Seawal pagi Sabtu, Fina dan rakan-rakan biliknya sudah siap menunggu di ruang lobi. Usai menunaikan solat subuh pada pukul 7 pagi (masing-masing terlajak bangun), mereka terus berjalan-jalan di luar hotel, konon-konon nak ambil udara segar. Setengah jam kemudian, mereka kembali ke hotel dan mula mengambil giliran untuk mandi. Fina dan Yana mengambil tugasan membakar roti menggunakan pembakar roti yang disediakan hotel serta membancuh air. +
Kebanyakan pelajar keluar makan di warung atau pun di kafe hotel, namun mereka berempat sekadar bersarapan di bilik. Pelawaan makan di luar oleh Adam dan rakan-rakannya ditolak. Fina dan rakan-rakannya sudah 15 minit menunggu di ruang lobi namun masih belum kelihatan wajah-wajah yang keluar bersarapan di luar itu.
"Korang makan ke tebar roti canai?" Pedas Yana menyindir kawan-kawan lelaki termasuk teman lelakinya yang baru terkoncoh-koncoh berjalan ke arah mereka.
"Dah tahu nak makan kat warung, bangun awal la cik abang oi." Ica pula menambah.
"Dah pukul 8.30 baru nak terhegeh-hegeh gi warung, memang lambat la." Fina memberi jelingan maut ke arah mereka yang sekadar tersengih seperti kerang busuk.
"Korang punya ayat memang hiris giler la. Sorry la wei. Kitorang ni bukannya nak cukup kalau setakat makan roti bakar tuna macam korang ni. Alamatnya tak sampai tengahari dah kebulur." Adam menggaru-garu kepalanya.
"Sebab tu aku suruh bangun awal. Nak sangat sambung tido lepas Subuh, memang terbabas la." Fina mencekak pinggang. "Mujur baru 9.10 am, and Madam macam cool je lagi. Memang mintak habuan je korang ni kan." Kepalanya digeleng-geleng tidak berpuas hati.
"Maknanya madam tak kira lagi la? Fuhhh...selamat..."Joe menghela nafas pendek, sebelum disiku Syida.
"Mujur je tu. Awak ni..." Syida merengus geram.
"Macam ni la. Esok korang breakfast ngan kitorang, barulah potensi nak lambat tu kurang." Farhan mencadangkan.
"Fine. Esok kitorang keluar sekali. Cun?" Fina menunjukkan ibu jarinya.
"Kau memang sentiasa cun Fina." Adam menungkas sebelum laju sahaja Fina menyikunya. "Kau, diam. Tu madam dah panggil." Tanpa menghiraukan senyuman nakal Adam, Fina bergerak bersama rakan-rakannya.
'Kalau dah namanya Adam, bukannya boleh layan sangat.'
Tepat jam 9.30 pagi barulah bas dan van bergerak keluar dari kawasan hotel. Setengah jam kemudian, rata-rata pelajar termasuklah Fina dan rakan-rakannya sibuk mengambil video dan gambar pemandangan suasana padi sebaik sahaja mereka memasuki kawasan perkampungan. Jelas keceriaan dan keterujaan di wajah masing-masing melihat kawasan padi yang kebanyakannya sudah menguning. Ada juga kawasan yang masih menghijau. +
"Eh memang tak sama ke masa padi tu masak?" Ica bertanya.
"Memang dak pon." Pak Mat yang memang berasal dari Kedah bersuara. "Ada yang dah masak, tunggu nak menuai. Ada yang baru dok kaler hijau. Memang tak sama. Ikut tempat jugak."
"Ooooo..." Masing-masing mengangguk perlahan.
Beberapa minit kemudian, van yang dinaiki mereka berhenti di sebuah kawasan yang lapang, diikuti van yang lain dan bas.
"Pi tunggu bawah pokok tu. Tadi madam pesan suruh pi berkumpui kan?" Pak Mat memberitahu sebaik enjin van dimatikan.
Kelihatan Puan Kazrina dan beberapa orang pensyarah yang mengikuti lawatan mereka sudah menunggu para pelajar berkumpul di bawah pokok di kawasan lapang tersebut. Sebaik sahaja kelihatan bahawa para pelajar sudah memenuhi kawasan lapang tersebut, Puan Kazrina bergerak ke hadapan.
"Now is already 10.15 am. Well, since we're stucked in jammed earlier, so it took longer time. You're given permission to do anything you want like taking pictures or videos anywhere you want around here. BUT!" Puan Kazrina menekankan. "Tolong sedar yang kita di tempat orang. Mind your behavior as you're here as our college's students. Anything you did will reflect on our college. Don't be too excited that you do any stupid things. Okay?" Melihat anggukan dari para pelajar, dia menyambung. "Gather back at here before 12.30 pm. Don't be late. Or you're not gonna have lunch. So have fun!" +
Para pelajar mula berpecah mengikut haluan masing-masing. Ada yang bergerak ke kawasan padi yang lapang, ada yang ke pondok tempat berteduh, ada yang berjalan ke kawasan perumahan yang berdekatan untuk mengambil gambar rumah-rumah papan. Kelihatan sinar keterujaan di wajah masing-masing yang sudah lincah tangan mengambil gambar dan video.
Kelihatan sebilangan pelajar sudah mengambil tempat berteduh di bawah pokok manakala selebihnya sedang berjalan di atas batas sawah padi, bergerak ke tempat berkumpul. Fina menggelengkan kepalanya melihat beberapa orang pelajar lelaki yang sedang mengusik rakan-rakan perempuan, seolah-olah nak menolak ke dalam sawah padi. Pelajar-pelajar perempuan tersebut mulalah galak menjerit-jerit sambil tertawa nyaring, konon-konon takut ditolak. +
'Budak-budak sangat.'
Pegangan Adam pada lengannya yang berlapik baju dari arah belakang mengejutkan Fina yang juga sedang meniti di atas batas sawah padi. Pantas dia mengalihkan pandangan ke arah Adam yang sudah tersenyum nakal.
"Kau jangan dok gatal nak buat perangai budak tak sekolah ek? Kalau kau buat perangai tak semenggah tak macam budak degree macam diorang tu, aku yang humban kau masuk dalam sawah padi." Amaran keras diberikan.
'Nak melawak pun agak-agak la. Bukannya budak 10 tahun.'
Pantas pegangan Adam pada lengan Fina dilepaskan.
"Sori sori. Ala kau ni, aku nak gurau je. Chillex laaa..." Adam menarik muka masam.
'Nak melawak pun tak boleh.'
"Nak gurau tu boleh, tapi bagi kena tempat la cik abang oi." Fina yang akhirnya melangkah keluar dari batas sawah menghela nafas lega.
'Mujurlah takde aksi jatuh dalam sawah padi. Tak pasal je.'
"Iye la cik adik sayang oi."
Fina mengalihkan pandangan ke arah para pelajar yang sudah berkumpul. Malas nak melayan kerenah Adam yang semakin menjadi-jadi. Terngiang-ngiang kata-kata Yana perihal Adam sebelum ini.
'Ahhhh. Malasss nak fikir.'
Kelihatan Puan Kazrina dan pensyarah yang lain sudah tiba di tempat berkumpul.
"Awal korang berkumpul. Baru pukul 12.15 pm, bosan ke?" Puan Lili bertanya beserta senyuman nakal.
"Alaaaa madam." Seorang pelajar lelaki menjawab. "Agak-agak la. Dah tengahari terik macam ni, sape je tahan nak bergambar tengah-tengah alam tu?"
"Entah madam ni, Kalau redup rasanya, bersepah lagi pakat ambil gambar kat tengah sawah padi tu. Bukan selalu boleh datang." Seorang pelajar wanita pula menyahut.
Para pensyarah sudah tertawa kecil melihat omelan para pelajar.
"Tahu pun? Tu la, pagi tadi sape suruh lewat turun?" Prof Ishak memerli.
