"Awak, saya nak tido rumah Ica ngan Syida malam ni ngan malam esok boleh?" Fina meminta izin Fareez ketika sedang bersarapan.
"Kenape?" Fareez memandangnya hairan. Suapan nasi goreng cina ke mulutnya terhenti.
"Timetable baru update tadi. Kalau hari Isnin ngan Selasa, saya ada kelas malam. Jadi, saya tido rumah diorang la sebab saya tak berani drive sorang malam-malam. Petang Rabu, habis kelas, saya balik." Fina mempunyai jadual kelas yang padat pada hari Isnin dan Selasa. +
"Hari lain macam mana?"
"Saya ade kelas tengahari ngan malam hari Isnin ngan Selasa, and tengahari ngan petang hari Rabu. Then terus free sampai Ahad." Fina menjelaskan.
Sebenarnya dia yang menyusun kelasnya sebegitu. Memanglah padat dari hari Isnin sehingga Rabu, sekurang-kurangnya ada lagi empat hari yang lapang.
"Oh, takpe lah macam tu." Fareez menghela nafas.
Kurang bersetuju sebenarnya, namun sengaja tidak ditunjukkan.
'Boleh je aku nak gi ambik kalau kelas malam.'
Tapi menyedari hakikat bahawa Fina akan menolak laju pelawaannya, dia mendiamkan diri.
"Awak makan di luar la nanti kan? Maaflah, jadual saya memang pack Isnin ngan Selasa." Fina serba-salah sebenarnya.
Sudahlah dia tidak mampu memberi layanan batin, sekurang-kurangnya dia cuba melakukan yang terbaik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
"It's okay. Selama ni pun memang saya makan kat luar je. It's nothing la." Fareez menyakinkannya.
Hakikatnya, itulah realiti yang perlu diterima jika mengahwini gadis yang masih merupakan pelajar. Fareez sememangnya sedar akan realiti tersebut.
"Alhamdulillah, lega aku lepas selesai bentangkan mini projek tadi." Ica berkata ketika mereka melangkah meninggalkan dewan +
"Itulah. Puan Kazrina pun nampak macam puas hati je." Adam menyokong.
Tangannya mengurut-urut lehernya yang sudah lenguh, semua angkara berjaga malam untuk menyiapkan tugasan, sampai tidur pun salah gaya.
"So, amacam? Jom makan luar nak? Aku belanja," Zack berkata. Mata Fina bersinar-sinar.
"Serius? Jom la. Aku okay je. Lagipun, sekarang baru pukul 12. Pukul 2 nanti baru ada next kelas," Fina berkata.
"Hahahahaha. Cantik la Zack. Okaylah macam tu. Jom," Adam mengangkat ibu jari.
"Syida mintak location. Karang dia ngan Joe pegi. Almaklumla ade orang nak belanja." Ica mengenakan kekasihnya.
"You ni laju je kan. Pesan je suruh gi kedai makan yang kita selalu pegi tu."
"Orait."
Ica membalas whatsapp Syida sebelum bergerak ke kedai makan berdekatan untuk menjamu selera.
Sedang mereka menjamu selera, kelihatan sekumpulan pelanggan mengambil tempat untuk makan. Fina langsung tidak memandang mereka kerana dia memang jenis yang tidak ambil peduli. Tiba-tiba Ica mencuitnya. +
"Pehal?" Fina bertanya perlahan.
Ica menunjukkan ke arah satu sudut menggunakan matanya. Dengan penuh hairannya, Fina mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjukkan Ica.
Membulat matanya melihat Fareez dan beberapa orang rakannya sedang menunggu makanan. Jejaka persis Inggeris tersebut tersenyum ke arahnya menyebabkan Fina pantas melarikan pandangannya.
'Aduh, ape la nasib aku?'
"Fina, kau dah kenape?" Adam yang berada di hadapannya bertanya. Dia sedar dengan riak wajah Fina yang berubah.
"Takde pape la." Fina tersenyum lalu kembali menyuap makanan.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi whatsapp masuk. Entah kenapa laju sahaja Fina membukanya sedangkan biasanya memang dia tak pegang phone masa makan.
Sedap mkn??? ;-)
-Fareez-
Fina hampir tersedak. 'Perlu ke dia hantar mesej? Sengal la.'
