Suasana di ruang tamu rumah Dato' Sri Razak menjadi tegang. Kelihatan gadis berseluar jeans biru dan berbaju kemeja lepas berwarna putih yang sedang duduk di sofa mengerutkan keningnya. Jarinya meraut rambut hitam lurusnya yang dibiarkan lepas melebihi bahu berkali-kali. +
"Pardon? Are you kidding me? Daddy, it's not funny at all!" Fina memandang wajah Daddynya dengan riak tidak percaya.
'He's got to be kidding!'
"I'm not kidding, Fina! You need to get married!" Dato' Sri Razak berkata kepada anaknya. Wajahnya serius, langsung tidak ada segaris senyuman.
"Daddy... I'm still a student, but, then, you told me that I need to get married? I'm only 22!" Fina tidak bersetuju. Tangan Mummynya diraih, mengharapkan diberi bantuan.
"Abang, berilah Fina masa, saya pun tak setuju kalau abang terus paksa dia kahwin. Dia baru je masuk Tahun 3, abang terus paksa kahwin," Datin Nora turut tidak bersetuju.
Suaminya memandangnya sejenak, sebelum mengalihkan pandangannya ke arah anak gadisnya yang kelihatan seperti hendak menangis.
"Fina, Daddy nak Fina jawab betul-betul. Fina dah ade orang ke belum? Speak the truth," Daddynya bertanya tegas.
"Daddy, honestly, I'm still single, tapi, Fina muda lagi. Zaman sekarang, kahwin umur 22 tahun? It doesn't make any sense, daddy. Dah la Fina kenal pun tak!" Fina masih berdegil. Keningnya berkerut seribu.
"Fina, Daddy ngan Uncle Zam kawan baik sejak kecil lagi. Fina tak pernah jumpa diorang sebab setiap kali ada function, Fina tak pernah nak ikut. Uncle Zam tu anak angkat Atuk, Fina. Dalam wasiat ade menyatakan yang Fina perlu kahwin dengan anak lelaki sulung Uncle Zam, Fareez. Korang dah dijodohkan sejak kecil, Daddy dengan Uncle Zam pun tak pernah tahu pasal benda ni, tapi itu wasiat, bukan benda main-main Fina," Daddynya berkeras.
Bukanlah niat di hati untuk memaksa Fina, kerana Dato' Sri Razak dan Dato' Sri Azam pun baru sahaja tahu mengenai wasiat tersebut. Namun, jika itu yang termaktub di dalam wasiat arwah bapanya, terpaksalah diturutkan.
"Macam mane Daddy tak tau? Atuk meninggal tiga tahun lepas. There's no way you know nothing regarding this. Well, at least let me graduate first," Fina ternyata masih terkejut.
"Fina, Atuk memang ade sebut mase korang kanak-kanak, tapi Daddy ngan uncle tak ambil kisah sangat, rupa-rupanya memang Atuk berhajat. Wasiat itu dirahsiakan until your 22nd birthday, and yesterday was your birthday. How would I know? Anyway, what's wrong in getting married when you're still a student?" Daddynya menjawab.
Fina sudah tidak senang duduk. Dia bukanlah anak yang degil, namun apabila melibatkan masa hadapannya, sudah tentu dia perlu berfikir masak-masak.
"Abang, kita kena bincang baik-baik dulu. Keluarga Zam terima ke? Anak lelaki dia boleh terima ke?" Mummynya menyampuk. Dia berasa kasihan melihat anak gadisnya yang kelihatan resah.
"Itu Abang tak tahu. Tapi, Fina, whether you like it or not, Fina kena kahwin. Uncle Zam pun akan cakap dengan Fareez, so you must be prepared," Daddynya berkata tegas lalu meninggalkan ruang tamu.
Fina membisu seribu bahasa, tidak tahu apa lagi yang boleh dia katakan. Mummynya sekadar menepuk bahunya, "Fina, nanti Mummy try slow talk ngan Daddy, okay?" Kemudian Mummynya turut meninggalkan ruang tamu.
Suasana di rumah Dato' Sri Azam turut tegang seperti di rumah Dato' Sri Razak. Kelihatan pemuda persis Inggeris turut mengerutkan keningnya seperti Fina. +
"What? Papa cakap ape? Papa, Riz muda lagi la," Fareez pantas menolak permintaan Papanya.
Laju sahaja dia memberikan alasan muda walhal hakikatnya, dia sedar umurnya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga.
"Riz tak muda okay? Riz dah 28 tahun, sedarlah diri tu," Dato' Sri Azam berkata.
'28 tahun apa yang mudanya?'
"Okay, maybe tak muda, but still, in this era, there's no such thing as kahwin atas wasiat okay?" Fareez membantah. Rambut coklat keemasannya diraup.
'Perlukah dia berkahwin dengan gadis yang tidak dia cintai? Dan amat keterlaluan untuk dia terus berkahwin dengan gadis yang tidak dikenalinya.'
"Riz, tolong hormat wasiat terakhir tu boleh tak? Lagi pun, Riz pun takde sesape lagi kan? Apa salahnya kalau Riz kahwin je dengan dia?" Papanya berkata.
"Papa, memang Riz tak pernah jatuh hati ngan sesape, tapi tetiba Papa nak suruh kawin dengan gadis yang baru 22 tahun? Budak lagi la," Fareez berkata.
"Riz, 22 tahun tu, ape yang budaknya? Memang dah lebih 18 tahun, okay? You need a wife to handle your life. And you're totally workaholic! Get a life! Papa tak kira, whatever it is, by the end of this month, you're gonna be Fina's fiancée. And a month from that, you'll get married, as the will stated. The end," Papa memutuskan. Fareez membisu melihat ketegasan Papanya.
Share this novel
blm ada smbungan lagi kh???
blm ada smbungan lagi kh???
blm ada smbungan lagi kh???