Meskipun masa yang ditetapkan untuk berkumpul ialah pada pukul 2 petang, hampir setengah jam kemudian barulah mereka dapat bergerak keluar daripada kawasan tersebut untuk ke kedai makan berkaitan. Mereka kemudiannya menuju ke Masjid Zahir yang sememangnya popular dengan keunikan seni binanya. Hampir pukul 5 petang barulah mereka bergerak meninggalkan masjid tersebut untuk pulang ke Kuala Lumpur. +
Fina tersenyum melihat beberapa gambar yang diambilnya tadi di Masjid Zahir. Teruk juga la nak berebut-rebut mengambil gambar. Maklumlah memang rata-rata pelajar tidak mahu melepaskan peluang bergambar di masjid tersebut. Satu fotonya berseorangan di kawasan masjid dihantarnya melalui whatsapp kepada Fareez.
Hanya beberapa minit kemudian, balasan diterima kembali dari suaminya.
Masjid zahir? Nice view.
-Fareez-
View masjid je cantik or orang dalam tu? ;p
-Fina-
Both la cantik ;)
-Fareez-
Fina tertawa kecil, sebelum dikawalnya sebaik melihat senyuman nakal Ica dan Syida.
Iye laa tu. Dah tanye, baru nak jwb. -_-
Btw, kitorang baru je gerak keluar dlm 15 min dr area masjid.
Rase2 mesti sampai lewat nanti.
Takpe ke?
-Fina-
It's okay. Xpe.
Sy ade operation pg td je.
Then tghari ke ptg tu just check patients.
Ni dah balik, rehat.
So ok je nak keluar ambik awak nanti.
-Fareez-
Urm...okay la mcm tu.
Nanti pape sy ws awak lain.
Nak tido.
-Fina-
Ok.
-Fareez-
Matanya dialihkan ke pemandangan di luar, bersama senyuman yang tersungging di bibirnya.
'Entah kenapa, teruja semacam je nak kembali ke Kuala Lumpur.'
Hampir pukul 11 .30 malam barulah mereka tiba di kolej. Masing-masing kemudiannya bergerak pulang menggunakan kenderaan masing-masing. Fina mengambil tempat duduk di sebelah Syida yang sedang memandu pulang ke rumah sewa. +
"Kau balik terus ke tido rumah kitorang?" Ica yang sedang menguap di belakang bertanya.
"Hari tu aku dah pesan kat Fareez mintak tolong ambik." Fina menjawab sambil tangannya sedang menaip whatsapp untuk membalas mesej suaminya.
"Kau dah inform ke yang kita dah sampai ni?" +
"Dah. Awal lagi. Sejam sekali aku update location." Fina tersengih.
"Kau ni biar betol? Aku pun tak update ngan parents aku sampai macam tu sekali." Ica terkebil-kebil bertanya.
"Kau tu bukannya nak tunggu parents kau ambik dah kau tinggal kat rumah sewa. Aku ni, dah dia yang ambik kan. Dia yang rajin tanya, aku reply je."
Ica sudah tertawa kecil, seronok kalau bab Fareez timbul. Seronok nak mengusik Fina sebenarnya.
"Itu namanya rindu tahu? Iyelah, berhari-hari tak tengok muka isteri tercinta kan..."
Syida turut tertawa sekali.
"Iye je kau ni. Dah dia nak datang ambik aku kan? Takut terlelap la tu." Fina beralasan.
"Eleh. Kau pun rindu kat dia kan? Tak payah nak cover sangat la Fina oi. Bukannye kitorang takleh baca kau." Ica mengusik namun tidak diendahkan.
'Malas nak layan.'
Matanya sekadar dialih ke luar tingkap, memandang lampu-lampu jalan dan bangunan serta dari kenderaan lain yang masih banyak memenuhi jalan.
'Malam masih muda di Kuala Lumpur.'
Sebaik sahaja sampai di perkarangan rumah sewa, kelihatan sebuah kereta Peugeot merah sudah setia menunggu di luar. Ica yang bergerak turun untuk membuka pagar sudah tersengih kepada Fareez yang turut keluar dari pintu kereta. +
"Hai...rindu sangat kat wife ke?" Laju dia mengusik Fareez yang sudah tertawa.
Fina yang turut melangkah keluar dari kereta bergerak ke bonet belakang untuk mengeluarkan barang-barangnya.
