Chapter 7

Romance Completed 32926

Majlis di dewan tamat pada pukul 4 petang. Fina sudah siap membersihkan diri dan bersolat Zohor sebaik sahaja pulang dari dewan tadi dan menunggu untuk solat Asar yang hanya tinggal beberapa minit. Usai menunaikan kewajipan yang berimamkan suaminya, dia memakai baju kurung hijau pucuk pisang bercorak songket. Wajahnya disolek nipis sahaja, dan rambutnya dibiarkan lepas.

Kalau diikutkan hatinya, dia nak tidur sahaja. Tapi pada waktu petang, Mummy dan Daddynya menyambung majlis di rumah pula bagi tetamu yang tidak dapat datang ke dewan tadi. Jika di dewan tadi, makanan yang dihidangkan ialah nasi minyak, nasi merah, ayam masak merah, daging masak hitam, dalca daging, acar timun nenas dan ayam panggang, serta buah-buahan dan agar-agar buah sebagai pencuci mulut, menu makanan petang pula merupakan laksa, bihun dan koeteow sup, bubur kacang, sate dan nasi impit serta buah-buahan dan beraneka kuih sebagai pencuci mulut.

"Awak, jom turun," Fina mengajak Fareez yang mula berbaring di atas katil. Kasihan pula melihat wajah keletihan Fareez.

"Awak dah siap? Jom," Fareez bangun dan mula bergerak meninggalkan bilik bersama Fina.

Fareez sekadar berseluar slack hitam dipadankan dengan baju melayu hijau. Sebaik sahaja tiba di ruang tamu, kelihatan ramai tetamu yang hadir. Ramai rupanya kenalan Mummy dan Daddy. Ahli keluarga pihak Fareez telah meminta diri untuk pulang sebaik sahaja majlis di dewan tadi tamat termasuklah pengapit mereka.

"Fina," terdengar suara Syida memanggilnya.

Kelihatan Ica dan Syida yang baru turun, mereka juga sudah bertukar pakaian.

"Wei, kitorang lapar sebenarnya, tak makan pun kat dewan tadi," wajah Ica disedihkan.

"La, pehal yang korang tak makan?" Fina bertanya hairan.

"Iyelah, kitorang tengok kawan baik kitorang ni pun makan sejemput, tak sampai hati lak nak kenyangkan perut kitorang je," Syida pula menjawab. Fina sudah tersengih.

"Ini yang aku sayang korang ni," laju Fina memeluk mereka. Fareez sekadar tersenyum.

"Kau ni, karang suami kau jeles pulak kau peluk kitorang," Ica mengusik Fina yang laju sahaja mencuitnya.

"Takdenya. Kau tahu, aku punya lah habis kontrol, nervous punya pasal. Si Riz ni dia bedal je semua," Fina menjuihkan bibir. +

"Kau kena panggil abang la. Suami kau kan?" Syida menegurnya. Fareez sudah tersengih.

"Dengar tu Fina? Awak kena panggil saya abang. In matter of fact, I'm 6 years older than you, right?"

Fina menggelengkan kepalanya. "You...wish..."

"Ah, Fina. Tadi Mak Yam gitau, diorang ada ambil lauk dari majlis kahwin kau tadi. Dah panaskan pun, jomlah makan." Syida berkata, lalu menarik Ica ke dapur.

'Dah lapar sangat la tu.'

"Awak, jom lah makan sekali. Saya dah lapar sangat ni." Fina menarik tangan suaminya.

"Itulah, kontrol ayu sangat tadi." Fareez memerlinya sambil tersenyum.

"Eh, mestilah. Gadis melayu terakhir kan? I'm totally starving." Mereka bergerak seiringan ke dapur. Tuntutan perutnya perlu ditunaikan.

"Apa?" Fareez bertanya. +

Dia sedang berbaring sesudah membersihkan dirinya sebelum Fina sebentar tadi. Wajah isterinya yang berpakaian tidur dipandang.

"Saya nak cakap pasal hubungan kita lepas ni," ujar Fina sebaik punggungnya dilabuhkan di atas katil.

"Kenapa?"