"Kitorang turun awal jer. Budak laki la yang lewat tu." Seorang gadis menjawab, disahut beberapa orang rakan-rakannya yang bersetuju sebelum kedengaran pula suara tidak berpuas hati dari beberapa orang pelajar lelaki kerana dituduh.
"Silence..." Puan Kazrina bergerak ke hadapan. Sebaik suasana sedikit tenang, dia menyambung. "That's why I told all of you to gather on time. So you could understand now right?" Melihat anggukan dan sahutan mengiyakan, dia menyambung lagi. "Banyak tak dapat gambar?"
"Banyak la jugak. Tapi macam ada yang tak puas hati sangat la. Macam tak cukup je lagi." Farhan yang menggantung kamera DSLR menjawab.
"Anyone that feels that the pictures or videos taken are not enough yet, please do raise your hands. Be honest since this is for your mini project and for the flow of our tentatives." Melihatkan bilangan pelajar yang mengangkat tangan jauh lebih ramai, Puan Kazrina mengangguk. "Okay then. Actually we're going to have lunch first to fill up our stomaches. Then we'll go to nearby masjid to perform solah. Jangan lupa terus solat jamak okay? Then we'll go to paddy museum. And on evening till dusk, we'll go to other paddy fields to take pictures again, okay? Any objection?" Rata-rata pelajar mengangguk kepala berpuas hati dengan tentatif yang disebutkan.
"A warning here guys. As I said earlier, behave yourselves. Tadi I saw a few students were playing around, acah-acah nak tolak bagai. If any of you accidentally fell into the paddy fields because of playing around, I'll deduct your marks for this new mini project in advance. Okay dears?" Matanya merenung ke arah-arah beberapa orang pelajar yang kelihatan bermain tolak-tolak tadi yang masing-masing sudah kelihatan cuak.
"Get into your vans and bus, we're gonna filling up our stomaches."
Semua pelajar terus bergerak ke arah kenderaan masing-masing. Tuntutan perut yang sudah berkeroncong perlu ditunaikan. +
"See?" Fina menyiku Adam. "Nyaris-nyaris markah kita nak kena tolak tadi."
Adam sekadar tersenyum kambing.
"Okay. My bad."
Aktiviti sepanjang hari berjalan mengikut tentatif yang ditetapkan meskipun berlaku sedikit perubahan masa. Selepas sejam lebih berada di muzium padi dan beberapa jam di kawasan sawah padi, mereka akhirnya pulang ke hotel. Hampir maghrib barulah mereka tiba di kawasan hotel dengan masing-masing kelihatan penat setelah sepanjang hari berada di luar. +
"Listen to me." Puan Kazrina menepuk tangannya kuat bagi menarik perhatian para pelajar yang kelihatan sudah mula ingin beransur naik ke bilik masing-masing. "Malam ni pun cuma acara bebas, terserah la korang nak buat apa. But, I advise you to get enough sleep since tomorrow we're gonna go out early. 7 am here already." Kedengaran suara-suara tidak berpuas hati dari para pelajar.
"Silence guys!" Seorang pensyarah lelaki menguatkan suaranya.
'Orang tak sempat nak cakap habis dah banyak bunyi je bebudak ni.' Kepalanya digelengkan dengan riak tak puas hati.
"Memang awal, I know. But, korang nak ke tak nak take pictures after the dawn? No worries, I'm not gonna force you. Subuh pukul 6 dah masuk, so solat and get ready down here. If any of you doesn't feel like doing so, it's okay. Tido je la. Sebab dalam pukul 10 kita dah sampai balik hotel. Check out pukul 12, so kalau korang nak terus tido sampai pukul 12 pun takpe. Atau korang balik pukul 10 tu sambung je tido. The choice is yours. Sape lambat, kita tinggal. So again, 7 am on the dot." Puan Kazrina menekankan sebelum berlalu pergi bersama pensyarah-pensyarah yang lain. Para pelajar mula beransur naik sebaik arahan jelas diterima.
"So how?" Soalan yang terlahir dari mulut Adam, menyebabkan Fina mengerling tajam.
"Seriously Adam?" Fina mencekak pinggang. "We're going la. Boleh tanye pulak."
Adam tersengih. "Yeee, agak dah." +
"Jom la gi beli makan dulu kat luar. Bungkus je balik bilik. Aku penat tapi mesti lapar karang. Memang tak laaa nak keluar pulak." Yana bersuara.
"Kitorang yang gi beli je la. Korang nak ape? Karang kitorang hantar je gi bilik." Farhan menawarkan, menyebabkan masing-masing tersenyum.
"Ini yang sayang lebih ni." Yana tersengih.
"Kan..." Adam menambah.
"Kau jangan nak mengada. Aku offer kat ladies je. Korang kena gi ngan aku la." Farhan menegaskan. Berubah balik reaksi muka rakan-rakan lelaki.
'Ceh. Ade pulak macam tu.'
"Cis. Tak guna punya kawan." Adam mengutuk perlahan.
"Alang-alang tu korang beli la roti sama ek? Tak sempat nak keluar makan warung la esok." Fina memesan.
"Okayyy. Whatsapp aku korang nak ape nanti tau, Fina?" Adam berkata sebelum berlalu pergi bersama-sama rakan-rakan lelaki yang lain.
"Sureeeeeee."
Selesai menunaikan solat, Fina sudah bersedia untuk tidur. Rakan-rakannya yang lain masih sedang menonton rancangan televisyen namun bagi Fina yang kurang menonton, dia sekadar berbaring di atas katil menghala ke arah sliding door. Matanya hampir terpejam ketika telinganya menangkap bunyi telefon bimbitnya berbunyi. Laju sahaja tangannya mengambil telefon yang diletakkan di meja kecil sebelah katilnya. +
"Assalamualaikum..." Kedengaran suara lelaki di gegendang telinganya, menyebabkan Fina tersenyum.
"Waalaikumussalam." Salam dijawab perlahan, sengaja dikawal supaya kawan-kawannya tidak perasan, walhal mereka semua sudah terdengar bunyi telefonnya sebentar tadi.
"Nak tido dah ke?" Fareez bertanya sebaik terdengar suara mengantuk Fina.
"Ha'a. Dah baring ni, biasalah letih sikit hari ni."
"Ohhh...Takpe lah macam tu. Sori ganggu." Serba-salah Fareez menuturkan.
"Ish...awak ni. Takpe je." Fina tertawa kecil. "Makan ape je tadi?"
"Urm...Tadi saya panaskan habis semua lauk awak yang ada lagi. So, alhamdulillah kenyang. Then, ni baru sampai rumah. Baru habis operation, tu yang baru dapat call awak. Tengok-tengok orang tu dah nak tido..." Sengaja Fareez meleretkan suaranya, menyebabkan Fina tertawa lagi.
"Alaaaa...Boleh je bual sikit-sikit ni."
"So, how's today?" Fareez berbaring di sofa, tersenyum mendengar suara gadis tersebut.
"Okay je. Everything were just great. Pagi tadi gerak gi sawah padi, then gi muzium padi. Pastu petang ke kawasan sawah padi tempat lain pulak sampai maghrib. Terus balik hotel lepas tu. Malas dah nak keluar, penattt..." Fina menjelaskan. Tangannya memeluk kejap bantal sambil matanya memandang langsir.
"Ohh... I see. Makan cukup tak hari ni?" Fareez mengusik.
"Mestiiii lahh. Fina kot. Ade lak kurang makan."
"Malam ni pun dah makan ke? Or diet?" Fareez menduga.
"Malam ni tak dapat nak diet. Lapar sangat." Fina mengeluh kecil. "Tadi mintak tolong Adam belikan, makan kat bilik je."
"Adam?" Fareez tersentak mendengar nama lelaki yang pernah menelefon Fina tersebut.
"Iye. Alaaaa...one of my friends since high school. Bebudak laki yang tolong beli tadi sebab kitorang terus balik bilik." Selamba Fina menjawab tanpa menyedari apa yang Fareez rasakan.
