"Wah, ramainya orang," ujar Fina sebaik sahaja mereka melangkah ke pintu dewan. Nafas ditarik panjang, cuba menenangkan keresahan yang kembali hadir. +
"Relaks. Everything gonna be okay,"bisik Fareez.
Perlahan-lahan mereka melangkah menuju ke pintu gerbang lalu bergerak ke meja makan. Jika majlis perkahwinan pihak perempuan cuba membangkitkan tradisi Melayu, majlis pihak lelaki lebih menekankan konsep Eropah.
Kelihatan para penyambut tetamu segak berpakaian suit dan dress yang menggambarkan kebaratan. Hiasan dewan juga kelihatan seolah-olah berada di negara Eropah. Terdapat pokok-pokok pine yang disusun cantik di tepi dewan dan laluan pengantin. Para tetamu yang hadir juga mengikut kod etika berpakaian yang dianjurkan pihak pengantin.
Fina memeluk erat lengan Fareez lalu mereka bergerak menuju ke meja pengantin. Sejujurnya dia memang segan untuk memegang lengan Fareez namun disebabkan rasa gementar disaksikan seisi dewan, menyebabkan perasaan malunya menghilang. Dia mengharapkan sokongan dari pautan lengan Fareez.
"It's okay," Fareez berbisik perlahan ke telinganya.
Disebabkan kasut tumit tinggi yang dipakainya, Fina berdiri separas telinga Fareez. Jika diikutkan, Fareez memang tinggi disebabkan genetik Inggerisnya. Fina yang dikategorikan tinggi sekalipun tidak sampai paras bahu suaminya.
Sebaik sahaja tiba di meja pengantin, mereka mula menjamu selera. Fina yang sememangnya susah hendak makan apabila direnung para tetamu mula menyuap perlahan-lahan ikan tilapia yang terhidang.
"Ala, makan la banyak sikit, Fina." Fareez menyendukkan sambal udang ke dalam pinggannya. Mujurlah udang tersebut sudah dikupas kecuali kepalanya sahaja, mudah untuk dia makan.
"Awak jangan la senduk dah lauk. Saya dah full," Fina berkata.
"Iyeke? Awak baru makan 2 3 suap, apa yang kenyangnya," ujar Fareez lalu menyuap laju sahaja nasi ke mulutnya. Langsung tidak diendahkan renungan tetamu yang hadir. Fina menghela nafas panjang.
'Mamat ni kalau makan...'
"Fina, sori ek? Kitorang kena balik dah ni. Karang kantoi lak kalau lambat gi date," Ica memohon maaf. +
"Takde ape la. Sejam je lagi majlis ni. Tapi, korang tunggu jap ek?" pinta Fina. Ica dan Syida memandangnya hairan.
"Akak, ini," kelihatan Linda terkoncoh-koncoh berjalan ke arah mereka. Terdapat 2 beg kain felt dan 1 beg kertas bersaiz sederhana besar berwarna merah jambu di tangannya. Dia menyerahkan beg tersebut kepada Fina.
"Thanks, Lin," ujar Fina. Fina mengambil beg tersebut lalu menyerahkannya kepada Ica dan Syida.
"Ini ade makanan kenduri. Korang bukannye makan sangat pun kan tadi?" Fina tersenyum.
Ica mengambil beg kertas yang jelas-jelas mengandungi beberapa bungkusan plastik berisi lauk di dalamnya. Dia kemudian melihat isi beg kain felt pula. Matanya membulat terkejut melihat bungkusan duit beserta goodies di dalam beg.
Belum sempat dia bertanya, Fina berbisik. "Ambil je. Fareez ikhlas nak bagi kat korang, banyak tolong majlis kitorang kan."
Ica dan Syida kelihatan serba-salah. Melihatkan senyuman Fina dan Fareez, mereka mengucapkan terima kasih. Fina memeluk erat dua orang sahabat karibnya.
"Thanks for everything,"ujar Fina.
Selesai berpelukan, Ica dan Syida bergerak meninggalkan dewan.
"Awak, jom turun,"ujar Fina selesai merapikan ramputnya. +
Dia kelihatan ayu berbaju kebarung krim. Fareez yang sedang memejamkan mata di atas katil membuka matanya. Kelihatan letih sekali wajahnya.
"Kejap," Fareez masih bersandar di birai katil. Matanya kembali terpejam.
Fina tersenyum melihat suaminya. 'Dah penat sangat la tu.' Kaki Fina bergerak menuju ke katil, lalu tangannya menyentuh bahu suaminya.
"Sabar la ek? Nak habis dah majlis. Japgi awak tido la puas-puas," ujar Fina.
Fareez yang terkejut dengan sentuhan Fina pantas membuka matanya. Kelihatan Fina sedang tersenyum manis ke arahnya. Lalu dia turut berdiri.
"Jom la," Fareez membalas senyuman.
Linda bergerak menuju ke arah Fina yang sedang duduk di sofa. Kasihan melihat kakak iparnya yang kelihatan penat, namun tetap tersenyum. +
"Penat akak?" Linda tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah Fina.
"Ha'a. Bukan selalu pun, kan," Fina menjawab.
"Malam ni akak tido sini kan?"
"Ha'a. Tak tahu la bila Abang Riz nak bawak akak gi apartment dia."
"Ala, akak jangan la pegi lagi. Petang esok, Akak Fiza ngan family dia semua nak balik dah. Si Nina ni pun nak balik dah," jarinya mencubit pipi anak tunggal Kak Fiza berumur 4 tahun.
"Ala, tak nak la Acu. It's hurt," Nina menarik muka.
"Alala, mengade ek?" Semakin giat Linda mencubit pipi Nina.
"Lin ni, kesian Nina cute ni kan," Fina mengangkat Nina lalu diletakkan di atas pehanya. Rambut coklat keemasan Nina diusapnya. Nina tersenyum gembira apabila Fina membelanya.
"Seronok la tu Mama Ngah dia menangkan dia." Linda menjuihkan bibir.
"Eh, Acu jeles la tu," Nina petah berkata.
"Budak ni kan," Linda mencuit perut Nina, menyebabkan kanak-kanak itu tertawa geli. Kemudian dia bergerak ke dapur apabila mendengar suara ibunya.
"Akak pun tak tau la Lin. Ikut la Abang Riz nak bawak pergi bila. Isnin ni baru mula kelas."
"Abang Riz tu mesti sibuk nak mula kerja nanti. Mesti dia kelam-kabut je nak bawak akak gi apartment dia," ujar Linda.
"Erm, Linda tinggal dekat sini ke tinggal ngan kengkawan?"
"Linda ngan Abang Fiz tinggal kat rumah ni je. Tapi Linda ni banyak urusan dekat luar nanti, kena ke sana ke sini la jugak. Abang Fiz pun sama. Itu yang Mama sibuk sangat dengan garden dekat luar tu. Mesti bosan kena tinggal dekat rumah sorang-sorang,"ujar Linda. Fina mengangguk faham.
Halaman rumah tersebut sememangnya besar. Terdapat pelbagai jenis tanaman, serta terdapat arnab dan kucing peliharaan. Siap ada rumah haiwan peliharaan lagi. Mungkin sudah menjadi rutin Mama untuk mengisi masa lapangnya.
"Owh. Urm, itu la kan. Akak nanti dah mula kelas pun sibuk jugakla. Final year kan."
"Ha'a kan. Akak dah final year. Nanti dah boleh mula kerja la, ye tak?"
Fina tertawa mendengar kata-kata Linda.
"Habis sem ni, ade satu sem lagi Lin. Thesis ngan assignment akak dah bertimbun tunggu nak siapkan tu. Kena score dulu la, kalau nak mula kerja pun."
"Ala, akak mesti kerja syarikat Daddy akak nanti kan?"
"Itulah. Akak ingat macam tu la. Kitorang intern sem lepas. Akak sengaja tak apply syarikat Daddy akak. Nak merasa dulu syarikat lain. Tapi memang enjoy habis la Lin. Seronok dapat kerja." Fina mula menceritakan pengalamannya ketika menjalani praktikal di Syarikat Sew & Co.
"Seronoknya. Lin baru first year degree. Lambat lagi la nak merasa kerja. Tapi course Lin seronok sangat. Banyak kena lukis, kena snap picture, kena pergi banyak tempat. Iyelah, nak luaskan pemikiran kan." Lin tersenyum. +
"Lin mesti pandai bab-bab melukis ni kan?"
"Eh, mesti." Linda tertawa sebaik sahaja masuk bakul angkat sendiri. "Takde la. Lin memang minat melukis daripada sekolah rendah lagi. Tapi Lin tak minat sangat melukis pakaian. Lin minat kalau pemandangan, hiasan rumah. Maybe sebab Lin ni suka sangat menonton tv kot. Kadang-kadang tu, tetiba je Lin imagine keadaan bilik macam-macam, terus Lin lukis. Lama-lama benda tu dah jadi minat, itu yang last-last ambil course ni." Panjang lebar Linda bercerita.
