Chapter 11

Romance Completed 32926

Fina memasak mi goreng basah dan membancuh air teh o panas sebagai hidangan makan malam. Sebaik sahaja selesai menyediakan hidangan di meja makan, pintu bilik Fareez diketuk. Kelihatan Fareez di muka pintu beberapa saat kemudian. +

"Awak, saya dah sediakan makanan. Awak makan lah japgi, saya ada kerja nak kena siapkan."

"Oh, okay, awak tak makan?" Fareez bertanya hairan.

"Tak, saya jarang makan makanan berat waktu malam," ujar Fina lalu bergerak masuk ke biliknya dengan membawa sebiji epal hijau.

Sebaik sahaja pintu biliknya ditutup, dia mula menghidupkan laptopnya. Belum sempat dia membuka tugasannya, kedengaran ringtone Before the Dawn daripada kumpulan idol Korea, Infinite. Kelihatan nama si pemanggil iaitu Adam pada skrin telefon.

"Hello, ah, kau Adam. Pehal?" tanya Fina sebaik sahaja kedengaran suara Adam di gegendang telinganya.

"Wei, jom gi library esok." Adam terus menyatakan tujuannya menelefon.

"Library mane?" Fina memang malas kalau nak ke perpustakaan awam.

"Library kolej la."

"Eh? Bukan tutup ke?" Fina bertanya hairan. Seingatnya perpustakaan kolej memang tutup semasa cuti pertengahan semester dan cuti semester untuk dibaik pulih.

"Esok dah buka cuma half day je la. Pukul 9 sampai 3 petang. Amacam?"

"Oh, yang lain kau dah ajak?"

"Ha'a. Joe ngan Zack dah ajak Ica ngan Syida tadi. Jom ah."

"Urm. Okay gak. Pukul berape korang nak pegi?" Fina membalas selepas berfikir sejenak.

"Cadangnya sebelum pukul 10 dah sampai la, sebab library dah tutup pukul 3. Better kita gi awal la." Adam mencadangkan.

"Aku okay je. Korang boleh ke? Entah-entah berdengkur je lagi." Fina mengenakan Adam. Kedengaran Adam tertawa.

"Takde ah. Thesis punya pasal, dah berapa malam aku berjaga, tau?"

"Iye ke? Entah-entah sakan je gi pub, macam aku tak kenal kau." Pedas sindiran Fina menyebabkan Adam terdiam.

"Kantoi ek? Ala, malam kelmarin je aku gi. Dah bosan sangat siapkan thesis tu." Adam berkata jujur.

Fina mengeluh berat dengan sikap sahabatnya yang satu tu, walhal kawan-kawan rapat mereka bukanlah seliar itu. Entah macam mana Adam boleh terpengaruh begitu. Banyak kali kena tegur dengan rakan-rakan yang lain pun masih dia buat jugak kadang-kadang.

'Selalu sangat ikut nafsu. Adam. Adam. '

"Takpe la wei. Jumpa esok. Aku nak siapkan dulu assignment ni." Selesai mengucapkan selamat tinggal, panggilan telefon diputuskan.

"Awak, saya nak keluar lepas gi pasar nanti. Nak cari bahan rujukan kat library." Fina memaklumkan Fareez ketika mereka sedang bersarapan. +

"Library? Awak nak gi kolej ke?" Fareez memandang Fina. Suapan nasi goreng kampungnya terhenti.

"Yup. Sebab sekarang ni midsem break, library cuma buka sampai pukul 3 petang je. Itu yang saya ingat nak keluar awal sikit."

"Awak nak drive sendiri ke kawan datang ambik?"

"Sendiri la. Saya dah survey jalan, okay je."

"Sure? Kalau saya tolong hantarkan pun takpe. Tak jauh mana pun kolej awak ngan hospital." Fareez memberi cadangan. Fina menelan air liurnya.

"Eh? Takpe la. Saya pergi sendiri je la." Serba-salah Fina menuturkan. +

"Up to you." Fareez mengangkat bahunya sebelum menyambung suapan nasinya.

"Awak habis kerja pukul berapa?" Fina kembali bertanya.

"Maybe dalam pukul 4."

"Oh. Kalau petang baru awak balik, kiranya awak lunch kat luar aje la?"

"Urm, awak rasa, awak sempat tak nak masak?" Soalan ditujukan kembali.

"Saya sempat je. Tapi alamatnya makan petang je la awak."

"Urm, awak masak la ek?" Fareez tersenyum.

"Awak nak makan ape?" Fina bertanya. Pelik pula dengan jawapan Fareez.

"Ape-ape pun okay."

"Ikut saya la macam tu." Fina mengangguk faham.

"Take care. Jangan melencong mana-mana pulak," tambah Fareez.

Bimbang pula akan keselamatan gadis tersebut. Sudahlah kolejnya agak jauh dari apartment mereka.

"Takde ape la. Saya takde melencong eh. Don't worry."

"Oi, pengantin baru. Awal mula kerja? Tak honeymoon ke???"Amirul yang berjalan masuk ke bilik Fareez mengusiknya. +

"Nak buat camne dah nak kena gantikan shift. Honeymoon apa bendanya? Kitorang baru je dalam stage berkawan. Takdenya si Fina tu nak gi bulan madu." Fareez laju menafikan.

"La, korang tak mula bercinta lagi ke?" Amirul mengambil tempat di kerusi berhadapan sahabat karibnya.

"Wei, aku baru kenal dia tak sampai seminggu. Bercinta apanya?" Fareez menggelengkan kepalanya.

'Ingat mudah-mudah nak jatuh cinta ke? Baru nak berkawan, nak kenal hati budi.'

"Takde la. Kalau dah tinggal serumah, tidur sekatil. Takkan tak rasa pape kot?"

"Tinggal serumah tu betul, tidur sekatil? No such thing." Fareez menjawab selamba. Amirul memandangnya hairan, terkejut dengan jawapan yang diberikan.

"Pardon? Wei, korang kan suami isteri? Apa bendanya yang tidur asing-asing? Entah pape la." Jejaka berkulit cerah tersebut menggelengkan kepalanya hairan.

"Kau ni. Tolong la faham. Aku tak rasa pape kat dia, dan dia pun sama je. Entah-entah dah ade boyfie sebelum kawin hari tu." Fareez mengangkat bahu.

"Hah? Wei, kalau dia ada boyfie, patutnya kau bimbang la. Isteri kau kan?" Semakin pelik Amirul dengan sahabatnya itu.

"Entah la. Aku betul-betul tak rasa pape la. Dia tu budak lagi, tau tak? Aduh, tak tau lah aku. Nak berkawan tu, boleh lah. Nak bercinta, lambat lagi tu." Fareez menggelengkan kepalanya buat kesekian kalinya.

"Kau sembang kencang la. Isteri kau tu cantik, muda pula tu. Takkan kau takde rasa pape kot? Pelik la kau." Amirul mengujinya.

Dia ada melihat gadis tersebut ketika majlis akad nikah. Memang tidak dapat dinafikan, gadis itu memang cantik. Isterinya tidak habis-habis memuji gadis tersebut.

'Sama cantik sama padan sangat la ngan Fareez tu.'

"Who knows?" Fareez sekadar mengangkat bahunya.

'Ya, memang dia tidak berasa apa-apa.'

"Fina, aku rindu giler la kat kau." Adam yang baru sahaja tiba di perpustakaan tersenyum ke arah Fina. +

"Mengada la kau. Amacam demam kau? Aku lupa lak nak tanye semalam."

"Ala, kejap je dah kebah. Kalau tak, takde la aku gi pub." Adam mengambil tempat di sebelah Fina.

'Baik sakit je camtu, kurang-kurang ingat Tuhan.' Fina menghela nafas berat.

"Untung la ade orang care kat die." Zack menyakat.

"Ha'a, memang la. Cube kau pulak demam, baru tau. Rasa bahagia gila orang care." Adam tersengih. Fina mengetuk kepala Adam dengan buku rujukan yang diambilnya.

"Bahagia? Aku lagi bahagia kalau kita start siapkan thesis, okay?" Fina membalas.

"Yes, ma'am. Eh, miss kan?" Adam mengusik Fina. Fina terpempan. Pantas wajahnya dialihkan ke arah laptopnya.

"Better aku siapkan je thesis aku. Malas layan kau."

"Eh, dah pukul 3 wei. Tu librarian tu nak halau kita la tu." Zack berbisik ke arah rakan-rakannya. +

Kelihatan pustakawan lelaki sedang merenung ke arah mereka, berura-ura hendak berjalan ke meja mereka namun terhenti apabila melihat mereka sudah mula bangun untuk mengemaskan barang.

"Ha'a la. Dah pukul 3 wei." Fina tersedar.

'Aduh, nak kena balik masak ni. Karang Fareez balik nak makan.'

Fina kelam-kabut mengemaskan mejanya.

"Eh? Fina, relaks ar. Jom gi makan dulu." ujar Adam.

Fina mengalihkan pandangannya ke arah Adam, diserbu rasa serba-salah.

"Aku kena balik la." Fina menjawab pantas.

"Kau ni, entah pape la. Macam la laki kau tunggu kat rumah." Adam menyakat.

'Ha'a, memang aku ada laki pun kat rumah. Nak kena balik masak la ni,' jawabnya dalam hati.

"Mummy aku pesan suruh balik awal hari ni. Ada saudara nak datang rumah. Okay la, jumpa korang esok pula, okay?" Fina menggalas begnya.

Selesai mengucapkan selamat tinggal, kakinya bergerak laju meninggalkan mereka.

"Macam pelik je kan Fina?" Adam memandang Ica dan Syida.

"Takde ape yang peliknya. Auntie dia dari Scotland balik pagi tadi. Petang ni patutnya dah sampai. Dia ade kasi tau kita tadi, kan Syida?" laju Ica berkata. Syida mengangguk mengiyakan.

"Oh." Adam mengangguk mengerti. Syida dan Ica melepaskan keluhan.

'Mujurlah cepat aku goreng.' Ica memuji dirinya.

Setibanya di rumah, jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. +

"Aduh, dah lewat dah. Mujurlah dia tak balik lagi." Fina berkata sebaik sahaja pintu rumah dibuka. Tidak kelihatan kasut kerja lelaki tersebut menandakan dia belum pulang.

Fina bergegas untuk mandi dan solat. Makanan tengah hari pun belum dimasak. Harapnya Fareez dah makan di luar la. Kasihan pula andai dia tiba di rumah dalam keadaan perut kosong.

Fina sedang sibuk melipat pakaian yang diambil di ampaian tadi. Matanya sesekali memandang ke arah siaran televisyen yang memaparkan music video ost drama korea. Mulutnya turut menyanyikan bait-bait lirik yang diingati. +

Ketika dia hampir siap melipat pakaian, kelihatan Fareez berjalan keluar bersama laptop di tangannya. Tea table ­ditarik untuk dijadikan alas laptop.

"Awak minat Korea?" Soalan pertama yang terluah dari Fareez ketika dia sedang menunggu laptopnya hidup. +

"Totally." Mata Fina tertancap pada skrin televisyen.

"Artis Melayu ke Hollywood ke, awak tak minat?" Fareez bertanya lagi.

"Biasa-biasa je. Setakat menonton tu, boleh la. Kalau artis Korea, I'm totally hooked with. Reality shows, dramas, movies, performances, everything. Kenape?" Fina memandang Fareez. Macam pelik je.

'Random nya soalan.'

"Oh, takde ape la. Saje tanya." Fareez mula menaip.

"Awak buat ape tu? Awak kan doctor, awak buat ape guna laptop?" Fina bertanya hairan.

"Saya kena la semak pasal patients saya. Diagnosis betul-betul tentang tahap kesihatan diorang, pastikan tiada kesilapan masa saya buat pemeriksaan atas diorang. Zaman sekarang ni, penyakit macam-macam. Saya sendiri pun kena selalu juga buat research pasal penyakit yang semakin menular sekarang ni. Kalau silap diagnosis, silap ubat, silap operate..."

Fareez mengelengkan kepalanya. 'Nauzubillahiminzalik.'

"Ish, bahaya tu," Fina mengangguk faham. "Oh, maknanya doktor pun guna laptop juga ek? I never thought it that way."

"Habis tu? Doktor pun manusia juga, selalu lupa. Sebab tu, everything I'll save in this laptop. Maklumat pesakit memang ada simpanan hardcopy kat hospital tapi softcopy pun kena ada juga, in case anything happens." Fina menganggukkan kepalanya.

Sangkanya tugas Fareez, pergi hospital, periksa pesakit, bedah, kemudian balik.

'Pendek rupanya fikiran aku ni.'

"By the way, lapar tak? Tadi awak makan tak tengah hari?" Fina bertanya.

Hari ini Fina tidak memasak makanan tengahari disebabkan Fareez ada pembedahan sehingga petang. Itu yang Fareez lunch dengan kawannya di kafeteria sahaja sebelum Zohor. Dapatlah Fina pun keluar makan dengan kawan-kawannya selesai menyiapkan tugasan di perpustakaan tadi.

"Makan je, tapi kalau awak nak masak malam ni pun boleh juga. Saya dah lapar balik." Fareez tersengih kambing.

Fina sekadar tertawa kecil sambil tangannya ligat menyusun lipatan kain, mengasingkan pakaian mereka.

"Awak nak makan apa?"

"Pape pun takpe."

"Okay. Jap saya gi simpan pakaian." Fina membawa masuk pakaian yang dilipatnya ke dalam bilik Fareez dan biliknya.

Selepas lipatan pakaian disusun cantik di dalam almari, Fina bergerak ke dapur dan mula memasak.

Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya yang tertinggal di sofa bergetar. Fareez yang sedang khusyuk menaip tersedar ada getaran, lalu matanya dialih ke telefon bimbit tersebut sebelum diambil.

Kelihatan nama Adam tertera pada skrin telefon. Wajah pemanggil juga kelihatan. Fareez mencuri pandang je arah gambar Adam tersebut. Entah mengapa ada perasaan asing yang menyelar dalam dirinya apabila wajah persis Korea itu diamati. Pantas perasaan itu dibuang jauh-jauh.

"Fina, someone call," Fareez memberikan telefon bimbit tersebut kepada Fina yang sudah selesai memasak. Fina mengambil telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan tersebut.

"Wei, aku call kau balik japgi." Panggilan tersebut diputuskan.

Fina meletakkan sepinggan nasi gorang pattaya di atas meja makan bersama segelas milo ais yang telah tersedia.

"Wah, macam sedap bau. Awak tak makan?" Fareez bertanya.

"Tak. Awak makan la ek?" Fina menunjukkan sebiji epal merah di tangannya sebelum bergerak ke bilik tidurnya.

Selepas pintu ditutup, Fina mula mengunyah epalnya. Tangannya menaip nama Adam, sebelum menelefon jejaka tersebut. Hanya beberapa saat sebelum panggilannya berjawab. +

"Hello Adam. Sori lah. Aku ada keja sikit tadi, nape?" Fina melabuhkan punggungnya di atas katil.

"Takde pape pun. Saja nak tanya kau selamat sampai ke tak." Kedengaran suara Adam.

"Oh, aku selamat je sampai. Macam tak biasa lak kau ni." Fina tertawa kecil.

'Entah pape la Adam ni.'

"Takde la. Biasanya kalau sampai waktu macam tu, kau balik ngan Ica ngan Syida. Dah kau balik sorang je, tu yang aku tanya."

"Takde apa la Adam. Masa aku balik tu tak masuk Maghrib lagi pun. Kau ni risau sangat la."

"Ala kau ni. Aku bimbang pasal kau pun tak boleh ke?" Adam pula menyoal.

"Dah takde pape pun yang kau patut bimbang. Tapi, thanks la. So, banyak mane dah korang bincang pas aku balik?" Fina menukar topik.

'Adam tu bukan boleh dilayan, nanti macam-macam la dia melalut.'

"Takde pape sangat pun. Lepas kau balik, kitorang pula balik," Adam tertawa.

"La, macam tu pulak? Takpe la macam tu. Esok, kita bincang lain la."

"Okay, buat kerja bebaik. Malam ni, tido mimpi aku." Adam mengusik.

"Tak nak la aku. Kalau aku mimpi kau, nightmare tau tak?" Adam tertawa.

Selesai mengucapkan selamat tinggal, Fina memutuskan panggilan telefon dan mula meneruskan tugasan yang terhenti di perpustakaan tadi.