"Oh."
"Okay la Fareez. Mata saya dah barely open je ni. Esok lepas Subuh nak kena gather kat lobby dah sebab nak kena gi sawah padi lagi. So, let's talk tomorrow pulak, okay?" Fina sudah menguap, menyebabkan Fareez tersenyum sendiri.
'Ngantuk sangat la tu.'
"Okay la. Good night. Sweetdream."
"Niteeee." Fina terus terlelap sebaik sahaja kedengaran suara Fareez memberi salam.
"Who's exactly is that Adam?" Fareez menghela nafas panjang, cuba mengurangkan rasa kurang selesa yang hadir tanpa dipinta. Walaupun dia menafikan, namun dia sedar ada sekelumit rasa istimewa yang dirasakannya buat gadis tersebut.
Seawal pukul 7.30 pagi hari Sabtu, mereka sudah berada di kawasan sawah padi. Mujurlah masing-masing memakai baju yang agak tebal memandangkan cuaca yang agak sejuk kerana kelihatan seperti hendak hujan.
"Cuaca pagi ni sebenarnya diramalkan akan hujan tapi sebab kita dah nak balik hari ni so there's no choice la. Korang boleh mula take pictures and videos since I'm afraid that it's gonna rain soon." Puan Kazrina memberi taklimat sebelum berlalu pergi.
"Sumpah sejuk." Ica memeluk badannya.
"Ha'a. Tak tipu..." Syida turut memeluk tubuhnya.
"Sejukkk nakkk matiiii..."Yana pula menyahut.
"Jom la start. Takut pulak aku kalau hujan. Letih je bangun awal." Adam mula memegang DSLRnya.
"Awal sangat Adam." Fina yang sekadar memakai sweatshirt memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket sisi baju. 'Dah berapa lama dah subuh, ape yang awalnye?'
"Aku ambik gambar kau karang."Adam menggertak sebaik melihat wajah mencebik gadis tersebut, jelas-jelas memerlinya.
"Ngade. Tak payah nak menggatal. Cepatlah, jom gi ambik gambar. Kalau hujan nanti, tak pasal je." Fina menarik hujung lengan baju jejaka yang sudah tersenyum kambing.
"Yes ma'am."
Sebaik sahaja check-out dari hotel tepat pada pukul 12 tengahari, mereka terus menuju ke Pekan Rabu untuk membeli barang. Biasalah, dah namanya ke Alor Setar, itulah tempat persinggahan wajib.
"Sekarang dah pukul 1. Korang gi la nak shopping ape pun. Pukul 2 dah berkumpul dekat van dan bas masing-masing. Jangan lambat sebab kita nak gi makan dan solat. Lepas tu dah nak terus balik." Semua mengangguk mendengar arahan yang diberikan Puan Kazrina.
"Jom la gi beli barang-barang masak. Mak aku ade pesan macam-macam. Ikan kering la, pekasam la, tempoyak la, dodol la." Ica membebel.
"Ade ke semua tu?" Syida terkebil-kebil.
"Ade je aku rasa. Jom la kita round tengok. Kalau ade, kita beli je la. Aku pun ingat nak beli la ape-ape bawak balik." Fina membetulkan tali beg tangannya.
"Nak bawak balik untuk hubby tercinta ke?" Yana yang baru tiba berbisik di telinganya menyebabkan Fina mencuitnya laju.
"Yana! Kau ni!" Fina pantas mengalihkan pandangan ke arah rakan-rakan lelaki yang sudah bergerak jauh ke hadapan.
"Kau ni Fina. Relakslah. Jauh dah diorang tu, takde nak dengarnye kita cakap ape." Yana sudah mengekek ketawa, lucu melihat wajah cuak sahabatnya itu.
"Mujur dah jauh."
"Itu laaaa...Benda baik jangan disorok..." Yana sempat mengenakannya. Ica dan Syida sekadar tersengih mendengar kata-kata Yana.
