"Malam ni cuma aktiviti bebas. Korang kena guna transport sendiri, okay? Bas dengan van kolej perlu rehat untuk aktiviti esok pulak. For dinner, boleh makan di hotel ni je kalau korang nak mudah. Or korang boleh jugak gi jalan-jalan dekat mane-mane pun sekitar sini. Hotel ni 24 jam, so korang bebas." Kelihatan para pelajar menganggukkan kepala tanda faham. +
"But, saya minta jangan lah balik lewat sangat sebab esok dalam pukul 9 pagi kita akan berkumpul dekat lobi. Pastikan at 9 am on the dot, semua dah ade kat sini, sebab kita nak bergerak awal sikit. Jangan lambat, kalau tak, saya akan tolak markah individu, okay? Bersurai." Ujar Puan Kazrina sebaik sahaja arahan diberikan dengan jelas.
Rata-rata pelajar terus bergerak ke destinasi masing-masing, meninggalkan Fina dan rakan-rakannya yang sekadar melangkah malas keluar daripada hotel.
"Wei, kitorang ikut korang boleh tak?" Yana bertanya, kelihatan Farhan di sebelahnya.
"Syarif ngan Farid mana?" Adam bertanyakan perihal dua orang lelaki yang turut berkumpulan dengan Yana dan Farhan.
"Diorang ngan kengkawan lain." Farhan menjawab.
"Aku tak nak berjalan dengan minah dua ekor tu, okay? Boleh kena barah hati kalau aku terus ngan diorang, tau?" Yana yang berambut pendek tersebut berkata.
Yana agak berperwatakan lelaki kerana dia mempunyai 5 orang abang, namun masih ada sikap femininnya dalam sesetengah keadaan. Gadis comel berambut perang, bermata hijau lumut yang diwarisi dari sebelah bapanya yang berdarah Rusia tersebut mudah mesra dan sangat periang.
"Kau jalan ngan aku, okay? Aku sorang je ni. Ica ngan Syida jalan ngan pakwe diorang, kau jalan ngan aku." Lengan Yana dipeluk Fina sambil mulutnya dimuncungkan ke arah dua sahabat karibnya, lalu Fina berkata kepada Farhan, "Paan, kau jalan ngan Adam, okay? Malam ni, Yana aku punye." Farhan tersengih melihat perangai keanak-anakan sahabatnya itu. +
"Eleh takpe je. Aku rajin dah dating ngan dia. Aku bagi chance la kat kau malam ni." Farhan bersenda, lalu dicuit kekasih hatinya itu menyebabkan dia menyeringai. "Ade pulak pas pas."
"Okaylah, lama tak jalan ngan kau, Fina." Yana tersengih.
"So, kita nak makan kat mana ni?" Adam bertanya sambil matanya sudah diliarkan mencari tempat yang kelihatan sesuai.
"Makan kat mall tu boleh tak? Mesti ade food court kan?" Ica menunjuk ke arah suatu sudut.
Mereka kemudiannya bergerak ke arah bangunan yang dimaksudkan. Setelah menempah makanan dan minuman, Yana mengajak Fina ke bilik air, kononnya tak tahan nak membuang air kecil. Fina yang sekadar mengikut berasa hairan apabila tangannya ditarik Yana ke tempat yang kelihatan terselindung dari kawan-kawan yang lain. Gadis itu dipandangnya dengan pandangan tidak mengerti sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di kerusi berdekatan.
"Kenape? Kata nak gi ladies?" Fina bertanya.
'Ada ape-ape ke Yana ni?'
"Fina, aku nak kau jujur ngan aku." Yana berkata serius, tiada wajah ceria yang biasa dia tunjukkan. Fina terkebil-kebil melihat tingkah laku sahabatnya itu.
"Ape?" Fina menyoal.
'Okay. Lain macam dah dia ni.'
"Ape ni?" Yana mengembalikan soalan sebelum menunjukkan beberapa foto dalam telefon bimbitnya. Gambar perkahwinannya dengan Fareez! Berubah pucat terus mukanya.
"Kau...Kau dapat mana ni?" Fina diserbu rasa serba-salah dan risau bercampur aduk. Lidahnya sudah tergagap.
'Mampuslah.'
"That's not the point here! Are these photos real?" Yana bertanya tegas. Mata hijau lumutnya merenung mata Fina tajam. "Answer me, Fina." Suaranya ditekankan.