"Saya nak kita jaga hubungan kita." Fareez terkebil-kebil mendengar ayat yang keluar dari bibir gadis tersebut.

"Pardon? What's exactly do you mean?" Fareez bertanya hairan.

"Honestly, saya rasa awak pun tahu yang saya terima perkahwinan ni atas dasar wasiat Atuk je." Fina meluahkan. Fareez mengangguk.

"Ha'a. I'm in the same boat with you."

Sudah tentulah dia sedar yang Fina bukanlah menerimanya sepenuhnya, kerana dia juga begitu. Dia menerima perkahwinan itu juga kerana sudah letih mendengar leteran Mamanya yang sentiasa menyebut inginkan menantu perempuan. Maklumlah, dia anak lelaki yang pertama.

Kakaknya tinggal di luar negara selepas berkahwin. Adiknya si Hafiz yang baru berumur 24 tahun, sudah tentu tidak mahu mendirikan rumah tangga lagi. Manakala Linda pula sentiasa sibuk ke sana ke sini. Sudah tentulah teringin pula Mamanya untuk menambah ahli keluarga baru.

"Awak tahu kan yang saya masih belajar, dan tahun ni tahun terakhir saya. Awak pun perasan tadi yang kawan-kawan saya cuma Ica dengan Syida je yang ada, sebab saya rahsiakan perkahwinan kita. Kita berkahwin bukan atas dasar cinta, tapi simply cuma sebab wasiat. Frankly, I'm not totally sure whether this is the right choice, but I pray and hope that it will be right. Saya tahu yang mungkin permintaan saya agak keterlaluan, tapi saya nak kita tinggal asing dari keluarga. Saya tak nak perkahwinan kita jadi batu penghalang kepada pelajaran saya. Saya baru 22 tahun, dan saya inginkan kebebasan, awak boleh faham apa yang saya cakap?" Fina bertanya.

Fareez yang membisu sekadar mengangguk. Entah kenapa, dia berasa jauh hati pula, walhal dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pun terhadap Fina.

"I can see your point. You're trying to imply that I can't touch you at all, right?" Fina merona merah.

"Don't worry. I've no intention to touch someone that I have no feeling at all. Awak tak perlu bimbang. Saya kahwin ngan awak pun semata-mata sebab my parents and the will. Dan, saya memang tinggal sendiri dekat apartment. Bilik kita pun akan berasingan macam yang awak nak. Saya takkan sekat kebebasan awak langsung. Awak berhak nak buat apa-apa selagi awak sedar yang awak isteri saya. Settle?" Fareez menjawab panjang.

"Okay, it's settled, then." Fina mengangguk.

"So, boleh kita tidur sekarang? Don't worry, as I said, I've no intention at all to touch someone that I've no feeling at all, got it?" Fareez berkata. Fina terpempan mendengar kata-kata Fareez yang seolah-olah memperkecilkannya.

'Ah, ade aku kisah? Selagi dia tak sentuh aku, kira okay la tu,' Fina berbisik dalam hatinya lalu bergerak untuk menutup lampu bilik dan membuka lampu tidur. Kemudian pasangan pengantin baru tersebut tidur dengan lenanya berhalangkan bantal peluk di tengah-tengah.

"Awak, bangunlah. Dah pukul 6.30 pagi. Dah masuk Subuh," Fina menggerakkan Fareez. +

'Tidur mati la dia ni.'

"Huh?" Fareez membuka matanya perlahan.

'Aduh, mengantuknya.'

"Bangunlah, solat. Saya dah solat tadi. Bangunlah," Fina menepuk bahu Fareez yang masih mamai. "Awak tido sama waktu dengan saya kan semalam, macam mana awak boleh mengantuk lagi?" Fina menggeleng-gelengkan kepalanya.

Setelah melihat Fareez sudah bangun dan bersandar ke katil, Fina bergerak ke bilik tetamu untuk mengejutkan Ica dan Syida.

"Macam mana la dia boleh tido mati semalam? Tak paham betul aku," Fareez berkata kepada dirinya.

