Hampir jam 10.30 pagi barulah mereka tiba di rumah. Kelihatan Lili, Fifi dan Iman sudah terlompat-lompat ceria menyambut kepulangan mereka.
"Acu...Acu...Acu beli ape?" Lili bertanya.
"Korang tolong bawa ni pergi dapur, ek?"
Fina menyerahkan bungkusan yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan dan beraneka bahan masakan kepada mereka bertiga. Manakala mereka mula mengambil bungkusan yang mengandungi barangan basah, lalu bergerak menuju ke dapur.
"Wah, korang bertiga beli benda apa banyak giler," Along menegur. Penuh tangan ketiga-tiga mereka dengan bungkusan dari pasar basah.
"Yang korang nak makan la, lagi mau tanya ka?" Fina menggelengkan kepalanya.
'Diorang yang minta macam-macam, boleh buat pelik pula.'
Along, Angah dan Fareez sudah tersengih.
"Jom Fina, kitorang tolong ape-ape yang patut," Kak Rita dan Kak Aini sudah turut serta.
Fina tersenyum bersetuju. Lagi ramai tenaga pekerja, lagi cepat. Maklumlah nak kena cuci dulu udang, ikan, sotong, nak potong lagi sayur-sayuran tu. Mereka bergerak ke dapur dan mula menyediakan masakan tengah hari.
Selesai memasak semua masakan, mereka bergerak naik untuk menunaikan solat Zohor. +
"Awak, saya turun dulu, nak hidang makanan, japgi awak turun makan tau," Fina berkata kepada Fareez yang sedang berbaring sebelum bergerak turun.
Sebaik sahaja menghidangkan kari kepala ikan, ikan tilapia masak masam manis, masak lemak cili padi ikan haruan, sayur kubis masak lemak, ikan, udang dan sotong goreng tepung serta buah-buahan campur yang semuanya dibuat 2 hidangan, Fina mula memanggil ahli keluarganya turun makan. Membulat mata ahli keluarganya melihat masakan yang disediakan. Dengan bau yang cukup menyelerakan, laju sahaja mereka mengambil tempat.
Fina mula menyenduk makanan ke dalam pinggan suaminya dan ahli keluarganya di sudutnya, manakala Kak Rita menyenduk ke dalam pinggan ahli keluarganya di sudut lain. Selesai Alongnya membaca doa makan, masing-masing mula menjamu selera.
"Erm...Fina...your cooking really is the best," Angahnya memuji.
'Merasa juga air tangan Fina yang telah lama tidak dirasainya. Memang masakan kegemarannya.'
Fina sekadar tersenyum. Dia mengerling Fareez yang sedang makan dengan senyapnya. Sepatah kata tidak terluah.
'Ish, pelik ke kari aku tu?'
Bimbang pula Fina kalau ada terkurang di mana-mana kari kepala ikannya itu. Maklumlah, dia bukanlah mahir sangat memasak kari kerana ahli keluarganya jarang-jarang meminta masakan tersebut. Sikunya menyentuh siku Fareez, Fareez memandangnya. Fina mengangkat keningnya meminta pandangan.
"Sedap la sayang masak," Fareez memuji. Merona merah wajahnya.
'Ish, bersayang-sayang pulak.' Jauh pula suaminya ini mengenakannya. Menyesal dia mencuit Fareez.
Along dan Angahnya sengaja terbatuk-batuk mengusik. Ica dan Syida sudah tersengih nakal. Fina pantas menyuap makanan ke mulutnya, malu pula rasanya. Mummy dan Daddynya sudah tersenyum bahagia melihat kemesraan anak menantunya.
"Acu...Acu yang masak ek? Sedap lah Acu," Lili memujinya sambil sedap mengunyah sotong masak tepung. Fifi dan Iman sekadar terdiam sambil khusyuk menyumbat udang masak tepung.
"Kalau sedap, Lili makan banyak-banyak tau. Banyak Acu masak tadi. "
Fina menambah sotong masak tepung ke dalam pinggan Lili di sebelahnya. Berbunga-bunga hatinya melihat hasil masakannya dijamah dengan berseleranya oleh mereka.
Fina sedang khusyuk menaip tugasannya di meja belajarnya yang terletak di tepi pintu ke balkoni. Sibuk benar dia menaip, langsung tidak terperasankan Fareez yang sudah melabuhkan punggung di sofa bersebelahannya. +
"Sibuknya pengantin baru?" Fareez menegur.
Fina tersenyum ke arah Fareez. Nampak sangat dia terlebih khusyuk. Entah bila Fareez masuk ke dalam bilik pun dia tak sedar.