Beberapa saat kemudian, Fina mengangguk perlahan, jujur mengakui kebenaran yang satu itu. Berubah terus air muka Yana dari serius ke kecewa. Jelaslah terselit sekelumit perasaan seolah-olah tidak penting dirinya pada Fina.
"Kau rahsiakan daripada aku, Fina? Aku anggap kau kawan baik aku, kenapa aku je tak tau? Ica ngan Syida tau pasal ni kan?" Yana bersuara lemah.
'Sumpah dia terkejut apabila pertama kali melihat gambar-gambar tersebut. Mana mungkin Fina rahsiakan daripada pengetahuannya bukan?'
Tangan gadis comel itu diraih Fina sebelum digenggamnya rapat. Dia tahu Yana terasa hati dengannya.
"Listen to me first." Lembut suara Fina menuturkan, memaksa gadis itu memandangnya.
"Yana, aku kahwin atas wasiat. Aku betul-betul nak tolak, sumpah. Tapi sebab parents aku, atas sebab wasiat Atuk aku, I married him. Bukan niat aku nak rahsiakan daripada kau. To be honest, aku ingat nak rahsiakan juga daripada Ica ngan Syida at first. But, I can't keep it all to myself. Lagi pun, waktu tu, kau takde kat sini, kau ada kat Rusia," Fina menjelaskan.
Yana menarik nafas panjang sebaik mendengar penjelasan tersebut.
"Masa midsem break?" Yana bertanya sebelum dibalas dengan anggukan perlahan.
"Why don't you tell me earlier? Memang la kau kawin masa midsem break tapi kau boleh je kasi tahu aku before I'm going back to Russia kan? Why not?" Yana meminta lagi penjelasan.
"Well...it's just, I'd never find right time to tell you. Aku kan banyak melepak kat rumah sewa diorang sebab tu aku rajin share ngan diorang je. Aku susah sangat nak bincang benda-benda macam ni kat kampus ke kedai makan ke. It's kinda forbidden issue to be talking outside of the house. Sorry babe." Fina memohon semoga diterima maafnya.
"Sape lagi tau?" Yana menduga.
"Kau, Ica, Syida."
"Adam?" Yana bertanya. Fina menggelengkan kepalanya menidakkan soalan itu menimbulkan riak wajah terkejut daripada gadis itu.
"You know what? Honestly, aku dapat rasa Adam masih sayangkan kau. Sebab tu dia tak pernah betul-betul serius dalam hubungan ngan sesape pun. Kalau satu hari nanti, kau kantoi ngan dia, teruk kau Fina. Baik kau sendiri yang kasi tahu dia," Yana memberikan amaran.
Dari gerak geri Adam, perangai dan tingkah laku lelaki tersebut, Yana dapat rasakan masih ada perasaan sayang melebihi sahabat terhadap Fina meski pun Fina sentiasa menolak. Layanan Adam terhadap Fina jauh berbeza daripada layanannya terhadap rakan-rakan lama yang lain.
"Yana, kalau la mudah aku nak kasi tahu pasal perkahwinan aku, dah lama aku hebohkan. Tapi, aku kahwin bukan atas dasar cinta, atas wasiat semata-mata. He's 6 years older than me. Aku ni still a student, dia tu doctor. Kau expect aku senang-senang nak gitau orang lain pasal benda ni? Aku sendiri pun belum dapat totally accept the reality that I'm already married, how do you expect me to tell others?" Fina mengelengkan kepalanya.
'Semua ni bukan mudah.'
"Apa salahnya kalau diorang tau? Aku tak nampak ape masalahnya." Yana bertanya kembali.
"Aku malu nak kasi tahu orang lain. Aku baru 22 tahun, macam mana orang lain nak terima yang aku dah berkahwin? Siapa yang boleh terima kalau aku kata aku kahwin atas dasar wasiat? It's 21st century! Mesti akan ada orang tuduh yang kitorang terlanjur la, ape la. Aku tak nak sampai timbul fitnah, okay?" Fina berkata.
Yana terdiam seketika sebaik sahaja mendengar rasionalnya kata-kata Fina.
"Okaylah kalau dah kau kata macam tu. Mujur kau jujur ngan aku. Kalau kau tak nak ngaku tadi, memang nahas la kau," Yana tersengih menyebabkan Fina tertawa.