Sejujurnya Fareez tidak dapat tidur semalam selepas terjaga pada pukul 2 pagi. Dia melihat Fina sedang tidur dengan nyenyaknya, walhal hatinya dipagut resah. Mungkin benar Fareez tidak mempunyai sebarang perasaan pada Fina, tetapi mana mungkin dia dapat tidur apabila berada bersebelahan dengan gadis itu yang sedang nyenyak tidur. Sudahlah itu pertama kali dia tidur sekatil dengan gadis. Dia cuma dapat kembali tidur apabila tersedar yang Fina sudah bangun untuk mandi.

"Sayang-sayang sekalian, bangunlah. Dah dekat pukul 7 dah. Syuruk karang baru tau?" Fina menepuk rakan-rakannya. Pintu bilik tersebut dibuka menggunakan kunci, kalau hendak diketuk, malu pula mereka nanti. +

"Fina, awalnya kau bangun. Dah siap mandi lagi," Ica menegur apabila melihat Fina yang sudah sedia berbaju kurung biru tua.

"Takde awalnya. Dah nak masuk pukul 7 pagi, ape yang awalnya?" Fina menggelengkan kepalanya. Punggungnya dilabuhkan di kepala katil.

"Pengantin baru berseri-seri nampaknya pagi ni," Syida menyakat. Tak padan dengan baru bangun tidur, air liur basi pun ada lagi, terus disakatnya Fina.

"Ha'a la. Aku dapat tidur dengan nyenyaknya semalam," Fina tersenyum.

"Hai, first night kau kejap je ke?" Ica pula mengenakan Fina.

'Aku dah agak diorang nak sebut pasal benda-benda macam ni je.' Fina merengus geram.

"Hey, ladies. No pervert talks okay? That's my privacy's policy. Sekarang korang bangun, mandi, solat," Fina menampar-menampar badan mereka. Geram pula disakat begitu. Ica dan Syida tertawa mendengar kata-kata Fina.

"Kitorang solat dah tadi, lepas tu baru kitorang sambung tido."

"Fina, awal bangun," Kak Rita, isteri Angah menegur Fina yang sedang sibuk menggoreng koew teow di dapur. +

Fina tersenyum kepada Kak Rita sambil tangannya masih menjalankan tugasnya. "Dah pukul 7 lebih dah akak, apa yang awalnya."

"Takdelah, dah pengantin baru kan, Rita?" Kak Aini yang baru selesai memasukkan pakaian ke mesin basuh dan menekan butang arahan pula menyampuk. Fina tersenyum.

'Ade la nak kata pape tu.'

"Takde apenya pengantin baru ke tak. Karang rezeki lari kalau tido lepas Subuh," Fina menjawab ringkas.

Maklumlah, dia dah biasa tinggal di asrama selama 5 tahun. Selepas solat Subuh berjemaah di surau, ada pula tazkirah atau kuliah Subuh. Itu yang dah terbiasa sangat untuk terus bangun selepas solat Subuh.

"Ha, yang tu akak tak dapat nak sangkal," Kak Rita mengalah.

"Along ngan Angah mana?" Fina bertanya, pelik pula masih tidak terlihat kelibat mereka. Along dengan Angahnya pun dah biasa terus bangun lepas Subuh, didikan sejak kecil oleh Mummy dan Daddy.

"Diorang gi berjogging ngan Daddy. Mummy pula tengah dok melayan si Lili, dia liat nak bangun. Fifi ngan Iman, lagi la. Seronok je tido," Kak Aini menjelaskan.

Fifi, anak Along dan Iman, anak Angah yang sebaya berumur 3 tahun tersebut tidur sebilik, manakala Lili tidur dengan Mummynya di bilik lain. Maklumlah, memang Mummy dan Daddy sengaja mengasingkan bilik lelaki dan perempuan. Lili tu manalah nak berani tidur sorang-sorang, biasanya Fina yang temankan. Namun, takkanlah dia nak tinggalkan Fareez di bilik, mestilah teruk dia kena dengan Mummynya nanti meskipun hakikatnya tiada apa pun yang berlaku di antaranya dan Fareez.

"Biasalah tu akak. Mana nak sama waktu kat sini dengan dekat Jepun, ye tak?" Fina tersenyum. +

Koewteow yang sudah selesai dimasak ditutup dengan tudung periuk. Nanti sejuk pula. Kemudian, tangan Fina bergerak lincah pula untuk menggoreng omelet, nugget dan kentang goreng. Kak Aini dan Kak Rita telah mula menyediakan sandwich. Mak Yam pula sedang membancuh air teh, kopi dan milo.

"Ade ape-ape yang kitorang boleh bantu?" Syida dan Ica tersengih di muka dapur. Mereka sudah selesai bersiap.

"Dah turun pun dua orang anak dara ni, korang tanya Mak Yam apa yang kena buat," Fina berkata. Mereka bergerak ke arah Mak Yam, dan mula menyediakan meja makan.

"Wah, wanginya bau makanan." Fareez yang sudah tiba pula menegur. Dia sekadar memakai seluar jeans biru dan berbaju t-shirt berkolar biru laut.

'Amboi, segak bukan main laki aku ni.'

"Sure, tangan siapa yang masak." Fina menjawab selamba.

"Owh, Fina yang masak ke? Good wife,"Fareez menjawab ringkas.

'Sejak bila pula suami dia panggil ikut nama. Bukan saya awak je ke?' Fina tertanya-tanya.

"Baik awak panggil saya abang kalau tak nak family awak fikir bukan-bukan." Fareez berbisik perlahan di telinganya.

Kak Aini dan Kak Kak Rita yang tidak mendengar bisikan Fareez menyangka mereka sengaja beromantik di dapur. Senyuman diukir di bibir kedua-dua kak iparnya. Fina sudah memandang Fareez pelik.

'Abang? Tapi, betul juga, mesti Mummy dan Daddynya fikir dia tak hormatkan suaminya jika sekadar bersaya awak.' Fina sudah merona merah, 'takkan lah?'

"Ada pape abang boleh tolong, Fina?" Fareez sudah memulakan lakonannya.

'Hampeh betol, kalau aku tak panggil dia abang, memang pelik lah.'

"Abang pegi je tengok TV ek? Dah siap hidang, Fina panggil," sengaja suaranya dimanjakan. 'Malu siot dow.'

Fareez sudah tersenyum simpul, lalu bergerak ke ruang tamu untuk menonton. Sebaik sahaja Fina selesai menggoreng, kedengaran suara memberi salam. Kelihatan Daddy, Along dan Angah sudah tiba dari berjogging.

"Wah, terus lapar lah lepas bau masakan. Fina yang masak ke?" Along menegur laju apabila melihat Fina yang baru sahaja menutup api dapur.

"Ha'a la. Korang ni, pergi la mandi ape dulu. Japgi turun makan." Fina memberikan arahannya.

"Ala, kejap la Fina. Bagi kitorang berhenti peluh dulu. Japgi kitorang naik mandi la." Angah menjawab. Kelihatan mereka bertiga sudah berdiri di bawah kipas di ruang tamu, hendak menyejukkan diri.

"Ha, sudah-sudah. Pergi mandi, lepas tu turun. Budak-budak ni pun dah selesai mandi, dah bersiap dah pun nak makan." Mummy pula yang memberikan arahan. Kelihatan Lili, Fifi dan Iman yang sudah comel berseluar track-suit dan berbaju t-shirt. +

"Okay, okay. Jangan makan lagi, kitorang mandi kejap je," ujar Daddy, lalu bergerak naik diikuti Along dan Angah.

Fareez yang terlihat Fina hendak memulakan langkah ke tingkat atas rumah, menegurnya, "Fina nak buat ape kat atas?"

"Fina nak kemas bilik jap. Sementara tunggu diorang bersiap, sempat je nak kemas bilik," Fina tersenyum lalu bergerak naik. Fareez mengikut dari belakang.

Setibanya di bilik, Fina mula mengemaskan katil. Kedengaran bunyi pintu dibuka, lalu Fina mengalihkan pandangan.

"La, awak buat ape naik sekali?" Fina bertanya apabila melihat Fareez di belakang pintu.

"Saje je la Abang nak naik," sengaja sebutan Abang ditekankan. Fina merenungnya lama sebaik sahaja selesai mengemas katil.

"Awak ni kan. Panggilan Abang tu cuma in front of others, okay? Between both of us, no such thing."

Fina mengemas pula barangan lain di lantai. Pakaian yang hendak dicuci dimasukkan ke dalam bakul pakaian.

"Apa salahnya awak panggil saya abang? Memang saya tua daripada awak pun, kalau bukan sebab saya suami awak," Fareez turut bersaya-awak. Fina tersenyum simpul.

"Sebab abang-abang saya pun saya tak panggil abang, tau?" Fina membuka jendela bilik untuk mendapatkan pengudaraan bilik yang baik.

"Sekarang boleh kita turun, Abang?" Fina mengajak sebaik sahaja pintu dibuka. Bakul pakaian elok sahaja berada di tangannya. Fareez tersengih mendengar panggilan Fina tersebut, lalu mereka bergerak turun.

"So, aktiviti ape hari ni Mummy, Daddy? Ada lagi tak tetamu yang nak datang?" Fina bertanya selesai mereka menjamu selera. +

"Tak. Hari ni aktiviti bebas je, kejap lagi wedding planner ngan catering akan datang untuk kemas-kemas. Itu aje. Esok kan sebelah lelaki? Mummy ada berbual ngan Mama, katanya esok kita pergi ke dewan dari sini la. Hafiz dengan Linda yang akan ambil korang. Ica ngan Syida pun wajib pergi esok, Auntie Qis tekankan." Mummy memandang Ica dan Syida yang sudah tersengih.

"Oh, maknanya takde pape yang kena buat la hari ni? Wedding planner ngan catering tu nak datang waktu bila?" Fina bertanya lagi.

"Dalam pukul 11 nanti..." Mummy memandangnya. "Kenapa?"

"Takde la. Fina ingat nak ajak buka hadiah ramai-ramai. Bebudak tiga orang tu dah tanya Fina bila nak bukak hadiah. Itu yang Fina nak makesure. Takkan nak buka depan orang kan?"

"Oh, petang ni rasanya boleh je." Fina mengangguk mendengar jawapan Daddynya.

"Abang nak makan apa lunch ni?" Fina bertanyakan Fareez.

'Alang-alang takde ape nak buat, baik dia masakkan. Dah mula kelas nanti, mesti dah sibuk.'

Fareez memandang Fina hairan. Kening Fina diangkat.

"Abang nak makan apa? Fina nak masakkan japgi, so kitorang nak keluar beli barang kat pasar." Soalannya diulang lagi.

"Kari kepala ikan ngan masak lemak kobis." Laju pula Fareez menjawab apabila dia faham tujuan Fina bertanya.

Fina bangun untuk mengambil kertas memo kosong dan pen yang berada di meja telefon, lalu kembali melabuhkan punggung di meja makan. Tangannya mula menulis menu yang diminta suaminya. "Okay, Daddy ngan Mummy pula?"

Daddynya sekadar mengangkat bahu, "Daddy makan je semua." Mummynya mengangguk mengiyakan jawapan Daddynya.

"Orang-orang Jepun? Korang nak ape?" Pandangannya dialihkan ke arah Along dan Angahnya.

"Sweet sour tilapia," Along yang sudah bersedia dengan jawapan sejak tadi menjawab. +

"Masak lemak cili padi ikan haruan, extra spicy," Angah pula menjawab sebaik sahaja Along memberi menu kegemarannya.

"Dah agak dah korang dua ni," Fina tersengih. "Kak Aini? Kak Rita?" Wajah kedua-dua kakak iparnya dipandang.

"Kitorang makan je apa ada, kan Rita?" Kak Aini berkata, Kak Rita tersenyum mengiyakan.

"Okay, budak-budak tu mesti nak seafood goreng tepung nye." Fina mula menulis barangan yang perlu dibelinya di pasar.

'Minta-minta la semua ni ada.'

"Ica, Syida, bersiap, jom keluar gi pasar." Fina berkata lalu bergerak naik ke atas untuk mengambil tas tangannya, diikuti Ica dan Syida. Sebaik sahaja Fina menyalami Fareez, mereka menaiki kereta yang dipandu Fina, lalu bergerak menuju ke pasar pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience