Dato' Sri Azam dan Datin Balqis sedang khusyuk menonton siaran televisyen ketika mereka terdengar bunyi enjin kereta yang sedang bergerak masuk ke halaman Vila Idaman. Tumpuan mereka terganggu. +
"Sape tu Qis?" Dato' Sri Azam bertanyakan isterinya. Laju sahaja Datin Balqis bergerak ke jendela ruang tamu. Kain langsir yang menutupi jendela diselaknya. Kelihatan anak lelaki bujangnya, Fareez sedang bergerak menuju ke pintu rumah. Enjin kereta telah dimatikan.
"Riz balik, bang." Datin Balqis kembali melabuhkan punggung di sofa bersebelahan suaminya sebaik sahaja mendengar bunyi pintu rumah dibuka.
Dato' Sri Azam dan Datin Balqis menjawab salam apabila terdengar suara anak bujang mereka memberi salam. Kelihatan Fareez yang segak berbaju kemeja hitam berjalan ke arah mereka, lalu terus menyalami Mama dan Papanya. Gayanya macam baru balik dari kerja sahaja.
"Riz baru balik kerja ke?" Mamanya bertanya.
"Ha'a Ma. Papa suruh balik tadi." Fareez menjawab lalu mula mengambil tempat di sofa bersebelahan mereka. Badannya terus disandarkan ke sofa. Lenguh benar badannya, sepanjang hari berhadapan dengan pesakit. Bergelar doktor sakit puan, biasalah itu.
"Riz tau tak esok hari apa?" Papanya memulakan mukadimah. Entah dia perasan ke tak la.
Papanya merenung anak lelakinya lama. Manakala Fareez memandang Papanya hairan.
'Hari Ahad, kan? Ada pape ke?' Fareez berfikir lama.
"Hari Ahad la. Kenapa?" Fareez teragak-agak menjawab setelah berfikir sebaik-baiknya.
'Nak kata hari lahir ahli keluarganya, tak pula. Ulang tahun perkahwinan Mama dan Papa? Dua bulan lepas.'
Wajah Papanya dipandang memohon penjelasan. Papanya melepaskan keluhan berat, Mamanya mula menggelengkan kepala.
'Dah agak dah. Fareez. Fareez.'
"Esok, your engagement day," ujar Dato' Sri Azam.
Fareez kelihatan terpinga-pinga.
'Esok? Maknanya lagi sebulan je la aku bakal jadi suami orang? Aduh.'
Kepalanya mula terasa pening, menambahkan beban yang pada asalnya hanya dirasai tubuh badannya.
"You forgot that, right?" Mama pula memandangnya lama apabila Papanya sudah menggelengkan kepala. Fareez tersenyum kambing.
'Aduh, macam mana la aku boleh lupa ni?'
"Well, I'm kind of busy this month. Patients ramai giler," Fareez menjawab pendek.
'Mesti kena fire la japgi ni.' Rambutnya dikusutkan. 'Aiseh.'
"You know what? Not only this month, everytime... since you became a doctor, you're totally workaholic. I keep telling you, right? Try to get a life, Fareez!" Papanya mula bersuara.
' Anaknya ni tak habis-habis, kerja je yang ada dalam otaknya. Macam mana la bila dah bergelar suami nanti? Kesian si Fina tu nanti. Papanya tu pun sibuk juga di pejabat, dengan mesyuarat, kursus, outstation, tapi pandai-pandai la uruskan masa untuk keluarga dan tugasan kerja.'
Fareez tersengih.
'Aku dah agak dah, mesti kena punya la. Nak buat macam mana. Alang-alang takde benda lain nak buat, baik aku buat je kerja. Bukan ada bini nak kena jaga pun. Well, belum ada sebenarnya. Bakal isteri ada la.'
Namun, sekadar diomel dalam hati. Kalau dijawabnya begitu, mesti lagi teruk la kena nanti.
"Riz, esok Papa, Mama, Kak Fiza ngan Lin akan gi rumah Fina. Ada lagi la saudara-mara kita yang lain akan ikut. Riz pun tau yang si lelaki tak sepatutnya ada sekali kan? Itu je yang Papa nak maklumkan. Nanti Riz tak sedar pula yang Riz tu dah jadi tunangan orang." Papanya memandangnya. Fareez sekadar mengangguk faham.
"Riz, pastikan Riz dapatkan cuti seminggu untuk majlis perkahwinan tu. Tarikh perkahwinan tu masa Fina midsem break. Akad nikah korang nanti hari Isnin, kemudian terus majlis perkahwinan sebelah perempuan. Rabu pula, majlis pihak kita. Lepas tu, korang mesti nak ke apartment Riz kan? Nak kemas-kemas apa yang patut. Bab bulan madu korang, maybe Fina nak tunggu sampai graduate dulu, itu korang bincang la sendiri. Yang pastinya, better Riz ambil cuti seminggu, memang akan sibuk nanti." Mamanya mula berpesan. Fareez mengangguk lagi. +
"Tapi Mama ngan Papa yang akan handle yang lain tu kan? Kalau Riz nak ambil cuti sampai seminggu nanti, memang Riz sibuk lah sebelum cuti nanti," Fareez menjelaskan.
"Ha'a... Papa ngan Mama faham yang tu."
"Ermm... Fiz mana ni? Tak nampak batang hidung pun." Matanya mula tercari-cari adik lelakinya yang seorang tu.
"Ada je kat bilik dia. Tengah berkemas barang, esok kan dia nak gi camping ngan kengkawan dia. Itu yang dia tak ikut esok."
"Oh, takpe la Mama, Papa. Riz naik dulu la, lama tak jumpa ngan si Fiz tu." Fareez mula bergerak menuju ke tingkat atas rumah.
Setibanya di hadapan bilik adiknya, pintu bilik diketuk. Sebaik sahaja mendengar balasan dari Hafiz, pintu bilik dibukanya. Kelihatan adiknya sedang menutup zip beg campingnya. +
"Eh, Abang Riz. Bila balik?" tangan Fareez disalami.
"Lepas solat Asar kat hospital tadi, Abang Riz balik terus la. Papa suruh balik."
Fareez bergerak menuju ke arah Hafiz lalu melabuhkan punggung di sebelah adiknya yang sedang bersila di atas karpet.
"Oh, pasal majlis pertunangan tu? Sori la, Fiz tak dapat nak ikut sekali."
"Ala, takde ape nye. Bukan majlis kahwin pun, kalau kau takde masa majlis kahwin Abang Riz nanti, memang nahas la. Setakat majlis pertunangan tu, Abang Riz pun takde kan." Fareez menjawab selamba.
"Abang Riz okay ke ni?" Hafiz merenung abangnya lama. Fareez mengangkat keningnya.
"Okay? Okay je, kenape?"
"Takde la. Honestly, kalau Fiz, mesti Fiz tak dapat nak terima arranged marriage macam ni."
Hafiz bersimpati terhadap abangnya yang terpaksa mengahwini gadis yang tidak dikenalinya. Fareez sekadar tersenyum nipis memandang adiknya.
"Kau tak dapat nak terima sebab kau dah ade orang lain kan? Abang Riz ni tak sempat nak bercinta ngan sesape lagi selama ni, itu yang mau tak mau, Abang Riz takde pilihan la. Lagipun, macam yang Papa cakap la, umur Abang Riz ni, patutnya dah ada anak pun," Fareez tersengih mengingatkan kata-kata Papanya.
"Hurm, takpe la kalau macam tu. Pape pun, tahniah la Abang Riz. Bakal tunang orang, pastu bakal suami orang," Hafiz tersengih lalu menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat.
Laju sahaja Fareez mengetuk kepala adiknya.
'Hampeh betul. Tadi cakap macam simpati je kat aku. Tengok-tengok, nak kenakan aku pulak.' Mereka tertawa.
Fina sedang sibuk melipat baju sambil menonton Music bank di siaran KBS, Astro di ruang tamu rumah sewa Ica dan Syida. Memang kadang-kadang dia tinggal di rumah mereka, kadang-kadang di rumah keluarganya. Semuanya bergantung kepada keadaan. Syida sedang mengemaskan almari pakaian di biliknya, manakala Ica turut menonton bersamanya di ruang tamu. +
"Fina, majlis pertunangan kau esok kan?" tanya Ica.
"Ha'a," Fina menjawab ringkas.
Matanya masih tertancap pada persembahan kumpulan idol Korea, Exo di skrin televisyen.
"Kau takde rasa pape ke?" Ica bertanya hairan.
"Tak."
"Kau ni, aku tanya betul-betul ni. Cuba pandang aku, bila cakap, aduh. Karang aku tutup TV, baru kau tau." Ica merengus geram.
'Boleh buat tak tau je kawan dia ni.' Sebaik sahaja persembahan dari Exo tersebut selesai, Fina memandang Ica
"Kenapa Miss Ica? What's the matter?" Fina bertanya malas.
"Look, esok, kau nak bertunang, okay? Pehal kau relaks siot?" Ica bertanya hairan.
Pelik sungguh melihat sahabatnya yang bereaksi seolah-olah esok hari tiada apa-apa istimewa yang akan berlaku.
"Habis? Kau nak suruh aku buat ape?" Fina menyambung lipatan kainnya.
"Kau ni, Fina. Ica tu, nak tanya, kau tak rasa nak balik rumah parents kau ke dah nak engage esok? Lagi mau tanya ka?" Syida yang baru sahaja melangkah ke ruang tamu menyampuk. Ica mengangguk mengiyakan kata-kata Syida.
"Memang aku nak balik pun malam ni, korang follow tau? Mummy aku dah bising sebenarnya, saje aku buat tak tahu," Fina menjawab.
"Kau ni, memang terbaiklah, Fina. Suka betul inform last minute kan? Aku ade date ngan Zack esok," ujar Ica selamba.
Syida memandang Ica hairan, kemudian terlihat Ica yang mengenyit mata ke arahnya.
"Ha'a la, Fina. Baru tadi je Joe call aku ajak keluar esok. Ala, kau nak bertunang je kan? Masa kau kahwin nanti, kitorang ada la. Sori ek, Fina?" sengaja Syida turut serta untuk mengenakan Fina, lalu membalas kenyitan mata Ica.
Fina yang sedari tadi kembali menonton siaran KBS, pantas mengalihkan pandangan ke arah kedua-dua sahabatnya.
'Eh, biar betul diorang ni?'
"Hah? Betul ke? Korang ni, sampai hati. Kawan baik korang nak bertunang pun, korang sempat lagi nak gi dating, korang tak kesian ke kat aku ni?" Fina bersuara sedih.
'Memang sedih pun sebenarnya, siapa lagi yang nak menemaninya nanti?'
Suasana senyap seketika. Syida melabuhkan punggung ke sebelah Ica. Ica tersenyum melihat raut wajah Fina yang muram. Tangannya ditepuk ke tangan Syida.
"Kitorang gurau je. Aku ngan Syida dah kosongkan awal-awal lagi tarikh kau nak bertunang. Itulah kau, aku ingat kau tak kisah sangat dengan majlis pertunangan kau tu," Ica memerli.
Sengaja ingin mengusik Fina tadi kerana geram melihat Fina yang endah tak endah sahaja meskipun bakal bergelar tunangan orang.
"Entah. Takkan la kawan baik kitorang ni nak bertunang, kitorang takde? Tak boleh la macam tu." Syida tersengih.
"Really? Ini yang aku sayang korang ni," laju sahaja Fina memeluk kedua-dua sahabat kesayangannya itu.
Wajahnya yang muram kembali riang. Jelas kelihatan kedua-dua lesung pipit pemanis mukanya.
"Ha'a. Kitorang kan kawan baik kau. Dah la, jom kemas barang ape yang nak bawak balik rumah kau. Dah hampir pukul 7 ni. Pas Maghrib, kita gerak. Nak tunggu Isyak, alamatnya pukul 9 baru boleh gerak, so better solat kat rumah kau je la." Syida memutuskan.
Setibanya di perkarangan rumah Vila Indah pada pukul 8.30 malam, kelihatan Datin Nora terkoncoh-koncoh berlari-berlari anak ke arah mereka. Manakala, Mak Yam, pembantu rumah mereka pula mengikut dari belakang. Sebaik sahaja Fina membuka pintu, Mummynya terus menerpa ke arahnya lalu memeluknya. Fina memandang Mummynya hairan.
"Mummy ni kenapa? Are you okay?" Fina bertanya Mummynya yang kelihatan kelam-kabut semacam sahaja. +
"Fina ni, Mummy ngan Daddy dah mula gelabah dah. Esok nak bertunang pun tak sampai-sampai lagi. Nape Mummy call tak angkat-angkat? Fina ni, memang pening dah kepala Mummy ngan Daddy ni, tau?" Mummynya mula berleter.
Geram pula dengan sikap Fina yang endah tak endah sahaja meskipun bakal mengikat tali pertunangan. Sebulan lagi, bakal bergelar isteri orang, boleh buat derk je.
"Ala, Mummy. Fina kan student? Ada assignment lagi, biasa la tu. Mummy ni mula nak fikir yang bukan-bukan la tu," Fina menggelengkan kepalanya. Tangan Mummynya dicium. Kasihan pula melihat reaksi Mummynya tersebut.
"Mana nak tahu. Mummy ingat Fina dah jauh hati ngan kitorang," Mummy bersuara sedih.
"Mummy ni, Fina bukannya budak-budak lagi Mummy. Fina tau mana baik, mana buruk, okay? Dah la, jom masuk, Daddy mana?" Tak nampak pula kelibat Daddynya.
"Daddy ada je kat atas. Jom la masuk. Lega hati Mummy ni." Mummynya memandang ke arah Ica dan Syida yang sudah terpinga-pinga melihat drama dua beranak tersebut. "Ica, Syida, jom masuk. Korang tido sini kan?"
"Ha'a, nak temankan bakal tunangan orang ni. Karang nervous sangat pula." Syida tersenyum mesra lalu bergerak menyalami tangan Datin Nora diikuti Ica.
Mereka bergerak menuju ke ruang tamu. Kelihatan ruang tamu yang sudah cantik dihias untuk acara keesokan harinya.
"Wah, bukan main Mummy hias rumah. Nak bertunang je kan, Mummy?" Fina memandang Mummynya.
Ruang tamu tersebut dihias dengan meriah sekali. Kelihatan pintu gerbang untuk menyambut rombongan lelaki esok hari yang dihias cantik dengan bunga-bungaan dan daun-daun hijau. Mummy yang sememangnya menyukai warna hijau menghiaskan ruang tamu dengan tema krim yang dibangkitkan dengan warna hijau pucuk pisang. Kelihatan di tengah-tengah ruang tamu, terdapat sebuah kusyen petak berwarna hijau lumut.
'Mungkin untuk didudukinya esok ketika disarungkan cincin,' telahnya.
"Apa yang bertunang saja? Bertunang tu pun penting Fina, sebagai tanda nak menyambut kedatangan ahli keluarga baru." Mummynya memandangnya tajam. Boleh pula Fina anggap majlis pertunangan itu seolah-olah acara biasa.
"Iye, Mummy. By the way, rombongan diorang datang waktu bila?" Fina memandang Mummy.
"Sebelum Zohor," kedengaran suara Daddy yang sedang bergerak turun ke ruang tamu.
"Hah? Awalnya!" Fina bersuara terkejut.
"Memang la awal. Daddy call nak kasi tau, tak reti-reti nak angkat." Daddy menggelengkan kepala melihat tingkah laku anak perempuannya.
'Ini baru majlis pertunangan. Entah macam mana la majlis perkahwinannya nanti.'
"Sori la Daddy, Fina tak perasan Daddy call. Battery empty." Fina memohon maaf, lengan Daddynya dipeluk.
Memang bateri telefonnya habis tadi, tapi sengaja dia tidak mengecasnya kerana sudah letih mendengar leteran Mummynya.
"Banyak je alasan Fina kan." Daddy mencubit pipi anak manjanya tersebut. Fina. Fina. Macam-macam la perangai anak gadisnya itu.
"Wedding day nanti jangan buat perangai macam ni dah, okay?" Mummy merenungnya tajam.
"No way. You promised me that both of you would handle everything."
Wajah Daddynya dipandang meraih simpati. Daddynya mengangkat kening. Belum sempat Daddy bersuara, laju sahaja Mummynya menjawab.
"Memang la kitorang handle everything. Tapi pengantin perempuannya pun perlu la mainkan peranan. Pergi ke spa, butik kecantikan, ambil ukuran untuk pakaian pengantin, solekan apa semua tu."
"Solekan? Mummy, you're kidding! There's no way I could wear those things," Fina bersuara tidak puas hati.
Kalau nak berkahwin, memang masalah paling utama bab bersolek. Habis tebal la mukanya nanti, sudah lah dia paling tak suka bab-bab mekap tebal ni. Biasanya dia sekadar mengenakan bedak muka dan pelembab bibir sahaja.
"Ish, dah nama pun pengantin. Fina ni, merepek la," Mummynya merengus geram.
'Masa itu la waktu paling sesuai nak melaram pun. Sekali seumur hidup.'
Fina membalas renungan tajam Mummynya.
'Aduh, benci betul la bab-bab mekap ni'.
"Takpe lah Auntie, biar Ica ngan Syida je mekapkan Fina ni. Kitorang ni boleh tahan mahir bab-bab mekap ni. Kan Fina?" Ica memandang Fina. +
Fina ni boleh tahan keras kepala. Maklumlah, sudah lah anak bongsu, satu-satunya anak perempuan pula tu.
"Okay, Fina setuju ngan Ica," laju sahaja Fina bersetuju.
Mummynya mula tersenyum. Ica dan Syida memang paling boleh diharap jika melibatkan kedegilan Fina, pandai sahaja mereka nak menguruskan sikap anak gadisnya itu.
"Okaylah, Auntie serahkan dekat korang dua orang ye? Solek cantik-cantik, tau?" Datin Nora tersengih ke arah Ica dan Syida.
"Ha, esok pun Fina kena juga bersiap cantik-cantik." Fina kembali memandang Mummynya.
'Esok pun kena bersiap?'
"Kenapa? Honestly, Mummy, Fina bukannya tau pun majlis pertunangan tu macam mana. Along ngan Angah dulu, Fina tak ikut masa majlis pertunangan sebab ade kat hostel. Fina nak kena buat apa sebenarnya?" Fina bertanya.
Memang dia tak faham. Rasanya cuma perlu pakai cincin je, ada lagi ke acara lain? Itulah, selama ni tinggal di asrama, apa pun dia tak tahu. Mummy menarik tangannya ke sofa, lalu melabuhkan punggung di sebelah Daddy. Ica dan Syida sekadar menurut. Mak Yam sudah ke dapur untuk menyediakan air.
"Majlis pertunangan ni nak kasi keluarga pihak lelaki berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk bincangkan pasal majlis perkahwinan nanti. Bakal mertua Fina mestilah nak tengok dulu bakal menantu diorang. Nanti Mama Fareez akan sarungkan la cincin ke jari Fina untuk sahkan yang Fina dah dipinang Fareez. Tapi, Fareez tak ada pun esok. Memang sepatutnya, majlis pertunangan, si lelaki takde. Faham? Tapi ahli keluarga kita yang terdekat akan datang la, itu yang Fina perlu la bersiap elok-elok. Bakal keluarga baru nak datang tengok, kan." Mummy menerangkan secara panjang lebar.
Fina mengangguk faham. Mak Yam yang selesai menyediakan air mula menghidangkan air dan beraneka kuih kepada mereka. Mereka mula berbincang secara terperinci mengenai majlis yang bakal berlangsung esok.
Fina sudah membaringkan tubuhnya di atas katil di Bilik Tetamu 3 selesai menunaikan solat Isyak. Berbanding biliknya yang mengandungi sebuah katil bersaiz queen, Bilik Tetamu 3 mempunyai 3 buah katil bujang, dan merupakan bilik tetamu yang terkecil. Bilik tetamu 1 dan 2 perlu dikosongkan untuk saudara-mara yang akan datang keesokan harinya. Mereka merapatkan ketiga-tiga katil bujang tersebut. +
"Wei, tetiba aku berdebar la pula nak tunggu hari esok," Fina merenung siling. Ica dan Syida tersengih lalu mula bersila di sebelahnya.
"Tau pun kau kan? Normal la kalau kau nervous. Kalau kau tak rasa pape, itu yang abnormal tau?" Ica bermain dengan rambut Fina yang dibiar lepas.
"Camne kalau family Fareez tu tak suka aku?" Fina bertanya lagi.
'Risau pula kalau-kalau nanti mereka tak berkenan dengan aku. Tiba-tiba nak batalkan ke. Aduh, malunye.'
"Kau ni, jauh pulak fikir, kan? Takde la. Trust me. His parents are totally lucky enough to have you as their future daughter in-law, tau?" Syida menenangkan Fina.
Sahabat yang sangat disayanginya, yang sentiasa ada di sisinya di saat dia memerlukan teman. Sahabat yang menghargai persahabatan mereka lebih dari segalanya. Fina sememangnya gadis yang baik dan sangat sempurna di matanya. Sejak pertama kali dia mengenali Fina sehingga sekarang, selama hampir 10 tahun mereka bersahabat, Fina tetap Fina.
"Aduh, ni yang aku nak feeling ni. Bukan senang Syida nak puji aku, wei," Fina mencuit Ica.
"Ha'a, ambik la kat kau. Dah nak perasan la tu," Ica mengusiknya.
"Dah la, jom tido. Dah nak dekat pukul 11 ni. Esok majlis penting kau ni." Syida berkata lalu bergerak ke pintu untuk menutup lampu utama sebaik sahaja Ica memasang lampu tidur.
Share this novel