Hujan di luar semakin lebat, disertakan dengan bunyi guruh yang berdentum kuat. Bagi Fina yang sangat khusyuk dengan mini projeknya, dia langsung tidak mengendahkan itu semua. +

Dia melihat jam dinding yang sudah menunjukkan jam 10 malam. Fina mula mengemas dan bergerak ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi.

Sesudah membersihkan diri, Fina bergerak masuk ke biliknya. Dia mula berbaring di atas katil, namun belum sempat matanya dipejamkan, suasana menjadi gelap. Fina terpinga-pinga.

'Bekalan elektrik terputus?'

Tiba-tiba kata-kata Fareez bermain di telinganya, "But, frankly, that room has its own story, that's why I never use that room. Beware."

Fina merasakan bulu romanya meremang. Cerita-cerita seram yang sering ditontonnya mula menerpa ke mindanya. Fina pantas mengambil telefon bimbitnya lalu menyuluh lampu untuk mencari tombol pintu.

Sebaik sahaja dia mencapai tombol pintu, pintu terus dibukanya lalu dia bergerak laju menuju ke bilik Fareez yang berhadapannya. Belum sempat dia tiba di pintu bilik Fareez, tubuhnya terlanggar sesuatu.

"Argh!!!" Fina menjerit. Perasaan takut dan terkejut bercampur aduk.

"Hei, it's me." Kedengaran suara Fareez. Fina pantas memeluk Fareez, badannya sangat menggeletar.

"Fina, awak okay tak ni?" Dia dapat merasakan tubuh Fina yang menggeletar.

"When the power will return?" Fina bertanya tersekat-sekat.

"Saya tengok luar tadi pun gelap. Rasanya satu apartment ni blackout, tapi biasanya okay la jap lagi. Lagipun guruh dah berhenti, hujan pun dah renyai-renyai."

Fareez tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan Fina yang masih kejap merangkulnya. Hendak ditenangkan, dia bukannya tahu bagaimana.

"Awak...Awak temankan saya di ruang tamu sampai ada elektrik, boleh tak?" Fina teragak-agak.

"Okay..."

Fareez menarik tangan Fina menuju ke ruang tamu. Pintu balkoni dibuka, nampaknya hujan sudah hampir berhenti kerana tiada langsung tempias hujan. Fina mengambil tempat di sofa. Lututnya dipeluk.

Fareez bergerak ke arah Fina. Cahaya bulan yang cerah membantunya melihat Fina yang kelihatan takut-takut. Dia duduk bersebelahan Fina.

"Awak takut guruh ke?" Fareez bertanya. Hairan melihat Fina yang sangat ketakutan.

"Tak." Fina menggeleng.

"Habis tu?"

"Awak punya pasal la! Hari tu awak yang sebut pasal bilik tu. Biasanya saya biasa je, tapi tadi saya teringat ayat awak hari tu la." Fina tiba-tiba melenting. Lengan Fareez ditamparnya.

"Hah? Hey, stop...stop...Sakitlah. Ayat mana?" Fareez terpinga-pinga.

"But, frankly, that room has its own story, that's why I never use that room. Beware." Fina mengulang sepatah-sepatah ayat yang digunakan Fareez. Tawa Fareez meletus kuat apabila dia teringat dengan kata-katanya sendiri.

"Owh. Saya gurau je la. Awak cakap yang awak tak caya sangat hari tu. You're funny la," Fareez ketawa terbahak-bahak.

'Aku tau dah, konfem mamat ni kelentong punya. Hampeh la.' Fina merengus geram. Mujurlah tiba-tiba lampu kembali menyala. Nampaknya bekalan elektrik sudah kembali.

"Awak ni kan! Aduh, menyakitkan hati betul la. Saya nak tido," Fina terus berjalan masuk ke biliknya sambil menghentakkan kaki.

'Sakit benar hatinya. Rasa macam bodoh pula percayakan cakap si Fareez.'

Fareez yang berada di ruang tamu masih tertawa. Kemudian, tangannya diletak ke dadanya.

'Tadi, kenapa aku berdebar teruk sangat?' Fareez tertanya-tanya. Ketika Fina memeluknya kejap tadi, entah kenapa jantungnya berdebar kuat. Mujurlah Fina nampaknya tidak perasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience