli makanan ke, mangsa-mangsa gempa bumi, para pelarian yang tak dapat makan. Ini dah kaya sangat, dibazirkan.

"Dah kenyang?" Fareez bertanya. Dia sudah mengelap mulut.

'Aiseh, itulah aku ni, boleh berangan lagi.'

Fina sekadar mengangguk. Selesai makan beradab, mereka mula bergerak untuk mengambil tempat duduk di tempat yang disediakan untuk pasangan pengantin dan pengapit. Kemudian, Daddynya bergerak ke hadapan untuk memberi ucapan.

"Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir. Seperti yang kalian sedia maklum, inilah majlis perkahwinan yang terakhir dalam keluarga saya, InsyaALLAH. Majlis walimatul urus ini bertujuan untuk meraikan anak gadis saya yang bongsu yang akhirnya, telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Fareez. Fina, jadilah isteri yang solehah, taat pada suami. Selama Fina di bawah tanggungjawab Daddy dan Mummy, Fina anak yang taat, lepas ni, Fina di bawah tanggungjawab Fareez. Fareez, bimbinglah anak Daddy yang sorang ni, ye? Dia memang degil sikit, tapi insyaALLAH, degilnya boleh dilunturkan. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat, sehingga ke akhirat sana." +

Tangan Daddy diangkat, lalu Daddy mula membaca doa, seisi dewan mula mengaminkan doa yang dibaca Daddy. Fina sudah sebak, namun air matanya ditahan. Tisu yang diberikan Linda digunakan untuk mengelap air matanya yang sudah hampir menitis.

Selesai ucapan Daddynya, mereka bergerak untuk bergambar di pelamin. Mula-mula Fina dan Fareez sahaja, kemudian bersama pengapit, diikuti bersama Ica dan Syida, kemudian dengan ibu bapa mereka dan ahli keluarga yang lain. Sebaik sahaja mereka selesai bergambar, mereka mula beramah-mesra dengan para tetamu yang hadir. Fina yang paling kurang bersosial dibandingkan dengan abang-abangnya ternyata sekadar mengenali segelintir sahaja kenalan ibu bapanya yang hadir.

"Wah, Fareez. Dah kahwin dah you kan?" Seorang gadis berbaju gaun merah ketat sehingga ke peha menegur mereka. Fina merenung gadis tersebut.

'Perghh, bapak la seksi. Dah datang majlis kahwin, tak reti nak sopan sikit ke?'

"Oh, Juwita. Ha'a, dah sampai seru kan?" Fareez menjawab pendek.

"I dengar sebab wasiat je korang kawin kan? Itulah you sombong sangat dengan I, kalau tak, at least you dapat kawin dengan I yang you kenal. Fina ni bukannya you kenal pun kan? Anti-social," Juwita tersenyum sinis ke arahnya. +

Menyirap pula darah Fina mendengar kata-kata Juwita tersebut.

'Sesuka hati dia je ngutuk aku. Pehal? Dah teringin nak kawin sangat, pehal tak ajak je kawin ngan kau, perempuan? Aish, panas betol hati aku ngan pompuan tak tau malu macam ni.'

Namun, sekadar disebut dalam hati. Bibirnya mengukir senyuman, meskipun dia dah panas sebenarnya.

"No thanks. I'm lucky enough that I don't need to marry you. And then, I got to married Fina...it is such a great package for me," Fareez menjawab pedas. Muka Juwita merah padam mendengar jawapan Fareez.

"Lin pun tak hingin nak dapat kak ipar macam Kak Juwita ni." Linda yang baru mengambil tempat di sebelah Fina pula berkata.

"Well, why don't you leave now, lady?" Hafiz yang datang bersama Linda pula berkata pedas. Juwita pantas bergerak meninggalkan dewan selepas mendengar kata-kata Hafiz.

"Sori lah Fina. Juwita tu kemaruk jantan. Dulu dia nak tackle Abang Riz ni, tapi silap lah. Sape hingin ngan perempuan mulut longkang macam tu. Pakaian pun macan nak pi clubbing je," Hafiz menjelaskan.

'Dia memang meluat dekat si Juwita tu. Memang dia tahu sangat la betapa desperatenya perempuan tu cuba nak mengorat abangnya dulu tapi sapa sangat yang hadap? Eww.'

Fina sekadar mengangguk sahaja. Boleh tahan popular rupanya suaminya ini. Fareez sudah serba-salah. Buat jatuh air mukanya sahaja di hadapan isterinya, si Juwita ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience