Hampir jam 2.15 petang, mereka bertiga tiba di Butik Pengantin Aine. Boleh tahan gah butik tersebut. Maklumlah, butik tersebut biasanya mendapat tempahan dari kalangan orang ternama. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, kelihatan Mummy dan Mama sedang berbual mesra di satu sudut. Fina bergerak ke arah mereka sambil diikuti Ica dan Syida di belakang. +
"Oh, dah sampai dah Fina & The Gang." Mummy tersenyum. Mereka mula menyalami Mama dan Mummy.
"Ha'a, dah kelas batal kan. Itu yang free petang ni. Malam ni pula baru ada kelas," Fina memaklumkan. Mummy dan Mama mengangguk tanda mengerti.
"Jom la kita gi sana. Boleh mula bincang," Mama mengajak.
Mereka bergerak ke satu sudut yang menempatkan sebuah meja bulat yang agak besar dan terdapat beberapa buah kerusi mengelilingi meja. Sebaik sahaja mereka mengambil tempat, kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 30-an melangkah sambil tersenyum ke arah mereka.
"Datin, dah boleh mula?" wanita tersebut bertanya sebaik sahaja mereka bersalaman.
Mama mengangguk. "Kenalkan, ini wedding planner. Adik Mama, Auntie Milah takde. Dia ade kursus kat New York. Minggu depan baru balik. So, kalau ada apa-apa, just informkan Kak Ti ni."
"Ha'a, akak uruskan bab majlis kahwin. For dress, nanti Kak Di yang uruskan. So, kita mulakan ye, Datin?"
Sebaik sahaja melihat anggukan dari kedua-dua orang datin tersebut, Kak Ti mula menunjukkan album. +
"Kalau ikut, datin kata yang majlis akan diadakan di dewan kan? Cuma akad nikah di rumah? So, untuk Datin Nora, for pihak perempuan, kitorang akan uruskan untuk di dewan dan di rumah. Untuk Datin Balqis pula, cuma nak hiaskan dewan kan?"
Setelah memastikan maklumat yang diterima benar, dia menyambung, "Sekarang kita mulakan dari pihak perempuan dulu. Dari keterangan datin sebelum ni, saya dapat lihat yang datin nak tampilkan tema alam. Tema alam pula terbahagi kepada beberapa skop, sama ada nak tampilkan hijau, biru, atau putih? Kalau hijau, hiasan nanti akan cuba tampilkan suasana di taman...hutan... Kalau biru pula, kita boleh cuba bangkitkan imej laut... pantai... Kalau putih, kita akan cuba tonjolkan imej awan... langit... Mungkin berbunyi pelik sedikit, tapi datin dan cik boleh tengok sendiri contoh-contoh hiasan dalam album ni supaya lebih jelas."
Sebuah album dihulurkan kepada kedua-dua datin, manakala sebuah lagi dihulurkan kepada Fina, Ica dan Syida. Fina mula membelek album tersebut.
'Wah, memang cantik!'
Seperti yang dimaklumkan Kak Ti, apabila warna hijau ditampilkan, dewan dihias supaya kelihatan seperti taman. Terdapat batu-batu beraneka warna dan bentuk menghiasi laluan yang bakal dilalui pengantin, dan terdapat pokok-pokok bunga di tepi. Di muka pintu dewan pula, dihiaskan dengan tumbuhan-tumbuhan menjalar, dan bunga-bungaan. Para penyambut tetamu berpakaian hijau putih dan memakai aksesori bunga-bungaan di kepala. Memang bangkit imej hijau tersebut.
Apabila tema warna biru pula ditampilkan, terdapat imej laut dan pantai. Laluan pengantin menggunakan lantai berkarpet biru, manakala di tepian terdapat warna putih keemasan pasir, kemudian terdapat beraneka cangkerang di atas pasir tersebut. Jika tadi menggunakan pokok bunga, kali ini menggunakan pokok kelapa pelbagai saiz. Penyambut tetamu pula berpakaian biru putih dan beraksesori menggunakan cangkerang. Di pintu masuk, dihiaskan menggunakan pokok kelapa. Susunan tersebut membangkitkan suasana ala-ala Hawaii.
Album diselak lagi. Kali ini, kelihatan pula tema putih, dimana merupakan tema awan dan langit. Berbanding tema hijau dan biru yang cuba membangkitkan tema alam, tema putih ini lebih berkonsepkan fantasi. Laluan menggunakan karpet putih, manakala di tepian terdapat hiasan yang tergantung daripada tali yang diikat pada kedua-dua tiang penghujung. Hiasan-hiasan tersebut terdiri daripada bintang, bulan, matahari, awan dan burung. Penyambut tetamunya pula memakai pakaian putih dan aksesori daripada ropol, riben dan kain seperti kapas. Memang semuanya menarik perhatian. Fina kembali menyelak album tersebut.