"Tapi, camne kau boleh tau?" Fina bertanya hairan.
"Photographer korang, cousin aku. Itu pasal la. Kau tau aku terkejut beruk bila dia tunjuk kat aku gambar-gambar korang," Yana berkata.
Fina mula mengerti. 'Patutlah. '
"Okaylah, jom gi makan. Tapi ingat, kau jangan cakap langsung kat Paan pasal benda ni," Fina berkata. +
"Don't worry. Rest assured." Yana berkata lalu mereka kembali ke meja makan.
Selesai menikmati makan malam, mereka membeli roti dan tuna sebagai menu sarapan esok pagi. Mereka kemudiannya bergerak ke 7-Eleven untuk membeli beberapa naskah majalah, lalu bergerak pulang ke bilik. +
"Wei, korang tau tak? Yana dah tau pasal aku," ujar Fina yang sudah berpakaian tidurnya serta membersihkan dirinya. Dia meniarap di atas katil lalu mengambil majalah-majalah yang dibelinya.
"Maksud kau, about your real status?" Ica bertanya hairan.
"Ha'a." Fina mula menyelak majalah e-Pop.
"Hah? Macam mane dia tahu?" Syida yang sedang mencuci muka menjengulkan wajahnya dari bilik air.
"Photographer hari tu cousin dia."
"Really? Itu la orang kata 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'." Ica bersastera. Syida yang mula memberus gigi tertawa.
"Kau ni, cakap macam la aku sembunyi benda yang jahat sangat, aduh," Fina mengalihkan pandangannya ke arah Ica yang baru sahaja selesai menyalin pakaian.
"Ala, takde la. Aku saja nak sebut pepatah yang dah lama tak guna. Tapi, okay la kalau kau tak perlu nak hiding dari Yana. Yana tu lagi trustworthy kot. Konfem boleh caya punya."
Ica tersengih lalu bergerak ke bilik air. Syida yang selesai membersihkan diri bergerak ke katil dan mula memakai pelembab ke mukanya.
"Tapi, itulah, lega bila aku dah takde pape nak sembunyikan dari Yana tu. Aku bukan nak sembunyi dari dia, tapi dah tak dapat jumpa ngan dia langsung, tu pasal la," Fina turut tersengih.
"Wei, bak majalah kat aku satu. Tapi, bukan yang berkaitan dengan Korea okay? Yang Korea, kau sorang je yang layan," Syida berkata.
"Nah, ambik. Pilih je majalah mane yang kau nak. Dah tak bawa laptop, itu pasal yang aku beli semua jenis majalah yang ada tadi." Fina menghulurkan semua majalah yang dibelinya kepada Syida, kecuali e-Pop yang sedang dibeleknya.
Baru sahaja Syida menyelak salah satu daripada majalah wanita tersebut, terdengar bunyi loceng bilik dibunyikan dari luar. Terkejut beruk kedua-dua gadis tersebut.
"Sape pulak tu?" Fina memandang ke arah Syida.
"Mana la aku tau, sengal. Aku pun tengah bergolek sebelah kau ni." Syida menggelengkan kepalanya.
"Ica!!!" Syida dan Fina menjerit serentak memanggil nama gadis yang baru sahaja selesai mencuci mukanya.
"Ye ye, aku tahu dah korang ni. Sekor sekor pemalas nak bangun." Sambil membebel, Ica berjalan ke arah pintu. Tangannya mengelap wajahnya yang basah menggunakan tuala kecil. Fina dan Syida sudah tersengih seperti kerang busuk.
'Maaf ler Ica. Memang malas la nak bangun dah sedap-sedap bergolek ni.' +
"Eh? Yana?"
Pintu dikuak, sebelum kelihatan wajah Yana di muka pintu. Tangannya memeluk bantal dan selimut hotel. Terpinga-pinga Ica di muka pintu, ditambah dengan wajah hairan Syida dan Fina yang turut mengalihkan pandangan ke arah gadis yang baru berjalan masuk dengan berpakaian pajama.
"Kau dah kenapa Yana?" Fina bertanya sebaik gadis itu duduk di atas katil. Mereka berdua sudah terduduk, tidak lagi meniarap seperti tadi. Ica yang baru mengunci pintu berjalan ke arah katil.
