Fina sudah cantik berbaju kurung moden berwarna krim yang bersulamkan benang dan manik berwarna hijau pelbagai tona. Rambutnya dirapikan ke belakang dan diserikan dengan penyepit rambut oleh Syida. Wajahnya pula disolek cantik oleh Ica meskipun sekadar bersolek nipis. Dia melarang Ica mengenakan mekap berlebihan. 'Baru bertunang', katanya. Selendang nipis diletakkan di atas kepalanya sebelum diselempang di atas bahu, ala-ala gadis Melayu terakhir gitu. +
"Pergh...ayu siot la kawan aku ni. Macam gadis Melayu terakhir babe," Ica mengangkat ibu jarinya.
"Ha'a la, Fina. Cantik la kau, kalau si Fareez tu ada, entah-entah dah ajak kahwin terus ape," Syida tertawa. Fina mencuit kedua-dua sahabatnya yang suka sangat menyakat tak kira masa.
"Korang ni, jangan nak menyakat sangat, boleh tak? Aku dah mula berdebar ni, boleh pula korang main-main kan," Fina merengus geram.
'Sudahlah jantungnya rasa macam nak terkeluar je ni.'
Rombongan dari pihak lelaki telah tiba beberapa minit yang lalu. Tengah berbalas pantun la pula. Fina yang berdebar bertambah-tambah la nervousnya.
"Kau ni, relaks la Fina. Janganlah cuak sangat, smile," Ica memberi semangat kepada sahabatnya.
Ingatkan tak kisah nak bertunang. Tengok-tengok, mukanya kelihatan pucat. Lucu pula. Fina memaksa dirinya untuk tersenyum. Tidak henti-henti dia berselawat dalam hati, meminta diberi kekuatan.
Tiba-tiba, kelihatan Mummynya di muka pintu. "Fina, jom keluar. Diorang dah panggil. Ica ngan Syida iringkan ya." Fina mengangguk, lalu mula berdiri. +
Perlahan-lahan Fina bergerak keluar diikuti Ica dan Syida. Tangannya memegang erat tangan kedua-dua sahabatnya.
"Fina, selawat banyak-banyak. InsyaALLAH, everything's gonna be okay," Syida berbisik ke telinganya.
Sebaik sahaja Fina melabuhkan punggung di atas kusyen petak tersebut, Syida dan Ica bergerak ke belakang. Mummynya mengambil tempat di sebelah kanannya, sementara bakal ibu mertuanya bergerak ke hadapannya.
Wajah Datin Balqis dipandangnya. Senyuman manis diukir buat wanita yang mungkin hampir separuh abad. Datin Balqis yang kelihatan persis Inggeris turut tersenyum mesra ke arahnya. 'Mungkin mixed,' Fina berfikir.
"Fina, ini la Datin Balqis, bakal mertua Fina," ujar Mummy dalam senyuman.
"Ish, akak ni. Apa yang Datin nya? Panggil je Mama. Sebulan je lagi." Datin Balqis berkata mesra.
Fina sudah tersenyum malu apabila mendengar kata-kata Datin Balqis. Tangannya dihulur, lalu dia menyalami bakal ibu mertuanya tersebut. Selesai bersalaman, Mama Fareez tersebut menyarungkan sebentuk cincin ke jarinya, kemudian dirinya dipeluk dan kedua-dua belah pipinya dikucup.
"Fina, semoga Fina bahagiakan Riz nanti ye..." Mama berbisik ke telinganya.
"InsyaAllah, Mama," malu-malu pula Fina memanggilnya. Mama sudah tersenyum mendengar panggilan Fina tersebut.
Kemudian, Mama mula memperkenalkan ahli keluarga lain yang hadir. "Ini Papa." Kelihatan seorang lelaki yang sebaya Daddynya sedang turut tersenyum mesra.
"Fareez ni anak kedua dari 4 adik-beradik. Ini Kak Fiza, akak sulung." Mama menunjuk ke arah seorang wanita bertudung coklat, mungkin sebaya Alongnya. Kak Fiza yang berwajah Melayu dan berkulit sawo matang tersenyum ke arahnya, lalu mereka bersalaman. +
"Untungnya Riz dapat isteri cantik macam ni," Kak Fiza memujinya. Fiza mula tersipu-sipu.
'Segan siot dengar orang puji depan-depan macam ni, waduh.'
"Akak Fina, ini Linda. Akak panggil Lin je. Lin ni adik last," seorang gadis berambut coklat keemasan, berkulit putih serta persis Inggeris kecuali matanya yang hitam pekat, memperkenalkan diri. Kelihatan riang sekali. +
'Ini memang sah-sah ikut Mamanya, macam orang putih tu.'
Fina tersenyum, lalu turut bersalaman.
"Betul la Kak Fiza, cantik betul la Akak Fina ni. Untungnya Abang Riz," Linda juga galak memujinya. Fina semakin merona kemerahan.
"Untung kan Abang Riz?" Mama menyokong Linda. "Adik lelaki Riz, si Hafiz tu ada camping hari ni, itu yang tak dapat hadir tu. Nanti Fina jumpa masa wedding day la yer." Mama memaklumkan perihal Hafiz. Fina mengangguk faham.
Daddynya sudah sibuk berbual dengan Papa dan ahli keluarga lelaki yang lain. Entah apa yang dibual pun dia tidak tahu. Manakala, Mummynya sibuk berbual dengan Mama, Kak Fiza dan Linda perihal hari perkahwinannya nanti. Ica dan Syida juga turut serta di sebelahnya.
"Macam mana ya dengan majlis kahwin nanti? Akak dah pening dah ni, Qis," Mummy memulakan bicara.
"Yang tu, akak jangan risau. Adik Qis, dia ada butik pengantin. Bab baju pengantin, majlis perkahwinan apa sume, dia boleh handle. Mama faham Fina mesti sibuk kan, masih student. So, masa Fina takde kelas nanti, Fina datang la ke butik dengan Mummy. Ica ngan Syida pun ikut la sama, sama-sama kongsi idea. Kak Fiza ngan si Lin ni pun dah bersemangat nak sibuk sekali. Suka sangat bab majlis kahwin." Mama tersenyum.
"Ha'a Akak. Lin boleh sangat-sangat nak tolong akak. Akak 22 tahun kan? Lin 20 tahun. Lin sekarang ni ambil course interior designer, berminat sangat-sangat dengan dalaman rumah. So, kalau akak nak advice, memang Lin mahir. Akak gi tau je akak nak konsep ape. Nanti Lin adjustkan. Okay?" Laju sahaja Linda mempelawa diri. Ramah sungguh bakal adik iparnya ini. Semakin selesa pula dia dengan bakal ahli keluarganya.
"Okay, Lin. Lin bagi nombor fon kat akak ek japgi? Senang nak contact, nak bincang-bincang," Fina tersenyum. +
Maklumlah, sekadar berbeza umur 2 tahun, memang mudahlah nak ngam.
"Okay, on je la macam tu. Akak bagi no fon akak, japgi Lin mesej akak." Fina terus memberi nombornya apabila melihat Linda mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Adik Qis tu ada sediakan tak spa untuk pengantin?" Mummynya bertanya lagi.
"Ada, kak. Memang pakej pun. Boleh ambil wedding planner, terapi kecantikan tu, pakaian pengantin, semua pakej. Untuk pengapit pun ada sekali, so, boleh la kalau Ica ngan Syida pergi sekali untuk terapi kecantikan ngan pakaian pengapit," ujar Mama.
"Eh, Datin...pengapit pun perlu ke?" Ica bertanya.
'Takkan pengapit pun nak kena naik seri kot?'
"Panggil je Auntie Qis, tak perlu nak berdatin-datin la. La, apa salahnye, bolehlah korang ambil seri pengantin Fina sekali. Mana nak tau lepas graduate, terus ada masuk meminang," Mama mengusik mereka. Mereka tertawa mendengar kata-kata Datin Balqis.
"Ke situ pula, Auntie Qis. Bukan ape, nanti tersilap pengantin, kan kesian dekat Fina ni?" Syida mengusik Fina. Laju Fina mencuit Syida. Lain macam pula bunyi ayat kawannya ni.
"Bahaya tu. Takpe...takpe... pakaian Ica ngan Syida nanti bagi sama, mesti lah Riz perasan nya nanti, takkan lah pengantin pakai baju sama ngan pengapit, ye tak?" seloroh Mama.
"Ha'a, betul tu Mama. Biar kain pun sama. Pandai je korang ni kan," Fina menampar perlahan mereka berdua.
Segan pula dia diusik di hadapan bakal mertuanya itu. Mereka semakin tertawa mendengar kata-kata Fina tersebut. Sebaik sahaja masuk azan Zohor, rombongan pihak lelaki memohon untuk meminta diri.
"Tahniah Fina. Dah jadi tunang orang, sebulan lagi, jadi isteri orang!" Ica dan Syida kelihatan gembira. +
Majlis pertunangannya baru sahaja selesai. Fina sekadar tersenyum hambar. Bermacam-macam perasaan yang bercampur-aduk dalam hatinya. Bahagia, gementar, bimbang, gembira, berdebar, semua ada.
"Dengar sini, aku nak gitau korang. Tolong rahsiakan pertunangan aku, please," ujar Fina perlahan. Ica dan Syida memandangnya dengan terkejut.
'Nak rahsiakan? Agak-agakla. Takkan nak rahsiakan status dirinya?'
"Maksud kau?" Ica bertanya hairan. Wajah sahabatnya direnung lama.
"Aku tak nak sesape selain korang dapat tau tentang semua ni." Fina menegaskan.
"You meant until your wedding day?" Syida pula bertanya.
"I guess I won't tell anyone regarding about being someone's wife too," Fina menjawab. Pandangannya dialihkan ke muka pintu.
"What exactly does that even means? Are you kidding? There's no way you're gonna hiding the fact that you're someone's wife, later, right?" Ica ternyata tidak bersetuju.
'Tak pernah dibuat orang. Ada pula nak rahsiakan macam tu? Merepek betul la Fina ni.'
"Aku tak kasi tahu my parents or Fareez's family yet, but that's exactly what I'm gonna do."
"Fina, kau ni biar betul? Aku tak rase Mummy ngan Daddy kau atau keluarga Fareez tu pun akan setuju ngan kau. Kau kata Fareez tu 28 tahun, takkan dia nak sembunyikan majlis perkahwinan dia? Kau ni, entah pape la," Syida membantah.
"Aku tak kisah kalau nak adakan besar-besaran, tapi aku tak nak buat kat rumah. Aku ingat nak minta Mama ngan Papa adakan majlis di dewan. Kalau dekat rumah, takut terkantoi. Kalau pihak lelaki pun aku rasa maybe kat dewan jugak kan? Untuk pihak aku ni, rasanya kawan aku, korang dua orang je yang aku jemput. Yang lain semua kaum kerabat kitorang. Aku tak sanggup lagi la nak umumkan yang aku ni isteri orang nanti. Aku kenal dia pun tak, macam mana aku nak gitau orang lain yang aku ni isteri dia? At least, let me know him well, then, I won't hiding it anymore. For now, as matter of fact, I'll marry him only because of the will, not because I want to!" Fina berkeras. Ica dan Syida terdiam.
"Okay, terserah la kat kau kalau kau nak rahsiakan perkahwinan kau," Ica akhirnya berkata. Syida yang berada di sebelah Fina sekadar mengangkat bahu.
"Fina, masakkan mi goreng untuk kitorang. Laparlah," Ica berkata kepada Fina. +
Mereka baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Fina mengajak mereka pulang sebaik sahaja menunaikan solat Zohor di rumahnya sebentar tadi.
"Hah? Mengade ek korang nie. Mi goreng je pun, korang masakkan la untuk aku. Aku kan tetamu," Fina menolak. Rambutnya diikat tocang satu.
"Kau ni, Fina. Nanti dah kawin, kau masakkan untuk suami kau je. Mane la kau nak masakkan untuk kengkawan kau nie. Mengidam je la nak makan masakan kau," Syida membuat wajah sedih.
"Korang nie kan...bencinya aku...Okay, jom gi dapur, aku masak," Fina merengus geram.
'Diorang ni, sengaja je cari pasal!' Syida dan Ica mula tersengih.
"Set!" mereka bertepuk tangan. Melihatkan Fina bangun menuju ke dapur, mereka menurutinya dari belakang.
"Okay, sekarang korang sediakan air. Pastu, kemas sikit meja makan tu." Fina berkata lalu dia mula menyediakan bahan-bahan masakan.
Laju sahaja tangannya, maklumlah Fina sememangnya mahir memasak. Beberapa minit kemudian, Fina memanggil mereka. +
"Okay, siap. Jom makan," Fina memanggil, lalu menyenduk mi goreng ke dalam pinggan mereka.
"Wah, sedapnye Fina, boleh kawin nie," Ica memuji, laju sahaja tangannya menyuap ke mulutnya.
"Ha'a, memang pun, kau baru tau ke?"
Fina tersenyum, menyerlahkan kedua-dua lesung pipitnya. Seronok melihat rakan-rakannya yang makan dengan berseleranya.
"Eh, kau tak makan ke?" Syida bertanya. Hairan melihat Fina yang sekadar memakan buah sahaja.
"Hah? Aku tak makan malam sekarang ni, jaga badan," Fina menjawab selamba lalu mengunyah buah epal.
"Kau ni, jangan la cakap macam tu, terasa lak aku," Ica berkata perlahan menyebabkan Fina tertawa geli hati.
"Kau ni mengade la. Ishh takdenye. Aku memang tak makan malam sebab takut ngantuk. Kadang-kadang kalau lapar, aku makan je. Tapi aku nak stay up malam ni, plus aku kenyang lagi la makan petang tadi," Fina tersengih, lalu menyambung, "Aku dah masak khas untuk korang, korang habiskan ye. Aku cukup pantang orang membazir makanan tau? Korang tak habiskan, jangan harap la aku nak masak lagi untuk korang pasni," Fina memberi amaran seraya menyendukkan lagi mi goreng ke dalam pinggan Ica dan Syida.
"Okay, okay, sure licin la kitorang makan. Lagipun, masakan kau la paling best," Syida memuji. Fina sekadar menjuihkan mulut.
'Nak bodek la tu.'
"By the way, Fina. Kau janganlah terasa tau? Tapi berapa lama kau nak tinggal kat rumah ni? Mummy ngan Daddy kau tak kisah ke? I mean, well, regarding your marriage," Ica memandangnya.
"Sampai aku kahwin la. Pas kawin nanti, mesti aku kena tinggal ngan husband aku kan? Itu yang bulan ni aku nak menumpang rumah korang. Hurm, esok kite gi butik ek? Tadi Mummy aku pesan kena pergi esok, Mummy aku tunggu kita kat butik. Esok, kelas habis awal kan?"
"Ha'a la. Kelas kita batal kan lepas Zohor tu? Pastu malam pula baru ada kelas, okay la tu. Sempat je. Habis kelas, kita balik dulu, mandi, solat, pastu kita gi. Kau gitau siap-siap la dekat Mummy ngan Mama kau. Karang lama pula diorang tunggu kita. Dalam pukul 2.30, kita gerak," Ica memutuskan. Fina dan Syida mengangguk bersetuju.
"So, kau dah jadi tunangan orang sekarang?" Amirul bertanya sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Fareez. Jarinya mengetuk-ngetuk meja Fareez. +
"Ha'a, bulan depan aku jadi suami orang la," Fareez menjawab. Matanya tetap tertancap pada skrin komputernya. Langsung tidak memandang wajah Amirul.
"Lagi sebulan je tinggal, kau boleh buat derk je," Amirul menggelengkan kepalanya.
"Then? Kau nak suruh aku buat ape? Aku kahwin atas dasar wasiat, tau tak? Perlu ke aku nak rasa pape? Sape bakal bini aku pun aku tak tau," Fareez masih laju menaip.
"That's my point! Lagi sebulan kau nak kawin, tapi kau langsung tak pernah tengok siapa si Fina tu, takkan kau tak rasa pape? Tengok gambar dia pun tak?"
"Tak. Aku malas nak serabut fikir pasal benda tu. Lagi pun, sabar je la. Hari akad nikah nanti aku tengok la. Lepas kahwin, aku boleh tengok dia puas-puas lagi," Fareez memandang sahabatnya yang berkaca mata tersebut. Bibirnya mengukir senyuman nakal.
"Ai Riz, jauh pula kau fikir. Aku boleh nampak dah miang kau makin menebal," Amirul mengusiknya. Fareez tertawa kuat.
"Ala, bakal bini aku gak kan? Apa masalahnye aku nak miang pun? Itu yang aku malas nak amik tau dulu sebelum kahwin, pas kahwin nanti, baru okay," Fareez mengangkat ibu jarinya.
Amirul mula tersengih. 'Fareez. Fareez. Dah nak kahwin pun kawan aku ni.'
Sebaik sahaja kuliah tamat pada pukul 1 petang, Fina, Ica dan Syida mula mengemas barang mereka laju. Kejap lagi, nak ke butik pula. Adam memandang mereka hairan. +
"Korang nak gi mana wei? Jom la makan dulu."
"Sori la Adam. Kitorang ada hal sikit ni," Fina menjawab.
Joe dan Zack yang sudah dimaklumkan kononnya mereka perlu pulang ke rumah awal kerana hendak menyambut ibu dan ayah Ica yang akan datang dari kampung mengangguk faham.
"Hal ape nye?" Adam bertanya lagi. Fina terdiam.
'Aduh, nak kelentong apa ni?'
"Mak ngan Ayah aku datang dari kampung la. Itu yang kitorang nak masak siap-siap tu, nak kemas rumah tu lagi, nak sambut mak ayah aku kan," laju sahaja bibir Ica menyebut.
Mujurlah dia tersedar yang Fina tak tahu mengenai apa yang dia dan Syida maklumkan kepada Zack dan Joe semalam. Fina yang blur sekadar mengangguk.
"Ha'a, Ica dah gitau aku semalam. Syida pun dah gitau Joe," Zack mengiyakan. Joe sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Oh, takpe la camtu. Jumpa esok," Adam berkata, lalu mereka berpisah di tempat parkir kereta.
Sebaik sahaja Syida mula memandu kereta menuju ke rumah mereka, Fina berkata, "Laju korang ek? Pehal tak inform aku awal-awal? Mujurlah aku tak sempat nak buka mulut tadi. Kalau tak, sure la kantoi nye." Ica dan Syida tertawa.
"Sori wei, idea aku tu terkeluar semalam masa Zack call aku. Kau dah tido waktu tu. Aku suruh la Syida gi tau Joe siap-siap, takde la nak kantoi..." Ica menjelaskan.
"Tapi mujur gak korang laju. Aku dah tak tau nak goreng ape tadi. Nasib baik lah. Kalau tak, nampak sangat la aku nak menipu," Fina menarik nafas lega.
"Itu la kan. Baru kau tau gelabah? Macam mana la kau nak sembunyi bila dah kahwin nanti pun aku tak tau la," Syida pula menyampuk.
"Hurm...Itu la...Aku pun tengah fikir gak ni...Tapi nak buat macam mana... I can't bring myself to tell anyone other than both of you lagi la... Korang ingat tau? Joe ngan Zack pun tak boleh tau pasal aku," Fina menegaskan.
"Iye, Fina sayang. Berapa ratus kali kau nak warning kitorang? Tahu la, don't worry." Ica menenangkannya. Syida turut membuat jari menunjukkan tanda okay sambil mengenyitkan matanya.
Share this novel