Of coz la. Sedap sgt. Awak jgn dtg meja ni tau? Buat xknal je.
-Fina-
Kelihatan Fareez sedang tersenyum nakal di mejanya. Fina merengus geram.
'Mamat ni memang sengaja la.' Pantas makanannya dihabiskan.
'Bukannya boleh harap si Fareez tu.'
"Fareez kan tadi?" Ica bertanya. Ica, Fina dan Syida menggunakan kenderaan yang berasingan dari lelaki bertiga tersebut.
"Ha'a. Dia la tu." Fina menjawab malas.
"Tapi, lagi hensem la dari hari tu. Aduh, jeles betul la ngan kau ni." Syida berkata cemburu.
"Pehal? Jatuh hati? Entah pape la kau ni," Fina menggelengkan kepalanya. Pantas Syida menampar bahu kawannya.
"Ish. Ke situ pulak. Aku ni dah ade orang, sayang." Syida mendengus kecil.
"Tapi boleh je korang buat macam tak kenal kan?" Ica menggelengkan kepalanya.
"Korang tahu tak dia boleh hantar whatsapp kat aku tadi, 'sedap makan?'. Pastu, aku warning la dia. Aduh, kalau dia tegur aku tadi, konfem la aku kantoi. No way!" Fina menggelengkan kepalanya laju.
'Tak pasal-pasal je.'
"Kau ni, dapat suami kacak gile pun boleh tak nak kenalkan? Apa punya spesies la kau ni? By the way, kau kasi tahu hari tu yang dia tu doktor kan? Hospital mana?" Ica bertanya.
"Ha'a kan. Aku pun tak tahu wei, tak pernah tanya la pulak." Fina mengangkat bahu.
"Wei, agak-agak la kalau nak tunjuk tak minat pun. Tempat kerja hubby sendiri tak tau, pelik sangat la kau ni. Karang kot kecemasan ke, nak cari tempat kerja suami pun tak tahu." Syida menggelengkan kepalanya tidak bersetuju dengan sikap endah tak endah sahabat karibnya.
"What? Look, it's not like I really care about where he works or whatever stuff regarding him. Well, yeah, he's my husband, no doubt about that. And honestly, he does carry on his duties as my husband, yes. But, kitorang pun masih dalam proses mengenali each other. One step at a time, babes. Frankly speaking, aku takde hati pun kat dia tu." Fina menjawab.
"Sekarang boleh la kau cakap. Dapat suami Mr. Perfect macam tu, tunggu hari je kau nak fall in love." Ica memberi amaran.
"We'll see about that. Lagipun aku tak pernah lagi rasa jatuh hati macam mana." Fina mengangkat bahu menyebabkan Ica dan Syida sekadar menggelengkan kepala.
'Fina. Fina. Macam mana la hati kau keras sangat?'
"Hello, ye Mummy. Fina ada dekat rumah sewa ni." Fina memberitahu Mummy yang menelefonnya.
"La, tak balik apartment ke?" Mummy bertanya hairan.
"Fina ada kelas malam la kelmarin ngan tadi. Esok petang Fina balik la apartment. Fina tak berani la nak drive sorang malam-malam." Fina menjawab jujur.
"La, Riz tak ambil kan?"
"Hah? Abang Riz sibuk la. Lagipun, kelas habis pukul 11, takkan nak suruh Abang Riz ambilkan? Itu yang Fina tido je rumah diorang ni." Fina berbohong sunat. Walhal kelasnya habis pukul 9.30.
'Nak minta Fareez tolong ambilkan? Tak pasal-pasal je kantoi nanti pasal hubungan diorang.'
Sengaja dia menyebut nama Abang Riz, kalau disebut nama sahaja, mesti teruk kena leter dengan Mummynya.
"Macam tu ke? Kesian Riz, dah kahwin pun, isteri tak dapat nak layan betul-betul."
Kedengaran Mummy melepaskan keluhan berat. Entah kenapa, Fina tersentak, mungkin kerana dia sendiri rasa bersalah.
"Mummy jangan sentuh bab ni boleh tak? I already told you before and keep telling you that I am a student. Tapi, Mummy ngan Daddy nak juga Fina kawin kan? Nak buat macam mana lagi? I have my own commitment as a student." Fina berkata tegas kepada Mummynya.
'Hakikatnya, dia tu student lagi, normallah tu. Awal-awal lagi dah cakap yang dia belum sesuai untuk mendirikan rumah tangga, tapi tak nak dengar.'
"Okay Fina, you're right. But, as long as you can, try to be a good wife ye sayang," Mummy berpesan lembut kepada anak kesayangannya.
"Iye Mummy. Don't worry too much. Fina bukannya budak-budak lagi, okay?" Fina meyakinkan Mummy.
"Lega sikit hati Mummy ni dah Fina cakap macam tu. Takpe lah Fina. Belajar baik-baik. Nanti kirim salam dekat Riz."
"InsyaAllah...kirimkan salam sayang Fina untuk Daddy, okay? Assalamualaikum," panggilan diputuskan.
"Hai, Riz, bahagia je muka kau hari ni pehal? Dua hari lepas, muka macam laki kena tinggal bini je. Mentang-mentang la isteri kau dah ada kat rumah hari ni," Amirul mengusik sahabat karibnya.
"Iya la. Mujurlah dia ada 2 hari je kelas malam," Fareez menjawab.
"Dah mula sayang bini la tu?" Amirul menduga.
"Aku bukan ape. Bosanlah kalau takde orang aku nak bualkan kat apartment tu. Asyik-asyik dengar bunyi TV je. Bukan boleh buat bual pun." Dia beralasan.
"Hek eleh. Iye la tu. Tak nak ngaku rindu bini nampak. Padahal sebelum kawin tu survive je. Tak kalut pulak nak carik geng nak bual-bual." Amirul menjuihkan bibir.
'Tak nak ngaku pulak mamat ni.'
"Terserahlah Doktor Amirul, kau nak kata ape pun. Aku ada operation kejap lagi. See ya," Fareez meninggalkan Amirul yang tersenyum sinis ke arahnya, malas nak layan.
'Fareez. Fareez. Dah terang lagi bersuluh, kau dah mula sayang si Fina tu.' Amirul menggelengkan kepalanya.
"Korang boleh ikut tak lawatan nanti?" Joe bertanya. Sebaik sahaja menamatkan perjumpaan, mereka terus berbincang. +
"Aku tak tahu la. Ikutkan hati memang la aku nak." Fina teragak-agak.
"La, habis tu? Kau ni Fina, jangan kata yang kau tak jadi pula, eh?" Adam memberi amaran. +
"Nanti aku tanya parents aku dulu. Kalau diorang give permission, aku pergi la." Fina kelihatan serba-salah.
"Laa...Selama ni, bukan parents kau memang lepas je ke? Bukan nak gi oversea pun," Zack pula menyampuk.
'Memang la, tapi kali ni aku kena minta izin suami aku la, aduh,' Fina melepaskan keluhan berat.
"Ala, parents kau kasi punya lah. Okay?" Adam menunjukkan ibu jarinya cuba memberi semangat. Fina sekadar tersenyum berat.
Setibanya di rumah, Fareez masih belum pulang. Jam baru menunjukkan pukul 2 petang. Selesai membersihkan diri dan bersolat, Fina mula mengutip pakaian untuk dibasuh. +
'Agak-agaknya dia kasi tak? Tapi, dia mesti takde masalah nak kasi izin kan? Aduh, boleh tak hah? Mahu tak mahu, aku kena dapatkan jawapan hari ni juga. Esok diorang nak kira bilangan peserta.' Fina melepaskan keluhan berat.
'Apa-apa pun, masak dulu. Jap gi pandai-pandai la aku minta izin.'
Fina mula memasak sesudah menekan butang pada mesin basuh, dengan kepalanya sibuk memikirkan cara untuk memaklumkan Fareez.
Jam sudah menunjukkan jam 3.30 petang. Masakan tengah hari sudah sedia untuk dihidangkan. Kedengaran bunyi pintu rumah dibuka. Fareez yang sedang melangkah masuk tersenyum sebaik matanya terlihat Fina yang baru selesai memasak.
"Awak makan tak lagi tengah hari?" Fina bertanya.
"Belum, baru habis operation je ni." Fareez menjawab. Tali lehernya ditanggalkan lalu dia bergerak ke arah Fina di dapur.
"Wanginya bau. Dah lama tak makan masakan isteri," Fareez mengusik Fina. Muka Fina merona merah menyebabkan Fareez tertawa.
"Awak memang sengaja kan. Pergi la mandi dulu, japgi kita makan." Fina malas melayan kerenah Fareez.
"Jom la mandi sekali."
"You wish."
'Mamat ni memang suka usik aku betul la.'
Fareez tersenyum lalu bergerak ke biliknya untuk mandi. Perutnya sudah berkeroncong apabila terbau masakan Fina. Manakala, Fina pula melangkah ke mesin basuh untuk mengambil pakaian untuk disidai apabila menyedari bunyi mesin basuh sudah terhenti.
"Macam mana dengan kelas? Okay?" Fareez bertanya ketika mereka berada di meja makan. +
Fina yang baru selesai menghidangkan gulai ayam, ikan goreng, sambal tumis telur, ulam timun dan sambal belacan mula menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya, sebelum menuangkan air oren ais ke dalam gelas.
"Okay je. Mini project group kitorang dapat first place, lecturer tu macam puas hati sangat. Individual assignment pun saya dah hantar. Alhamdulillah la everything went smoothly." Fina menjawab sebelum turut mengambil tempat duduk berhadapan Fareez.
"Oh, really? That's good then."
Fareez mula makan dengan berseleranya setelah menyenduk ayam dan telur ke dalam pinggannya.
'Sedap betul masakan Fina. Maklumlah sejak dua hari lepas, makan di kedai makan je. Mana sama dengan masakan isteri.'
Melihatkan Fareez yang sedang berselera menikmati hidangan, Fina teragak-agak untuk bertanyakan tentang lawatan.
'Ala, japgi la.' +
"La, awak dah makan ke tadi?" Fareez bertanyakan Fina. Dia sudah hendak menambah nasi, Fina baru makan beberapa suap.
"Hah? Takde la. Saya pun sarapan je tadi," Fina tersenyum. Dia menyenduk pula sambal telur ke dalam pinggannya.
"You know what? After I started eating your cooks, the taste of others were quite awful in comparison." Fareez berkata jujur menyebabkan Fina tertawa kecil.
"Iyer iyer je awak tu. Saya masak simple je pun."
"Hei, saya puji betul-betul la. By the way, masa kita jumpa dekat kedai makan last time, semua tu kawan awak ke?"
Fareez ingin bertanyakan perihal lelaki yang duduk bertentangan Fina sebenarnya, tapi nanti pelik pula bunyinya. Dia perasan lelaki itu lebih mesra dengan Fina berbanding dua orang lelaki di sebelahnya. Malah, andai dia tidak salah, wajah lelaki itu seperti gambar lelaki yang pernah menelefon Fina sebelum ini.
"Ha'a, kitorang kawan masa sekolah menengah lagi. Itu yang rapat tu."
"Oh, diorang tau tak pasal kita?" Selamba dia bertanya menyebabkan Fina hampir tersedak.
"Ica ngan Syida je tau." Fina diserbu rasa serba-salah.
"Oh, takpe la macam tu. Saya saja tanya." Fareez meneruskan suapannya. Fina menarik nafas lega apabila Fareez berhenti bertanya.
"Oh, baru saya ingat. Mummy kirim salam kat awak masa call saya semalam." Fareez mengangguk, sekadar menjawab dalam hatinya.
"Ingat juga Mummy kirim salam dekat menantu dia."
"Iya la. Menantu lelaki kesayangan kan. Tapi sebab awak kawin dengan anak kesayangan diorang la, awak jadi menantu kesayangan, tahu?" Fina tersengih. Fareez tertawa.
"Ha'a, untung lah saya kan?" Fareez meneguk air oren.
"Camne Fina? Fareez bagi tak?" Ica bertanyakan Fina selepas panggilannya dijawab. +
"Aku tak tanya lagi wei." Fina menjawab serba-salah.
"La, nape kau tak tanya?" Ica bertanya hairan.
"Aku takut la."
"Hah? Entah pape la kau ni. Bukan kau kata dia tu selalu okay je? Mesti dia bagi la. Habis tu, bila kau nak tanya? Esok diorang nak kira peserta dah. Jumaat pagi dah nak bertolak, kau nak tanya bila?"