"Kau diam, Ica." Amaran keras diberikan.
'Kalau bab nak ngusik, memang laju je minah sekor ni.'
"Awak takyah nak sengih-sengih, sini la tolong angkat barang jap." Bonet dibuka sebelum tangannya dipamit memanggil Fareez yang sudah bergerak ke arahnya.
"Seronok ke makan angin?" Fareez bertanya, sebaik tangannya diraih untuk disalami Fina.
"Boleh laaa." Beg pakaiannya dan beberapa beg plastik mengandungi barang-barang yang dibelinya di sana diberikan kepada Fareez. Bonet ditutup sebaik sahaja beg laptop digalas ke bahunya. "Korang, jumpe lusa okay?"
"Okay." Tangannya dilambai ke arah kawan-kawannya sebaik sahaja Syida memandu masuk kereta ke dalam pagar.
"Lusa? Esok camne? Ponteng ke?" Fareez bertanya ketika mereka berjalan seiringan ke kereta Fareez.
"Hey, I'm a good girl. Tak main la ponteng-ponteng." Fareez tertawa. "Madam Kazrina baik hati, so dia bagi pelepasan untuk cuti esok. Sebab most of lecturers yang gi ngan kitorang trip ni je yang ade kelas ngan kitorang esok, so diorang pun nak cuti. Boleh la nak settle laundry yang dah bertimbun ni." Fina menerangkan.
"Kalau dah macam tu, saya ambik cuti separuh hari la esok." Fareez berkata sebaik kereta dipandu bergerak menuju ke apartment.
"La...saye yang cuti, awak nak join kenape?"
"Dua hari lepas, for whole days saya keje, tengah pagi je on call. So boleh je setakat nak apply balik awal. Boleh la bagi alasan nak tolong bini memasak kat rumah." Selamba Fareez menjawab menyebabkan Fina sudah tertawa.
"Iye iye je awak tu. Macam boleh pakai je alasan macam tu."
Sesudah menyidai pakaian yang telah dicuci, Fina sudah berada di meja belajarnya. Tangannya laju menulis laporan individu selama mereka berada di sana. Bagi memastikan tidak berlakunya tiru meniru, semua pelajar perlu menghantar laporan individu secara bertulis, manakala laporan berkumpulan perlu ditaip. Fina yang merupakan ketua kumpulan mengambil bahagian untuk menyiapkan laporan berkumpulan tersebut. +
Hampir sejam digunakan untuk menyiapkan laporan individunya sebelum jarinya pantas menaip pula laporan individu. Fina yang sememangnya tidak suka menangguh kerja terus menyiapkan laporan itu sebelum terlelap sebaik sahajanya komputer ribanya dimatikan.
Ketika jam menginjak ke pukul 2 barulah Fina terjaga dari tidurnya. Matanya dialih ke jam dinding yang terletak di atas muka pintu, sambil matanya dikesat, ternyata masih mamai.
"Allah. Tak masak lagi." Terbeliak matanya sebaik sedar bahawa dia belum memasak untuk makan tengahari. Pantas Fina bangun dan mengambil tualanya sebelum berjalan keluar dari bilik. Matanya menangkap Fareez yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Kelihatan dia masih dalam pakaian kerjanya.
"Awak baru balik keje ke?"
Fareez mengalihkan pandangannya ke arah Fina yang sekadar berseluar tracksuit merah panjang dan berbaju tshirt merah jambu lengan pendek. Fareez ada menegurnya sebelum ini untuk berpakaian selamat di apartment mereka. Bukan apa, Fareez itu juga lelaki pada dasarnya. Memang betul hubungan mereka halal, namun andai kata Fina hendak menjaga perhubungan mereka, dia perlu menjaga pemakaiannya juga. Fareez tetap lelaki, ada nafsu yang perlu dipelihara. Merah menyala muka Fina ditegur begitu.
"Baru je sampai. Awak solat tak lagi?" Soalan dikembalikan.
"Belum, baru bangun tido. Sorry, tak masak lagi." Fina tersengih.
"It's okay, nanti saya tolong awak masak. Lagi pun kenyang lagi makan nasi goreng banyak pagi tadi. Saya pun baru nak mandi ni, nanti kita solat sekali." Fareez bergerak bangun sebelum berjalan ke arah biliknya sebaik sahaja Fina melangkah masuk ke bilik air.
"So, awak nak masak ape ni?" Fareez yang sekadar berseluar tracksuit hitam dan bertshirt kelabu bersandar di tepi peti sejuk ketika Fina sedang mengeluarkan bahan masakan. +
"Awak request tomyam kan haritu? So kita masak tomyam la and a few more dishes."
"Eh? Awak ade keluar beli barang ke tadi?" Fareez bertanya hairan, sangkanya sekadar nak masak makanan ringkas sahaja.
"Ha'a. Dalam pukul 8 tadi saya gi pasar basah jap beli udang, sotong, ikan and the list goes on..." Fina mengeluarkan beberapa bekas yang mengandungi bahan-bahan basah serta bekas sayur-sayuran yang disimpan sekali tetapi di bahagian peti sejuk yang lain.
"Oh? Duit dalam bekas tu ada lagi ke? Lupa nak tambah."
Fareez memang ada sediakan bekas kotak kecil tepi televisyen, untuk dia letakkan duit bagi kegunaan untuk membeli barangan keperluan harian. Biasanya, memang Fina akan ambil sahaja duit dalam tu apabila dia ada nak beli barang-barang dapur.
"Ade je lagi. Rasanya tu pun ada lagi balance a few rm50 notes." Fina menjawab sambil menutup pintu peti sejuk sebaik sahaja semua barangan untuk dimasak sudah dikeluarkan.
'Fareez memang sentiasa letak banyak duit not RM 50 dalam bekas tersebut, itu yang memang lambat je nak habis duit dalam tu. Mentang-mentang lah banyak duit kan. Tapi iye lah, nak buat beli barang nak makan jugak, so okay je.'
"Urm... macam banyak je? Ade guest ke camne?" Fareez mencuri pandang ke arah bahan-bahan masak yang diletakkan Fina dalam sinki. Ada udang, sotong, bebola ikan, ikan tilapia, isi ayam yang mana kesemuanya dalam kuantiti yang agak banyak untuk dimakan dua orang sahaja.
"Ha'a memang ade guests pun, dua orang." Fina menjawab ringkas.
"Siapa?" Fareez bertanya hairan. 'Takde cakap pun sebelum ni.'
"Secret." Fina tersengih. "Awak cakap nak tolong masak kan? Tolong la potong-potong sayur ni." Fareez mengambil bekas mengandungi sayuran yang dihulur Fina tersebut dengan wajah yang masih hairan. +
"Awak memang tak nak kasi tahu ke sape yang nak datang?" Fareez menduga lagi.
"Nope..." Tangan Fina sudah mula bergerak untuk memasak. Melihatkan Fina yang nampaknya seperti tidak akan menjawab soalannya, Fareez mula memotong sayuran.
'Pasrah je la.'
Ketika hampir ke jam 4 petang, kedengaran bunyi loceng dibunyikan. Fina yang sedang menggoreng udang dan sotong celup tepung mengalihkan pandangan ke arah suaminya. +
"Tu guests kita dah sampai. Awak gi la tengok siapa." Fina tersengih sambil tangannya memasukkan udang celup yang terakhir ke dalam minyak panas.
"Hurm. Okay. I wonder who." Fareez bergerak laju ke pintu lalu dibukanya. Membulat matanya sebaik sahaja melihat dua orang tetamu yang dimaksudkan. "Seriously korang dua orang ke tetamu tu? Bosan."
"Abang Riz... bukak la pintu ni. Lenguh dah kitorang tunggu kat luar ni tau. Lambat sangat." Linda berkata sambil tangannya berpaut pada grill pintu.
"Tak menyabar je Lin ni." Fareez memandang pula Hafiz yang sedang berdiri di belakang adik perempuannya. "Kau pun rajin je ikut cakap adik kau sorang ni kan." Hafiz yang di sebelah Linda sudah tersengih.
"Well, dia called and cakap yang ada makan free. So, tunggu ape lagi, ikut je la."
Fareez yang membuka grill sekadar menjuihkan bibir.
"Korang ni kan, kasi la chance newlyweds nak berdua je kat rumah. Kacau daun je kan." Fareez bergurau menyebabkan Linda dan Hafiz tertawa.
"Akak! Abang Riz menggatal la akakkkk!" Linda sengaja meninggikan suaranya sebelum ditekup mulutnya oleh Fareez.
"Lin jangan nak macam-macam. Karang balik perut kosong baru tau." Amaran diberikan sebaik sahaja tangannya ditarik balik namun sekadar menerima jeliran lidah sahaja.
"Wow! Sedapnye bau! Nampak sedap nyaaaa!" Terkebil-kebil mata Linda menangkap masakan yang telah tersedia di meja makan. Tomyam campur, ikan tilapia masak tiga rasa dan sayur kailan ikan masin. +
"Lap air liur tu Lin, kita nak makan dah ni." Fina yang sedang berjalan ke arah meja makan bersama dua pinggan udang dan sotong goreng tepung mengusiknya.
"Akak!!!" Terkedek-kedek Linda berjalan ke arahnya penuh keterujaan. Lama tak jumpa kan.
"Jap akak nak salin baju dulu, berpeluh dah ni sebab masak. Jap gi kita peluk-peluk okay." Fina berkata sebelum bergerak ke bilik tidurnya, menyebabkan Linda sudah memuncungkan mulut.
'Punya semangat dia nak gi peluk. Kena reject sobs.'
"Sedap gila nampak wei." Hafiz turut bersuara sebaik matanya melihat hidangan yang memenuhi meja makan.
"Korang ni kan kurang-kurang datang la awal sikit. Orang dah siap masak baru nak datang. Pe bende je la." Fareez menggelengkan kepalanya.
"Fiz bawak buah tembikai okay. Lin tu tak tau la kat dia." Hafiz menunjukkan buah tembikai yang dibelinya.
"Ala, Kak Fina yang pesan suruh bawak diri je. Lin mendengar arahan je." Linda cuba mempertahankan diri.
"Ha'a, special guests kot." Fina menjawab sambil berjalan ke arah Linda yang terus memeluknya.
"I miss you la akak." Fina sekadar tertawa kecil.
"I miss you too."
"Dengan Fiz tak nak peluk jugak ke?" Sengaja Hafiz mengusik, sebelum kepalanya diketuk perlahan oleh Fareez.
"Kau jangan nak macam-macam." +
'Abang kau ni pun tak dapat nak peluk bini dia.'
"Ish...orang gurau je pun." Tergaru-garu kepalanya.
"Jap gi sambung drama korang dua orang. Lapar dah ni." Fareez berkata sambil kakinya menapak ke dapur untuk mengambil nasi.
"Nah Lin. Gi potong buah. Bagi ade function sikit." Hafiz berkata nakal. Linda menjuihkan bibir namun huluran buah tembikai itu diambilnya.
"Kau gi ambik jag air sirap dalam peti sejuk ngan gelas Fiz. Sedap je kau bagi arahan kan." Fareez mengenakan balik Hafiz yang sudah tersengih-sengih.
Sebaik sahaja semuanya sudah terhidang, mereka mula membaca doa makan diketuai Fareez sebelum makanan mula dijamah.
"Ya Allah akak, sedapnya. Macam makan kat restoran." Linda memuji sambil sedap sahaja dia menghirup tomyam yang merupakan kegemarannya.
"Untung nya la Abang Riz hari-hari makan sedap macam ni." Hafiz yang menikmati ikan tiga rasa pula memuji.
"Sebab tu la abang jarang makan luar dah sekarang. By the way, abang pun tolong masak tau? Itu yang dia sedap lagi tu." Sengaja dia masuk bangkul angkat sendiri.
"Abang reti ke nak tolong masak?" Linda menduga. Bukannya pernah masuk dapur pun kalau kat rumah.
"Abang Riz tolong potong-potong sayur, goreng ikan and masak nasik." Fina menjawab.
"Patutlah comel semacam je sayur-sayur dalam tomyam ni." Hafiz berkata menyebabkan mereka yang lain tertawa.
'Ade yang kecik sangat, ade yang macam tebal sikit, macam-macam saiz ada.'
"Fina tinggal kejap je tadi sebab nak gi toilet, tengok-tengok dah macam-macam bentuk dan saiz. Biar je la..." Fina menjawab.
"Asal sedap kira aci la." Fareez membela diri.
"Eleh. Bukan abang yang masak pun." Laju Linda menjawab.
"Eh, abang yang masak nasik tau." Fareez menjegilkan matanya menyebabkan Linda sekadar terdiam.
'Malas nak layan abang dia, baik makan lagi sedap.'
