Hampir pukul 3.30 petang barulah mereka meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Sepanjang perjalanan, mereka sekadar berbual-bual kosong dan bergurau-senda. Mereka mula terlena kira-kira setengah jam kemudian. Abang Mie yang bergilir dengan Pak Mat untuk memandu sahaja yang masih sedar. Pak Mat juga nampaknya sudah terlelap bersama-sama mereka yang lain. +
Sedang mereka asyik diulit mimpi, telefon Fina berbunyi. Gadis tersebut yang menetapkan telefon bimbitnya pada getaran sahaja terjaga dari tidurnya apabila perasan telefonnya bergetar, lalu panggilan telefon tersebut dijawab.
"Awak buat ape tu?" Selesai memberi salam, Fareez bertanya.
Fina yang sekadar menjawab panggilan tanpa melihat nama pemanggil terkejut mendengar suara suaminya. Terus segar matanya yang pada asalnya masih mengantuk.
"Atas van lagi ni." Fina menjawab pendek.
"Oh, kengkawan awak yang lain ada sekali ke tu?"
"Ha'a."
"Okay...okay...saya whatsapp je la."
"Sori awak." Panggilan diputuskan.
Kemudian telefon Fina bergetar menandakan mesej masuk. Pantas dibukanya.
Tadi bertolak dr R&R Tapah pkul brape?
-Fareez-
In about 3.30pm.
Sori ek xdpt nk ckp fon atas van.
Nanti kalau slamat sya call lain =,=''
-Fina-
It's ok la, sy fhm.
Dah hampir 2 jam kira nak smpai dah la tu.
-Fareez-
Iyeke? Pantas jamnya dipandang.
Ha'a la, dh pukul 5.30 la.
Kitorg pkat tido td, ni bru trjga lps awk call ;-)
-Fina-
"Aiseh...silap timing la pula," Fareez berkata.
La, iyeke? Sori la ganggu...
-Fareez-
Xde la awak ni.
Lg pn dah nk smpai kn?
Ok la 2, dkat sejam lbih dh pun ktorg tido. Hahahaha
-Fina-
Hahahahahha. Sedap betol tido kn.
-Fareez-
Bukan selalu. ;P
Ptg ni awak dah mkn ke?
-Fina-
Sy kenyang lg, lunch lewat sikit kan tdi.
Byk plak 2 sy mkn =,= +
Nanti mlm la bru mkn puding buah awak
-Fareez-
Ala, apa salahnye mkn byk sikit...Hahaha...
-Fina-
Nanti gemuk la sya.
Xde spe nak ;-p
-Fareez-
Fina tertawa. Ica dan Syida yang baru membuka mata memandangnya hairan, dengan mata kedua-keduanya separa terbuka. Fina pantas mengawal tawanya.
Ala, xpe... Isteri awak nak lg ;-)
Mcm la sya xtau awak tu rajin gi gym kn?
-Fina-
Bibir Fareez menguntum senyum.
Betul ke isteri sya nak lg? Lega hati sy mcm tu.
Eh...mcm mane tau ni?
Ala, setakat 2 or 3x seminggu tu ape sgt la.
Xluak pun, aduh...
-Fareez-
Iye ke? Sy tgok awk maintain je ;-P
Xpe la ek, nanti sy call awak lain.
-Fina-
Okay *.^
-Fareez-
Fareez tersenyum puas setelah mendengar khabar Fina.
Selesai Pak Mat menjawab panggilan dari Puan Kazrina, pandangannya dialihkan ke arah mereka berenam. Kesemuanya telah terjaga, masing-masing dah mula menggeliat sakan, ada yang menenyeh mata yang masih kabur. +
"Puan Kazrina minta kita gi Hotel Indah Permai, Alor Setar. Check-in," Pak Mat berkata.
"Tunggu diorang dulu ke terus check-in?" Zack bertanya.
"Bilik dah booked, korang cuma semak nama korang, pastu terus check-in. Apa-apa taklimat nanti, Puan Kazrina akan maklumkan dekat ketua kumpulan," jawab Pak Mat. Mereka mengangguk faham.
"Abang Mie tau ke tak jalan ke hotel tu?" Joe bertanya.
"Puan cakap, hotel tu dekat-dekat ngan 7E ngan AS-Mart... korang pun tolong tengok-tengok la sama. Aku last datang sini berapa tahun lepas dah pun," ujar Abang Mie.
Setelah hampir lima belas minit kemudian, Syida berkata, "Eh, itu ade AS-Mart. 7E pun ade tu." Jari telunjuknya menunjuk ke arah yang disebutkan.
Abang Mie membelok sebaik sahaja matanya terlihat bangunan-bangunan tersebut. Agak jauh sedikit ke hadapan, kelihatan Hotel Indah Permai. Mereka bersorak gembira, lalu Abang Mie memberhentikan van di kawasan parkir. Barangan masing-masing mula diangkat menuju ke arah hotel tersebut.
Para pelajar yang menggunakan bas nampaknya masih belum tiba. Sebentar sahaja masa yang diambil untuk mendapatkan kunci. Kemudian, mereka mula bergerak ke bilik masing-masing. Bilik Fina, Ica dan Syida bersebelahan dengan bilik Adam, Zack dan Joe. Sebaik sahaja meletakkan begnya di tepi katil, Fina merebahkan badannya.
"Seronoknya dapat baring. Kebas bontot aku duduk atas van lama-lama." Matanya dipejamkan.
"Erm, Fina, kau ngan suami kau tu dah mula bercinta, ek?" Ica bertanya perlahan.
'Serba salah nak tanya sebenarnya tapi sebab nampak lain macam ja, laju lah mulut dia bertanya.'
"Hah? Kau ni takde angin takde ribut, tetibe je. Dah kenape?" Fina membuka matanya lalu memandang Ica tajam. Ica menelan air liur.
'Minah ni bukan boleh sangat.'
"Ish kau ni. Takde la. Aku macam wonder jugak la. Kau tu dah macam orang dilamun cinta jek. Tak pernah-pernah aku nampak perangai kau macam ni selama bertahun-tahun aku kenal kau."
'Dapat whatsapp tersengih-tersengih, dapat call pun seronok semacam je. Mau aku tak pelik?'
"Belum la, kitorang still dalam proses bersahabat gitu. Relax la dulu. Chill... One step at a time." Fina menafikan.
"Hek eleh, malu-malu nak ngaku pulak. Macam la kitorang tak perasan muka bahagia kau bila whatsapp ke cakap telefon ke ngan suami kau tu." Syida yang merebahkan badannya di sebelah Fina pula menyampuk.
"Okay la." Fina bersila menghadap rakan-rakannya sebelum menghela nafas panjang. "Frankly, aku tak tau aku dah mula ada perasaan kat dia ke tak. Tapi, aku dah mula selesa ngan dia. Aku rasa macam concern je kat dia. Well, in matter of fact, he's my husband, right? Apa salahnye yer tak?" Fina menjawab.
"Betullah tu. Maksudnye kau dah dilamun cinta la macam tu," Ica berkata dalam nada puitis. Fina terus mengambil sebuah bantal sebelum dibaling tepat ke wajah Ica.
"Kau tak payah nak berpuitis sangat. Geli geleman tahu? Aku rasa takde la dilamun cinta, baru ade anak benih la kot." Ica dan Syida tertawa mendengar jawapan Fina.
'Sekurang-kurangnya dia tak nafikan.'
"Puan pesan suruh turun lobi pukul 8.00 malam. Ica ke Syida ke, maklumkan boyfie korang, aku malas nak whatsapp Adam," Fina selaku ketua kumpulan memberitahu mereka berkenaan maklumat yang dihantar Puan Kazrina kepadanya. Ica dan Syida mengangguk. +
Selesai sahaja mandi, Fina berjalan ke meja bulat sebelum melabuhkan punggung di kerusinya. Telefon bimbit yang dicasnya tadi diambil sebelum dia menelefon Fareez.
"Awak buat ape tu?" Fina bertanya setelah mendengar Fareez menjawab salamnya.
"Saya baru je sampai rumah dari gim. Awak kat mana ni?" Fareez melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Dalam hotel. Kitorang check in Hotel Indah Permai, Alor Setar dalam pukul 6 petang tadi."
"Oh, berapa orang sebilik?"
"Diorang susun ikut kumpulan. So, saya, Ica ngan Syida la." Fina menjawab sambil tualanya cuba mengeringkan rambut basahnya.
"Oh, ape pulak aktiviti malam ni?"
"Tadi Puan Kazrina pesan suruh turun lobi pukul 8 malam. Then, nanti baru dia inform pape pun."
"Hurm, so... Awak ni dah tido ke belum? Jauh jugak perjalanan tadi kan."
"Tadi dah lama dah tido atas van. Cuma ade jugak la baring-baring atas katil lepas check-in tadi. Lenguh la jugak belakang badan ni, dah lama sangat atas van. Ini pun baru je sudah mandi." +
"Hahaha...biasa la tu, dah jauh kan, memang sakit belakang la." Fareez tersenyum mendengar omelan comel Fina.
"Itulah... Hurm...awak ni japgi jangan lupa makan puding buah yang saya buat tu." Fina berpesan.
"Mestilah. Takde nak lupa punye. Takpe la, saya nak gi mandi dulu la, nak masuk waktu Maghrib dah ni."
"Okay, nanti saya call lain." Selesai memberi salam, panggilan diputuskan.
Fareez tersenyum lalu bergerak ke biliknya.
Fina yang baru selesai berbual, meletakkan telefon bimbitnya di atas katil lalu berbaring di atas katil empuknya. +
"Bahagianya ade suami kan?" Syida yang baru sahaja selesai mandi berkata. Fina sekadar tersengih.
"Kenape? Kau ajak la si Joe tu kawin, baru tau bahagia ke tak."
"Awal lagi la. Joe tu pun student lagi. Macam kau lain la, suami kau doktor, ada karier, ada gaji tetap, boleh sara kau. Kalau aku nak ajak si Joe tu kawin, nak makan ape nanti?" Syida menggelengkan kepalanya.
"Bila fikir-fikir balik, untungkan kau Fina. Awal-awal dulu, bukan main teruk kau tolak, last-last okay juga," Ica yang sedang mengeringkan rambutnya menggunakan pengering rambut berkata.
"Entah la wei. So far, aku tak menyesal terima perkahwinan ni. Tapi, untuk kata aku yakin dengan keputusan aku pun, aku tak boleh nak decide jugak," Fina mengangkat bahu.
"Well, you know what? As long as you're not regretting it, that's great already," Syida berkata. Fina menguntum senyum.
'InsyaAllah aku tak menyesal.'
Kedengaran loceng bilik berbunyi. Fina berjalan ke pintu sebelum membukanya. Ica dan Syida masih sedang bersolek setelah solat. Kelihatan Adam menjengulkan diri di muka pintu. Joe dan Zack berdiri di belakangnya. +
"Wow! Pretty doll," Adam memuji dengan mata yang tidak berkedip.
"Tak perlu nak puji sangat la. Aku pakai simple je pun."
Fina menampar lengan Adam yang suka sangat mengusiknya. Fina sekadar berskirt labuh merah dipadankan dengan blaus separa t-shirt merah jambu berbunga. Tas tangannya yang bertali panjang sudah disangkut di bahu kanannya.
"Mana diorang?" Joe bertanya apabila melihat Fina sahaja yang keluar dari hotel tersebut.
"Kau takyah nak buat muka frust sangat la dah tak nampak girlfriend kau. Diorang tengah bersolek sakan la, dah nak jumpa boyfie tercinta kan," Fina tersengih nakal.
"Mengada lak kau ni Fina kan, kitorang pakai light je pun," Ica yang sudah melangkah keluar bersama Syida mendengus geram.
Mereka mula bergerak menuju ke lif selesai pintu bilik ditutup. Kelihatan ahli kumpulan 2 juga sedang menunggu lif untuk turun.
"Oit, Fina. Korang pun baru nak turun?" Yana menegur Fina.
"Iyela, Syida dengan Ica la bersolek lama sangat. Mentang-mentang nak date ngan pakwe tercinta kan," Fina masih mengenakan mereka.
"Korang ni kan, dari sekolah menengah sampai sekarang, ish...ish...ish...Insaf-insaf la kawan-kawan..." Yana yang bersahabat dengan mereka sejak sekolah menengah turut mengenakan mereka.
"Kau ni baik sikit," Ica mencuit Yana menyebabkan gadis itu tertawa.
Pintu lif terbuka, namun melihatkan lif yang agak sesak, mereka membiarkan sahaja lif tersebut, namun Zati pantas menarik tangan Zakiah masuk. Kelihatan mereka menjeling tajam ke arah Fina dan Adam sebelum pintu lif tertutup. Fina melepaskan keluhan berat, ternyata rimas dengan situasi tersebut.
"Fina, sorilah pasal dia tu." Yana memohon maaf.
"Takpe. Nak buat macam mane dah dia salah faham. Biar je la," ujar Fina.
"Itulah, aku dah cuba cakap kat dia, banyak kali aku slow talk, aku kasi tahu la kau ngan Adam kawan baik daripada dulu lagi, dia tak nak dengar. Pastu aku dapat tau yang si Zakiah tu gitau dia pasal Adam confessed kat kau dulu, itu yang dia bengang gile tu," Yana menjelaskan.
Zakiah yang menyimpan dendam terhadap Fina sejak sekolah menengah kerana cintanya ditolak oleh Adam dahulu sememangnya tidak sebulu dengannya. Ada sahaja yang dia tak puas hati, walaupun Fina sentiasa mengalah sebab malas nak kisah.
"What?" Adam yang terdengar pantas menyampuk.
'No wonder la. Bodoh punye pompuan.'
"Kau ni pun satu Adam. Zati tu boleh tahan kepala angin, kau tahu? Aku ngan Yana asyik kena fire je ngan si Zati tu tiap kali ade group discussion. Bro, kau explain la betul-betul kat dia. Kitorang yang asyik kene hadap ngan dia pun boleh giler tau?" Farhan yang merupakan teman lelaki Yana dan juga belajar di sekolah menengah bersama mereka berlima berkata.
"Itulah, dia asyik canang macam-macam je pasal kau, Fina. Seriously, macam-macam dia bawak cerita pasal kau. Ikut hati aku yang panas ni, memang aku macam nak tukar group je tapi sebab Paan ni nak sama kumpulan dengan diorang dua ni la, yang aku sabar giler ngan minah dua ekor tu," Yana menjuihkan bibir ke arah Syarif dan Farid yang sekadar tersengih.
"Tapi, frankly la kan, macam mana la kau boleh sangkut dengan Zati tu dulu pun aku tak faham. Kalau cantik tu, ada la sikit-sikit, walaupun korang-korang yang lain cun lagi," Farhan berkata sambil tangannya menunjuk ke arah ketiga-ketiga gadis yang sudah tertawa sebelum lengannya ditampar Yana, lalu dia menyambung, "tapi perangai dia...sumpah horrible."
Mereka semakin tertawa mendengar kata-kata Farhan. Pintu lif akhirnya terbuka lagi. Melihatkan ruang lif yang kosong, mereka melangkah masuk.
"Kalau kau pelik, aku sendiri pun tertanya-tanya sebab ape aku terima je dia dulu," Adam menjawab setelah pintu lif tertutup.
"Kau terima? La, bukan kau yang ajak? Dia yang ajak kau couple? Like seriously?" Yana bertanya laju.
"Habis tu? Muka aku ni jenis muka nak tackle orang ke? Fina ni je yang pernah aku ajak, tu pun kena reject. Dah dia ajak, aku pulak single, terima je la," Adam menjawab selamba. Mereka tertawa. +
"Seriously?" Yana menggelengkan kepalanya.
"Entah pape la kau ni Adam," Zack pula menyampuk. Pintu lif terbuka, lalu mereka bergerak ke lobi. Kelihatan Puan Kazrina mula mengira bilangan pelajar.
Share this novel