"Boleh tak aku nak tido sini malam ni ngan malam esok? Masuk pagi jer, aku terus balik bilik aku." Yana bertanya serba-salah.
"Aku okay je. Lagipun memang ade dua katil queen pun. Cuma pelik jugak la, kenapa kau tak tido je bilik kau?" Fina bertanya hairan. Yana terus menarik muka masam.
"Aku sakit hati wei. Bernanah telinga aku dengar perempuan dua ekor tu kutuk-kutuk kau ngan Adam. Lepas tu korang dua pun kena sekali." Yana menunjuk ke arah Ica dan Syida yang juga terkebil-kebil.
"Dia kata ape je?" Ica bertanya hairan.
'Eh eh pompuan dua ekor tu. Masa bila je kitorang kacau diorang?'
"Jangan tanya. Aku malas nak api-apikan. Yang pasti, aku memang boleh meletup la kalau terus stay bilik tu. Bagi aku tumpang tido sini please?" Yana menunjukkan muka seposennya.
"Kau ni... Tido je la Yana. Kitorang okay je." Syida menjawab.
"Jom kitorang teman kau ambik barang. Stay terus la bilik kitorang selama kat sini. Panas pulak hati aku." Fina berdiri. "Jom."
Yana terkebil-kebil melihat sahabat-sahabatnya yang sudah berdiri. Masing-masing terus memakai cardigan, manakala Syida memakai tudung Arini.
"Serius ke?"
"La...Serius la sayang. Dah jom. Kitorang teman ambik barang-barang kau. Bilik ni luas kalau nak share ramai lagi pun boleh. Jom." Tangan Yana diraih Fina untuk berdiri, lantas gadis itu memeluk Fina kejap sebaik kakinya berdiri. +
"Sumpah, aku sayang gila korang." Yana menyembamkan mukanya di bahu Fina.
"Kau jangan nak tangkap leleh sangat. Jom la sementara diorang tak tido lagi."
Mereka bergerak ke bilik asal Yana yang hanya selang beberapa bilik dari bilik mereka. Loceng ditekan sebelum pintu dikuak dari dalam. Kelihatan Zati menjengulkan muka di muka pintu.
"Oh...Perampas dan kawan-kawan tetiba datang ni dah kenape?" Pedas Zati membuka mulut. Mencerlung wajah gadis-gadis yang lain kecuali Fina yang sekadar menunjukkan muka yang tidak beriak langsung.
'Memang dah agak.'
"Yana, mana barang-barang kau? Gi ambik, kitorang tunggu kat sini je." Fina berkata, malas melayan sifat kebudak-budakan Zati.
'Buang masa.'
Zati tersentak apabila Fina jelas-jelas sengaja tidak menghiraukannya.
"La...Nak pindah bilik ke macam mana?" Zakiah pula sengaja meleretkan suaranya, sebaik kelihatan Yana mengambil barang-barangnya, namun tidak diendahkan. Dia menarik muka geram.
'Dia buat tak tahu je?'
Yana terus memberikan barang-barangnya kepada mereka di muka pintu sebelum dia masuk untuk mengambil pakaian yang dipakainya siang tadi yang sudah dimasukkan ke dalam beg plastik. Sengaja dia buat-buat tak endah terhadap Zakiah yang duduk di katil dan Zati yang masih tercegat di muka pintu. Sebaik tiba di muka pintu, Yana mengalihkan badannya ke arah Zakiah.
"Yes Zakiah. Aku tukar bilik, so aku stay bilik kawan-kawan baik aku ni." Tangannya ditunjuk ke arah mereka di muka pintu, sebelum dia mengalihkan badannya ke arah Zati. "Just to inform you, aku ngan bebudak lelaki dah tukar group which meant that korang dua je la tinggal for this group. Aku dah inform Puan Kazrina and she accepted our decision to stay as four-members-group only. Have fun!" Terus Yana berjalan keluar ke arah rakan-rakannya yang sudah menapak ke bilik mereka, meninggalkan dua orang gadis yang terkulat-kulat di bilik hotel tersebut.
"La...Serius la sayang. Dah jom. Kitorang teman ambik barang-barang kau. Bilik ni luas kalau nak share ramai lagi pun boleh. Jom." Tangan Yana diraih Fina untuk berdiri, lantas gadis itu memeluk Fina kejap sebaik kakinya berdiri. +
"Sumpah, aku sayang gila korang." Yana menyembamkan mukanya di bahu Fina.