"Boleh jadi interior designer la nanti."
"Minta-minta la akak. Lin harap sangat-sangat la boleh score betul-betul nanti."
Mereka terus berbual sehingga azan Maghrib kedengaran.
"Ish, kenape la banyak sangat baju tido yang pelik-pelik," Fina merungut sendirian. +
Linda yang berada di sebelahnya sudah tertawa. Maunya Fina tak merepek, hampir sepuluh helai baju tidur yang sangat seksi diterimanya. Merah padam mukanya menahan malu. Mujurlah Fareez sahaja lelaki yang membuka bungkusan. Hafiz terpaksa keluar berjumpa rakannya, manakala suami Kak Fiza, Abang Fir sibuk mengemas bagasi untuk berlepas balik esok. Kak Fiza dan Mama sedang sibuk membungkus barangan makanan dari Malaysia untuk dibawa ke Jerman.
"Ala, akak. Apa salahnya. Mesti seronok Abang Riz tengok akak pakai nanti," Linda berbisik. Laju Fina mencuit pinggang adik iparnya. Wajahnya sudah merona merah.
"Lin ni merepek je. Minta simpang la akak nak pakai baju tu." Fina menggeleng kepalanya. Fareez sudah bergerak ke dapur.
'Teruk juga Fareez mengenakannya tadi. Aduh.'
"Ape salahnye akak." Linda masih tersenyum kambing.
"Lin ni pandai je nak usik akak. Apa kata Lin ambil je mana-mana yang Lin berkenan. Akak tak nak la," Fina mempelawa Linda.
"No thanks. Lin single lagi. Dah kahwin nanti, lain la. Sekarang ni, akak dulu," Linda mengenyit mata.
"Lin!!!" Fina merengus geram. Makin menjadi-jadi adik iparnya ini.
"Sedaplah masakan Fina. Pandai masak rupanya. Untung la Riz," Kak Fiza memuji air tangan Fina. +
Berdebar juga Fina hendak memasak tadi. Mujurlah ahli keluarga barunya kelihatan gembira menikmati masakannya.
"Mestilah. Lin lepas ni belajar dengan Kak Fina ni," Fareez mengenakan adiknya.
"Ala, Lin nak kahwin nanti, Lin belajar la." Lin menjawab. Geram pula dengan abangnya yang sengaja mengusiknya.
"Nak tunggu nak kahwin baru nak belajar masak ke," Hafiz pula mengenakannya.
"Akak, tengok diorang ni," Linda memijak kaki Hafiz di sebelahnya menyebabkan dia mengaduh sakit.
"Lin." Hafiz memandangnya geram.
Langsung tidak diendahkannya, malah semakin laju suapan ke mulutnya.
"Lepas ni makin sihat la si Riz ni. Lega sikit Mama. Fina tau, si Riz ni, nama je doktor. Bukan dia tau nak jaga makan. Lepas ni, boleh la Fina jaga Riz ni baik-baik," Mama tersenyum gembira. Fina sudah tersipu-sipu.
"Ye la, Mama," Fareez pula yang menjawab bagi pihak Fina.
"Mama, Papa, kejap lagi kitorang nak gi rumah Mummy ngan Daddy. Nak ambil barang-barang Fina, pastu kitorang terus gi apartment Riz," ujar Fareez setibanya mereka di rumah selepas menghantar Kak Fiza sekeluarga ke lapangan terbang.
"Hah? Hari ni baru hari Khamis, Riz." Mama tidak bersetuju. Fina turut memandang Fareez penuh tanda tanya. +
'Kenapa Fareez tidak memaklumkannya terlebih dahulu?' Mengerti dengan pandangan Fina, Fareez menerangkan.
"Tadi Riz dapat call daripada Dr James, dia ada urgent business from today until Sunday, itu yang dia terpaksa cari someone tukar shift ngan dia."
"La, tapi Papa dah suruh Riz kosongkan your days untuk this week kan? Baru berapa hari Riz jadi suami orang. Kesian Fina ni," Papa turut tidak bersetuju. Mama mengangguk mengiyakan.
"Tapi Papa. Ini urgent case. Riz dah setuju tadi Papa. Lagipun, kalau kita mudahkan urusan orang, nanti urusan kita pun dimudahkan, kan?" Fareez memujuk Mama dan Papanya.