Mereka kemudiannya duduk berkumpul di hadapan televisyen untuk menonton, sambil berborak kosong. Banyak benda yang dibincangkan, maklumlah agak lama tidak bersua. +
"Akak bila nak balik rumah?" Linda yang bersandar ke bahu Fina bertanya. Manja sungguh adik ipar seorangnya itu.
"Urm...memang akak ingat nak ajak Abang Riz balik pun rumah Papa Mama ngan Daddy Mummy, lama sangat dah rasa tak balik. Akak free je Khamis sampai Ahad tapi tak tau la Abang Riz boleh ambik cuti ke tak." Fina menjawab. Fareez mengalihkan pandangan ke arah isterinya.
"Boleh je kalau balik hari. Cuma kalau nak tido maybe tak boleh rasanya. Sebab kalau balik pagi sampai petang, abang cover balik la on call malam tu. Okay je."
"Hurm... ok je kot kalau macam tu." Linda bersetuju. "Mama la, rajin sangat tanya bila akak ngan abang nak balik. Tak free ke ape la...Serba-salah jugak la Lin nak jawab."
"Boleh je la kalau macam tu. Akak ikut Abang Riz je."
"Nanti abang inform lain hari apa yang abang free. Nak kena adjust time dulu ngan doc lain."
"Orait. Pape roger ok." Linda membuat tangan bersetuju.
"So esok kita jumpa okay? Fina pergi dulu." Tangan Fareez disalami sebelum dia bergerak keluar meninggalkan rumah. +
Fareez menghela nafas panjang sebaik sahaja hilang kelibat Fina meninggalkan rumah.
"Ya Allah...macam mana ni?" Resah Fareez dengan dirinya sendiri. Beberapa hari lepas ketika Fina ke Alor Setar, dia sudah sedar bahawa ada rindu yang berputik. Dia sedar ada perasaan lain yang hadir dalam dirinya. "Baru sebulan lebih kot. Serius la?"
"So... sekarang kau nak tanya aku apa yang kau kena buat ke camne?" Amirul bertanyakan Fareez kembali sebaik sahaja tawanya reda. +
'Itulah. Sembang sangat hari tu, konon muda sangat la, budak sangat la bagai. Ni baru sebulan lebih kawin dah sangkut, apa cerita?'
"Ha'a. Aku rasa macam aku je kot yang feeling lebih. Sebab dia treat aku macam biasa je. So, aku tak rasa dia punya feeling sama macam aku punya feeling. And she even told me before yang before dia habis study, dia taknak ade commitment bagai. Camne wei? Kau rasa apa yang aku kena buat?" Pening Fareez memikirkan.
'Sudahlah petang esok baru dia akan berjumpa Fina kembali. Teruk la nak tahan rindu sensorang.'
"Hurm..." Amirul menarik nafas sebelum dihela, cuba memikirkan nasihat apa yang perlu diberikan kepada kawannya yang baru sahaja mengalami cinta pertama.
"Kau rasa level feeling kau rendah ke sederhana ke tinggi?" Tergaru-garu kepalanya mendengar soalan kawannya itu.
"Ape punya soalan kau ni?"
"Takde la. Macam ni. In my opinion la kan, better don't tell her yet. Bukan ape. Firstly, kau baru je kat awal phase sebab kau baru je ade feeling kat dia kan?" Melihat anggukan Fareez, dia menyambung. "So, aku rasa biar dulu perasaan kau tu makin develop. Kau bayangkan kalau kau tetiba confess perasaan kat dia. Baru sebulan lebih kot. Kalau dia ada feeling yang sama takpe. Tapi kalau tak? Tak pasal-pasal jadi awkward. So, langkah selamat, kau biar dulu. InsyaAllah nanti dia akan develop jugak feeling yang sama. Bagi dia masa."
"Yeah. That's kinda make sense."
"Secondly, she is a student. Aku takut kalau confession kau tu kacau dia punya focus. I mean like, well, she's in final year. So since you were a student before, you could understand kan? Masa aku ngan Mira kawin dulu pun time kitorang students. Honestly, based on my own experiences, the best way I suggested is don't tell her yet. Bagi masa untuk korang dua orang kenal lagi hati budi masing-masing. InsyaAllah, when the time comes, just confess la. Well, ini suggestion aku. Still, it depends on situation jugak. Good luck!"
Fareez menghela nafas panjang, cuba menghadam pesanan dari Amirul.
"Yeah sure. Thanks for your advices."
"Anytime."
Share this novel