"Kau jangan nak tangkap leleh sangat. Jom la sementara diorang tak tido lagi."
Mereka bergerak ke bilik asal Yana yang hanya selang beberapa bilik dari bilik mereka. Loceng ditekan sebelum pintu dikuak dari dalam. Kelihatan Zati menjengulkan muka di muka pintu.
"Oh...Perampas dan kawan-kawan tetiba datang ni dah kenape?" Pedas Zati membuka mulut. Mencerlung wajah gadis-gadis yang lain kecuali Fina yang sekadar menunjukkan muka yang tidak beriak langsung.
'Memang dah agak.'
"Yana, mana barang-barang kau? Gi ambik, kitorang tunggu kat sini je." Fina berkata, malas melayan sifat kebudak-budakan Zati.
'Buang masa.'
Zati tersentak apabila Fina jelas-jelas sengaja tidak menghiraukannya.
"La...Nak pindah bilik ke macam mana?" Zakiah pula sengaja meleretkan suaranya, sebaik kelihatan Yana mengambil barang-barangnya, namun tidak diendahkan. Dia menarik muka geram.
'Dia buat tak tahu je?'
Yana terus memberikan barang-barangnya kepada mereka di muka pintu sebelum dia masuk untuk mengambil pakaian yang dipakainya siang tadi yang sudah dimasukkan ke dalam beg plastik. Sengaja dia buat-buat tak endah terhadap Zakiah yang duduk di katil dan Zati yang masih tercegat di muka pintu. Sebaik tiba di muka pintu, Yana mengalihkan badannya ke arah Zakiah.
"Yes Zakiah. Aku tukar bilik, so aku stay bilik kawan-kawan baik aku ni." Tangannya ditunjuk ke arah mereka di muka pintu, sebelum dia mengalihkan badannya ke arah Zati. "Just to inform you, aku ngan bebudak lelaki dah tukar group which meant that korang dua je la tinggal for this group. Aku dah inform Puan Kazrina and she accepted our decision to stay as four-members-group only. Have fun!" Terus Yana berjalan keluar ke arah rakan-rakannya yang sudah menapak ke bilik mereka, meninggalkan dua orang gadis yang terkulat-kulat di bilik hotel tersebut.
"Serius ke Yana korang dah tukar group bagai?" Ica bertanya sebaik sahaja mereka berempat meniarap di atas katil. Ica berkongsi katil dengan Syida, manakala Fina berkongsi dengan Yana. +
"Betol la." Kepalanya dianggukkan. "Kitorang berempat minus dua ekor minah tu memang ade whatsapp group kitorang je. Sejujurnya, kitorang memang dah menyampah kot. Keje dah la tak semenggah diorang dua tu, sembang je lebih. Last last terhegeh-hegeh la kitorang empat orang ni nak kena siapkan part diorang. Gila tak hangin?" Yana meluahkan perasaan geramnya.
"Oh ye ke? Memang patut la macam tu." Ica menganggukkan kepalanya tanda mengerti.
"Cantiknye baju ni. Wei, tengok la baju ni,"Syida menunjukkan gambar baju tersebut kepada Yana dan Fina melihatkan Ica yang sedang sibuk berwhatsapp dalam whatsapp group keluarganya.
"Boleh order online kan? Kau beli je la." Fina laju mencadangkan.
"Warna ape yang korang rasa cantik?" Syida mula membelek-belek warna pilihan yang disediakan.
"Yang ni cantik, yang peach-purple ni. Inner warna peach, jaket luar purple, pergh, cantik kot," Yana memberi cadangan. Syida mengangguk bersetuju.
"Yang mane? Nak tengok," Ica yang terdengar perbualan mereka turut menyertai mereka yang sedang membelek majalah tersebut. Dia nampaknya turut berminat dengan reka bentuk pakaian tersebut.
Tiba-tiba kedengaran telefon Fina berbunyi, lalu tertera nama Fareez pada skrinnya.
"Suami dah rindu la tu," Ica menyakatnya. Yana kelihatan teruja.
'Fina bukan jenis layan lelaki kot. Walaupun memang minah tu daripada zaman sekolah lagi dah femes, mana pernah dia terima mana-mana lelaki. Mau tak teruja kawan dia yang sorang tu?'