'Tema apa ya?' +
"Macam mana datin? Cik?" Kak Ti mula bertanya sebaik sahaja melihat mereka sudah habis menyelak album tersebut.
"Macam mana Fina? Kalau ikut Mummy, semua Mummy berkenan. Cantik betul, tapi Fina yang nak kahwin. Fina prefer yang mana?"
"Erm...honestly, Fina berkenan je semua. Tapi, rasanya Fina berminat dengan konsep taman ni. Fina kan green lover?" Fina tersengih. Mummy dan Mama mengangguk bersetuju.
"Okay... bagaimana dengan meja pengantin? Cik nak warna macam mana? Saya cadangkan menggunakan warna putih tetapi dibangkitkan warna hijau dan bunga-bungaan di sisi meja, barulah lebih naik imej taman tersebut," Kak Ti berkata.
"Erm, okay. Meja pengantin ikut cadangan Kak Ti tu. Tapi meja tetamu nanti gunakan warna hijau lumut, sebab rasanya lebih cantik kalau hiasan meja pengantin guna hijau pucuk pisang, kan?" cadang Fina. Kak Ti mengangguk, lalu mula menulis di dalam buku notanya.
"Bagaimana dengan penyambut tetamu?"
"Penyambut tetamu, Fina rasa dah okay macam ni." Kak Ti mengangguk lagi.
"Untuk bersanding pula?" Fina memandang Mummynya.
Dia sudah memberi idea untuk bahagian lain tadi, jadi biarlah Mummynya yang tentukan untuk bahagian persandingan, dia tak kisah. Mengerti dengan pandangan Fina, Mummy menunjukkan satu set tempat bersanding kepada Kak Ti.
"Tempat bersanding nanti dekat dewan."
Selesai sahaja menguruskan untuk pihak perempuan, mereka berbincang mengenai pihak lelaki pula.
"Datin Balqis pula, nak tema winter kan?" Kak Ti bertanya. Mama mengangguk mengiyakan.
"Fina, Mama dah bincang awal lagi, maklumlah bersemangat nak sambut menantu. Ini contoh yang Mama berkenan tu," Mama menunjukkan beberapa gambar.
Tema tersebut serba putih yang dibangkitkan dengan warna krim. Lantai dihiasi dengan kapas-kapas putih, dan terdapat bola-bola kristal disusun di tepi. Di pintu masuk, disusun pokok-pokok Pine, membangkitkan suasana di negara Eropah. Laju sahaja Fina bersetuju.
'Pergh, boleh tahan juga imaginasi ibu mertuanya ini.'
"Okay, dah puas hati dengan plan ni? Sekarang Kak Di pula yang akan uruskan bab pakaian. Terima kasih atas kerjasama," Kak Ti tersenyum, lalu bergerak ke sudut lain.
Kelihatan seorang wanita yang sebaya Kak Ti datang memperkenalkan diri. "Saya Di. Boleh kita mulakan dengan pemilihan pakaian?" Laju sahaja dia bertanya. Sebaik sahaja melihat anggukan tanda bersetuju, dia mula menghulurkan album. +
"Tadi Ti dah kasi tahu konsep hijau dari pihak perempuan dan konsep Winter, putih dari pihak lelaki. Sekarang, kita mulakan dari pihak perempuan. Untuk konsep hijau, saya cadangkan pakaian tersebut menggunakan kain dari warna hijau yang pelbagai tona. Cik dan datin boleh la tengok dulu dress mana yang berkenan." Kak Di meminta diri. Beberapa minit kemudian, Kak Di kembali.
"Macam mana? Dah ada yang berkenan?" Kak Di memandang Fina.
Sebaik sahaja melihat anggukan Fina, Kak Di tersenyum. "Yang mana satu?"
"Fina berminat dengan dress ni." Fina menunjukkan satu gambar pakaian.
Pakaian tersebut merupakan baju kebaya moden menggunakan kain berwarna hijau lumut sebagai baju dan kain berwarna hijau pucuk pisang sebagai kainnya. Imej kemelayuan cuba ditampilkan. Mummy dan Mama mengangguk bersetuju.
"Okay, kemudian untuk hari pihak lelaki pula berkonsepkan putih, ini cadangan saya," Kak Di menunjukkan pula album lain dan kembali meminta diri. Beberapa minit kemudian, Kak Di kembali lagi.
"Bagaimana?"
"Saya berminat dengan dress ni. Untuk konsep kehijauan tadi, saya nak tampilkan imej kemelayuan, untuk winter saya berminat dengan konsep Europe."
Fina menunjukkan gaun putih berlengan panjang yang mengikut bentuk tubuh sehingga ke peha dan mula kembang ke bawah. Gaun putih tersebut bersulamkan manik-manik biru yang pelbagai tona membentuk corak yang cantik.
"Tapi saya tak nak terlalu ketat, cukuplah setakat mengikut bentuk tubuh," Fina berkata. Kak Di mengangguk faham.
"Bagaimana dengan pakaian pengantin lelaki?" Datin Balqis dipandang.
"Apa pendapat Fina?" Soalan dialihkan kepada Fina. Datin Balqis memberi pilihan kepada Fina.
'Eh, tak pe ke ikut aku?' Fina tertanya-tanya.
"Erm, kalau ikut konsep hijau tu, sebaiknya baju melayu dari hijau pucuk pisang. Kemudian menggunakan tengkolok dan sampin hijau lumut serta keris. Kalau untuk konsep putih, lebih sesuai menggunakan suit putih." Fina mencadangkan.
'Aiseh, laju pula aku bagi cadangan, takpe ke?'
Mama tersenyum puas hati. Dia dah agak Fina mampu memberi cadangan yang baik.
"Okay, ikut cadangan Fina," Mama memberikan persetujuan. Kak Di mengangguk laju.
"Erm, pengapit pula?"
"Mama, Mummy...Fina dah bincang dengan Ica dan Syida ni. Diorang tak nak jadi pengapit, diorang nak jadi photographer tambahan ngan tukang solek je nanti sebab dua orang kan? Fina ingat nak minta Lin jadi pengapit." Fina menerangkan.
"Eh? Tak pe ke? Ica? Syida?" Mama dan Mummy memandang mereka yang sekadar tersenyum. +
"Ha'a, takpe... Lagipun Ica memang ambil major untuk solekan, Syida pula memang ambil major photographer. Kitorang ni, minor je sama kelas dengan Fina." Ica menjelaskan. Mummy dan Mama mengangguk faham.
"Oh, tak pe la macam tu. Tapi, still, korang ni special untuk Fina. So, takpe la Auntie Qis bagi present je pakaian korang dua hari tu nanti, okay?" Datin Balqis berkata. Serba-salah pula Ica dan Syida.
"Korang setuju la. Anak Auntie si Hafiz ngan Linda dua-dua jadi pengapit, takpe la Auntie bagi hadiah okay?" Mama memujuk.
Perlahan-lahan, mereka mengangguk.
'Malu sebenarnya, tapi siapa yang tak nak? Dapat pakaian free tempahan butik pula tu.'
"Kalau macam tu pakaian korang, korang tentukan la sendiri. Aku cadangkan untuk pengapit je, okay?" Fina mengangkat ibu jarinya, lalu menyerahkan album kepada mereka.
"Okay, macam mana dengan pakaian Linda dengan Hafiz tu?" Mama bertanyakan Fina.
"Kalau ikut Fina, Fina cadangkan untuk tema hijau, diorang pakai baju Melayu dan baju Kebaya moden juga, tapi warna hijau lumut, supaya naik la warna pakaian pengapit. Kitorang dah naikkan warna hijau pucuk pisang kan? Untuk tema putih pula, Fina cadangkan diorang pakai baju warna biru laut. Hafiz tu pakai suit dan Lin dress juga, erm...boleh?" Fina teragak-agak.
Mama sudah tersenyum lebar tanda setuju. Mummy turut tersenyum simpul.
'Boleh pakai rupanya Fina ni, ingat tak nak bagi kerjasama. Mujurlah, laju sahaja bibir anak gadisnya tersebut memberi cadangan. '
"Okay, Mama setuju sangat-sangat, kan akak?" Datin Balqis tersenyum kepada Datin Nora.
"Ha'a, cantik dah tu Fina. Erm, Ica dan Syida pula?" Mummy bertanyakan mereka.
Mereka mula memberikan pandangan mereka tentang pakaian yang mereka berkenan. Selepas Kak Di selesai mencatit semua jenis pakaian yang diingini, dia mula mengambil saiz badan mereka. +
"Erm, Lin, Fiz, ngan Riz tu nanti, esok, atau lusa la diorang datang ambil ukuran. Terima kasih lah Fina, Ica ngan Syida, sudi datang bagi pandangan,"Mama berterima kasih.
"Eh, takde ape la Auntie. Kitorang dapat baju free lagi," Ica tersengih. Mereka tertawa mendengar jawapan spontan Ica.
"Takpe la Mummy, Mama. Kitorang minta diri dulu, malam ni ada kelas lagi," ujar Fina. Selesai bersalaman, mereka pulang ke rumah.
"Wei, jom gi tengok wayang," Zack mengajak. +
Mereka baru sahaja selesai menghantar tugasan terakhir sebelum cuti pertengahan semester. Semuanya berjalan malas sahaja ke tempat parkir kereta.
"Aku malas la, rasa macam nak balik tido je. Letih dah berapa hari stay up semata-mata nak selesaikan tugasan tu,"Fina memeluk lengan Ica di sebelahnya.
"La... Fina... Jom la, kalau kau tak pergi, aku takde geng la. Ica ngan Zack, Syida ngan Joe, aku? Jom la," Adam memandangnya. Sengaja ditayangkan wajah kasihan.
"Malas la aku. Kau ajak la Zati tu keluar ngan kau, dah ada makwe pun boleh ajak aku lagi. Ape la kau ni Adam," Fina berkata malas.
"Kitorang clash dah pun," Adam menjawab selamba. Sahabat-sahabatnya memandangnya dengan riak tidak percaya.
"Clash lagi? Kau ni Adam, kalau couple, paling lama tahan pun 6 bulan, lepas tu putus. Dari sekolah menengah lagi, ape la kau," Ica pantas menyampuk.
"Bukan aku saje minta putus, dia tu mengada sangat. Menyampah gila wei, terhegeh-hegeh. Aku naik rimas la perempuan macam tu, sikit-sikit merajuk, ingat aku ade masa sangat nak pujuk dia?" Adam berkata bengang. Fina tertawa melihat Adam.
"Cool la Adam. Baru makwe, bukan bini kau pun. Kalau bini kau, kau kena la jaga elok-elok, kalau tak, bini kau pun lari," Fina mengenakan Adam.
"Takdenya. Kalau bini aku, aku layan baik punya."
"Cheh, menyampah."
"Kau jangan... Fina. Yang kau menyampah ni la yang kau nak sayang nanti."
"Ha, sudah. Mula nak melalut dah la tu. Jom la, korang kata nak tengok wayang kan? Sebab aku nak tolong kurangkan frust menonggeng yang kau tengah rasa ni Adam, aku ikut sekali, cantik?" Fina mengenyitkan mata.
"Cantik." Adam menunjukkan ibu jarinya. Mereka tertawa.
"Wei, jom gi tengok wayang," Zack mengajak. +
Mereka baru sahaja selesai menghantar tugasan terakhir sebelum cuti pertengahan semester. Semuanya berjalan malas sahaja ke tempat parkir kereta.
"Aku malas la, rasa macam nak balik tido je. Letih dah berapa hari stay up semata-mata nak selesaikan tugasan tu,"Fina memeluk lengan Ica di sebelahnya.
"La... Fina... Jom la, kalau kau tak pergi, aku takde geng la. Ica ngan Zack, Syida ngan Joe, aku? Jom la," Adam memandangnya. Sengaja ditayangkan wajah kasihan.
"Malas la aku. Kau ajak la Zati tu keluar ngan kau, dah ada makwe pun boleh ajak aku lagi. Ape la kau ni Adam," Fina berkata malas.
"Kitorang clash dah pun," Adam menjawab selamba. Sahabat-sahabatnya memandangnya dengan riak tidak percaya.
"Clash lagi? Kau ni Adam, kalau couple, paling lama tahan pun 6 bulan, lepas tu putus. Dari sekolah menengah lagi, ape la kau," Ica pantas menyampuk.
"Bukan aku saje minta putus, dia tu mengada sangat. Menyampah gila wei, terhegeh-hegeh. Aku naik rimas la perempuan macam tu, sikit-sikit merajuk, ingat aku ade masa sangat nak pujuk dia?" Adam berkata bengang. Fina tertawa melihat Adam.
"Fina sayang..." Adam memanggil Fina yang sedang khusyuk menaip tugasan di dalam perpustakaan. Ica dan Syida tidak kelihatan. +
"Kau nak ape hah? Tak perlu nak bersayang-sayang sangat la. Goosebump aku," mata Fina tidak dialihkan dari skrin laptopnya.
"Ala kau ni. Jangan la cold sangat, nanti suami kau pun lari," Adam mengusik.
"Iya Muhammad Adam Haikal, kau nak ape?" Fina mengalihkan pandangan ke arah Adam yang sedang tersengih.
"Aku nak minta tolong ni, boleh?"
"Tolong ape?"
"Kau urut kepala aku jap, sakit gila wei." Adam mengambil tempat duduk, lalu memejamkan matanya.
"Mengada la kau, ni minyak Cap Kapak ade, pakai sendiri." Fina menghulurkan sebotol minyak Cap Kapak bersaiz kecil.
"Kau ni memang hati batu la." Adam mengambilnya lalu menyapukan ke dahinya.
Selesai disapukan, dia meletakkan kepalanya di atas meja beralaskan lengannya. Akhirnya dia terlena. Fina yang sibuk menaip tugasan langsung tidak mengendahkan Adam yang sudah terlena.
Setelah menyiapkan separuh tugasannya, Fina mula menggeliat. Apabila melihatkan jam tangannya yang menunjukkan pukul 3, barulah Fina tersedar yang dia masih belum menunaikan solat Zohor.
"Adam, bangun wei. Kau pun tak solat lagi kan?" Adam tidak bergerak.
"Adam...Adam...?" Akhirnya Adam perlahan-lahan membuka matanya.
Fina terkejut melihat matanya yang merah menyala. Entah kenapa laju sahaja tangannya menyentuh dahi Adam, kemudian lehernya.
"Adam, kau demam ke? Panas wei badan kau," Fina berkata terkejut.
"Hah? Takde ape la. Ala, biasa le tu, aku sapu minyak kan tadi. "
Adam berdiri. Begnya digalas. Namun, dia tidak dapat berdiri tegak. Tangannya memegang bucu meja.
"You're not fine at all!"
Fina pantas memasukkan barangannya ke dalam beg kuliah, lalu tangan kanannya meletakkan lengan Adam ke belakang lehernya. Beg kuliah digalas di bahu kiri. +
"Kau nak buat ape?" Adam bertanya perlahan.
"I'll bring you to hospital."
Tanpa menunggu lama, badan Adam dipimpinnya menuju ke kereta. Mujurlah keretanya sekadar diparkir di hadapan perpustakaan. Laju sahaja dia memandu ke hospital swasta berdekatan.
"Kau ni berapa lama dah demam? Pehal tak gitau aku?" Fina merengus geram.
"Aku rasa pening-pening pagi tadi, tak sangka nak demam," perlahan sahaja bibir Adam menjawab.
"Kejap, kita nak sampai dah."
Pantas Fina membelok masuk ke perkarangan hospital. Dia terus memberhentikan keretanya berdekatan pintu utama lalu memimpin Adam masuk. Dia memohon bantuan daripada beberapa orang jururawat di situ untuk membawa Adam ke bilik doktor.
Sementara menunggu Adam diperiksa, Fina menunaikan solat di surau yang terdapat dalam hospital tersebut. Perasaan bersalah mula menjalar apabila memikirkan bahawa dia langsung tidak melayan Adam kerana sibuk menyiapkan tugasan. Sangkanya Adam sekadar bergurau.
Selesai menunaikan tuntutan fardhu, Fina bergerak menuju ke tempat menunggu, Adam masih belum keluar. Setelah 5 minit Fina mundar-mandir di kawasan menunggu, Fina terlihat Adam yang sedang berjalan keluar dari salah sebuah bilik sakit. Pantas Fina mendapatkan Adam.
"Kau macam ne? Kenapa kau keluar dari bilik ni? Bukan tadi kau masuk bilik doktor?"
"Aku takde ape pun. Doktor tadi nak tahan aku kat wad sampai aku kebah. Tak nak la aku. Mana macho kena tahan wad." Adam menjuihkan bibir.
"La, habis tu? Kau kena la masuk wad, kalau doktor cakap macam tu," Fina menarik tangan Adam, namun Adam masih berkeras.
"Aku dah ambil ubat tadi lepas aku telan biskut. Nurse tu paksa aku telan ubat dulu, baru dia bagi aku balik. Tapi, aku tak boleh drive la, ubat tu ngantuk gila," Adam menjelaskan.
"Oh, betul ke takpe?" Fina pantas meletakkan tangannya ke dahi Adam.
"Memang la tak kebah lagi demam aku, tapi kau nampak tak ubat kat tangan aku ni? Nanti okay la tu. Dah, jom balik," Adam menarik tangan Fina.
"Kau betul-betul buat aku takut tadi, kau tau tak? Dah tau sakit, pehal kau datang kuliah tadi? Lain kali ambil la MC terus," Fina merengus geram menyebabkan Adam tertawa.
"Sayang jugak kau kat aku kan?" Adam mengusik.
"Diamlah kau," Fina mencubit pinggang Adam. Adam tertawa senang hati.
Share this novel