"Itulah. Saya buka je e-mail tadi, ada assignment lecturer bagi. Alang-alang tu, baik saya buat je. Bila masa awak naik ni?" Fina sudah bersandar di kerusinya.
Hampir sejam dia memulakan tugasannya. Tadi Fareez sedang sibuk berbual dengan abang-abangnya ketika dia meminta izin untuk naik.
"Baru je pun. Awak jangan lupa pula japgi turun buka hadiah? Budak bertiga tu dah tertunggu-tunggu dari tadi," Fareez mengingatkannya.
"Ah...betullah," Fina pantas memandang jam dinding yang terletak di dinding atas pintu.
"Jom solat dulu. Dah pukul 5 ni, japgi kita turun," ujar Fareez lalu bergerak ke bilik air untuk berwudhuk. Fina mula mengemaskan meja belajarnya dan mematikan laptopnya.
Membulat mata Fina apabila membuka sebuah kotak hadiah. Set baju tidur yang tersangat seksi. Sudahlah kainnya nipis, bertali halus, kelihatan agak kecil dan separas lutut sahaja berwarna merah terang. +
'Bapak lah aku nak pakai baju ni.'
Pantas sahaja tangannya hendak kembali menutup kotak tersebut, namun Fareez yang terperasankan wajah Fina yang merona merah menyentuh tangannya menghalang dia menutup kotak tersebut.
"Hadiah ape tu?" Fareez bertanyakan Fina. Fina semakin merona merah, lalu menghalang Fareez melihat isi kotak tersebut.
"Well...it's for me. No need to know..." Fina menjawab laju lalu memberi kotak lain kepada Fareez. Fareez sudah mengangkat keningnya.
'Hadiah ape yang Fina nak sorokkan?'
"Eh...cantiknye baju ni. " Lili yang di sebelahnya membuka kotak yang cuba disembunyikan Fina.
Fareez pantas mengalihkan pandangannya ke arah Lili yang sudah mengeluarkan pakaian tersebut. Fina menelan air liur.
'Ah, sudah.'
Ica dan Syida sudah tertawa nakal. Laju Fina menampar mereka. Mujurlah tiada ahli keluarganya yang lain. Bungkusan tersebut ditarik Fina.
"Lili, Lili buka hadiah lain ek?"
"Cantik baju tu," Fareez mengusiknya. Tangannya mencubit laju lengan suaminya. Wajahnya langsung tidak memandang Fareez.
'Malunya. Janganlah ada hadiah macam tu lagi.'
"Ini pun untuk awak jugak," Fareez menyerahkan satu bungkusan lagi kepadanya. Dua helai baju tidur yang seperti tadi juga seksinya berwarna putih dan kuning. Fina merona merah.
"Tolonglah, takde ke hadiah yang more proper?" Laju Fina menyebut. Geram benar dia melihat baju tidur tersebut.
"Proper la tu. Untuk married woman right?" Fareez mengusiknya lagi.
"Awak ni kan..."Fina menjeling suaminya tajam.
'Berani nak menggatal pula dia ni.'
Selepas hampir satu jam membuka bungkusan hadiah, akhirnya mereka selesai juga. Hampir 5 set pakaian tidur yang diterima Fina, sudahlah semuanya jarang, kecil, seksi.
'Bila masa la aku nak pakai ni?'
Selain itu, kebanyakannya merupakan barangan dapur dan barangan elektrik.
Ica sudah bergerak naik ke atas sebaik sahaja mendengar panggilan telefon dari Zack, manakala Syida ke tandas.
"Seronoknye Acu, dapat banyak hadiah," ujar Lili sambil menyandarkan tubuh kecilnya ke badan Fina.
"Biasa la tu. Nanti kalau Lili kahwin pun Lili dapat banyak hadiah jugak," Fina bermain dengan rambut Lili yang agak ikal separas pinggang.
"Betul ke...Acu?" Lili pantas memandang Fina.
Fina menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. "Iyelah. Tapi lambat lagi lah. Lili kan kecik lagi."
"Hurm, tapi kalau Lili nak kahwin nanti, Lili nak kawin dengan lelaki hensem macam Ucu lah," Lili tersengih.
"Hensem ke Ucu ni?" Fina mengerling ke arah suaminya.
"Hensemlah, macam orang putih..." Lili mengangkat ibu jarinya.
"Ala Lili ni, pengaruh TV la ni," ujar Fina.
'Perasan la tu dah orang puji dia.'
"Kenapa? Sayang jeles ke?" Fareez tersengih, laju Fina mencuit suaminya.
"Awak ni kan, tak perlulah nak bersayang-sayang, nobody's here, right?"
'Makin menjadi-jadi pula gatal suaminya ni.'
"Apa salahnya saya panggil isteri saya sayang, kan?" Fareez mengenyit matanya. Fina merenungnya geram.
"Eh, mata awak dark chocolate, ek? Lin dark green kan?" Fina yang baru perasan akan warna mata Fareez berkata.
"Ha'a, kulit dengan mata saya from Papa, yang lain Mama. Baru perasan ek?" Fareez merenung Fina.
Fina pantas mengalihkan pandangannya ke arah lain. Lain pula rasanya direnung begitu. Fareez yang tersedar pantas mengemaskan bungkusan-bungkusan yang dibuka. Kelihatan Ica yang sudah turun serta Syida yang baru keluar dari tandas.
"Wei, Fina. Zack ajak aku keluar la esok." Ica memandang Fina serba-salah. Syida memandangnya terkejut.
"Habis? Majlis aku esok?" Fina pantas bertanya.
"Itulah kan. Majlis esok pukul berapa sampai pukul berapa?" Ica memandang Fareez.
"Erm, Mama kata pukul 10 pagi sampai 3 petang kan?" Fareez mengajukan pula soalan tersebut kepada Fina.
"Rasanya lebih kurang macam majlis pihak perempuan la,"Fina bersetuju.
"Macam ni la Fina. Esok, pukul 2 petang, aku ngan Syida chow dulu tau? Sebab aku dah janji pukul 3 nak jumpa dia. Syida pulak mesti tak nak tunggu sorang-sorang kan?"
"Ha'a la Fina. Aku ikut Ica balik pukul 2 ek?" Syida bersetuju dengan Ica. +
"Erm...bolehlah macam tu. Asalkan korang ade pegi takpe la. Urm...Dia ada perasan pape tak?" Fina bertanya perlahan.
"Don't worry la. Dia, Joe atau si Adam tu tak perasan pape pun." Ica menenangkan Fina. Syida mengangguk bersetuju.
Fareez yang mengerti bahawa perkahwinan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan kawan-kawan Fina yang lain sekadar mendiamkan diri.
"Fina, memang kengkawan awak takde sape yang tau ke pasal kita?" Fareez bertanya selesai menunaikan solat Isyak. +
Fina sudah mula menaip tugasannya di atas katil. Fareez mengambil tempat di sebelahnya.
"Ha'a. So far, Ica ngan Syida je yang tau." Fina masih khusyuk menaip.
"Kenapa awak rahsiakan?" +
"Erm...sebab saya tak bersedia lagi nak kasi tau yang saya ni isteri orang. Well, saya tak betul-betul kenal awak, dan awak pun sama kan. I just...I guess now is not the right time yet. Mungkin masa saya graduate baru saya kasi tau." Fina menjawab. "Kenapa awak tanya?"
"Erm... bukan sebab awak dah ada orang ke?" Fareez bertanya perlahan.
'Bukanlah niatnya untuk mengorek rahsia hati Fina, namun Fina sudah menjadi haknya yang sah bukan?' Fina mengalihkan pandangannya ke arah Fareez.
"Pardon? Dah ada orang? Maksud awak, a lover?" Fina memandang suaminya tajam.
'Takkan lah aku terima nak kahwin kalau aku dah ade balak, aduh.'
"Well...yeah..."
"Kalau saya dah ade orang, saya takkan terima perkahwinan ni la, Fareez." Fina bertegas.
"Tapi awal-awal dulu memang awak tak nak terima kan?"
Fareez masih ingat akan permintaan Fina yang tidak mahu berjumpa dengannya langsung sebelum berkahwin. Fina berhenti menaip dan menegakkan badannya. Dia menarik nafas sebelum menjawab.
"Sebab saya ni final year student. Sejujurnya, saya langsung takde masalah bab kena kawin paksa sebab saya memang takde sesapa. Saya agak memberontak awal-awal sebab saya ni student lagi. Tapi, Mummy ngan Daddy tetap nak suruh saya kawin sebelum graduate. You know what? When a woman getting married, the first thing that she will think about is how to make her husband loves her. Because, honestly, no women want to have second marriage or being divorce or of course, cheated by her husband. Then, that's why she will try her best to at least give him a child to strengthen their bond. The main problem for me is first, yeah, I don't love you, yet. Second, I am a student which means the main goal is to get the best result and graduate. Third, I can't get pregnant before I graduated. That's why I totally opposed the idea. Yeah, I might be kind of over-thinking, but, still...I am a woman and in matter of fact, a student. I'm not really prepared for all the commitment. Get that?" Panjang Fina menerangkan. Fareez membisu. Setiap butir ayat yang dilafazkan Fina cuba dicernanya. +
"Are those the only reasons why we need to have separate rooms?" Fareez bertanya untuk memastikan.
"Iye lah. Ape lagi? Besides, as you said before, you won't touch someone whom you have no feeling at all, right?" Fina memerlinya. Fareez tersentak.
"Well, in matter of fact, sure." Fareez menganggukkan kepalanya.
"Then, I wonder why those things are bothering you." Fina tersenyum, lalu kembali menyambung tugasannya yang terhenti tadi.
"Well, I wonder too." Fareez berkata, kemudian membaringkan badannya di atas katil.
Sebentar sahaja dia sudah terlena. Fina yang terperasankan Fareez yang sudah dibuai mimpi, menutup lampu bilik dan membuka lampu tidur. Kemudian, dia turut mematikan laptopnya sebaik sahaja melihat jam sudah menunjukkan pukul 12 malam.
"Okay, Fina. Gorgeous," Ica memujinya. Fina bersiap di bilik yang didiami Ica dan Syida, manakala Fareez bersiap di bilik mereka. +
"Pergh, seksi kau." Syida memandangnya dari atas ke bawah.
"Seksi apa bendenya? Bukan ketat pun dress ni. Bahagian dada pun tak terdedah. Tangan pun panjang kot," Fina membantah. Bimbang pula mendengar kata-kata Syida.
Syida dan Ica sudah tertawa mendengar kata-kata Fina, dengan raut wajahnya yang kelihatan bimbang.
"Chill dear. Sexy ori la." Syida mengenyitkan matanya.
Fina menampar lengan Syida, "Kau ni, cuba jangan buat statement yang bukan-bukan. Ish." Fina merengus geram.
Sudahlah dia mula berdebar memikirkan bakal direnung di dewan nanti lagi. Maklumlah, sudah namanya pengantin.
"Okay dah ni?"
Melihatkan Ica dan Syida yang menunjukkan ibu jari, Fina bergerak keluar ke biliknya untuk melihat sama ada Fareez sudah bersedia. Sebaik sahaja pintu biliknya dibuka, kelihatan Fareez yang kacak bergaya dalam suit putihnya. Betul-betul kelihatan seperti lelaki Inggeris.
Fareez memandangnya tidak berkedip.
"Wow, you looked stunned," terlahir kata-kata tersebut dari bibir Fareez. Merona merah wajah Fina mendengar kata-kata Fareez.
"Well, thanks," ujar Fina perlahan.
"Urm, dah siap dah?" Fareez pantas mengubah topik.
'Apelah mulut aku ni lepas sangat?' Fareez turut berasa segan.
"Ha'a, jom la. Fiz ngan Lin dah sampai, Lin mesej tadi," ujar Fina. Mereka bergerak turun seiringan diikuti Ica dan Syida. Kelihatan Hafiz dan Lina sudah tersenyum menunggu mereka di muka pintu.
"Wah, cantik la akak. Sama padan la korang dua ni," ujar Linda sebaik sahaja Fina tiba di sebelahnya. +
"Iye ke? Akak nampak macam Lin je yang pengantin. Cun tu," Fina membalas.
"Eh? Iyeke? Boleh kawin dah la ni. Tapi Lin takde calon lagi la akak," Linda menjawab.
"Hah? Seriously?" Fina memandangnya terkejut. Linda mengangguk menyakinkan Fina.
"Bukan takde yang nak, dia yang jual mahal," ujar Hafiz sambil menjuihkan bibir. Linda pantas menampar lengan abangnya.
"Ala, biarlah. Dah takde feeling, mana boleh accept je, kan akak? Kecuali la kalau ade yang masuk meminang macam Abang Riz pinang Akak Fina ni," Linda memeluk lengan Fina.
Fina tersenyum mendengar kata-kata Linda. Sejujurnya terkejut benar dia mendengar kata-kata Linda sebentar tadi. Gadis secantiknya serta mudah mesra, mana mungkin tiada yang terpaut.
"Ha'a, dapat pulak hubby handsome macam Abang Riz ni kan? Sape tak nak?" Fina sengaja mengusik suaminya. Fareez tersengih mendengar kata-kata Fina.
"Aiseyh, untung la isteri puji," ujar Hafiz lalu menyiku abangnya.
"Ha'a, sudah. Jom la pergi dewan. Dah pukul 10 lebih dah," pintas Fareez. Bukan boleh harap sangat, makin menjadi-jadi la mereka mengenakannya nanti.
"Baik," ujar Hafiz. Mereka bergerak menuju ke kereta untuk ke dewan.
Share this novel