Fina mengambil telefon bimbitnya lalu mengalihkan pandangan ke arah lain sebelum bergerak ke hujung katil. Malu pula dipandang rakan-rakannya.
"Dah ada kat bilik?" Fareez bertanya setelah mendengar Fina menjawab salam.
"Ha'a, tadi just aktiviti bebas. Kitorang cuma keluar makan, pastu beli makanan untuk sarapan esok dengan majalah, bolehlah buat isi masa lapang. Pastu terus balik bilik. Awak dah makan?"
"Oh...sudah, sedap la puding tu. Memang makanan kesihatan, banyak sungguh buah." Fareez memerli nakal.
"Oh, mestilah. Dah sediakan untuk doktor, kena bagi sihat la." Fareez tertawa.
"Esok, mesti awak sibuk kan?"
"Ha'a, pagi maybe kitorang just pusing-pusing area kampung, pastu tengah hari sikit nak ke Muzium Padi rasanya. Petang pula, maybe mula nak bergambar untuk scrapbook. Malam tu rasanya nak bersiar-siar la kot. Kalau ikut tentatif, macam tu la." Fina menjelaskan.
"Oh, kalau saya nak call pun susah la kan?"
"Itulah, kita whatsapp je la. Kalau line clear, saya call awak, okay? Esok awak cuti kan?"
"Sepatutnya, tapi saya rasa macam bosan je nanti, so, saya gantikan Doktor Lee untuk operation. Manalah nak tau, nanti kalau ade hal urgent, senang nak minta tolong ganti." Fina mengangguk faham.
"Ha'a kan. Tapi awak jangan workaholic sangat. Hari tu Papa ngan Mama dah pesan, awak ni kerja teruk sangat. Nanti kalau doktor pun sakit, kesian pesakit awak, tau?" Fina berpesan menyebabkan Fareez tertawa.
'Dah berjangkit perangai Papa Mamanya pulak la bini nya yang sorang ni.'
"Iye. Takde lah, lepas kahwin, saya dah reduce my workaholic state, jangan risau la."
"Iye ke?" Fina menduga, jelas keraguan pada nada suaranya.
"Yes Fina. Completely true."
"Hurm...Tak pe la kalau macam tu. Nanti kerja elok-elok, makan bagi cukup." Gadis itu berpesan lagi.
"Tau la awak... Ala, kalau saya kurang makan pun, awak balik nanti, mesti la terlebih cukup makan punya." Fina tertawa.
'Ada-ada saja si Fareez ni.'
"Okay, you win that. Take care."
"Yup, you too. Good night."
Selesai memberi salam, panggilan diputuskan. Fareez melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 11 malam. Berbekalkan senyuman, matanya dipejam, lalu terus hanyut dalam lena bermimpikan isterinya.
"Ehem ehem...Bahagia nya dia dapat sembang dengan suami tercinta..."Sengaja Ica meleretkan suaranya sebaik sahaja panggilan telefon diputuskan. Fina pantas memberikan jelingan tajam. +
"Kenape? Jeles ke?"
"Sape je tak jeles..." Yana pula menjawab.
"Sudah la korang. Aku nak tido. Malas nak layan." Fina terus membaringkan tubuh badannya.
Mereka yang turut berasa mengantuk mula mengemaskan barang-barang sebelum lampu ditutup.
"Fina..." Yana di sebelahnya memanggil.
"Ye."
"Kau taknak story ke pasal suami kau?"
"Kau dah kenape? Takde ape yang menarik pun."
"Alaaaaaa. Kedekut. Bukan aku nak curik pun. Aku dah ade Paan." Terus Fina tertawa.
"Bukan itu la maksud aku sengal. Memang takde ape nak cerita pun. Tak pun nanti-nanti la kita sembang bab ni." Fina mengelak.
"Hurm..." Yana mengeluh. "Okay. Last question please?" Yana merayu.
"Ape?" Tertanya-tanya Fina akan soalan apa yang hendak ditanya.
"How's your first night? Hot enough?" Selamba sahaja Yana mengenakannya.
"Yana!!!" Bantal diketuk di atas badan gadis nakal itu sambil gadis itu galak tertawa. Ica dan Syida juga sudah terburai ketawa.
'Tak gune punye kawan.'
Share this novel