"Jap gi kot."
"Dah dapat jawapan, whatsapp aku."
"Okay, bye."
Puding roti yang dimasak petang tadi sudah tersedia. Fina berpuas hati melihat teksturnya. Maklumlah, baru pertama kali dibuat setelah terbaca di blog semalam. Sos karamelnya juga nampaknya menjadi. +
Fina meletakkan puding roti yang berkaramel tersebut berserta satu mug Nescafe di atas meja ruang tamu. Fareez yang sedang sibuk menaip pada laptopnya mengalihkan pandangan.
"Awak cuba la. First try ni, saya baru baca resepi kat blog semalam."
Fareez mengambil satu suap, lalu dimasukkan ke mulutnya.
"Sedap," Fareez berkata. Fina yang sedang menunggu reaksinya tersenyum lega. "Awak dah rasa?"
"Belum, nanti saya try."
Fareez mengambil sesuap lagi lalu disuakan ke mulut Fina. Fina terkesima.
"Rasalah. Memang sedap. Rugi tak rasa."
Fina berasa serba-salah untuk menerima suapan tersebut, tapi nak menolak lagi lah serba-salah. Akhirnya, melihatkan garfu yang masih disuakan ke mulutnya, dia membuka mulut.
"Sedapkan?"
"Erm, memang menjadi la resepi tu. Boleh cuba lagi la resepi baru nanti." Fina tersenyum. Dadanya sudah berdebar kencang.
'Manalah pernah dia berkongsi sudu atau garpu dengan lelaki. Tapi ini suaminya kan?'
"Lagi sedap kalau orang suapkan kan?" Fareez mengenakannya menyebabkan Fina merona merah dengan sikap selamba suaminya. Pantas lengan Fareez ditampar.
"Awak ni memang laju kan bab nak kenakan orang?" Fareez tertawa. Lucu melihat wajah Fina yang sudah merah.
"Hahaha...sori-sori, nak lagi?" Fareez menyuakan sudu kedua.
"No thanks, saya tengah diet. Saya tak makan malam," Fina menolak.
'Geram pula dengan si Fareez ni.'
"La, merajuk ke?" Fareez tersengih.
"Takdenye. Awak, saya ade benda nak kasi tau ni."
"Ape?" Fareez memandangnya.
"Jumaat sampai Ahad ni kan, saya ada site visit la."
"Oh, ke mana?"
"Ke Kedah." Fina bermain-main dengan jarinya, tidak yakin untuk melihat reaksi lelaki tersebut.
"Hah? Jauhnya."
"Itulah, it's quite far. Tapi sebab kitorang kena wujudkan scenery or feelings sawah padi untuk group mini project yang kedua, that's why la yang nak adakan lawatan ke Kedah to feel it ourselves." Fina menjelaskan, wajah Fareez akhirnya dipandang.
"Drive ke bas?" Fareez bertanya dengan reaksi muka yang sukar dijelaskan.
"Bas dengan van. Students yang terlibat are in about 50 people altogether, so kalau naik kereta sendiri, teruk la kan? Sesak pula jalan nanti. Itu yang lecturer mentioned that everyone kena guna transports kolej."
"Oh, so, memang kena pergi la kan?" Fareez menyuapkan sesudu puding roti ke mulutnya.
"Ha'a, itu yang saya kasi tau siap-siap ni." Fina memandang Fareez dengan penuh berharap menyebabkan Fareez melepaskan keluhan berat.
'Masih perlu berjauhan dengan isterinya?'
"Okaylah, jaga diri bebaik nanti." Dia memutuskan.
"Awak kasi kan? Betul ni?"
"Iyelah, awak memang kena pergi kan? What choice do I have?" Fareez tersenyum.
"Yes, thanks!" Fina pantas memeluk Fareez.
Tindakan pantas Fina mengejutkan Fareez dan dirinya sendiri, pantas dia merenggangkan pelukan, lalu bergerak laju ke biliknya. Wajahnya sudah merona merah kembali. Fareez sekadar tersenyum.
Fareez kasi aku pergi la.
;-) :-) ;-p
-Fina-
Ica terus menunjukkan whatsapp yang diterimanya kepada Syida. Mereka bertepuk tangan gembira, yes!
Share this novel