"Nanti aku gi tau la semua orang. Just not now. Time dah habis degree and nak graduate nanti, aku buat la kenduri kesyukuran ajak kawan-kawan kita. But not now la." Fina menjelaskan perlahan.
"Seriously la Fina? Lagi satu sem kot nak habis. 7 bulan lagi baru kita nak graduate. Lambat giler." Yana tidak bersetuju.
'Memanglah Fina cakap dia perlukan masa, tapi kalau dah sampai 7 bulan lebih baru nak kasi tahu, lama sangat tu.' +
"Takde la sampai hari graduation baru aku nak kasi tahu. At least lepas kita habis study je la." Fina membetulkan kenyataan rakannya.
"Pandai je kau. Habis study lagi 6 bulan la. Apa bezanya 7 bulan dengan 6 bulan sayang?" Yana menggelengkan kepalanya.
"Sebulan beza okay? 4 minggu, 30 hari..." Belum sempat Fina menghabiskan ayat, Yana memintas.
"Ha'a kan. Kau gi la darab pulak dengan jam, minit, saat kan? Benci betul cakap ngan minah sorang ni." Yana sudah menunjukkan muka tidak berpuas hati menyebabkan mereka bertiga yang lain tertawa.
"Well, it's Fina we're talking about. What do you expect?" Ica memeluk bahu Syida yang sudah terangguk-angguk bersetuju di sebelahnya.
"Alaaa kau ni... Bagi la masa dulu kat aku. Kitorang baru dalam tempoh berkenalan. InsyaAllah lepas 6 bulan nanti kitorang dah makin kenal hati budi masing-masing, kitorang heboh la." Fina menjelaskan.
"Iye la kau. Karang dah bunting, perut membulat baru tahu gelabah. Teruk nak cover baru tahu." Fina terus merona merah mendengar kata-kata Yana tersebut.
"Ish kau ni!" Lengan gadis itu ditampar lembut. "No pregnancy before graduation!" Terkebil-kebil mata ketiga-tiga rakannya sebaik terdengar kata-katanya.
"Serious ke kau kasi tahu Fareez macam tu?" Syida bertanya.
"Urm..." Fina menggaru-garu kepalanya sambil kaki sudah mula mengorak langkah diikuti mereka bertiga. 'Terlepas cakap la pulak.'
"Kinda..." Terus terlopong mereka bertiga.
"Nak pulak Fareez tu dengar cakap kau?" Ica pula bertanya.
"Alaaaa. Kitorang kan dalam proses bersahabat. Relaks laaa. Dia boleh je terima, so it means that he understands me la. Aku dah explained everything kat dia. Lagi pun bukannye aku belakangkan dia ke ape. Aku just mintak dia bagi time and space for me at the moment je. Kalau dah feeling pun takde, pregnant kebendenya." Fina menjelaskan. +
'Aduh, ni yang aku malas kalau sentuh bab bab macam ni. Haih laaa kawannn.'
"Well...Kalau dah kau kata yang dia boleh terima okay la. Aku bukan ape. Fareez tu kacak kalau ikut yang aku tengok wedding albums korang. Kalau dah rupa ada, kareer ada, mesti ramai yang berkenan kan. Aku takut kau je gigit jari nanti. Perempuan sekarang bukannya boleh caye, laki orang pun diorang bedal." Selamba Yana berkata menyebabkan raut wajah Fina berubah.
"Kau ni, jangan la cakap macam tu." Fina menghela nafas berat.
Yana tersengih sebelum pinggang Fina dipeluk.
"Well, rugi la kalau macam tu sebab wife dia ni dah cukup cantik. Alaaa, aku nak ingatkan je takut kau terlupa. Zaman sekarang ni susah dah nak cari lelaki yang setia kat seorang perempuan. Tapi kau pandai-pandai la yer..." Seiring mereka berjalan ke arah Adam dan kawan-kawan lain yang sudah menjerit memanggil.
Ica dan Syida sekadar tersengih di belakang.
'Kan dah kena warning ngan Yana. Baru sedar sikit...'
Share this novel