"Memanglah. Tapi ini family matter, kan?" Mama masih tidak bersetuju. Fareez menghela nafas.
"Takpe la Mama, Papa. Fina okay je. Lagipun, bolehlah kitorang kemaskan dulu rumah tu. Iyelah, rumah tu kan asalnya untuk orang bujang. Mesti banyak nak kena kemas kan," Fina sengaja mengenakan Fareez, kemudian menyambung, "Lagipun, bila dah habis mid-sem break nanti, mesti Fina sibuk, Abang Riz pun sibuk kan? Kalau mula kemas daripada sekarang, takde la letih sangat nanti."
Dato' Sri Azam dan Datin Balqis terdiam mendengar jawapan Fina. Ada benarnya kata-kata menantu mereka.
"Ha'a la. Nak kena kemas-kemas, nak susun atur barang-barang lagi. At least, sekarang ni kitorang still holiday, shift tu pun just shift ganti so tak full day pun." Laju Fareez menyokong.
"Erm, betul jugak tu,"Papa mengangguk.
"Tapi Riz kena ingat yang Riz tu ade isteri, jangan tinggalkan Fina sorang-sorang pula kat apartment tu. Bahaya," Mama mengingatkan. Fareez menarik nafas lega setelah mendengar kata-kata ibu-bapanya.
"Ye, don't worry la," Fareez tersenyum. Fina turut menghela nafas lega.
Setibanya di bilik, Fina terus meluahkan perasaan geram dan tidak puas hatinya. +
"Awak ni, Fareez. Kenapa tak inform saya dulu tadi? Kalau awak kasi tau awal-awal, takde la saya terkejut beruk semacam je tadi." Fina merenung Fareez geram sambil mencekak pinggang tanda tidak berpuas hati.
'Entah apa-apa la. Sudahlah Linda baru je ajak dia tinggal lebih lama di situ, tiba-tiba Fareez membuat keputusan sendiri. Entah apa yang perlu diberitahu kepada Linda.' Serba-salah pula Fina.
"Saya betul-betul baru dapat tau tadi. Well, actually esok petang kejap je shift tu, cuma saya ingat lagi senang kalau kita balik apartment saya awal sikit." Fareez menjawab selamba.
"Awak ni kan. Apa yang saya nak kasi tau Lin ni? Dia baru je ajak saya stay lama sikit, nak ada teman nak borak-borak."
"Ala, cakap guna phone je la. Tak pun whatsapp je. Skype pun ade kan?" ujar Fareez selamba.
'Zaman dah maju kan? Bukannya nak kena hantar surat pun kalau nak contact others.'
"Awak ni kan." Geram pula Fina melihat Fareez.
'Aduh, daripada aku layan si Fareez ni buat sakit hati je, baik aku gi kasi tau siap-siap dekat Lin ni. Karang terasa pula dia.' Fina terus bergerak keluar meninggalkan bilik meninggalkan Fareez yang terpinga-pinga.
"Lin, akak ade benda nak gitau ni," ujar Fina sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke bilik Linda. +
"Kenapa akak?" Kelihatan Linda sedang mengeringkan rambutnya.
"Petang ni kitorang balik rumah parents akak untuk ambil barang, then terus gi apartment Abang Riz." Linda menarik muka masam.
"Ala akak. Awal lagi la. Lin nak bual-bual lagi dengan akak." Tangan Fina diraihnya.
"Sori la Lin. Abang Riz tetiba je kena gantikan shift kawan dia."
"Dah agak dah. Workaholic betul la Abang Riz ni!"
"Bukan tu je, Lin. Kitorang kena kemas-kemaskan lagi rumah tu. Nak susun atur barang. Lin faham je la, Abang Riz dulu bujang lagi. Entah macam tongkang pecah ape rumah tu." Fina tersenyum memujuk.
"Betul la jugak." Linda berkata perlahan. "Tapi bila lagi Lin nak jumpa akak? Apartment tu jauh dari sini dan jauh dari kolej Lin." Linda masih muram.
"Ala, takpe. Nanti akak free, akak whatsapp Lin. Kita dating and shopping dua orang, okay? Kita tinggal je abang Lin tu sorang-sorang mereput kat rumah." Fina menunjukkan ibu jarinya. Kelihatan wajah muram Linda digantikan dengan senyuman berseri.
"Okay, promise?"
"Promise, dear." Fina berjanji. Lega dapat juga memujuk adik iparnya tersebut.
Share this novel